LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” · Pemikiran kritikal ... 4.2 Memberi peluang...

8
HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SET 13 TAN JIA LI A145975 1 LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” Kod Projek: DN00795/2013 Tarikh: 10 DISEMBER 2013 Masa: 5PM – 11PM Tempat: DATARAN DINAMIS KOLEJ PENDETA ZA’BA Tarikh Persediaan: 30 OKTOBER 2013 – 10 DISEMBER 2013 Perasmi: DATO’ DR. SEOW KAH FOONG PENGARAH DAN PENGASAS, WHC DEVELOPMENT SDN. BHD

Transcript of LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” · Pemikiran kritikal ... 4.2 Memberi peluang...

Page 1: LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” · Pemikiran kritikal ... 4.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam ... saya juga memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

SET 13 TAN JIA LI

A145975

1

LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA”

Kod Projek: DN00795/2013

Tarikh: 10 DISEMBER 2013

Masa: 5PM – 11PM

Tempat: DATARAN DINAMIS KOLEJ PENDETA ZA’BA

Tarikh Persediaan: 30 OKTOBER 2013 – 10 DISEMBER 2013

Perasmi: DATO’ DR. SEOW KAH FOONG

PENGARAH DAN PENGASAS,

WHC DEVELOPMENT SDN. BHD

Page 2: LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” · Pemikiran kritikal ... 4.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam ... saya juga memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

SET 13 TAN JIA LI

A145975

2

1.0 Definisi

Pemikiran kritikal adalah pertimbangan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah dengan melihat kepada alasan-alasan yang dikemukakan agar dapat membantu dalam membuat keputusan.

Penyeleasaian masalah adalah proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritikal dan kreatif, mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi halangan atau kekurangan dan mencari jalan untuk menyelesaikan dan seterusnya mengambil keputusan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

2.0 Tajuk Aktiviti

Tajuk aktivti ini ialah Malam Kebudayaan Tiong Hua. Aktiviti ini bertema “Winter”. Persembahan yang menarik telah disampaikan pada malam tersebut.

Antaranya ialah persembahan tarian tradisional Melayu, tarian tradisional India, tarian tradisional Cina, persembahan nyanyian dan persebahan alat muzik.

Pameran kecil tentang sejarah kebudayaan Tiong Hua juga diadakan pada malam tersebut.

3.0 Pendahuluan

Malam Kebudayaan Tiong Hua ini dianjurkan untuk memperkenalkan

kebudayaan Tiong Hua kepada warga UKM agar kaum lain dapat lebih memahami serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.

Melalui aktiviti ini, kita dapat memupuk perpaduan antara kaun berteras dengan laungan “1 Malaysia” seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita.

Dengan ini, keharmonian dan perpaduan kaum dapat dijalinkan ke suatu tahap yang lebih kukuh.

Page 3: LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” · Pemikiran kritikal ... 4.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam ... saya juga memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

SET 13 TAN JIA LI

A145975

3

4.0 Objektif 4.1 Memberi peluang kepada para mahasiswa/i untuk mengenal perayaan kaum

Cina supaya dapat memupuk sikap bertolak ansur antara kaum-kaum. 4.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam merancang dan menggerakkan

sesuatu aktiviti mengikut acuan mereka sendiri. 4.3 Mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan antara setiap warga di

Kolej Pendeta Za’ba. 4.4 Melatih mahasiswa/i dalam kemahiran berorganisasi supaya mereka dapat

mempelajari kemahiran generik yangdiperlukan untuk menjadi mahasiswa yang berketampilan.

