Laporan Analisis Kajian Kes

18
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES KES 3 (KES RICHARD) “WHAT YOU DON’T KNOW CAN HURT YOU” 1.0 PENGENALAN Bilik Darjah merupakan tempat yang penuh dengan ketidakpastian kerana pelbagai perkara boleh berlaku. Oleh yang demikian menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009), pengurusan bilik darjah amat penting dalam memastikan perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran akan beralan dengan lancar, antara cara yang dicadangkan ialah mengawasi perjalan rutin bilik darjah malah yang lebih penting lagi cikgu perlu memahami tingkah laku , personaliti dan tabiat murid di dalam bilik darjah. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan bilik darjah. Bagi menjalankan pengurusan bilik darjah dengan efektif, guru perlu memahami tingkah laku, personaliti, dan tabiat murid di dalam bilik darjah tersebut. Pembinaan hubungan yang baik antara guru dengan murid dan pengawasan perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui cara untuk mengenalpasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Bagi mengenalpasti masalah murid, pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya amat penting. Pengetahuan ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam pengurusan bilik darjah. JAIM DOMUNIH 1

description

analisis

Transcript of Laporan Analisis Kajian Kes

Page 1: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES

KES 3 (KES RICHARD)

“WHAT YOU DON’T KNOW CAN HURT YOU”

1.0 PENGENALAN

Bilik Darjah merupakan tempat yang penuh dengan ketidakpastian kerana

pelbagai perkara boleh berlaku. Oleh yang demikian menurut Haliza Hamzah & Joy

Nesamalar Samuel (2009), pengurusan bilik darjah amat penting dalam memastikan

perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran akan beralan dengan lancar, antara cara

yang dicadangkan ialah mengawasi perjalan rutin bilik darjah malah yang lebih

penting lagi cikgu perlu memahami tingkah laku , personaliti dan tabiat murid di

dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan bilik

darjah. Bagi menjalankan pengurusan bilik darjah dengan efektif, guru perlu

memahami tingkah laku, personaliti, dan tabiat murid di dalam bilik darjah tersebut.

Pembinaan hubungan yang baik antara guru dengan murid dan pengawasan

perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, guru

juga perlu mengetahui cara untuk mengenalpasti punca utama kepada masalah

disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Bagi mengenalpasti masalah murid,

pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara

pelaksanaannya amat penting. Pengetahuan ini boleh dijadikan sebagai panduan

dalam pengurusan bilik darjah.

2.0 SINOPSIS

John adalah seorang guru praktikum di sebuah sekolah. Dia telah ditugaskan

untuk mengendalikan kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar. Terdapat

perbandingan yang ketara diantara murid-murid kelas tersebut. Mereka berbeza dari

segi bangsa dan pencapaian akademik. Pada suatu hari, John telah merancang satu

aktiviti yang berbentuk kuiz. Tidak lama selepas itu, John menyedari bahawa pelajar-

pelajar tersebut telah membentuk kumpulan berdasarkan kecemerlangan akademik

dan bangsa.

JAIM DOMUNIH1

Page 2: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

Tiba-tiba terdapat pergaduhan antara pelajar cemerlang dengan pelajar yang

kurang cemerlang iaitu Chris dan Richard. John segera meleraikan mereka. Namun

pergaduhan terjadi semula selepas kelas tamat. John terpaksa meleraikan mereka

sekali lagi. Di dalam kelas yang kosong, John memikirkan apa yang telah terjadi..

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencari Richard di tempat meletak

basikal. Selepas bertemu dengan Richard, John memberitahunya bahawa dia ingin

bercakap dengannya, malangnya Richard berkata yang dia tidak ada masa untuk

melayan John dan terus berlalu pergi. John berasa sangat marah, lalu bergegas ke

Bilik Guru dan mengenakan tindakan disiplin terhadap John

Pada keesokkan harinya, John memberikan tindakan disiplin tersebut kepada

Richard dan mengarahkannya untuk berjumpa dengan penolong kanan hal ehwal

murid. Entah bagaimana, Richard dibenarkan pulang ke kelas pada hari itu. Ini

kerana En. Robert telah mengambil keputusan untuk menghukum Richard pada

keesokan hari. John merasa kecewa dengan tindakan En. Robert. Namun dia

pasrah. Setelah selesai hukuman, Richard kembali ke kelas seperti biasa. Namun

kelakuannya semakin buruk.

