Laporan ar (repaired)2

95
1 PENGGUNAAN KAD KRITERIA DALAM STAIL RECIPROCAL UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN SERVIS BAWAH BOLA TAMPAR BAGI MURID-MURID TAHUN 6 FUTURISTIK. 1.0 PENDAHULUAN Praktikum kali ini merupakan praktikum kali ketiga dan saya telah di tempatkan di SK Temong, Perak. Tempoh praktikum kali ini adalah selama 12 minggu iaitu bermula pada 31 Januari 2011 dan tamat pada 29 April 2011. SK Temong asalnya dibina oleh penjajah Inggeris pada tahun 1906. Sehingga kini, sekolah ini telah berusia 105 tahun. Bilangan murid ialah seramai 185 orang termasuk murid pra sekolah iaitu seramai 35 orang. Kebanyakan murid terdiri daripada kampung-kampung berdekatan iaitu Kg Temong, Kg Jarau, Kg Berala, Kg Lubuk Chapin, Kg Tahan, Kg Padang Lalang dan Kg Che Kampar. Status sekolah ini adalah sekolah gred B. Sekolah ini mempunyai seramai 21 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Pra Sekolah dan seorang Pembantu Am Rendah. Memandangkan sekolah ini berada di kawasan desa, suasana persekitaran di sini agak tenang dan selesa. Hubungan antara guru dan murid sangat baik dan mesra. Guru-guru dan staf sekolah ini

Transcript of Laporan ar (repaired)2

Page 1: Laporan ar (repaired)2

1

PENGGUNAAN KAD KRITERIA DALAM STAIL RECIPROCAL UNTUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN SERVIS BAWAH BOLA TAMPAR

BAGI MURID-MURID TAHUN 6 FUTURISTIK.

1.0 PENDAHULUAN

Praktikum kali ini merupakan praktikum kali ketiga dan saya telah di tempatkan di SK Temong,

Perak. Tempoh praktikum kali ini adalah selama 12 minggu iaitu bermula pada 31 Januari 2011

dan tamat pada 29 April 2011. SK Temong asalnya dibina oleh penjajah Inggeris pada tahun

1906. Sehingga kini, sekolah ini telah berusia 105 tahun. Bilangan murid ialah seramai 185

orang termasuk murid pra sekolah iaitu seramai 35 orang. Kebanyakan murid terdiri daripada

kampung-kampung berdekatan iaitu Kg Temong, Kg Jarau, Kg Berala, Kg Lubuk Chapin, Kg

Tahan, Kg Padang Lalang dan Kg Che Kampar. Status sekolah ini adalah sekolah gred B.

Sekolah ini mempunyai seramai 21 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Pra

Sekolah dan seorang Pembantu Am Rendah. Memandangkan sekolah ini berada di kawasan

desa, suasana persekitaran di sini agak tenang dan selesa. Hubungan antara guru dan murid

sangat baik dan mesra. Guru-guru dan staf sekolah ini juga begitu peramah dan menerima

kehadiran kami dengan gembira. Di sekolah ini, saya dikehendaki mengajar mata pelajaran

Pendidikan Jasmani bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik dan Tahun 1 Aktif. Selain itu saya juga

mengajar mata pelajaran minor iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi kelas 4

Dinamik. Walaupun terdapat beberapa kelemahan pada sekolah ini khususnya penyediaan

prasarana dan alatan-alatan sukan, namun saya berharap perkara tersebut tidak melemahkan

semangat saya untuk terus menimba ilmu dan mengutip pengalaman sebanyak mungkin daripada

Page 2: Laporan ar (repaired)2

2

guru-guru yang lebih senior di sini. Saya juga berharap praktikum kali ini dapat memperbaiki

lagi amalan pengajaran dan pembelajaran saya dalam profesyen perguruan.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sepanjang saya melaksanakan praktikum di sekolah ini, saya telah mengenalpasti pelbagai

masalah yang timbul bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Antaranya, penguasaan murid

terhadap teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar adalah kurang memuaskan. Hal ini

berlaku apabila saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran

Pendidikan Jasmani untuk murid-murid Tahun 6 Futuristik. Kenyataan saya ini adalah

berdasarkan indikator yang murid tunjukkan iaitu murid tidak berupaya melakukan servis bawah

tangan bola tampar melepasi jaring yang telah disediakan. Walaupun saya telah mengurangkan

jarak antara pelaku dengan jaring tersebut namun murid tetap tidak dapat melaksanakannya.

Selain daripada itu, teknik perlakuan dalam setiap fasa juga gagal dilakukan dengan betul.

