Laporan Amali Bio 1 PISMP
description
Transcript of Laporan Amali Bio 1 PISMP
AMALI 1: KEPERLUAN ASAS BENDA HIDUP
Eksperimen I
Tujuan:
Untuk mengkaji keperluan asas tumbuhan iaitu cahaya matahari.
Hipotesis:
Tumbuhan memerlukan cahaya untuk hidup.
Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah manipulasi : Kehadiran cahaya matahari
Pemboleh ubah bergerak balas : Keadaan daun
Pemboleh ubah pemalar : Jenis tumbuhan yang digunakan
Bahan dan Radas:
1. Tumbuhan berdaun besar
2. Vaselin
3. Kertas hitam
4. Klip kertas
5. Gunting
Prosedur A:
Gambar 1
1. Tumbuhan berdaun besar telah diletakkan di tempat yang terang.
2. Beberapa helai daun telah disapu kedua-dua belahnya dengan vaselin.
3. Daun-daun tersebut telah diperhatikan pada setiap hari dan telah
dibandingkan dengan daun-daun lain.
Prosedur B:
Gambar 2
1. Satu bentuk kertas hitam telah dipotong.
2. Kertas hitam tersebut telah diklipkan pada daun dan telah dibiarkan selama
beberapa hari.
3. Selepas beberapa hari, kertas hitam tersebut ditanggalkan dan perubahan
pada daun tersebut diperhatikan dan direkodkan.
Keputusan:
Prosedur Pemerhatian Inferens
A
(disapu
dengan
vaselin)
Hari Pertama Daun yang
disapu vaselin
tidak
menunjukkan
sebarang
perubahan.
Vaselin yang disapu
pada daun telah
menutup liang-liang
stomata. Justeru,
daun tersebut tidak
dapat menjalankan
proses pertukaran
gas.
Hari Terakhir Warna daun yang
disapu vaselin
bertukar menjadi
kuning.
B
(ditutup
dengan
kertas
hitam)
Hari Pertama Bahagian daun
yang diliputi
kertas hitam tiada
sebarang
perubahan.
Bahagian daun yang
dilitupi kertas hitam
tidak mendapat
cahaya matahari
yang secukupnya.
Keadaan ini telah
meyebabkan proses
fotosintesis bahagian
daun tersebut
dihalang dan tidak
dapat dijalankan dan
seterusnya menjadi
layu.
Hari Terakhir Bahagian daun
yang diliputi
kertas hitam
menjadi
kekuningan dan
bintik-bintik
kuning telah
wujud.
Jadual 1
Perbincangan:
1. Vaselin yang bersifat lutsinar tidak menghalang daun daripada menerima
cahaya matahari tetapi menutup liang-liang stoma yang banyak terdapat
pada bahagian bawah daun.
2. Liang-liang stoma yang tertutup akan menyebabkan pertukaran gas oksigen
yang digunakan oleh tumbuhan semasa respirasi, gas karbon dioksida untuk
proses fotosintesis dan proses transpirasi tidak dapat berlaku.
3. Dalam prosedur B , bahagian daun yang dikepit dengan kertas hitam tidak
dapat menerima jumlah cahaya matahari yang diperlukan untuk menjalankan
proses fotosintesis dan seterusnya mengalami kelayuan dan menjadi
kekuningan.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Tumbuhan memerlukan cahaya untuk hidup.
Soalan:
1. Stomata terletak di bahagian belakang daun,sekiranya hanya bahagian atas
daun ditutupi, daun tersebut masih boleh hidup.
2. Tumbuhan tidak akan mati kerana tumbuhan akan terus menjalankan proses
fotosintesis selepas vaselin dibersihkan.
3. Daun akan masih hidup. Hal ini kerana bahagian yang tidak dilapisi oleh
kertas hitam masih boleh menjalankan proses fotosistesis.
Walaubagaimanapun, bahagian yang ditutup akan layu.
4. Semasa kertas hitam ditanggalkan, daun kelihatan layu kerana tidak
mendapat cahaya matahari yang cukup untuk proses fotosintesis.
Walaubagaimanapun, selepas kertas hitam ditanggalkan, daun akan kembali
segar sekiranya segala keperluan asasnya seperti air, udara & cahaya
mencukupi.
5.
Eksperimen II
Tujuan:
Untuk mengkaji keperluan asas tumbuhan iaitu air.
Hipotesis:
Tumbuhan memerlukan air untuk hidup.
Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah manipulasi : Kehadiran air
Pemboleh ubah bergerak balas : Keadaan biji kacang hijau
Pemboleh ubah pemalar : Jenis biji kacang
Bahan dan Radas:
1. Biji kacang hijau
2. Cawan plastik
3. Air
4. Tanah, humus
5. Kapas
6. Sarung tangan
7. Penyodok
Prosedur:
Gambar 3
1. Beberapa biji kacang hijau ditanamkan dalam dua cawan plastik yang
berasingan.