Apabila John cuba menerangkan bahawa tindakan disiplin tersebut adalah

kerana dia melarikan diri semasa John berjumpa dengannya di tempat meletak

basikal bukan kerana bergaduh di kelas. Richard berkata bahawa dia memukul Chris

kerana, dia tidak berpuas hati mengapa Chris tidak mendapat tindakan disiplin

sepertinya. John cuba menjelaskan perkara sebenar namun dia tidak mahu

mendengarnya, sebaliknya, dia terus menyanyi sambil berkata “kenapa Chris tidak

mendapat hukuman sepertinya”.

Richard terus berperangai buruk sehingga John terpaksa memanggil guru lain

untuk menenangkannya. Guru tersebut ialah guru Bahasa Inggeris Richard. Semasa

John mengadakan perbincangan bersama guru lain, barulah dia tahu bahawa

Richard adalah pelajar yang mengalami masalah tingkah laku.

3.0 PERSOALAN

Semasa kita membaca cerita ini terdapat beberapa persoalan yang timbul.

Antara persoalan tersebut ialah Sudah berapa lamakah Encik John menjalankan

praktikum di sekolah tersebut? Sejauh manakah pengalaman Encik John dalam

JAIM DOMUNIH2

Page 3: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

bidang perguruan? dan Apakah alamat ataupun nama penuh sekolah tersebut?.

Terdapat juga persoalan, Apakah punca pertelingkahan Chris dan Richard?, Berapa

kilometer jauhkah rumah Richard daripada lokasi sekolah? Dan Apakah tahap

pendidikan Encik Robert dalam bidang Unit Disiplin di sekolah itu? Serta Sejauh

manakah Encik Robert telah mengenali Richard di sekolah itu?. Selain itu, persoalan

Apakah Encik John telah meminta maaf kepada Richard selepas beliau tahu akan

kebenarannya?, Adakah masalah pertelingkahan Chris dengan Richard sudah

selesai ataupun masih berterusan? Dan Mengapakah tidak ada guru yang

memeprkenalkan latar belakang atau maslaah murid yang terdapat di kelas tempoh

tujuh kepada Encik John sebelum beliau mula mengajar kelas tersebut? terus

bermain dalam pemikiran kita semasa kita membaca cerita pendek ini.

4.0 WATAK DAN PERWATAKAN

Dalam cerita terdapat beberapa watak yang menonjol iaitu Cikgu John, 15 orang

murid termasuk Richard dan Chris, Guru Bahasa Inggeris, Guru Pendidikan Khas

dan Cikgu Robert. Cikgu John merupakan seorang guru lelaki yang sedang

praktikum di sebuah sekolah rendah. Beliau sangat peka terhadap keperluan

pelajaran murid dan bijak mempelbagaikan kaedah pendekatan pengajaran dan

pembelajaran Kreatif, berdaya saing dan berinovasi tetapi juga tegas dalam

membuat keputusan dan tangkas menyelesaikan masalah orang lain.

Watak 15 orang murid dalam cerita ini ditonjolkan sebagai kelas yang patuh

kepada arahan cikgu, Terdiri daripada pelbagai latar belakang dan status akademik

dan pentingkan diri sendiri. Secara individu pula, watak Richard merupakan seorang

murid yang yang mempunyai latar belakang keluarga yang miskin, Tergolong

sebagai murid rendah taraf akademik di dalam kelas, Bermasalah tingkah laku di

dalam kelas, sukar mengawal emosi, dan Bermusuh dengan Chris di sekolah

manakala Chris pula selalu mendapat gred tertinggi dalam pencapaian akademik,

lebih suka memilih kumpulan yang mempunyai ahli yang pandai, berlagak baik dan

musuh kepada Richard.