5.0 Anjuran Kelab Kebudayaan Tiong Hua Biro Kebudayaan Dan Warisan Kolej Pendeta Za’ba Dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Pendeta Za’ba

6.0 Senarai Ahli Jawatankuasa

Ketua Pengarah : Soh Jun Kiat A140196 Naib Ketua Pengarah : Chai Wen Jin A140522 Setiausaha : Chan Yee Mun A142214 Timbalan Setiausaha : Ang Lay Wei A145438 Bendahari : Lee Yann Yin A141774 Timbalan Bendahari : See Jin Nie A146707 Pengarah Program dan : Ng Ai Lee A141876 Persembahan : Ng Zhia Lun A142554 : Tan Chia Sin A141413 Ahli Jawatankuasa : Alex Lee Wen Jie A144231 Biro Program dan Persembahan : Chan Siat Ling A143474

: Chiah Ka Hui A146026 : Cheong Chooi Mei A143272

: Fung Yun Ru A143982

Page 4: LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” · Pemikiran kritikal ... 4.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam ... saya juga memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

SET 13 TAN JIA LI

A145975

4

: Hau Yin Ting A143245 : Ivan Sio Khen Liong A146125 : Lim Jin Hong A146446 : Lim Jun Rui A146418 : Low Qin Hui A146429 : Meo Ching Hui A146065 : Steward Lee Wai Foong A146973 : Soh Chin Lip A145990 : Woo Sing Yee A144047

Pengarah Protokol : Chung Yee Kuan A142190 : Lim Jing Ying A141996

Ahli Jawatankuasa : Brenda Gan Yit Yee A143468 Biro Protokol : Chin Yun Yin A145767

: Lim Sel Fang A145155 : Teng Foo Lim A144041 : Wua Ming Hui A145048

: Yew Pei San A145441 Pengarah Publisiti dan Dekorasi : Kon Shao Xiong A142195

: Lee Yee Ching A139708 Ahli Jawatankuasa : Chin Yeong Shern A146292 Biro Publisiti dan Dekorasi : Hiu Jing Yin A146416

: Lee Ai Yin A146490 :Lee Chia Zheng A144321 : Lim Cia Syin A143426 : Tan Jia Li A145975 : Teoh Hui Ying A146073

Pengarah Tugas-tugas Khas dan : Hor Jin Foong A142610 Pemasaran : Law Hui Hui A141298 Ahli Jawatankuasa : Chai Yiow Fei A146316 Biro Tugas-tugas Khas dan : Cheah Yong Jun A144049 Pemasaran : Lim Shye Harn A145656

: Low Min Mei A146975 : Tan Zhi You A146729 : Yew Ling Sin A143340

Page 5: LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” · Pemikiran kritikal ... 4.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam ... saya juga memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

SET 13 TAN JIA LI

A145975

5

6.0 Pelaksanaan 6.1 Takwin Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh : 10 Disember 2013 Tempat : Dataran Dinamis, Kolej Pendeta Za’ba, Universiti

Malaysia Masa : 5.00pm hingga 11.00pm

6.2 Pelaporan Aktiviti

Dalam aktiviti ini, saya telah dipertanggungjawabkan sebagai ahli jawatankuasa biro publisiti dan dekorasi.

Bagi biro publisiti dan dekorasi, kami diberi tanggungjawab untuk mereka latar belakang pentas yang boleh menunjukkan unsure kebudayaan Tiong Hua, menyediakan pameran tentang tema kebudayaan Tiong Hua, menyediakan alat-alatan yang diperlukan oleh kumpulan persembahan, mereka logo dan baju program, mengadakan penghebahan di laman web Facebook, dan mereka booklet untuk aktiviti ini.

Kami juga mencari maklumat tentang kebudayaan Tiong Hua yang berkaitan dengan tema “Winter” untuk pameran pada hari aktiviti.

Kami juga telah membincang tentang rekaan latar belakang pentas dan rekaan baju aktviti.

Setelah mencari maklumat daripada laman web, saya telah memberi cadangan menggunakan snowflake untuk menghiaskan latar belakang pentas.

Setelah poster aktiviti ini telah dicetak dan disahkan oleh pihak JPPEL, kami telah menampal poster di seluruh kawasan UKM termasuklah stesen bas dan papan kenyataan fakulti.

