LAPORAN AMALI 4

14
a) Untuk menunjukkan tindakan amilase pada kanji b) Untuk mengkaji kesan suhu ke atas tindakan enzim c) Untuk menunjukkan tindakan pepsin pada putih telur (protein) Enzim adalah mangkin organik yang terbina dari protein dan dihasilkan oleh sel organisma hidup. Tindak balas biokimia dapat berlaku dengan cepat dalam sel dengan kehadiran enzim. Enzim tidak berubah oleh tindak balas yang dimangkinkan dan dapat digunakan berulang kali. Enzim sangat peka terhadap perubahan suhu dan pH. Terdapat dua jenis enzim iaitu enzim intrasel dan enzim luar sel. Enzim dinamakan berdasarkan kelas substrat yang dimangkin olehnya. Contoh enzim ialah seperti lipase, amilase, portease, karbohidrase, maltase, sukrase dan fruktase. Pencernaan ialah pemecahan dan penguraian bahan kompleks yang tidak larut di dalam salur pencernaan kepada molekul ringkas yang boleh larut dan diserap oleh badan. Bahan kompleks seperti karbohidrat, protein, dan lipid perlu dicernakan untuk menghasilkan bahan-bahan asas ini. Bikar, kertas litmus biru dan merah, silinder penyukat, termometer, tabung uji, jubin putih, penitis, jam randik, larutan kanji 1%, asid hidroklorik cair, natrium hidroksida cair, larutan benedict, larutan iodin, telur, ais, pepsin LAPORAN AMALI 4: ENZIM DAN PENCERNAAN Bahan dan Radas Pengenalan Objektif

Transcript of LAPORAN AMALI 4

Page 1: LAPORAN AMALI  4

a) Untuk menunjukkan tindakan amilase pada kanji

b) Untuk mengkaji kesan suhu ke atas tindakan enzim

c) Untuk menunjukkan tindakan pepsin pada putih telur (protein)

Enzim adalah mangkin organik yang terbina dari protein dan dihasilkan oleh sel

organisma hidup. Tindak balas biokimia dapat berlaku dengan cepat dalam sel

dengan kehadiran enzim. Enzim tidak berubah oleh tindak balas yang dimangkinkan

dan dapat digunakan berulang kali. Enzim sangat peka terhadap perubahan suhu dan

pH. Terdapat dua jenis enzim iaitu enzim intrasel dan enzim luar sel. Enzim

dinamakan berdasarkan kelas substrat yang dimangkin olehnya. Contoh enzim ialah

seperti lipase, amilase, portease, karbohidrase, maltase, sukrase dan fruktase.

Pencernaan ialah pemecahan dan penguraian bahan kompleks yang tidak larut

di dalam salur pencernaan kepada molekul ringkas yang boleh larut dan diserap oleh

badan. Bahan kompleks seperti karbohidrat, protein, dan lipid perlu dicernakan untuk

menghasilkan bahan-bahan asas ini.

Bikar, kertas litmus biru dan merah, silinder penyukat, termometer, tabung uji, jubin putih, penitis, jam randik, larutan kanji 1%, asid hidroklorik cair, natrium hidroksida cair, larutan benedict, larutan iodin, telur, ais, pepsin

LAPORAN AMALI 4: ENZIM DAN PENCERNAAN

Bahan dan Radas

Pengenalan

Objektif

Page 2: LAPORAN AMALI  4

(A) Untuk menunjukkan tindakan amilase pada kanji. 1. Bilas mulut anda.

2. Lakukan aktiviti mengunyah untuk merangsang aliran air liur dan kumpulkan ke

dalam tabung uji.

3. Uji air liur dengan kertas litmus untuk mengetahui sama ada ia berasid atau

beralkali.

4. Cairkan dengan jumlah yang sama banyak air suling.

5. Bahagikan penyediaan air liur kepada 3 jumlah yang sama dalam tiga tabung

uji dan labelkan mereka sebagai B, C dan D. Isikan setiap tiub seperti berikut:

A - 3 cm ³ air suling (eksperimen kawalan)

B - 3 cm ³ penyediaan air liur

C - 3 cm ³ penyediaan air liur dan 3 cm ³ asid hidroklorik cair

D - 3 cm ³ penyediaan air liur dan 3 cm ³ natrium hidroksida cair

6. Untuk setiap tabung uji dan 5 cm ³ larutan kanji dan kacau dengan sempurna.

7. Selepas 30 minit, uji setengah daripada kandungan setiap tabung uji dengan

larutan iodin cair dan didihkan selebihnya dengan jumlah yang sama banyak

dengan larutan benedict.