Memandangkan saya telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran ini bagi Tahun 6 dan

kemahiran bola tampar terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1999), perkara ini benar-benar membimbangkan saya. Selain itu

murid juga memberikan alasan bahawa mereka tidak pernah didedahkan dengan permainan ini

kerana guru-guru di sini tidak menitikberatkan aktiviti sukan dan permainan. Hal ini benar-benar

mendukacitakan saya. Tambahan lagi, murid-murid menganggap bahawa permainan ini sukar

dan menyakitkan tangan. Selepas melakukan aktiviti servis bawah semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran, murid kelihatan mengadu kepada rakan-rakan yang lain sambil mengurut tangan

masing-masing.

Page 3: Laporan ar (repaired)2

3

Saya berasa sangat terkilan apabila mengenangkan situasi ini kerana pada pandangan

saya, murid-murid sudah serik untuk membuat percubaan yang seterusnya. Selain itu, pelbagai

tanggapan yang berlegar-legar di dalam fikiran saya antaranya adakah aktiviti yang dilaksanakan

begitu mencabar keupayaan mereka sehingga mereka tidak dapat melaksanakan kemahiran

tersebut dengan betul? Saya ingin tahu apa yang menyebabkan mereka tidak boleh melakukan

kemahiran servis bawah ini. Adakah kaedah pengajaran saya tidak menyeronokkan atau

sememangnya murid tidak menumpukan perhatian semasa saya memberikan penerangan dan

membuat demonstrasi. Melalui refleksi yang saya jalankan, saya mendapati bahawa objektif

pembelajaran belum tercapai sepenuhnya. Saya berasa sangat bersalah, seolah-olah menunjukkan

bahawa saya tidak menjalankan tanggungjawab saya dengan sempurna sewaktu mengajar.

Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran ini, saya merasakan bahawa saya harus

melakukan penambahbaikan terhadap pengajaran saya. Mungkin saya boleh menggunakan

kaedah atau teknik lain agar murid lebih jelas dan dapat melakukan aktiviti dengan penuh

bersemangat. Peranan pendidik ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang

kepakarannya melalui pelbagai pendekatan mengajar untuk pelajar menimba pembelajaran

secara berkesan. Hasil daripada proses pembelajaran yang berkesan, murid dapat meningkatkan

kefahaman melalui proses kognisi, membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan

psikomotor dan menerapkan nilai-nilai afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002).

Justeru itu saya perlu mencari idea untuk memilih kaedah dan pendekatan yang terbaik supaya

objektif tercapai dan murid menerima pengajaran saya dengan kefahaman yang mendalam.

Page 4: Laporan ar (repaired)2

4

2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN

Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan tentang Fokus Kajian dan Isu Keprihatinan yang

telah dilihat dari dua aspek iaitu Tinjauan Masalah dan Analisis Tinjauan Masalah. Tinjauan

Masalah merujuk kepada apakah masalah yang ingin dikaji dan amalan yang perlu saya

tambahbaikkan manakala Analisis Tinjauan Masalah pula merujuk kepada kaedah yang saya

gunakan untuk mengutip data awal bagi mengesahkan bahawa masalah tersebut sememangnya

wujud.

2.1 Tinjauan Masalah

Murid Tahun 6 telah berada di alam persekolahan dalam jangkamasa lebih daripada 5 tahun.

Sepanjang tempoh tersebut mereka telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran sama ada

kemahiran dalam permainan mahupun kecergasan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah-sekolah di

Malaysia. Ianya diajar selama 11 tahun yang merangkumi tunjang kecergasan, kemahiran dan

kesukanan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Kelas Pendidikan Jasmani dijalankan

selama 30 minit bagi sekolah rendah dan 40 minit bagi sekolah menengah, sebanyak 2 kali

seminggu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 25/1998

bertarikh 18 November 1998 juga telah memaklumkan bahawa mata pelajaran Pendidikan

Jasmani adalah mata pelajaran teras sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Dalam aktiviti Pendidikan Jasmani, hasil pembelajaran yang di tekankan merangkumi

domain psikomotor, kognitif dan afektif. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang menyatakan bahawa “pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan

Page 5: Laporan ar (repaired)2

5

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Secara umumnya, Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membantu murid-murid menjadi

cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Objektif khususnya adalah

untuk mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan

perlakuan motor, menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan

diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan

kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah dan

disiplin diri dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Pusat Perkembangan Kurikulum,

1999).

Namun sudah menjadi kelaziman guru-guru di sekolah mengabaikan mata pelajaran ini

kerana ingin menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran lain khususnya mata pelajaran

peperiksaan. Murid-murid juga seakan-akan terbiasa dengan budaya ini dan seterusnya

menganggap Pendidikan Jasmani tidak penting. Mereka hanya menumpukan perhatian kepada

mata pelajaran yang terlibat dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sahaja. Sehubungan

dengan itu kebanyakan murid Tahun 6 kurang menguasai banyak kemahiran dalam permainan

yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kemahiran yang sukar

dikuasai ialah kemahiran servis bawah bola tampar.