Kami juga membuat buku aktiviti menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Aktiviti penghebahan di laman web Facebook juga dijalankan. Bagi menyempurnakan buku aktiviti, kami telah mengadakan sesi

pengambilan foto bagi setiap biro. Walau bagaimanapun, kami telah menghadapi masalah

ketidakhadiran AJK semasa sesi pengambilan foto. Bagi menyelesaikan masalah ini, kami telah berbincang dengan

setiap biro dan menentukan masa yang sesuai bagi sesi ini supaya semua AJK hadir untuk sesi ini.

Page 6: LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” · Pemikiran kritikal ... 4.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam ... saya juga memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

SET 13 TAN JIA LI

A145975

6

Pada hari sebelum aktiviti ini diadakan, kami telah menghadapi masalah kekurangan papan untuk meletakkan latar belakang pentas aktiviti.

Oleh itu, kami telah menukar saiz latar belakang pentas supaya ia muat dengan papan yang kami ada.

Selain itu, oleh sebab kesuntukan masa, kami telah menggunakan satu model snowflake dan menggunakan cara chop pada latar belakang pentas selain menggunakan cara menggunting snowflake yang memerlukan masa yang lebih panjang.

Akhirnya, kami telah berjaya menyiapkan kerja perhiasan dengan sempurna.

Pada hari aktiviti, saya telah diberi tugasan sebagai penyambut VIP oleh sebab kekurangan bilangan AJK biro protokol.

Dengan kerjasama semua pihak, aktiviti kami telah dijalankan dengan sempurna dan mendapat maklum balas yang baik dari peserta-peserta.

7.0 Hasil Pembelajaran

Melalui aktiviti Malam Kebudayaan Tiong Hua, saya telah mempelajari

kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian malasah dan pendekatan. Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan amat

penting dalam aktiviti ini. Apabila menghadapi masalah, saya telah menggunakan teknologi baru

untuk mencari maklumat dan mentafsirkan maklumat supaya mendapat penyelesaian yang paling sesuai dan efektif.

Di samping itu, saya juga berfikir dengan kritikal dan kreatif dalam penyelesaian masalah.

Sebagai contoh, saya telah menggunakan cara chop untuk memendekkan masa persediaan latar belakang pentas.

Selain itu, saya juga berbincang dengan AJK lain supaya sesi pengambilan foto dapat dijalankan dengan lancar.

Kemahiran ini bukan sahaja membolehkan saya menjalankan tugas saya dengan sempurna, tetapi juga menjayakan aktiviti ini.

Page 7: LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” · Pemikiran kritikal ... 4.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam ... saya juga memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

SET 13 TAN JIA LI

A145975

7

9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, aktiviti Malam Kebudayaan Tiong Hua telah membolehkan kami menggunakan pelbagai kemahiran yang berguna seperti kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan serta kemahiran komunikasi dalam menjalankan aktiviti ini.

Dalam persediaan awal dan pelaksanaan aktiviti ini, saya telah belajar dan menggunakan kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan supaya masalah yang saya hadapi dapat diselesaikan.

Selain itu, saya juga memainkan peranan saya sebagai AJK biro publisiti dan dekorasi dengan baik dan juga Berjaya bekerjasama dengan AJK lain.

Di samping itu, saya juga memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan kebudayaan tradisional Cina dan memupuk nilai kesefahaman antara kaum dalam kalangan mahasiswa/i UKM.

Saya berasa amat bangga kerana dapat menyertai persediaan dan pelaksanaan aktiviti ini.

10.0 Lampiran 10.1 Gambar 10.2 Kertas Kerja Aktiviti 10.3 Minit Mesyuarat 10.4 Senarai Kedatangan 10.5 Surat Kelulusan Program 10.6 Poster aktiviti 10.7 Video Semasa Penyediaan Aktiviti

Page 8: LAPORAN AKTIVITI “MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA” · Pemikiran kritikal ... 4.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam ... saya juga memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

SET 13 TAN JIA LI

A145975

Penyedian latar belakang pentas dengan menggunakan cara chop.

Gambar latar belakang pentas pada hari aktiviti