Laporan Aktiviti Pencegahan Aedes Sk Menjalara

5
LAPORAN AKTIVITI PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI SK MENJALARA Pada 21 Julai 2014 Sekolah Kebangsaan Menjalara mengadakan Perhimpunan Khas untuk menyampaikan pendidikan pencegahan denggi dalam kalangan pelajar dan warga sekolah. Semasa perhimpunan berlangsung, Pn. Riza Rahayu Bt.Ab Rahim telah memberi ceramah berkenaan pencegahan denggi dalam kalangan pelajar dan warga sekolah. Antara isi ceramah yang disampaikan oleh Pn. Riza Rahayu; Langkah-langkah pencegahan wabak denggi. - Hapuskan semua bekas terbuang yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. - Tukar air dan basuh dengan bersih bekas yang boleh menakung air sekurang-kurangnya seminggu sekali. - Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik di dalam bekas air seperti kolah mandi, mangkuk dan tangki pam tandas serta laluan air yang bertakung atau tersumbat setiap tiga bulan. - Sembur racun serangga terutama pada waktu awal pagi dan senja. - Pasang penghalau nyamuk sama ada jenis lingkaran atau elektrik atau tidur dalam ke lambu. - Pakai seluar panjang dan baju berlengan panjang berwarna cerah semasa keluar dari rumah. Elakkan pakaian berwarna gelap. - Sapu atau sembur bahan penghalau nyamuk pada bahagian badan yang terdedah. - Elakkan berada di luar rumah pada waktu nyamuk aedes paling ak tif menggigit iaitu pada awal pagi (6 hingga 8 pagi) dan senja (6 hingga 8 malam).

description

aedes

Transcript of Laporan Aktiviti Pencegahan Aedes Sk Menjalara

Page 1: Laporan Aktiviti Pencegahan Aedes Sk Menjalara

LAPORAN AKTIVITI PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI SK MENJALARA

Pada 21 Julai 2014 Sekolah Kebangsaan Menjalara mengadakan Perhimpunan Khas untuk menyampaikan pendidikan pencegahan denggi dalam kalangan pelajar dan warga sekolah. Semasa perhimpunan berlangsung, Pn. Riza Rahayu Bt.Ab Rahim telah memberi ceramah berkenaan pencegahan denggi dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

Antara isi ceramah yang disampaikan oleh Pn. Riza Rahayu;

Langkah-langkah pencegahan wabak denggi.

- Hapuskan semua bekas terbuang yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

- Tukar air dan basuh dengan bersih bekas yang boleh menakung air sekurang-kurangnya seminggu sekali.

- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik di dalam bekas air seperti kolah mandi, mangkuk dan tangki pam tandas serta laluan air yang bertakung atau tersumbat setiap tiga bulan.

- Sembur racun serangga terutama pada waktu awal pagi dan senja.

- Pasang penghalau nyamuk sama ada jenis lingkaran atau elektrik atau tidur dalam ke lambu.

- Pakai seluar panjang dan baju berlengan panjang berwarna cerah semasa keluar dari rumah. Elakkan pakaian berwarna gelap.

- Sapu atau sembur bahan penghalau nyamuk pada bahagian badan yang terdedah.

- Elakkan berada di luar rumah pada waktu nyamuk aedes paling ak tif menggigit iaitu pada awal pagi (6 hingga 8 pagi) dan senja (6 hingga 8 malam).

Selain daripada langkah-langkah pencegahan, Pn. Riza Rahayu juga menyampaikan cara-cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Terdapat beberapa fakta dan cara yang perlu diambil berat. Antaranya, kitaran hidup aedes daripada telur sampailah menjadi nyamuk dewasa berlang ung dalam masa 10 hari dan sebahagian besar hayatnya ialah di dalam air iaitu antara lima hingga tujuh hari.

"Nyamuk aedes yang berbadan kecil berwarna hitam dan kaki berbelang hitam putih akan bertelur di dalam air. Telur itu kemudiannya akan menjadi jentikjentik dan kepompong.

"Kesemua proses ini berlaku di dalam air. Oleh sebab itulah sangat penting untuk kita mengenal pasti dan menghapuskan lokasi pembiakan ini," katanya.

Page 2: Laporan Aktiviti Pencegahan Aedes Sk Menjalara

Jika di luar rumah, nyamuk aedes biasanya membiak dalam tempat yang boleh menakung air seperti tayar, tempurung kelapa, botol, gelas, tin, tempayan, kolah mandi, alas pasu bunga, tangki air, tunggul atau lubang pokok dan daun.

Di dalam rumah pula, lokasi pilihan nyamuk aedes ialah tangki air, mangkuk tandas, perangkap air peti sejuk, kolah mandi, baldi, laluan air yang bertakung atau tersumbat, akuarium, tangki pam tandas, hablur jeli dalam pasu bunga (biasa digunakan untuk menggantikan tanah) dan dulang bawah rak pengering pinggan. Pn. Riza Rahayu berkata, kanak-kanak boleh menjadi ejen terbaik untuk mengubah sikap masyarakat yang tidak ambil peduli dengan peningkatan masalah demam denggi.

Kanak-kanak juga boleh mengajak ibu bapa untuk sama-sama meluangkan masa selama 10 minit pada setiap hujung minggu untuk mencari dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di rumah.

Pn. Riza Rahayu menyampaikan ceramah Pencegahan Denggi

Disediakan oleh: Disemak oleh:

MUHAMMAD MUZHAFAR IZAMUDDIN SHARMILA BT SHAHROM

(Guru Penyelaras Kesihatan SK Menjalara) (GPK KOKURIKULUM)

Page 3: Laporan Aktiviti Pencegahan Aedes Sk Menjalara

LAPORAN AKTIVITI PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI

SK MENJALARA

Pada 25 Julai 2014, Sekolah Kebangsaan Menjalara telah melaksanakan aktiviti Cari dan Musnah tempat berisiko pembiakan nyamuk Aedes. Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik (abate) dalam pam tandas dan tempat takungan air. Pogram ini dilaksanakan pada masa pertama dan kedua. Semua murid dan warga sekolah terlibat dalam aktiviti ini.

Sebelum aktiviti dijalankan, murid-murid membaca doa dan menerima taklimat tentang tugas yang akan dijalankan. Kemudia murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi tempat yang perlu diperiksa untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Bacaan doa dan taklimat

Page 4: Laporan Aktiviti Pencegahan Aedes Sk Menjalara

Murid dipecahkan mengikut kumpulan dan mencari tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pogram seperti ini dapat memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada semua murid dan guru yang terlibat tentang kesedaran menjaga persekitaran daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Diharap pogram seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun yang akan datang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

MUHAMMAD MUZHAFAR IZAMUDDIN SHARMILA BT SHAHROM

(Guru Penyelaras Kesihatan SK Menjalara) (GPK KOKURIKULUM)