Page 6: Laporan ar (repaired)2

6

Menurut Viera dan Ferguson (1994), bola tampar boleh dianggap sebagai sukan

sepanjang hayat. Bola tampar boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan kemahiran.

Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi dalam kalangan liga,

dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat dan program intramural sekolah.

Terdapat beberapa kemahiran yang ada dalam permainan ini antaranya merejam,

menyangga, menghadang dan sebagainya. Namun bagi kajian ini, saya telah memfokuskan

kepada kemahiran servis bawah. Menurut Viera dan Ferguson (1994), servis adalah satu-satunya

kemahiran dalam bola tampar di mana individu mempunyai kawalan sepenuhnya semasa

pelaksanaan. Dengan itu, individu mempunyai tanggungjawab terhadap keputusannya. Menurut

Viera dan Ferguson lagi, terdapat fasa yang perlu dilakukan untuk melaksanakan servis bawah

iaitu, fasa persediaan, fasa pelaksanaan dan fasa ikut lajak.

Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah melihat murid benar-benar

mempunyai masalah untuk melakukan kemahiran servis bawah dalam permainan bola tampar di

mana saya perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan penguasaan kemahiran ini. Terdapat

situasi di mana murid-murid melakukan servis bawah dengan teknik yang salah. Hal ini

menyebabkan bola tidak melepasi jaring dan adakalanya bola tersebut tersasar. Masalah ini turut

diakui oleh Viera dan Ferguson (1994), yang menyatakan bahawa kebanyakan kesalahan servis

bawah boleh disebabkan oleh posisi tangan yang memegang bola. Ramai pemain baru yang

menghayun tangan ketika memegang bola atau memegang bola pada paras yang lebih tinggi

daripada pinggang. Sehubungan itu banyak bola yang diservis tersasar dari zon yang telah

ditetapkan di gelanggang bola tampar.

Page 7: Laporan ar (repaired)2

7

Saya rasa bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid dalam

servis bawah bola tampar supaya mereka dapat menguasai permainan ini. Hal ini secara tidak

langsung membolehkan amalan pengajaran dan pembelajaran saya ditingkatkan dan objektif

dicapai sepenuhnya. Justeru itu, saya ingin menggunakan kaedah pengajaran stail reciprocal bagi

mengatasi masalah ini. Saya memilih kaedah ini kerana dapatan kajian lepas menunjukkan

bahawa kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman murid yang mempunyai masalah untuk

memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru (Alfassi 1998; Lederer 2000; Hart dan

Speece 1998; Westera dan Moore 1995; Lysynchuk 1990).

Alfassi (1998) mendapati, kumpulan pelajar yang mengikut pengajaran reciprocal telah

menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kefahaman bacaan pelajar apabila menggunakan

pengajaran reciprocal berbanding dengan kaedah pengajaran bacaan konvensional.

Lederer (2000) pula telah membuat kajian tentang keberkesanan stail reciprocal terhadap

pelajar yang mempunyai masalah dalam kefahaman bacaan. Kajian tersebut dijalankan keatas

pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran di salah sebuah sekolah rendah di New Mexico,

Amerika Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan stail reciprocal berkesan untuk

meningkatkan kefahaman pelajar termasuklah pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran.

Hart dan Speece (11998) cuba menentukan keberkesanan stail reciprocal yang dijalankan

selama 8 minggu di Kolej Komuniti, Amerka Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan

pencapaian yang signifikan. Namun, tiada perbezaan yang signifikan dari sudut kemahiran

pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Westera dan Moore (1995) di New Zealand melihat keberkesanan stail reciprocal ke atas

pelajar-pelajar lemah dalam kefahaman bacaan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat

Page 8: Laporan ar (repaired)2

8

perbezaan yang signifikan dalam kumpulan lanjutan berbanding kumpulan jangka pendek serta

kumpulan kawalan.

Lysynchuk (1990) dan rakan-rakan menjalankan kajian di Amerika Syarikat. Dapatan kajian

ini menunjukkan bahawa stail reciprocal telah meningkatkan pencapaian harian pelajar gred

empat dalam pencapaian soalan harian , perbendaharaan dan penceritaan semula (retelling)

berbanding dengan pelajar gred tujuh.

