Laporan Aktiviti Pkg Padang Tengku 2013 Tanpa Gambar

3
LAPORAN AKTIVITI PKG PADANG TENGKU 2013 BENGKEL PENGURUSAN ICT SEK AHLI PKG PADANG TENGKU PKG Padang Tengku telah menganjurkan satu bengkel pengurusan ICT bagi guru-guru penyelaras bestari@guru ICT sekolah ahli PKG Padang Tengku pada 16 April 2013 bertempat di bilik seminar PKG Padang Tengku. Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi dan melibatkan seramai 25 orang Guru Penyelaras Bestari, seorang penceramah jemputan iaitu Guru Penyelaras ICT SK Wan Ibrahim, En Mohd Yusof bin Ibrahim yang juga merupakan mantan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Kuala Lipis. Objektif bengkel ini adalah bagi memantapkan pengetahuan, kefahaman dan pelaksanaan pengurusan ICT dikalangan para peserta. Selain itu, para perserta juga didedahkan tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan bagi memastikan ICT di sekolah berada pada tahap yang memuaskan dan boleh digunakan oleh setiap warga sekolah. BENGKEL PENGUKUHAN PELAKSANAAN NILAM Pada 30 April 2013 bertempat di bilik seminar PKG Padang Tengku, PKG Padang Tengku telah mengadakan satu bengkel pengukuhan pelaksanaan NILAM bagi guru-guru perpustakaan dan media (GPM)

Transcript of Laporan Aktiviti Pkg Padang Tengku 2013 Tanpa Gambar

LAPORAN AKTIVITI PKG PADANG TENGKU 2013BENGKEL PENGURUSAN ICT SEK AHLI PKG PADANG TENGKU

PKG Padang Tengku telah menganjurkan satu bengkel pengurusan ICT bagi guru-guru penyelaras bestari@guru ICT sekolah ahli PKG Padang Tengku pada 16 April 2013 bertempat di bilik seminar PKG Padang Tengku. Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi dan melibatkan seramai 25 orang Guru Penyelaras Bestari, seorang penceramah jemputan iaitu Guru Penyelaras ICT SK Wan Ibrahim, En Mohd Yusof bin Ibrahim yang juga merupakan mantan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Kuala Lipis. Objektif bengkel ini adalah bagi memantapkan pengetahuan, kefahaman dan pelaksanaan pengurusan ICT dikalangan para peserta. Selain itu, para perserta juga didedahkan tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan bagi memastikan ICT di sekolah berada pada tahap yang memuaskan dan boleh digunakan oleh setiap warga sekolah. BENGKEL PENGUKUHAN PELAKSANAAN NILAM

Pada 30 April 2013 bertempat di bilik seminar PKG Padang Tengku, PKG Padang Tengku telah mengadakan satu bengkel pengukuhan pelaksanaan NILAM bagi guru-guru perpustakaan dan media (GPM) sekolah ahli PKG Padang Tengku. Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi dan melibatkan seramai 25 peserta. Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah, En Hidzir bin Isa yang juga merupakan mantan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Bera. Tujuan bengkel ini diadakan ialah bagi mengukuhkan kefahaman serta pengetahuan para peserta dalam aspek NILAM dan perkara yang perlu dilaksanakan oleh mereka bagi memastikan program NILAM boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing. BENGKEL PEMBINAAN BAHAN EKSPLORASI BUKU PKG Padang Tengku telah mengadakan satu Bengkel Pembinaan Bahan Eksplorasi Buku pada 20 Jun 2013. Bengkel kali ini diadakan di SMK Padang Tengku iaitu di bilik bilik mesyuarat dan PSS SMK Padang Tengku. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang pembinaan bahan eksplorasi buku serta menggunakan bahan tersebut dalam pertandingan yang dianjurkan oleh PSS bagi murid-murid sekolah.. Bengkel ini dimulakan pad jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh 25 orang GPM sekolah-sekolah di dalam daerah Lipis yang dipilih dari kelompok PKG Benta, Kuala Lipis dan Padang Tengku. Sesi pertama bermula dengan pengenalan konsep dan maklumat yang berkaitan dengan pembinaan bahan eksplorasi buku yang disampaikan oleh Puan Norafizah binti Abdul Razak,GPM Cemerlang SK Seri Biram. Sesi kedua bermula dengan sesi perbengkelan bahan buku di PSS SMK Padang Tengku. Diharapkan dengan pendedahan bengkel ini maka GPM akan dapat mengaplikasikan di peringkat sekolah masing-masing serta menjana idea inovasi program yang lain yang berkaitan dengan PSS dan seterusnya membawa manfaat kepada para pelajar di sekolah masing-masing.BENGKEL PELAKSANAAN PENGISIAN SSQS 2013 Pada 24 September 2013 bertempat di bilik seminar PKG Padang Tengku, PKG Padang Tengku telah mengadakan satu bengkel pelaksanaan pengisian SSQS bagi guru penyelaras bestari (GPB) sekolah ahli PKG Padang Tengku. Bengkel ini bermula pada jam 8.30 pagi dan melibatkan seramai 25 peserta. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Mohd Shahril Shafiz bin Mohd Saini, Juruteknik Komputer PKG Padang Tengku dan En. Mohd Shafie bin Rejab, Juruteknik Komputer PKG Benta.Sesi perbengkelan ini bertujuan untuk memberi pendedahan baru tentang cara dan kaedah pengisian SSQS yang terbaru berbanding pengisian SSQS pada tahun 2012.