8. Catatkan keputusan anda seperti yang ditunjukkan dalam jadual

Tabung Uji A Kanji + air suling

Ujian iodinPemerhatian: Berubah ke warna biru tua

Inferens: Kanji telah dicerna oleh enzim

Ujian benedictPemerhatian: Tiada perubahan

Inferens: Tiada gula penurun

Tabung Uji B Kanji + air liur

Prosedur

Keputusan

Page 3: LAPORAN AMALI  4

Ujian iodinPemerhatian: Tiada perubahan

Inferens: Kanji tidak dicerna oleh amilase

Ujian benedictPemerhatian: Warna biru hijau kuning merah bata

Inferens: Ada gula penurun

Tabung Uji C Kanji + air liur + asid hidrolklorik cair

Ujian iodin

Pemerhatian: Berubah ke biru tua

Inferens: Kanji tidak dicerna oleh enzim

Amilase tidak aktif dalam medium asid

Ujian benedictPemerhatian: Tiada perubahan

Inferens: Tiada gula penurun

Tabung Uji D Kanji + air liur + larutan NaOH cair

Ujian iodin

Pemerhatian: Berubah ke biru tua

Inferens: Kanji tidak dicerna oleh enzim

Amilase tidak aktif dalam medium alkali

Ujian benedictPemerhatian: Tiada perubahan

Inferens: Tiada gula penurun

Untuk menguji kahadiran kanji, larutan iodin digunakan sebagai petunjuk

kehadiran kanji dalam sampel bahan yang diuji. Apabila larutan iodin dan sampel

bahan bertukar menjadi warna biru, maka sampel bahan tersebut mengandungi kanji.

Apabila sampel bahan gula penurun dipanaskan dengan larutan Benedict, gula

penurun akan mengurangkan warna kebiruan kuprum (II ) sulfat di dalam larutan

Benedict untuk menjadi warna merah bata.

Aktiviti pemanasan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana kecuaian

akan membawa kepada kecelakaan. Tujuan tabung uji dipanaskan di dalam air

Perbincangan

Page 4: LAPORAN AMALI  4

adalah untuk mengelakkan suhu yang terlampau panas dari api terus ke tabung uji.

Keadaan ini boleh menyebabkan tabung uji itu akan pecah.

Amilase adalah enzim yang mencernakan kanji kepada gula ringkas.

Keaktifan enzim amilase bergantung kepada tahap pH sesuatu bahan. Dalam

eksperimen di atas amilase tidak aktif dalam larutan asid dan juga larutan alkali.

Amilase aktif pada julat optimumnya iaitu pH 7. Selepas takat maksimum, kadar

tindakbalas menjadi malar. Hal ini adalah disebabkan semua tapak pelekat enzim

telah dipenuhi dan terdapat faktor penghad, iaitu kepekatan enzim ( semua molekul

enzim telah bertindak dengan substrat )

(B) Untuk mengkaji kesan suhu ke atas tindakan enzim

1. Menyediakan suatu larutan air liur dalam eksperimen (a).

2. Tempat 5 cm ³ larutan air liur ini dalam tabung uji dan 5 cm ³ larutan kanji 1%

pada yang lain

3. Biarkan kedua-dua tabung uji berada pada suhu bilik.

4. Ambil jubin putih dan letakkan satu siri titik larutan iodin cair di atasnya.

6. Campur dua larutan dalam tabung uji dan perhatikan masa pencampuran.

7. Dengan menggunakan rod kaca yang bersih, keluarkan setitik campuran

dikacau dengan betul dan uji dengan setitik iodin pada jubin putih. Satu warna

biru akan muncul.

8. Ulangi langkah 7 pada selang satu minit, antara setiap uijan, basuh rod kaca

dengan air suling sehingga campuran gagal memberikan warna biru dengan

iodin.

9. Rekodkan jumlah masa yang diambil antara percampuran air liur dan larutan

kanji dan akhir ujian. Ini adalah masa untuk semua kanji ditukarkan kepada

maltosa dan amilase pada suhu bilik.

10. Mengulangi eksperimen pada suhu yang berbeza contoh pada 5 º, 15 º, 25 º,

450, 550, 65 º dan 75 º.

11. Adalah penting bagi setiap eksperimen tersebut, air liur dan larutan kanji

hendak dipanaskan atau disejukkan ke suhu yang dikehendaki sebelum

mereka dicampur.

Untuk suhu lebih tinggi daripada suhu bilik gunakan kukus air dan untuk suhu

Page 5: LAPORAN AMALI  4

yang lebih rendah daripada suhu bilik gunakan ais untuk rendahkan suhu.