Walaupun kajian-kajian di atas menunjukkan kaedah pengajaran reciprocal dapat

meningkatkan kefahaman pelajar dalam kemahiran bacaan, bercerita dan lain-lain, dan bukannya

kemahiran penguasaan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani (khususnya servis dalam kajian ini),

saya berasa yakin bahawa kaedah ini turut mampu untuk meningkatkan kemahiran servis bawah

dalam permainan bola tampar.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Bagi memastikan bahawa masalah ini sememangnya wujud, saya telah membuat kutipan data

awal terlebih dahulu. Saya telah mentadbir Ujian Servis Bola Tampar American Alliance for

Health, Physical Education, Recreation and Dance [AAHPERD] ke atas semua murid Tahun 6

Futuristik. Ujian ini dianggap sebagai Ujian Pra. Murid hendaklah mengambil bahagian dengan

penuh minat dan rasa bertanggungjawab. Sebelum melaksanakan ujian, saya telah memberi

penerangan dan demonstrasi tentang cara atau protokol melakukan ujian kemahiran ini.

Sebelum bermulanya ujian, saya telah memastikan kemudahan dan peralatan ujian berada

dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan. Semua tanda garis dan saiz adalah mengikut

Page 9: Laporan ar (repaired)2

9

spesifikasi yang tepat. Saya juga telah menempatkan semua murid di suatu sudut kawasan ujian

untuk sesi taklimat. Semasa sesi taklimat, saya telah menjelaskan tujuan dan objektif ujian yang

akan dijalankan. Maklumat mengenai skor ujian telah diisi ke dalam borang Ujian Servis Bola

Tampar AAHPERD (Lampiran 1). Saya juga telah menerangkan langkah-langkah keselamatan

yang perlu diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas melaksanakan ujian.

Perakuan ibu bapa juga telah diperolehi sebelum murid menjalankan Ujian Pra. Murid

dikehendaki menandatangani borang pengakuan melakukan ujian (Lampiran 2). Seterusnya

murid memanaskan badan dan melakukan aktiviti regangan di bawah kelolaan saya. Murid

kemudiannya telah menjalankan Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Prosedur ujian adalah

seperti berikut:

Objektif Di akhir sesi ini murid-murid dapat mengukur kemahiran sevis

bawah dengan betul dan tepat dalam permainan bola tampar.

Kesahan Tidak dilaporkan

Kebolehpercayaan Tidak dilaporkan.

Alatan Gelanggang bola tampar, kon, pita pengukur, skital, jaring, wisel,

Kaedah 1. murid akan mempunyai pasangan masing-masing dan

seterusnya mengira skor yang diperolehi oleh pasangannya

yang menjalani ujian.

2. murid akan berdiri di kawasan bertanda “X” dalam gambar

rajah 1 (Lampiran 3).

3. murid akan servis melepasi jaring sebanyak 10 kali

Page 10: Laporan ar (repaired)2

10

percubaan.

4. Pasangan masing-masing akan mengira skor yang

diperolehi oleh murid yang menjalani ujian.

5. Bagi murid-murid berumur di bawah 12 tahun, garisan

servis adalah 20 kaki daripada jaring.

Skor 1. Skor adalah jumlah mata yang diperolehi berdasarkan nilai

pada zon di mana bola yang diservis mendarat seperti

dalam gambar rajah 1 (Lampiran 3)

Semasa Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD ini dijalankan, saya telah menjalankan

Permerhatian 1 terhadap setiap murid Tahun 6 Futuristik yang menjalani ujian ini dengan

menggunakan borang senarai semak yang bertujuan untuk menilai teknik lakuan dalam

kemahiran servis bawah bola tampar yang dilakukan oleh murid-murid. Jadual 1 dibawah

menunjukkan keputusan pemerhatian 1 saya:

Jadual 1. Pemerhatian 1 ke atas teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar murid-murid

Tahun 6 Futuristik.

BIL PERKARA/FASA JUMLAH BIL.

MURID

Fasa Persediaan

1 Berdiri mengiring 26/26

2 Kaki dibuka seluas bahu 26/26

Page 11: Laporan ar (repaired)2

11

3 Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras pinggang 24/26

4 Mata tumpu pada bola 25/26

5 Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis. 26/26

Fasa Pelaksanaan

6 Lengan tangan bebas dihayun ke belakang. 24/26

7 Serentak, berat badan dipindah ke belakang 21/26

8 Lambung bola pada paras kepala 19/26

9 Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang

lurus.

20/26

10 Serentak, berat badan dipindah ke depan. 21/26

11 Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam pada paras

pinggang.