2. Kedua-dua cawan plastik diletakkan di bawah cahaya matahari.
3. Tumbuhan A disiram pada setiap hari.
4. Tumbuhan B tidak disiram.
5. Keadaan biji kacang hijau diperhatikan dan direkodkan selepas beberapa
hari.
Keputusan:
Tumbuhan Pemerhatian Inferens
A
(ada air)
Hari Pertama Biji kacang hijau
tidak menunjukkan
perubahan.
Biji kacang hijau
mendapat bekalan
air yang cukup
untuk tumbesaran.
Hari Terakhir Biji kacang hijau
bercambah dan
tumbuh dengan
sihat.
B
(tiada air)
Hari Pertama Biji kacang hijau
tidak menunjukkan
sebarang
perubahan.
Biji kacang hijau
tidak mendapat
bekalan air yang
mencukupi untuk
proses
tumbesaran.
Hari Terakhir Tiada perubahan
yang berlaku pada
biji kacang hijau.
Jadual 2
Perbincangan:
1. Air digunakan untuk memecahkan kulit biji benih kacang. Percambahan
berlaku selepas pemecahan kulit biji benih kacang berlaku.
2. Biji benih di cawan plastik B tidak dapat tumbuh kerana air kering. Hal ini
kerana air terlalu sikit dan ruang meletak cawan terdedah kepada matahari
seterusnya menyebabkan air tersejat pada kadar yang segera. Biji benih
pada tanah juga mengecut kerana air pada kapas telah kering.
3. Tumbuhan memerlukan air untuk hidup kerana air bertindak sebagai pelarut
kepada bahan mineral yang terdapat dalam tanah dan apabila bahan mineral
itu terlarut bersama air, tumbuhan akan menyerap air bersama bahan mineral
melalui akar.
4. Air juga bertindak sebagai pengangkut bahan metabolik dari suatu bahagian
ke bahagian lain di dalam tumbuhan.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima.Tumbuhan memerlukan air untuk hidup.
Soalan:
1. Keputusan adalah sama kerana air merupakan keperluan asas bagi benda
hidup.
2. Tanaman tidak memerlukan terlalu banyak air untuk hidup. Jika tumbuhan
diberi terlalu banyak air akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang
baru akan bertukar menjadi keperangan dan tumbesaran tumbuhan terbantut.
3. Petani boleh mengenalpasti petanda pada tumbuhan berdasarkan pada ciri-
cir berikut:
a. Cukup: Tanaman tumbuh dengan sihat.
b. Tidak cukup air: daun kekuningan dan kering.
c. Terlalu banyak air: akar mereput, tumbuhan kelihatan layu, daun
menjadi keperangan dan tumbesaran tumbuhan terbantut.
Eksperimen III
Tujuan:
Untuk mengkaji keperluan asas tumbuhan iaitu udara.
Hipotesis:
Tumbuhan memerlukan udara untuk hidup.
Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah manipulasi : Kehadiran udara
Pemboleh ubah bergerak balas : Keadaan biji kacang hijau
Pemboleh ubah pemalar : Jenis biji kacang
Bahan dan Radas:
1. Biji kacang hijau
2. Dua bikar dan dua cawan plastik
3. Tanah, humus
4. Kapas
5. Air
6. Sarung tangan
7. Penyodok
8. Pembalut plastik
9. Piring kaca
Prosedur A:
Gambar 4
1. Biji kacang hijau ditanamkan dalam kedua-dua bikar.
2. Tanah dalam kedua-dua bikar tersebut dibasahkan. Apabila gelembung
udara tidak dihasilkan, ia menandakan bahawa udara telah disingkirkan
daripada tanah.
3. Tumbuhan A dalam bikar pertama ditutup dengan pembalut plastik bagi
menghalang udara dibekalkan kepada tumbuhan tersebut.
4. Tumbuhan B dalam bikar kedua dibiarkan dalam keadaan yang lembap
dengan menyiramnya seperti mana yang diperlukan.
5. Keadaan biji kacang hijau diperhatikan dan direkodkan selepas beberapa
hari.
Prosedur B:
Gambar 5
1. Kedua-dua cawan plastik diisikan dengan air.
2. Biji kacang hijau diletakkan di atas kapas yang diletakkan di dalam kedua-dua
cawan plastik. Ini adalah untuk memastikan biji tersebut berada dalam
keadaan yang lembap.
3. Tumbuhan A dalam cawan plastik kedua ditutup dengan piring kaca untuk
menghalang kemasukan udara ke dalam cawan.
4. Tumbuhan B dalam cawan plastik kedua dibiarkan berada dalam keadaan
suhu dan cahaya yang sama dengan tumbuhan A.
