Laporan Amali Biologi 4.1 - Gula penurun dan gula bukan penurun.

5
LAPORAN AMALI BIOLOGI NAMA : DAYANG NUR KHAIRUNEEZA BINTI KUSAIRI KELAS : 4 SAINS TULEN NOMBOR IC : 990110-12-**** TAJUK : GULA PENURUN DAN GULA BUKAN PENURUN TARIKH : 20 th MARCH 2014 NAMA GURU : ENCIK KASIM BIN SAMAT

description

This is my Bio's peka's report. My first report that we present to the teacher. Just a references for you :)

Transcript of Laporan Amali Biologi 4.1 - Gula penurun dan gula bukan penurun.

Page 1: Laporan Amali Biologi 4.1 - Gula penurun dan gula bukan penurun.

LAPORAN AMALI BIOLOGI

NAMA : DAYANG NUR KHAIRUNEEZA BINTI

KUSAIRI

KELAS : 4 SAINS TULEN

NOMBOR IC : 990110-12-****

TAJUK : GULA PENURUN DAN GULA

BUKAN

PENURUN

TARIKH : 20th MARCH 2014

NAMA GURU : ENCIK KASIM BIN SAMAT

ObjektifMembezakan gula penurun dengan gula bukan penurun.

Pernyataan MasalahApakah beza di antara gula penurun dengan gula bukan penurun?

Page 2: Laporan Amali Biologi 4.1 - Gula penurun dan gula bukan penurun.

HipotesisGlukosa dan gula tebu adalah gula penurun manakala sukrosa merupakan gula bukan penurun.

Pemboleh ubah

a) Pemboleh ubah yang dimanipulasi :Jenis larutan gula.

b) Pemboleh ubah yang bergerak balas :Perubahan warna larutan benedict yang dicampur dengan larutan gula.

c) Pemboleh ubah yang dimalarkan :Suhu air kukus.

BahanLarutan Benedict, asid hidroklorik cair, serbuk natrium hidrogen karbonat (NaHCO₃), larutan glukosa 10% dan larutan sukrosa 10%

RadasTabung uji, bikar, pemegang tabung uji, penitis, silinder penyukat dan kukus air

TeknikMenguji kehadiran gula penurun melalui larutan Benedict

Prosedur

Page 3: Laporan Amali Biologi 4.1 - Gula penurun dan gula bukan penurun.

1. Campurkan 2 mllarutan Benedict ke dalam larutan glukosa yang sama isi padunya dalam satu tabung uji [Rajah 4.1 (a)].

2. Goncang campuran tersebut dan panaskan tabung uji tersebut dengan merendamkannya di dalam bikar berisi air mendidih (kukus air) untuk beberapa minit [Rajah 4.1 (b)].

3. Perhatikan warna mendakan yang terbentuk (sekiranya ada).4. Ulang ujian dengan menggantikan larutan glukosa dengan larutan sukrosa.5. Sekiranya larutan sukrosa menghasilkan keputusan negatif, eksperimen diteruskan

dengan menggunakan satu lagi sampel larutan sukrosa. Kali ini, tambahkan larutan sukrosa tersebut ke dalam 1 ml larutan asid hidroklorik cair dan didihkan di dalam kukus air untuk beberapa minit.

6. Biarkan campuran tersebut sejuk.7. Tambahkan sedikit serbuk natrium hidrogen karbonat (NaHCO₃) untuk meneutralkan

asid.8. Ulang langkah 1 hingga 3 apabila pembuakan berhenti.9. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual berikut.

Keputusan

Gula Pemerhatian InferensGlukosa Berubah warna daripada warna

biru ke warna jinggaIanya adalah gula penurun kerana menghasilkan keputusan positif.

Sukrosa (tanpa asid hidroklorik cair)

Tidak menunjukkan sebarang perubahan

Ianya adalah gula bukan penurun kerana menghasilkan keputusan negatif.

Sukrosa (dengan asid hidroklorik cair)

Berubah warna daripada warna biru ke mendakan merah bata

Ianya adalah gula penurun kerana menghasilkan keputusan positif dimana ianya telah dihidrolisis kepada unit-unit monosakarida iaitu glukosa dan fruktosa.

Gula tebu Berubah warna daripada warna biru ke warna jingga

Ianya adalah gula penurun kerana menghasilkan keputusan positif.

Perbincangan

1. Apakah maklumat yang diperoleh daripada keputusan yang dicapai?Dapat membezakan antara gula penurun dengan gula bukan penurun.

Page 4: Laporan Amali Biologi 4.1 - Gula penurun dan gula bukan penurun.

2. Apakah kesan asid hidroklorik cair terhadap sukrosa?Ianya meneutralkan asid dan memecahkan larutan sukrosa menjadi glukosa danfruktosa.

3. Kelaskan gula glukosa dan sukrosa berdasarkan sifat-sifatnya dalam eksperimen ini.

Glukosa Sukrosa Gula penurun. Menukarkan warna larutan

benedict ke mendakan merah bata.

Dapat menurunkan kuprum (II) sulfat kepada kuprum (I) oksida.

Monosakarida.

Gula bukan penurun. Tetap dan tidak berubah warna.

Tidak dapat menurunkan kuprum (II) sulfat kepada kuprum (I) oksida.

Disakarida.

KesimpulanGlukosa dan gula tebu adalah gula penurun manakala sukrosa merupakan gula bukan penurun. Namun, sukrosa boleh terurai kepada unit-unit monosakarida iaitu glukosa dan fruktosa sekiranya sukrosa dihidrolisis. Hipotesis diterima.