21/26

12 Bola dikontak pada bahagian bawah tengah 22/26

Fasa Ikut Lajak

13 Ambil satu langkah ke hadapan 18/26

14 Berat badan pada kaki hadapan 16/26

15 Lengan ke arah atas jaring 20/26

Page 12: Laporan ar (repaired)2

12

16 Bergerak masuk ke dalam gelanggang 19/26

Berdasarkan jadual 1 iaitu terhadap pemerhatian yang telah saya jalankan, tidak terdapat

sebarang masalah yang dilakukan oleh murid terhadap teknik lakuan kemahiran servis bawah

bola tampar semasa fasa persediaan di mana terdapat tiga perkara yang dilakukan oleh kesemua

murid iaitu perkara 1, 2, dan 5. Manakala bilangan murid yang melaksanakan perkara 3 dan 4

adalah seramai 24 dan 25 orang. Begitu juga pada fasa pelaksanaan, saya dapati bahawa

bilangan murid yang boleh melakukan teknik dalam kemahiran servis bola tampar ini lebih ramai

berbanding murid yang tidak boleh melakukannya. Namun demikian, perkara 8, terdapat 19

orang murid sahaja yang melakukan teknik ini daripada 26 orang murid yang membuat

percubaan. Namun demikian, saya dapati tiada masalah bagi perkara keenam di mana hanya

seorang murid sahaja yang tidak meksanakan aktiviti ini. Bagi perkara ketujuh, kesepuluh dan

kesebelas pula, bilangan murid yang melakukan aktiviti ini adalah seramai 21 daripada 26 orang.

Bagi aktiviti kesembilan dan kesebelas, bilangan murid yang melakukan aktiviti ini adalah

seramai 20 dan 22 orang. Bagi fasa ikut lajak pula, saya dapati ramai murid yang tidak

melakukan aktiviti 13 dan 14 dimana hanya terdapat 18 dan 16 orang murid sahaja yang

melaksanakan aktiviti ini. Manakala bagi aktiviti 15 dan 16, bilangan murid yang melakukan

aktiviti-aktiviti ini adalah seramai 20 dan 19 orang. Sehubungan dengan itu saya dapati

kebanyakkan murid menghadapi masalah dalam fasa ikut lajak berbanding fasa-fasa yang lain.

Seterusnya saya juga telah menganalisis data berdasarkan norma persentil Ujian Servis Bola

Tampar AAHPERD (Lampiran 4). Gambarajah 1 menunjukkan hasil data yang diperolehi

terhadap murid-murid Tahun 6 Futuristik setelah ujian pra ini dijalankan.

Page 13: Laporan ar (repaired)2

13

5 25 50 75 950

2

4

6

8

10

12

Pencapaian Ujian Pra

Murid LelakiMurid Perempuan

norma persentil

bila

ngan

mur

id

Gambarajah 1. Graf keputusan Ujian Pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD) bagi murid

Tahun 6 Futuristik.

Graf dalam gambarajah 1 menunjukkan terdapat 2 orang murid yang mendapat norma persentil

terendah iaitu sebanyak 5 persentil. Ia terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid

perempuan. Manakala terdapat seorang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang

mencatat persentil sebanyak 25. Bagi persentil 50 pula, bilangannya adalah seramai 10 orang

murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Seramai 4 orang murid yang terdiri daripada 2 orang

murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang mencapai persentil sebanyak 75. Namun bagi

persentil 95, hanya seorang murid sahaja yang berjaya ke tahap tersebut iaitu murid lelaki dan

tiada bilangan murid perempuan yang mencapai persentil ini. Dapatan ujian ini telah dijadikan

landasan bagi pemilihan sampel di mana 6 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid

lelaki dan 4 orang murid perempuan yang mendapat skor terendah dan tidak mencapai sasaran

Page 14: Laporan ar (repaired)2

14

persentil yang ditetapkan telah dipilih sebagai sampel kajian. Sasaran yang telah saya tetapkan

adalah sekurang-kurangnya pada persentil 50.

Berdasarkan keputusan pemerhatian 1 dan ujian pra, saya telah mengenalpasti 6 orang

murid yang dikatakan lemah dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini dan saya telah

jadikan mereka sebagai sampel saya. Keputusan pemerhatian 1 bagi keenam-enam sampel ini

ditunjukkan melalui jadual 2:

Jadual 2. Pemerhatian 1 ke atas teknik lakuan kemahiran servis bawah bola tampar bagi sampel.

BIL PERKARA/FASA Sampel

A

Sampel

B

Sampel

C

Sampel

D

Sampel

E

Samepl

F

Fasa Persediaan

1 Berdiri mengiring / / / / / /

2 Kaki dibuka seluas

bahu

/ / / / / /

3 Bola dipegang

dengan sebelah

tangan pada paras

pinggang

/ / / / / /

4 Mata tumpu pada

bola

/ / / / / /

5 Genggam tangan / / / / / /

Page 15: Laporan ar (repaired)2

15

bebas yang akan

melakukan servis.