Perwatakan Guru Bahasa Inggeris pula sangat Peka terhadap masalah orang

lain, bertanggungjawab, memahami perasaan orang lain, Mudah bersimpati

JAIM DOMUNIH3

Page 4: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

terhadap orang lain dan beliau juga merupakan seorang yang jujur dan ikhlas

manakala Guru Pendidikan Khas turut mempunyai nilai jujur dan ikhlas dalam dirinya

tetapi Cikgu Robert merupakan seorang guru Unit Disiplin sekolah rendah yang agak

Kurang bijak dalam mengatur jadual ISS dan tidak begitu matang kerana membuat

keputusan secara melulu iaitu tanpa mengenalpasti kesahihan bukti sesuatu laporan

masalah di antara guru dan murid.

5.0 LATAR BELAKANG MASA, TEMPAT DAN MASYARAKAT

Terdapat beberapa Latar belakang masa dalam cerita ini. Pertama, masa kelas

P&P dijalankan oleh John bersama murid – muridnya. Kedua, waktu pagi iaitu waktu

persekolahan dan waktu penahanan Richard dijalankan. Ketiga, waktu petang iaitu

waktu tamat penahanan. Keempat, Waktu kurang setengah jam kemudian iaitu pada

waktu tengah hari di bilik penyalinan dokumen. Kelima, waktu 2 hari kemudian

semasa cikgu John berjumpa dengan Guru Bahasa Inggeris dan guru Pendidikan

Khas dan keenam waktu 2 tahun yang lepas di mana Richard pernah ditahan dalam

kelas khas untuk bermasalah tingkah laku.

Terdapat beberapa Latar belakang tempat dalam cerita ini antara Latar

belakang tempat tersebut ialah Sekolah, Rumah Richard (hanya disebut tapi babak

di rumah Richard tidak wujud), Bilik Darjah, Luar pejabat naib pengetua sekolah

rendah, Bilik pejabat penyalinan dokumen, Bilik pejabat Unit Disiplin, dan Dewan

Latar masyarakat dalam cerita ini ialah Masyarakat yang berpendidikan,

Masyarakat yang mempunyai jurang perbezaan akademik, Masyarakat yang tidak

beradab dan Masyarakat yang mengamalkan cara hidup moden. Disamping itu,

Masyarakat disini juga merupakan Masyarakat yang hidup berpuak – puak,

Masyarakat dari pelbagai aras kehidupan, Masyarakat yang tidak pentingkan

pendidikan dan Masyarakat yang tidak mengamalkan peraturan

6.0 NILAI DAN PENGAJARAN

Terdapat beberapa nilai dalam cerita ini antara nilai tersebut ialah nilai berani,

bertanggungjawab, kerajinan dan berfikiran terbuka malah tedapat juga nilai

JAIM DOMUNIH4

Page 5: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

kesabaran, kejujuran dan nilai mengutamakan keselamatan diri dan orang lain

(laman web Noraini Amran).

Selain nilai terdapat juga pengajaran yang kita boleh perolehi di dalam cerita ini,

antara pengajaran tersebut ialah Jangan mudah berputus asa, Pelbagaikan

penyampaian pengajaran, Seorang guru haruslah berpandangan jauh dan membuat

pertimbangan sebelum membuat keputusan disamping itu pengajaran seperti

Amalkan sifat jujur, Berfikiran positif dan keadilan dalam membuat keputusan juga

dapat kita kenalpasti dalam cerita ini.

7.0 KONSEP

Terdapat 1 konsep yang jelas ditonjolkan dalam cerita ini iaitu Konsep

Kecerdasan Emosi. Munurut Mok Soon Sang (2012), Konsep ini merujuk kepada

Individu yang mempunyai beberapa kemahiran sosial serta kemahiran mengurus

emosi seperti kemahiran berempati, kemahiran mengenalpasti emosi orang lain dan

lain-lain dan konsep ini dapat kita lihat dalam cerita ini melalui Cikgu John yang

sanggup bertahan dengan sikap Richard yang agak kasar dan gemar mengutuknya.

8.0 MODEL

Terdapat 3 Model yang dapat dikenalpasti dalam cerita ini iaitu Model Disiplin

Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs dan Model Pengurusan Kelompok

Kounin((Clifford H. & Vivienne W, 2004 dan Haliza Hamzah & Joy Nesamalar

Samuel, 2009). Seperti yang kita tahu bahawa Model Disiplin Asertif Canter

merupakan model yang melibatkan Peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini

dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. kita

dapat lihat kenalpasti Model ini dalam cerita ini semasa Cikgu John ingin berbincang

dengan Richard mengenai tingkah lakunya didalam kelas sehingga mewujudkan

pergaduhan tetapi sikap kurang ajar Richard yang enggan mengendahkannya

menyebabkan Cikgu John mula naik angin. Cikgu John ingin mengubah tingkah laku

Richard maka namanya dihantar ke atas meja guru disiplin.