12. Bagi eksperimen di atas, ia mungkin perlu dalam kumpulan, setiap kumpulan

jalankan pada suhu tertentu.

13. Rekodkan keputusan anda.

Suhu Masa dalam minit (t) Aktiviti (1/t)

5º 28 0.04

15º 22 0.05

25º 15 0.07

45º 38 0.03

55º 42 0.02

*** Plot graf 1 / t terhadap suhu seperti lampiran

Pada suhu yang sangat rendah, enzim kurang aktif. Kadar tindakbalas

meningkat bagi setiap kenaikan suhu 100 C. Pada suhu optimum iaitu 250C, kadar

tindakbalas enzim adalah paling tinggi ( aktiviti enzim paling cergas ).

Pada suhu yang terlampau tinggi ( melebihi 600C ) enzim dinyahaslikan.

Ini menyebabkan struktur molekul enzim tidak dapat berfungsi dengan normal.

Keputusan

Perbincangan

Page 6: LAPORAN AMALI  4

(C) Untuk menunjukkan tindakan pepsin pada putih telur (protein).

1. Sediakan suatu ampaian putih telur dengan putarkan putih telur mentah

Dengan sedikit air mendidih dalam bikar kecil dan biarkan ampaian sejuk.

2. Bagi setiap tiga tabung uji A, B dan C, tambah beberapa cm ³ampaian putih

telur tadi.

3. Letakkan tabung uji ke dalam kukus air pada suhu badan (kira-kira 37 º C). 

Isi setiap tabung uji seperti berikut:

A - 5 cm ³ asid hidroklorik 0.2%

B - 5 cm ³ ‘jus gastrik buatan' (disediakan dengan melarutkan 3.5 g pepsin

       dalam 100 cm ³ asid hidroklorik 0.2%)

C - 5 cm ³ 'jus gastrik tiruan' dan 1 cm ³ hidroksida natrium cair

4.  Sumbat setiap mulut tabung uji dengan kapas selepas menambah sedikit timol

Untuk cegah dari tercemar.

5. Biarkan tabung uji selama satu jam dan goncang secara berkala. Apakah yang

berlaku kepada ampaian putih telur B tiub? Adakah ia bertukar kuning, jernih

dan kemudian beransur-ansur larut? Adakah terdapat apa-apa perubahan

dalam tabung uji lain?

6. Jalankan ujian biuret kepada setiap kandung tabung uji pada akhir satu jam.

7. Jadualkan keputusan anda.

Page 7: LAPORAN AMALI  4

Tabung uji A

Putih telur + HCl cair

Pemerhatian: Campuran bahan menjadi keruh

Inferen: Protein tidak dicerna kerana tiada pepsin

Ujian Biuret: Ada mendakan merah bata

Inferen: Ada protein

Tabung uji B

Putih telur + jus gastrik tiruan

Pemerhatian: Campuran bahan menjadi jernih

Inferen: Protein dicerna oleh pepsin dalam medium asid

Ujian Biuret: Tiada perubahan

Inferen: Tiada protein

Tabung uji C

Putih telur + jus gastrik tiruan + NaOH

cair

Pemerhatian: Campuran bahan menjadi keruh

Inferen: Pepsin tidak aktif dalam medium alkali

Ujian Biuret: Ada mendakan merah bata

Inferen: Ada protein

Ujian Biuret digunakan untuk menguji kehadiran protein dalam sampel bahan.

Apabila larutan ungu terhasil, maka sampel bahan tersebut mengandungi kanji.

Keaktifan pepsin bergantung kepada tahap pH sesuatu bahan. Dalam

eksperimen di atas pepsin tidak aktif dalam larutan alkali tetapi sangat aktif dalam

asid. Pepsin aktif pada julat optimumnya iaitu pH 2. Selepas takat maksimum, kadar

tindakbalas menjadi malar. Hal ini adalah disebabkan semua tapak pelekat enzim

telah dipenuhi dan terdapat faktor penghad, iaitu kepekatan enzim ( semua molekul

enzim telah bertindak dengan substrat )

Keputusan

Perbincangan

Page 8: LAPORAN AMALI  4

a) Untuk menguji kehadiran kanji dalam daun hijau.

b) Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari diperlukan untuk proses fotosintesis.

c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil amat penting untuk fotosintesis.

d) Untuk menunjukkan bahawa karbon dioksida adalah diperlukan untuk proses

fotosintesis

e) Untuk menunjukkan oksigen yang dihasilkan semasa fotosintesis.

Fotosintesis ialah sintesis glukosa daripada karbon dioksida dan air

menggunakan tenaga cahaya yang diserap oleh klorofil dalam tumbuhan hijau.