Fasa Pelaksanaan

6 Lengan tangan

bebas dihayun ke

belakang.

/ X / / / /

7 Serentak, berat

badan dipindah ke

belakang

X X / / X /

8 Lambung bola pada

paras kepala

X X / / X /

9 Lengan tangan

bebas dihayun ke

depan dalam satu

satah yang lurus.

X X / / X /

10 Serentak, berat

badan dipindah ke

depan.

X X X / X /

11 Kontak bola pada

buku lima tangan

X X / / X /

Page 16: Laporan ar (repaired)2

16

yang digenggam

pada paras

pinggang.

12 Bola dikontak pada

bahagian bawah

tengah

X X / / X /

Fasa Ikut Lajak

13 Ambil satu langkah

ke hadapan

X X X / X /

14 Berat badan pada

kaki hadapan

X X X / X /

15 Lengan ke arah atas

jaring

X X / X X /

16 Bergerak masuk ke

dalam gelanggang

/ X / X X X

JUMLAH ADA (/) 7/16 4/16 10/16 11/16 7/16 10/16

PERATUS (%) 44 25 63 69 44 63

Page 17: Laporan ar (repaired)2

17

Berdasarkan jadual 2, saya mendapati bahawa sampel A dan E telah menunjukkan 44% lakuan

dalam teknik kemahiran servis bawah bola tampar mengikut teknik yang tertera dalam borang

senarai semak yang telah disediakan. Sampel B sebanyak 25%, sampel C dan F sebanyak 63%,

dan akhir sekali sampel D sebanyak 69%. Seterusnya keputusan ujian pra Ujian Servis Bola

Tampar AAHPERD ditunjukkan melalui jadual 3 dan gambarajah 2 berikut:

Jadual 3. Keputusan ujian pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD) bagi sampel kajian.

Perkara

Ujian Pra

Skor Persentil

Sampel A 9 Diantara 25 hingga 50

Sampel B 3 Diantara 5 hingga 25

Sampel C 7 Diantara 25 hingga 50

Sampel D 4 Diantara 0 hingga 5

Sampel E 5 5

Sampel F 4 Diantara 5 hingga 25

Page 18: Laporan ar (repaired)2

18

sampel A Sampel B sampel C Sampel D sampel E sampel F0

5

10

15

20

25

30

sampel; 5

Pencapaian Ujian Prape

rsen

til

Gambarajah 2. Graf keputusan pencapaian ujian pra (Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD)

bagi sampel kajian.

Sampel A dan C telah mencatatkan persentil 25 manakala sampel B, E dan F pula masing-

masing mencapai persentil 5. Namun sampel D pula walaupun terdapat catatan skor sebanyak 4

tetapi sampel ini hanya mampu mencatat persentil sebanyak 0 sahaja.

Seterusnya saya telah mengambil langkah penambahbaikan iaitu penggunaan kad kriteria

dalam stail reciprocal bagi mengatasi masalah ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran

murid-murid dalam permainan bola tampar. Ia juga bertujuan untuk memotivasikan murid

Page 19: Laporan ar (repaired)2

19

supaya terus melibatkan diri dalam permainan bola tampar ke peringkat lebih tinggi dan murid

melakukan aktiviti-aktiviti bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Objektif khusus kajian ini pula adalah:

1. Untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran servis bawah dalam permainan bola

tampar melalui penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi murid-murid Tahun 6

Futuristik.

Persoalan kajian yang ingin dikemukakan dalam kajian ini adalah:

1. Sejauhmanakah kad kriteria dalam stail reciprocal dapat meningkatkan kemahiran servis

bawah dalam permainan bola tampar bagi murid-murid Tahun 6 Futuristik?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya untuk kajian ini (n=6) murid Tahun 6 Futuristik yang terdiri daripada

(n=4) murid perempuan dan (n=2) murid lelaki di Sekolah Kebangsaan Temong, Perak. Saya

memilih murid yang terdiri daripada kelas Tahun 6 Futuristik kerana saya telah diamanahkan

untuk mengajar kelas ini bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sepanjang tempoh

praktikum. Selain itu, murid-murid Tahun 6 juga merupakan murid yang agak senior berbanding

murid-murid lain. Sehubungan itu, tahap kematangan mereka agak menonjol berbanding murid-

murid yang lebih muda daripada mereka. Oleh itu ia memudahkan saya untuk menjalankan

kajian ini. Melalui dapatan data demografi yang saya kumpul dalam borang biodata (Lampiran 5)

yang dijalankan, status sosioekonomi murid-murid di sekolah ini adalah pada tahap sederhana.