JAIM DOMUNIH5

Page 6: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

Dalam Model kedua iaitu Model Akibat Logikal Dreikurs, Guru perlu mengenal

pasti punca kepada masalah tingkah laku. Model ini pasti ditunjukkan dalam cerita

ini Jika Cikgu John siasat dengan lebih awal dan lebih mendalam, besar

kemungkinan dia boleh mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya ialah

Model Pengurusan Kelompok Kounin yang menjelaskan bahawa Guru yang

berkesan akan menggunakan strategi yang pelbagai untuk menarik perhatian murid

dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, Model ini dapat kita kenalpasti

melalui Cikgu John yang telah melakukan pembaharuan dalam pengajarannya dan

menggunakan teknik kuiz dan kerja berkumpulan agar pengajaran dan pembelajaran

akan lebih berkesan dan menyeronokan.

9.0 TEORI

Terdapat 3 Teori yang dapat dikaitkan dengan cerita ini iaitu Teori Ekologi

Bronfenbrener, Teori Pembelajaran Behavioris dan Teori Humanistik (Abraham

Maslow). Teori Ekologi Branfenbrener ialah teori yang melibatkan penekanan

tentang pengaruh persekitaran sosio-budaya mempengaruhi perkembangan kanak-

kanak, berdasarkan Sistem ini berpusat secara kecil kepada besar/ lingkaran dalam

bulatan/ tindanan ini kita dapat membuat hubungkait Model ini dengan cerita ini, di

mana Richard merupakan seorang murid berkulit hitam dan kurang cerdik jika

dibandingkan dengan rakan kulit putihnya yang lain. Apabila berlakunya sesuatu

keadaan yang tidak meyenangkan hati, pergaduhan akan berlaku dengan

mudahnya. Richard merasakan dirinya tidak dihargai dan sentiasa dipersalahkan

sedangkan Chris terlepas begitu sahaja dari hukuman(Mok Soon Sang, 2012 dan

Abdul Ghani Abdullah & Abdul Rahman Abdul Aziz, 2009).

Teori yang kedua iaitu Teori Pembelajaran Behavioris menerangkan bahawa

kesan atau akibat boleh membawa kepada tingkah laku yang baharu dan teori ini

dapat dirumuskan dalam bentuk A-B-C iaitu A ialah Antecedent, B ialah Behavior

dan C ialah Consequence. Teori dapat dilihat dalam cerita ini melalui ketidakpuasan

hati telah berlaku antara Chris dan Richard sehingga timbulnya pergaduhan antara

mereka berdua. Sikap Richard yang kurang ajar dan ingin membentuk tingkah laku

yang diingini telah menyebabkan Richard dikenakan kelas tahanan dengan harapan

dia akan berubah sikap( Laman Web Pedagogi dalam Pendidikan).

JAIM DOMUNIH6

Page 7: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

Teori seterusnya ialah Teori Humanistik (Abraham Maslow) yang menerangkan

bahawa keperluan dalaman menyebabkan perlakuan seseorang individu. Secara

ringkasnya keperluan manusia terbahagi kepada 2 iaitu keperluan kekurangan dan

keperluan perkembangan. Dalam cerita ini, teori dapat dikenalpasti melalui watak

Richard berasal daripada keluarga yang miskin yang semestinya keperluan

perkembangannya tidak dipenuhi bagi membolehkannya untuk mengembangkan diri

tetapi sebaliknya bagi Chris kerana Chris berasal dari keluarga yang berada dan

mampu memenuhi segala keperluan untuk mengembangkan potensi dirinya (Tan Ai

Mei, 2010).

10.0 MENGENALPASTI MASALAH

Dalam cerita ini terdapat dua masalah utama yang berlaku kepada murid

bernama Richard iaitu pertama masalah lemah dalam akademik dan masalah ini

dapat kita lihat semasa Cikgu John membuat aktiviti dalam kelas dan masalah yang

kedua adalah masalah yang berkaitan dengan tingkah laku Richard sendiri dan

masalah ini jelas ditunjukkan oleh Richard melalui cara Richard berkomunikasi

dengan Cikgu John.