Fotosintesis dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:

i. Tindak balas cahaya – fotosintesis yang berlaku dalam keadaan bercahaya

ii. Tindak balas gelap – fotosintesis yang berlaku dalam keadaan gelap

Kadar fotosintesis dipengaruhi oleh keamatan cahaya, kepekatan karbon

dioksida dan suhu persekitaran.

Daun, hydrilla atau mana-mana tumbuhan air, bikar, balang kaca, corong

turas, beg politena, tabung uji, jubin putih, methanol, larutan iodine, air mendidih,

kalsium hidroksida, kalium hidroksida

Bahan dan Radas

LAPORAN AMALI 5: KEPERLUAN UNTUK FOTOSINTESIS

Objektif

Pengenalan

Page 9: LAPORAN AMALI  4

(a) Untuk menguji kehadiran kanji dalam daun hijau 1. Petik daun dari tumbuhan yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama

beberapa jam.

2. Letakkan daun dalam bikar air mendidih. Ini mematikan dan melembutkan daun.

3. Masukkan sedikit metanol dalam tabung didih. Masukkan daun tadi.

4. Letakkan tabung didih tadi ke dalam bikar yang mengandungi air panas. 

Jangan nyalakan penunu Bunsen. Metanol adalah sangat mudah terbakar.

5. Selepas kira-kira lima minit, keluarkan daun dan pastikan warna daun telah

dilunturkan. Metanol boleh melarutkan klorofil tetapi tidak kanji.

6. Celup daun ke dalam air panas selama beberapa saat untuk melembutkannya

lagi.

7. Ratakan daun di atas jubin putih dan meletakkan tiga atau empat titik larutan

iodin.

8. Catat pemerhatian anda.

 

Kanji akan dihasilkan semasa proses fotosintesis. Larutan iodin digunakan

untuk menguji kehadiran kanji. Apabila ditiiskan larutan iodin pada daun yang telah

dinyahkan klorofil, terdapat tompokan biru pada daun tersebut. Ini menunjukkan daun

tersebut telah melakukan proses fotosintesis kerana pada daun tersebut masih

mempunyai kanji.

Prosedur

Keputusan/Pemerhatian

Page 10: LAPORAN AMALI  4

(b) Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari diperlukan untuk proses fotosintesis

1. Simpan sepohon pokok dalam pasu di dalam kegelapan selama kira-kira 24 jam.

2. Petik daun.

3. Uji daun untuk kanji. Ulangi Langkah 2-6 dalam (a).

4. Catat pemerhatian anda.

Terdapat tompokan biru kerana daun tersebut masih boleh melakukan

fotosintesis walaupun tiada cahaya matahari. Ini kerana tindak balas gelap

membolehkan pokok tersebut melakukan proses fotosintesis.

c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil amat penting untuk fotosintesis

1. Dapatkan daun beraneka warna yang telah terdedah kepada cahaya matahari

selama beberapa jam

2. Lukiskan gambar rajah untuk menunjukkan taburan warna hijau pada daun.

3. Menguji daun untuk kanji. Ulangi Langkah 2-6 dalam (a).

4. Catat pemerhatian anda.

Terdapat tompokan biru-hitam pada semua daun. Ini menunjukkan semua

daun melakukan proses fotosintesis dan menghasilkan kanji.

1. Apakah yang anda perhatikan mengenai taburan warna biru-hitam di dalam

daun?

Keputusan/Pemerhatian

Soalan

Keputusan/Pemerhatian

Page 11: LAPORAN AMALI  4

Terdapat tompokan biru-hitam pada semua daun yang menunjukkan kehadiran

kanji. Ini menunjukkan daun yang berwarna selain daripada hijau juga

melakukan proses fotosintesis.

2. Anda boleh mengatakan bahawa kanji hanya dihasilkan pada bahagian hijau

yang terdedah kepada cahaya matahari? Adakah fotosintesis berlaku hanya

dengan adanya klorofil?

Kloroplas adalah plastida yang menghasilkan warna hijau daun yang disebut

sebagai klorofil. Klorofil terdiri daripada pelbagai warna seperti warna hijau biru,

hijau kekuningan, hijau coklat dan hijau merah. Tumbuhan hanya menyerap

warna merah dan kuning dan memantulkan warna hijau. Ini yang menyebabkan

kita lihat daun berwarna hijau.

(d) Untuk menunjukkan bahawa karbon dioksida diperlukan untuk proses fotosintesis

1. Biarkan dua tumbuhan dalam pasu di dalam kegelapan selama lebih kurang satu

hari untuk menyahkanji.