Page 20: Laporan ar (repaired)2

20

Kebanyakan pekerjaan ibu bapa murid-murid adalah sebagai penoreh getah, peniaga, kakitangan

kerajaan dan swasta dan lain-lain lagi. Berdasarkan soal selidik yang dilakukan (Lampiran 6),

(n=4) melibatkan diri secara aktif dalam sukan dan permainan manakala (n=2) kurang aktif.

Secara umumnya, berdasarkan data yang diterima, murid-murid ini datangnya daripada kawasan

luar bandar. Oleh itu saya berpendapat bahawa mereka tidak berpeluang untuk melakukan

aktiviti fizikal seperti melakukan riadah bersama keluarga dan rakan-rakan memandangkan

kurangnya prasarana di kawasan ini seperti taman rekreasi, gelanggang permainan dan

sebagainya.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Prosedur Tindakan

Seseorang pendidik seharusnya pakar dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Ianya boleh direalisasikan sekiranya seseorang pendidik itu menguasai ilmu konten

dan ilmu pedagogi yang mantap dalam bidangnya (Julismah, 2011). Oleh yang demikian saya

telah mengenalpasti salah satu cabang daripada ilmu pedagogi dalam Pendidikan Jasmani iaitu

penggunaan kad kriteria stail reciprocal bagi membantu meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran saya dan seterusnya meningkatkan kemahiran servis bawah dalam permainan bola

tampar dalam kajian ini.

Menurut Gagne, Briggs dan Wager (1992), mengajar adalah satu proses penyebaran ilmu

pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat

mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses pembelajaran dengan baik. Sehubungan

dengan itu, sebagai seorang pendidik, saya akan berusaha menyampaikan ilmu kepada murid

dengan sedaya upaya khususnya dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini.

Page 21: Laporan ar (repaired)2

21

Menurut Julismah (2011), pendekatan dan stail mengajar adalah amat penting dan berkait

rapat dengan keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan strategi mengajar

dalam menyebar atau menyampaikan ilmu pengetahuan hendaklah berasaskan kemampuan

fisiologikal yang melibatkan pertimbangan terhadap tahap kematangan dan kecergasan fizikal,

mental serta kecekapan kemahiran pergerakan motor mengikut aras kesediaan dan fasa

penguasaan pelajar.

Muska Mosston adalah pengasas kepada spektrum stail mengajar dalam Pendidikan

Jasmani pada tahun 1966. Terdapat beberapa stail yang diperkenalkan oleh beliau seperti stail

arahan, stail latihan, stail reciprocal, stail semak kendiri dan sebagainya. Stail yang paling kerap

dan paling lama digunakan di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah stail

arahan. Dalam stail ini, guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal semua aktiviti

sewaktu proses pengajaran dijalankan (Mohd Zohir, Rohizani, & Shahabuddin, 2005). Menurut

Mosston dan Ashworth (2002), stail arahan adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan teknik arahan terus di antara rangsangan guru dengan tindak balas pelajar. Ciri utama

stail ini ialah ketepatan perlakuan yang pelajar perlu tunjukkan hasil dari maklum balas (cue)

guru. Reka bentuk stail ini melibatkan guru berperanan dalam membuat semua keputusan pada

fasa pra impak, fasa impak dan fasa pasca impak. Peranan pelajar pula adalah mengikut dan

meniru apa yang diarahkan guru yang melibatkan keseragaman tindak balas atau perlakuan

dalam menjalankan aktiviti pelajaran.

Pada pandangan saya, tidak salah sekiranya guru menggunakan stail arahan dalam

pengajaran mereka namun, guru haruslah mempelbagaikan stail pengajaran mereka. Sehubungan

dengan itu, saya telah cuba untuk menarik minat murid terhadap kemahiran servis bawah ini

Page 22: Laporan ar (repaired)2

22

dengan menggunakan stail pengajaran yang dapat difahami oleh mereka dengan jelas dan

mendalam.

Oleh yang demikian saya telah memilih untuk menggunakan kad kriteria dalam stail

reciprocal bagi meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 6 Futuristik dalam kemahiran

servis bawah bola tampar. Saya berhasrat menggunakan kaedah ini dalam pengajaran saya agar

murid-murid berpeluang menimba sesuatu pengalaman baru. Mosston dan Ashworth (2002),

mendefinisikan stail reciprocal sebagai interaksi sosial, bertimbal balik dan memberi maklum

balas iaitu dengan dibimbing oleh kriteria yang spesifik. Dalam anatomi stail reciprocal, peranan

guru adalah menyediakan perkara pokok, kriteria, keputusan logistik, serta menyediakan maklum

balas kepada pemerhati. Peranan murid pula adalah untuk melakukan aktiviti secara

berpasangan. Seorang murid telah menjadi pelaku yang akan melaksanakan tugasan manakala

pasangan murid adalah pemerhati yang berperanan dalam membimbing pelaku dan memberi

maklum balas yang betul terhadap terhadap aktiviti pelajaran berdasarkan kriteria senarai semak

yang telah disediakan oleh guru. Guru akan bertindak sebagai tempat rujukan sekiranya

pemerhati tidak dapat membuat keputusan terhadap pencapaian pelaku.