11.0 PUNCA MASALAH

Berdasarkan Laman web “Hidup Mesti Terus” Terdapat beberapa punca

masalah tetapi terdapat 4 punca masalah utama yang kita dapat kenalpasti melalui

cerita ini dan 4 punca masalah tersebut ialah Keperluan fisiologi tidak dipenuhi,

Masalah emosi, Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif dan Salah laku yang tidak

dijangka.

Seperti yang kita tahu bahawa Keperluan fisiologi (Maslow) harus dipenuhi dan

jika tidak ini pasti akan menimbulkan masalah contohnya dalam cerita ini Richard

merasakan dia tidak dilayan secara adil dan ini dapat dilihat apabila Richard berkali-

kali bertanya kepada Cikgu John mengapa Chris tidak dikenakan ISS (in-school

suspension). Punca masalah kedua iaitu Masalah emosi dapat kita perhatikan

apabila Richard menunjukkan ciri-ciri seperti Pencapaian akademik yang rendah,

JAIM DOMUNIH7

Page 8: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

Hubungan interpersonal yang lemah dan Estim kendiri yang lemah berdasarkan ciri-

ciri masalah emosi menurut Lewis dan Sullivan 1996.

Ketiga iaitu Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif pasti menjadi punca

masalah utama kerana melalui Interaksi yang tidak baik dalam kalangan murid

kerana sikap perkauman dan mementingkan pencapaian akademik. Terakhir iaitu

Salah laku yang tidak dijangka pasti turut menjadi punca utama kerana tidak semua

perkara yang berlaku dalam kelas kita dapat jangka seperti Strategi pengajaran yang

kita ramalkan menarik tetapi sebaliknya. Selain itu, dalam cerita ini Richard dan

Chris tiba-tiba bergaduh dan terdapat juga perkara yang tidak dijangka berlaku

seperti Cikgu John memanggil Richard dan Chris atas perkara itu, namun Richard

tidak mengendahkannya.

12.0 KESAN MASALAH

Apabila sesuatu punca masalah itu berlaku, pasti kesan masalah akan berlaku

dan berdasarkan cerita ini terdapat 3 kesan masalah utama iaitu Tidak bersemangat,

Helah bela diri dan Perasaan benci. Dalam kesan masalah pertama iaitu Tidak

bersemangat, kita dapat lihat kesan masalah ini melalui sikap Richard yang tidak

bersemangat untuk meneruskan pelajarannya di sekolah dan sikapnya yang

bersambil lewa tentang hal akademik.

Menurut Laman Web Psikologi Pendidikan, Helah bela seperti yang kita tahu

ialah cara menutup kelemahan diri atau mengelak dengan menggunakan helah diri

dan ini dapat kita perhatikan melalui sikap mengelak iaitu ponteng sekolah. Ketiga

ialah Perasaan benci yang timbul dalam diri seseorang dan dalam cerita ini kita

dapat perhatikan apabila Richard mempunyai perasaan benci terhadap Cikgu John

kerana dia merasakan Cikgu John bersikap tidak adil dalam memberikan hukuman.

13.0 PENYELESAIAN MASALAH

Secara umumnya penyelesaian masalah meliputi usaha-usaha mencari jalan

atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum ditemui. Namun

bergantung kepada beberapa faktor yang mempengaruhi cara dan gaya seseorang

JAIM DOMUNIH8

Page 9: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

yang berilmu dengan kurang ilmunya dalam menghadapi masalah, orang yang muda

dan yang dewasa, seorang yang beremosi cepat dengan yang berupaya mengawal

perasaannya, orang yang beragama dan yang tidak beragama, orang yang

berpengalaman menghadapi masalah dengan yang jarang menghadapi masalah,

orang yang mempunyai kemahiran berfikir dengan tidak kemahiran berfikir.

Kita juga dapat menyelesaikan Masalah Menggunakan Alat-alat Berfikir, antara

alat-alat berfikir tersebut ialah alat-alat berfikir yang diperkenalkan oleh Edward de

Bono dalam Program Pemikiran CoRT (Cognitive Research Trust) (laman web

Anekdot). Alat-alat berfikir ini sememangnya berkesan bagi membantu

menyelesaikan masalah dan perbuatan keputusan dalam berbagai bidang

kehidupan dan pekerjaan seperti yang diterangkan dalam bab dua sebelum ini.