2. Pokok ditutup dengan beg politena. Mengapa?

3. Letakkan tumbuhan tadi di bawah dua balang kaca, masing-masing berlabel A

dan B.

4. Dalam balang kaca A letakkan bikar yang mengandungi kalium hidroksida untuk

menyerap sebarang karbon dioksida dari udara yang memasuki balang.

  Udara dalam balang A adalah bebas daripada karbon dioksida.

5. Balang kaca B mempunyai tiub terbuka pada atas yang membolehkan udara

atmosfera untuk memasuki balang.

6. Letakkan kedua-dua balang di bawah cahaya matahari selama beberapa jam.

7. Menguji daun untuk kanji. Ulangi Langkah 2-6 dalam (a).

8. Catat pemerhatian anda.

Pokok di tutup dengan beg politena supaya pokok tidak mendapat udara. Pemerhatian

selepas eksperimen dijalankan ialah tumbuhan dalam bekas A tiada tompokan biru-hitam kerana

proses fotosintesis tidak berlaku disebabkan tumbuhan tidak mendapat gas karbon dioksida.

Keputusan/Pemerhatian

Page 12: LAPORAN AMALI  4

Manakala tumbuhan dalam bekas B ada tompokan biru-hitam yang menunjukkan bahawa

tumbuhan tersebut melakukan proses fotosintesis iaitu mensintesis glukosa daripada karbon

dioksida.

(e) Untuk menunjukkan oksigen yang dihasilkan semasa fotosintesis

1. Letakkan beberapa tumbuh-tumbuhan air tawar (Hydrilla) di bawah corong turas

secara songsang dalam sebuah bikar air, sebaik-baiknya kolam air. Corong

dibangkitkan di atas bahagian bawah balang untuk membolehkan air bergerak

bebas.

2. Songsang tabung uji diisi dengan lengkap dengan air ke atas batang

corong. Pastikan tiada gelembung udara terperangkap dalam tabung

uji. Labelkan sebagai Set A.

3. Letakkan radas di bawah cahaya matahari selama beberapa jam.

4. Bina satu lagi eksperimen dengan cara yang sama tetapi letakkan ia di dalam

almari yang gelap. Ini bertindak sebagai kawalan. Labelkan ia sebagai Set B.

5. Uji gas dengan menggunakan kayu uji menyala dalam tabung uji untuk Set B dan

Set A.

Apa yang berlaku? Apakah gas yang dihasilkan oleh tumbuhan air?

Kayu uji nyalaan bagi set A akan menyala kerana hydrilla melakukan fotosintesis dan membebaskan gas oksigen. Kayu uji nyalaan set B tidak menyala kerana tiada oksigen dihasilkan disebabkan tidak berlaku fotosintesis.

Proses membuat makanan oleh tumbuhan hijau dipanggil fotosintesis. Tumbuhan

memerlukan cahaya matahari, klorofil, air, dan karbon dioksida untuk membuat makanan.

Klorofil yang terdapat dalam daun hijau menyerap tenaga daripada cahaya matahari.

Tumbuhan memerlukan cahaya matahari kerana cahaya matahari terdiri daripada radiasi

elektromagnetik yang dibebaskan sebagai tenaga ketika matahari menghasilkannya melalui

simpanan hidrogen yang letaknya berjuta-juta batu dari Bumi. Radiasi elektromagnetik yang

diterima oleh tumbuhan adalah kunci utama dalam proses fotosintesis. Fotosintesis adalah penting

kerana melalui cara inilah tumbuhan mendapat tenaga.

Kesimpulan

Keputusan/Pemerhatian

Page 13: LAPORAN AMALI  4

Tumbuhan menggunakan cahaya merah dan biru untuk fotosintesis. Warna-warna ini dan

warna merah yang berada dihujung spektrum turut mempengaruhi tumbesaran tumbuhan,

percambahan benih, pembungaan dan proses-proses yang lain.

Tumbuhan juga memerlukan udara yang bersih. Tumbuhan hijau menggunakan gas

karbon dioksida daripada udara untuk digunakan dalam proses fotosintesis bagimenghasilkan

makanan. Udara yang kotor, dan berjerebu akan menghalang matahari yang diperlukan oleh

tumbuhan. Tanpa udara, tumbuhan akan mati.

1. Mahadiah Muda(2012). Biology SPM 4.5. Xpress A+.Sasbadi Sdn Bhd.Petaling Jaya.

2. Mah Chee Wai, Dr. Tina Lim Swee Kim(2006). Biology Form 4. Total Reference. Sasbadi Sdn. Bhd. Peatling Jaya.

Rujukan