Laporan Amali Perniagaan (1)

8
LAPORAN PERNIAGAAN Nama Perniagaan: MULTI RESOURCES ENTERPRISE Kumpulan MGM 3180: PPG PJ Semester: 1 2014/2015 Bil Nama No Matrik 1. AHMAD NAJMUDIN BIN AZMI 160905 2. ABDUL LATIF BIN AB RASHID 160873 3. NOR EMIDA BINTI AB MANAF 160855 4. MUSLIHA SAFRY BIN ABDUL RAZA 160907 5. FAUZIAH BINTI MOHD RAZAK 160854 6. YUSNIDAR BINTI MOHD 160853 7. SHA MARIATUL AKHTAR AL SAYED MOHAMED 160852 8. LUKMAN BIN ABDULLAH 160968 9. ZAHARI BIN OMAR 160978 10 ZUL ATFI BIN MOHAMED 160896 NAMA PENSYARAH DR SUHAIMI BIN AB RAHMAN

description

.

Transcript of Laporan Amali Perniagaan (1)

LAPORAN PERNIAGAAN

Nama Perniagaan: MULTI RESOURCES ENTERPRISEKumpulan MGM 3180: PPG PJ

Semester: 1 2014/2015

BilNamaNo Matrik

1.AHMAD NAJMUDIN BIN AZMI160905

2.ABDUL LATIF BIN AB RASHID160873

3.NOR EMIDA BINTI AB MANAF160855

4.MUSLIHA SAFRY BIN ABDUL RAZA160907

5.FAUZIAH BINTI MOHD RAZAK160854

6.YUSNIDAR BINTI MOHD160853

7.SHA MARIATUL AKHTAR AL SAYED MOHAMED160852

8.LUKMAN BIN ABDULLAH160968

9.ZAHARI BIN OMAR160978

10ZUL ATFI BIN MOHAMED160896

NAMA PENSYARAH DR SUHAIMI BIN AB RAHMAN

Isi Kandungan1. Latar Belakang Syarikat

2. Pentadbiran dan Pengurusan Kumpulan

3. Produk

4. Pemasaran

5. Kewangan

Nama Syarikat

: MULTI RESOURCES ENTERPRISE Jenis Perniagaan:Perkongsian

Tarikh Ditubuhkan:13 September 2014Jenis Produk

:1) AIR

2) KASUT SUKAN

3) TUDUNG

4) BAJU TERPAKAICarta Organisasi

Pengurus Syarikat:MOHD. NAJMUDDIN BIN AZMIPengurus Pemasaran:SHA MARIATUL AKHTAR AL SAYED MOHAMED

YUSNIDAR BINTI MOHDPengurus Operasi:ZAHARI BIN OMAR

LUKMAN BIN ABDULLAHPengurus Promosi:ABDUL LATIF BIN AB RASHID

MUSLIHA SAFRY BIN ABDUL RAZAPengurus Kewangan:FAUZIAH BINTI MOHD RAZAK

ZUL ATFI BIN MOHAMED

NOR EMIDA BINTI AB MANAF

1. Pentadbiran dan Pengurusan Kumpulan

Tujuan pemasaran adalah bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang ditubuhkan syarikat dapat dipasarkan dan boleh menyaingi pasaran sedia ada. Sebelum perniagaan dijalankan Pengurus Syarikat telah menyediakan jadual tugasan untuk memastikan perjalanan perniagaan selama 3 hari berjalan dengan lancar. Memandangkan Keputusan UPSR diumumkan pada 26 November 2014, maka guru-guru yang terlibat tidak dapat hadir ke tapak perniagaan pada masa yang ditetapkan iaitu pada awal pagi. Setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang perniagaan. Terdapat juga ahli kumpulan yang berada sepanjang masa di tapak perniagaan bagi membantu rakan-rakan. Sebelum amali perniagaan dijalankan, ahli kumpulan kami telah diberikan tugasan lebih awal seperti penyediaan barangan jualan, pembungkusan, pengagihan dan promosi. Kepentingan pengurusan kumpulan adalah untuk memastikan projek-projek yang dirancang oleh syarikat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.2. Produk

Produk yang dijual oleh syarikat kami adalah pelbagai iaitu air minuman, tudung kepala khusus untuk wanita yang menginginkan ketrampilan mereka lebih terserlah, baju tepakai dan kasut sukan. Ini kerana pelbagai barangan yang dijual dapat menarik minat minat khususnya pelajar-pelajar UPM yang menginginkan barangan yang sesuai serta fesyen tudung kepala yang dijual bersesuaian dengan citarasa pengguna terkini. Produk tudung yang kami jual adalah fesyen terkini yang hanya terdapat di pasaran tertentu sahaja. Harga tudung yang dijual berharga antara RM30 hingga RM100. Produk yang kami jual juga amat berkualiti kerana kain yang digunakan adalah jenis kain cotton dan tidak mudah rosak. Pelbagai pilihan warna yang menarik boleh diperolehi daripada syarikat kami. Produk tudung ini kami dapatkan daripada pembekal di Negeri Terengganu. Kasut sukan yang dijual juga mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik dan jenama yang diminati oleh golongan pelajar-pelajar. Terdapat juga koleksi baju terpakai yang dijual dan masih dalam keadaan baik yang boleh diperolehi dengan harga yang amat berpatutan. 3. Pemasaran

Strategi pemasaran kami ialah dengan menyusun barangan jualan dalam keadaan menarik dan mudah dilihat. Oleh kerana ruang yang agak kecil dan terhad, kami perlu merancang agar barang-barang yang dipamerkan tidak mengganggu laluan untuk rakan-rakan lain untuk berniaga di tempat yang sama. Barangan yang dijual seperti tudung disusun menarik dan memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan. Citarasa pelanggan juga perlu dipenuhi iaitu ada pelanggan yang ingin mencuba tudung yang ingin dibeli dengan menyediakan ruang untuk mencuba. Ada juga pelanggan yang ingin membuat tempahan untuk digunakan bagi majlis-majlis keraian supaya pelanggan merasakan lebih anggun apabila mengenakan tudung daripada syarikat kami. Promosi yang kami lakukan ialah melalui iklan, poster dan menggunakan pembesar suara yang disediakan oleh pihak urusetia. Kami juga mempamerkan produk kami dengan susun atur yang menarik di gerai dengan harga yang berpatutan. 4. Kewangan

Untuk mendapatkan modal, kami telah menyediakan dana sebanyak RM 2000.00. Modal permulaan yang kami ada telah digunakan dengan sebaik-baiknya agar barangan yang dijual bersesuaian dengan hari jualan iaitu selama 3 hari sahaja. Berikut adalah lapoan kewangan kumpulan kami setelah 3 hari berniaga.

Barangan :

1) 30 botol x RM 2 = RM 60

2) 10 pasang x RM 30 = RM 300

3) 35 helai (tudung) x RM 30 = RM 1400

4) 48 helai (baju terpakai) x RM 5 = RM 240 5) JUMLAH KESELURUHAN = RM 2000