Laporan Aktiviti Kembara

5

Click here to load reader

description

big

Transcript of Laporan Aktiviti Kembara

Laporan Aktiviti KembaraNama Aktiviti : Aktiviti KembaraTarikh : 18 Mac 2014Masa : 0800 hingga 1430Penyelaras : Jurulatih Darat - Encik Sajahan bin Abdul MajidTempat : Kem Paya Pahlawan, KedahProgram Bina Insan Guru (BIG) Siri 1/2014 telah diadakan pada 16 Mac 2014 hingga 19 Mac 2014 selama empat hari tiga malam di Kem Paya Pahlawan, Kedah. Program ini telah disertai oleh seramai 81 orang peserta, iaitu seramai 21 orang peserta lelaki dan 60 orang peserta perempuan dan diikuti oleh seramai 20 orang guru pensyarah sebagai jurulatih serta pengiring. Dalam program ini, Tie Tzer Sung telah ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa aktiviti kembara. Tugas utama AJK aktiviti kembara adalah untuk memastikan semua barangan yang diperlukan semasa pengembaraan dibawa, memastikan semua peserta berada dalam kumpulan yang telah dibahagi, dan mengikuti arahan yang diberi oleh jurulatih.Pada 17 Mac 2014, sebelum bersurai, kami telah diberikan soalan oleh jurulatih tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas pengembaraan. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu A dan B berbincang tentang persiapan sebelum aktiviti kembara, C dan D tentang perkara yang perlu dilakukan semasa pengembaraan, manakala kumpulan E dan F pula berbincang tentang perkara yang perlu dibuat selepas pengembaraan. Kami juga diberi masa untuk membentangkan kepada semua peserta.Pada 18 Mac 2014 pukul 8 pagi, setelah siap pengurusan diri, penghulu bagi program ini, Paraathan mengarahkan semua peserta berada dalam kumpulan masing-masing, iaitu A, B, C, D, E, dan F untuk bersedia menerima taklimat kembara daripada jurulatih yang berkenaan, iaitu Encik Uztad Kholid. Encik Uztad Kholid juga memberitahu kami bahawa sepanjang aktiviti pengembaraan ini, kami perlu memerhatikan tali berut yang terikat di merata tempat kerana ia akan memberi hala tuju dan panduan kepada kami dan sebagai peringatan kepada kami bahawa kami berada dalam perjalanan yang betul. Sebelum bertolak, kami telah diberi roti, pisang, dan sebotol air mineral dan diberi penerangan oleh wakil kumpulan A dan B tentang persiapan yang perlu dibuat sebelum pengembaraan sekali lagi. Selepas taklimat, dengan mengikut kumpulan dari kumpulan A hingga Kumpulan F, semua peserta bertolak untuk memulakan aktiviti pengembaraan. Semua peserta mengikut kumpulan masing-masing berjalan untuk sampai di tempat yang ditetapkan oleh jurulatih dengan iringan jurulatih. Dalam perjalanan sampai di tempat yang ditetapkan, iaitu ladang getah, kami diberi penerangan oleh Encik Hj. Hassan bin Jaafar tentang cara-cara meneruskan hidup sekiranya sesat dalam hutan. Beliau juga mengajar kami agar hanya tidak tamak dan mengambil berpandukan keperluan sendiri sahaja.Apabila sampai di ladang getah, kami juga berjalan menerusinya dengan panduan jurulatih dan tali berut yang diikat sebagai panduan. Sepanjang perjalanan ini, jurulatih menerangkan pokok-pokok yang dijumpai dan kegunaannya kepada kami. Kami bertuah kerana telah melihat banyak flora yang jarang dilihat sebelumnya di bandar, seperti pokok getah, pokok kapal terbang, pokok petai, dan seumpamanya. Setelah menerusi ladang getah, kami berehat di pondok yang disediakan sambil berbincang tentang soalan-soalan yang diikat pada pokok-pokok semasa menerusi ladang getah. Selepas siap berehat, kami meneruskan perjalanan mengikuti arah tali berut dan semua peserta berkumpul di satu lapang yang luas untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Di sini kami menjumpai pokok jati yang hanya terletak di hutan hujan tropika serta berjaya menerusi hutan tersebut. Setelah menerusi hutan yang dipenuhi dengan pokok jati, kami meneruskan perjalanan dan sampai di suatu tempat lapang untuk semua kumpulan berkumpul dan berehat. Di sini, kami diberitahu bahawa jurulatih yang bersama tidak akan memberi panduan dan hala tuju kepada kami dan kami dikehendaki pulang ke kem sendiri tanpa bantuan jurulatih. Oleh itu, penghulu dan penolong-penolongnya meminta bantuan daripada penduduk tempatan dan seterusnya kami meneruskan perjalanan.Dalam perjalanan pulang ke kem, kami hampir sesat jalan kerana kami asyik bergantung kepada jurulatih yang berada di depan kami. Kami ditegur dan dengan panduan jurulatih, kami meneruskan perjalanan kami dalam arah yang betul. Sepanjang perjalanan ini, kami telah menerusi semak-semak, kawasan yang dipenuhi dengan semut-semut merah, bukit yang cerun, akar-akar pokok yang menjadi perangkap, dan seumpamanya. Walaupun terdapat sebilangan peserta yang terjatuh tetapi semua peserta masih dalam keadaan yang sihat dan dapat meneruskan perjalanan. Pada akhir perjalanan, kami menghadapi halangan yang diberi oleh jurulatih. Dalam halangan ini, setiap kumpulan terdapat 3 orang yang berlakon sebagai mangsa yang cedera dari kepala, tangan, dan kaki. Peserta-peserta yang lain perlu memberikan rawatan kecemasan kepada mereka melalui balutan-balutan dan ikatan yang diajar oleh jurulatih pada 16 Mac 2014. Selepas itu, peserta-peserta perlu bekerjasama membawa peserta yang berlakon cedera turun bukit yang cerun dan balik kem tapak. Apabila sampai, jurulatih berkenaan memeriksa balutan dan ikatan peserta yang berlakon cedera dan memberi komen mereka.Secara keseluruhannya, aktiviti kembara ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Hal ini demikian, kerana semasa perjalanan kembara ini, semua peserta tanpa mengira bangsa dan agama telah saling membantu dan bekerjasama semasa menghadapi cabaran. Peserta-peserta juga bertoleransi terhadap ahli kumpulan mereka dan juga ahli kumpulan yang lain. Contohnya, mereka akan saling membantu ketika menaik dan menurun bukit cerun, sanggup menunggu ahli kumpulan yang berada di belakang, dan peserta yang berada di depan, terutamanya peserta lelaki boleh secara sukarela untuk mencari jalan keluar sementara menunggu peserta yang lain sampai. Pendek kata, aktiviti ini telah dijalankan dengan lancar dan tiada masalah yang serius berlaku. Jurulatih-jurulatih juga memainkan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Melalui aktiviti ini, semua peserta telah memperoleh pengalaman yang tidak dapat dilupai dan seronok. Oleh sebab itu, dimintalah aktiviti ini dijalankan pada masa depan.Sekian.Yang menjalankan tugas, 21 Mac 2014._______________________(Chieng Shaw Hwa)Setiausaha,Program Bina Insan Guru Siri 1/2014Institut Pendidikan Guru KampusSultan Abdul Halim.