Selain itu, menurut (Tony Buzan, 2007) penyelesaian masalah juga dapat

dilakukan dengan menggunakan kaedah peta minta. Kaedah peta minda

diperkenalkan oleh Tony Buzan. Ia digambarkan sebagaimana kemampuan otak

manusia yang dapat berfikir dipelbagai arah seperti sebuah sfera. Tony Buzan

menamakannya sebagai raduan thinking. Penyelesaian masalah menggunakan

kaedah peta minda dapat dijalankan bersendirian atau berkumpulan di dalam

mengenal pasti masalah, punca-punca, startegi dan penyelesaian seterusnya bagi

membuat keputusan. Peta minda juga boleh di gabungkan dengan kaedah alat-alat

berfikir bagi menyelesaikan masalah.

Di samping itu, menurut laman web sarang pendidikan Kaedah Brainstorming

juga merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah. Brainstorming atau

sumbang saran adalah kaedah yang popular digunakan oleh organisasi korporat

dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Terdapat beberapa cadangan menyelesaikan masalah berdasarkan logik-akal

(relevan). Pertama, Encik John sepatutnya mengambil peluang tersebut untuk

menunjukkan bakatnya dalam bidang perguruan sekaligus memperbaiki masalah

interaksi dan pembelajaran murid – murid kelas tempoh 7. Demi menyahut Falsafah

Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 yang ingin melahirkan individu yang

berkembang dari aspek JERIS secara menyeluruh(Dewan Bahasa dan Pustaka,

1992).

JAIM DOMUNIH9

Page 10: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

Kedua, sebagai guru yang sedang berpraktikum. Sepatutnya Encik John

bertanyakan kepada guru kelas bagi kelas tersebiut tentang latar belakang murid –

murid yang terdapat di kelas itu sebelum mula mengajar kelas tersebut. Ini sedikit

sebanyak dapat memudahkan lagi proses penyampaian pengajaran beliau jika

beliau sedia maklum akan apakah masalah bakal murid yang diajarnya. Rancangan

Pengajaran Harian juga boleh diubahsuai mengikut keperluan dan juga kemampuan

muridnya.

Ketiga, Sekiranya murid – murid di bawah jagaan kelas kita telah bergaduh atau

mengalami masalah, sebagai seorang guru perlulah cekap dalam menyelesaikan

masalah tersebut semampu yang boleh kerana itu merupakan salah satu fungsi

ataupun peranan sebagai seorang guru. Itulah kelebihan sebagai seorang guru.

Guru boleh berperanan dalam pelbagai bidang dalam satu masa yang sama iaitu

seperti kaunseling, motivator, pendidik, agen perubahan dan sebagainya.

Keempat, Seorang guru seharusnya bijak dalam menangani masalah muridnya.

Terutama sekiranya kelas tersebut terdiri murid – murid yang bermasalah tingkah

laku. Cara layanan dan penyampaian isi pembelajarannya juga perlu dikelolakan

dengan sebaiknya agar semua murid dapat memberi perhatian yang baik dan

memahami apa yang diajar oleh guru. Penyelesaian sesuatu masalah juga sebaik –

baiknya dibincangkan bersama orang lain kerana lain orang lain pengalamannya

dan pendapat masing – masing. Sesuatu keputusan hanya dapat dilahirkan dengan

cara yang relevan kerana idea tersebut dapat ditimbang baik buruknya sebelum ia

dimuktamadkan.

Kelima, Kempen Kepentingan Pendidikan perlulah dijalankan oleh mana – mana

badan yang bertanggungjawab secara lebih kerap lagi dan kempen ini nanti sebaik –

baiknya dihadiri wajib oleh ahli PIBG, orang – orang kampung, ibubapa, orang yang

tinggal di luar kawasan bandar dan sebagainya. pendedahan sebegini amat penting

agar ibubapa dan sesebuah keluarga sedar akan kepentingan pendidikan kepada

anak – anak mereka. Hal ini dapat diterapkan dengan lebih mendalam lagi sekiranya

badan – badan berkepentingan seperti Polis, Askar, Doktor, Saintis dan lain – lain

memberikan kempen dan kursus terbuka agar masyarakat bandar dan luar bandar

dapat melihat kepentingan pendidikan buat jangka masa panjang khusus untuk

kepentingan anak – anak mereka kelak.