5. Keadaan biji kacang hijau diperhatikan dan direkodkan selepas beberapa
hari.
Keputusan:
Prosedur Pemerhatian Inferens
A
Tumbuhan A (tertutup) Penyingkiran udara
yang kurang
sepenuhnya telah
menyebabkan hanya
beberapa biji kacang
hijau sahaja yang
tumbuh. Proses
tumbesaran beberapa
biji kacang hijau
tersebut telah terbantut
kerana kandungan
udara yang
terperangkap dalam
bikar telah habis
digunakan.
Hari Pertama Biji kacang hijau
tidak mempunyai
sebarang
perubahan.
Hari Terakhir Hanya beberapa
biji kacang hijau
bercambah tetapi
tidak tumbuh
dengan sihat.
Tumbuhan B (tidak tertutup) Kehadiran udara yang
mencukupi telah
menyebabkan biji
kacang hijau
bercambah dan
tumbuh dengan sihat.
Hari Pertama Tiada sebarang
perubahan yang
ditunjukkan oleh
biji kacang hijau.
Hari Terakhir Biji kacang hijau
bercambah dan
tumbuh dengan
sihat.
Jadual 3
Prosedur Pemerhatian Inferens
B
Tumbuhan A Tiada udara yang
dibekalkan kepada
biji kacang hijau. Biji
kacang hijau tidak
dapat menjalankan
proses respirasi dan
fotosintesis.
Justeru, tiada
percambahan biji
kacang hijau yang
berlaku.
Hari Pertama Biji kacang hijau
tiada
perubahan.
Hari Terakhir Biji kacang hijau
tidak
menunjukkan
sebarang
perubahan.
Tumbuhan B Proses tumbesaran
biji kacang hijau
tidak diganggu.
Kehadiran udara
yang diperlukan
adalah mencukupi.
Hari Pertama Biji kacang hijau
tiada
perubahan.
Hari Terakhir Biji kacang hijau
bercambah dan
tumbuh dengan
sihat.
Jadual 4
Perbincangan:
1. Biji benih kacang hijau tumbuhan A bercambah dan tumbuhan B mampu
bertumbuh kerana kandungan udara untuk respirasi biji kacang hanya
dibekalkan kepada tumbuhan B.
2. Udara mengandungi banyak komponen seperti gas oksigen, gas karbon
dioksida dan sebagainya. Gas karbon dioksida diperlukan oleh biji kacang
hijau yang telah bercambah untuk mendapatkan makanan demi pertumbuhan
seterusnya. Manakala gas oksigen diperlukan untuk percambahan biji kacang
hijau yang merupakan proses aerobiosis bagi membekalkan tenaga yang
diperlukan.
3. Dengan kehadiran bekalan udara yang mencukupi , biji kacang hijau di dalam
cawan plastik serta bikar B dalam prosedur A dan B dapat menjalankan
proses respirasi atau proses aerobiosis tersebut untuk membantu
percambahan. Proses fotosintesis juga dapat dijalankan dengan lancar
justeru dapat bertumbuh dengan sihat.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Tumbuhan memerlukan udara untuk hidup.
Soalan:
1. Kita boleh menggunakan lilin yang nyala dalam bikar atau cawan plastik. Hal
ini kerana api memerlukan oksigen untuk pembakaran. Api lilin akan
terpadam menandakan tiada lagi oksigen kerana pembakaran tidak dapat lagi
dilakukan.
2. Udara yang banyak tidak akan mendatangkan masalah kepada kepada
petani malah mendatangkan manfaat kepada para petani. Contohnya, tiupan
angin akan mempercepatkan lagi kadar transpirasi kerana udara yang tepu
dengan wap air ditiup ke tempat lain. Dengan ini kehilangan air melalui stoma
tidak terganggu. Tiupan angin juga menyegarkan udara yang terdapat di
persekitaran tumbuhan serta memperbaharui bekalan karbon dioksida untuk
fotosintesis.
3. Keputusan yang hampir sama akan diperolehi. Hal Ini kerana semua
tumbuhan mempunyai keperluan asas yang sama.
4.
5. Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan untuk pertumbuhan. Malah, mereka juga perlukan makanan untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan bagi menjalankan aktiviti seharian.
Nitrogen Daun menjadi kekuningan, tumbuhan terbantut, tumbuhan kering
sebelum matang, daun akan gugur dan tumbuhan akan layu
Kalsium Pertumbuhan akan terbantut, tumbuhan mempunyai batang yang
lemah dan daun kekuningan dengan bintik coklat yang mati.
Fosforus Pertumbuhan akan terbantut, batang menjadi kurus, tumbuhan
lambat matang, daun berwarna antara biru tua dengan hijau
kebiruan, tanda kekurangan bermula pada daun tua.