JAIM DOMUNIH10

Page 11: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

Keenam, Sepatutnya sebelum Encik Robert mengeluarkan notis rujukan

tatatertib secara sah terhadap Richard, Encik Robert perlulah memastikan

kesahihan dan sejauh mana betulnya dan relevannya tindakan mengeluarkan notis

seperti itu terhadap Richard tanpa mengetahui hujung pangkal cerita kes tersebut.

Encik Robert tidak boleh bertindaksambil lewa kerana hal pengeluaran dendaan

tatatertib itu melibatkan perasaan murid terhadap guru, nama sekolah, guru unit

disiplin dan tahap kebijaksanaan Encik Robert dalam menyelesaikan sesuatu

masalah.

Ketujuh, Tindakan Encik John adalah agak perit untuk dia pendamkan sendiri

akan tetapi itulah tindakan yang sebaiknya untuk dia lakukan pada saat itu. Selain

dapat mencerminkan kewibawaan sebagai seorang bakal guru, beliau dapat dilihat

sebagai seorang yang bijak dalam menangani emosi iaitu EQ. beliau secara

langsung dapat melatih diri untuk menangani kawalan emosi dengan sebaiknya

untuk masa akan datang.

Kelapan, Encik John boleh mengendalikan maslaah Richard sebenarnya iaitu

dengan melihat kepada buku rekod atau mendapatkan alamat Richard secara terus

dari Richard sendiri bagi mengetahui sejauh mana kebenaran alasan Richard

tersebut. Selain itu, Encik John juga boleh mengambil dan menghantar Richard pada

masa yang telah ditetapkan jika Encik John benar – benar ingin berlatih menjadi

guru cemerlang dan seandainya Encik John mempunyai kereta sebagai

pengangkutan untuk menghantar dan mengambil Richard dari rumah ke sekolah.

Kesembilan, Ketidakadilan dapat diatasi sekiranya pengurusan emosi dan juga

pengetahuan dapat diseimbangkan sebaik – baiknya. Dari pihak Encik John, beliau

boleh menyoal selidik dahulu guru kelas bagi kelas tempoh tujuh sebelum mula

membuat sebarang tindakan susulan terhadap Richard. Dari sudut pandangan Encik

Robert pula, sebaiknya beliau memastikan dahulu apakah latar belakang Richard

dan apakah dirinya mempunyai catatan masalah tingkah laku di sekolah tersebut

sebelum ini barulah beliau boleh mengeluarkan notis sah salahlaku pelajar.

Kesepuluh, Encik John sepatutnya mempelajari seni mempertahankan diri

sekurang – kurangnya beliau dapat keyakinan diri untuk berhadapan dengan pelajar

yang bermasalah tingkah laku seperti Richard dan dikala situasi tidak terkawal

terjadi beliau usah berasa gusar kerana adanya pertahanannya sendiri. Selain itu,

JAIM DOMUNIH11

Page 12: Laporan Analisis Kajian Kes

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) KES RICHARD

Encik John sepatutnya dibantu atau ditemani oleh mana – mana rakan guru lain

supaya sekiranya sesuatu yang buruk terjadi, Encik John masih mempunyai

sokongan dan bantuan kecemasan untuk mengawal suatu keadaan kritikal bila

bersama Richard. Mungkin ada baiknya juga sekiranya Encik John sediakan suatu

alat mempertahankan diri ketika berhadapan dengan Richard demi menjaga

keselamatan dirinya sendiri dan juga orang lain.

Kesebelas, Encik John telah memilih tindakan yang betul dan kebetulan terkena

pada orang yang betul kerana guru tersebut sudah lama mengenali Richard, tahu

akan kelemahan dan masalah Richard sebelum ini, pernah menjadi guru Bahasa

Inggerisnya dan juga tahu mengendalikan situasi tegang Richard seperti yang

berlaku pada ketika itu.

14.0 KESIMPULAN

JAIM DOMUNIH12