Stail reciprocal ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu set pra impak, impak dan pasca

impak. Dalam set pra impak, guru akan memberi perhatian untuk memilih dan mereka isi

pelajaran serta mereka dan menyediakan kad kriteria kepada pemerhati. Mosston dan Ashworth

(2002), menyatakan bahawa faktor utama yang mentukan kejayaan atau kegagalan penggunaan

stail ini adalah kad kriteria. Dalam set impak pula, tugas utama guru adalah menetapkan peranan

dan hubungan baru. Pada permulaan pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan

penjelasan mengenai keperluan hubungan bergandingan. Apabila alasan mengenai hubungan

yang baru ini telah jelas, murid-murid akan lebih berkeinginan untuk menyertai peranan baru ini.

Page 23: Laporan ar (repaired)2

23

Bagi set pasca impak, pemerhati meneruskan peranannya dan memberikan maklum balas kepada

pelaku. Guru akan menunggu setiap pasangan menyelesaikan tugasan. Seterusnya, guru akan

bergerak tidak jauh dari satu pasangan ke pasangan yang lain untuk mendengar interaksi

mengenai tugasan yang telah dijalankan. Akhir sekali, guru akan memberikan komen terhadap

keseluruhan kelas. Selain itu, guru juga akan memberikan maklum balas mengenai peranan

pemerhati sama ada mereka telah menjalankan tugas dengan baik atau tidak.

Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, saya telah memfokuskan hanya kepada set impak

sahaja di mana kaedah stail bergandingan ini telah diaplikasikan untuk menambahbaikan amalan

pengajaran dan pembelajaran saya dan menyelesaikan masalah murid tidak dapat menguasai

kemahiran servis bawah bola tampar. Dengan itu saya telah memulakan aktiviti yang dirancang

dengan membina hubungan baik antara murid-murid dan memberikan penjelasan yang terperinci

mengenai pelaksanaan stail ini. Menurut Mohar dan Nurhaziyanti (2008), hubungan sosial yang

terbentuk secara tidak langsung dapat menerapkan proses sosialisasi dalam kalangan murid-

murid. Di samping menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, mereka juga boleh berinteraksi dan

meningkatkan kemahiran sosial mereka. Fungsi utama proses sosiolisasi ialah untuk

menghasilkan seseorang yang bersifat menyeluruh, iaitu dari segi kebolehan berinteraksi dengan

cekap di persekitarannya secara sosial mahupun fizikal. Pendapat tersebut telah menjelaskan

bahawa interaksi sosial sangat membantu perkembangan murid. Justeru itu, kaedah yang

digunakan juga mampu untuk membina interaksi sosial dalam kalangan murid-murid.

Saya telah memilih beberapa kaedah melibatkan penggunaan kad kriteria dalam stail

reciprocal untuk diaplikasikan sepanjang kajian dijalankan. Antaranya ialah:

Page 24: Laporan ar (repaired)2

24

1. Penggunaan kad kriteria tanpa gambar.

Perkara pertama yang telah saya lakukan sebelum melaksanakan sebarang aktiviti dalam kitaran

pertama ialah saya telah menyediakan kad kriteria (Lampiran 7). Kad tersebut mengandungi

huraian spesifik dalam bentuk teks sahaja mengenai tugasan iaitu berkenaan dengan kemahiran

servis bawah dalam permainan bola tampar.

Seterusnya saya telah mengarahkan sampel memilih sendiri pasangan yang sesuai dengan

mereka. Ini adalah kerana pada kebiasaannya manusia itu akan gembira bekerja dengan

seseorang yang mereka kenal dan suka (Byra & Marks, 1993; Ernst & Byra, 1998). Permulaan

hubungan sosial ini menjadikan sampel fokus kepada peranan dan jangkaaan baru. Sampel juga

telah memilih peranan sama ada sebagai pemerhati atau pelaku.

Di dalam kitaran pertama ini, hanya pemerhati sahaja yang mendapat kad kriteria

tersebut. Saya telah menggunakan kaedah ini terhadap sampel kajian yang terdiri daripada murid

Tahun 6 Futuristik. Penerangan telah dilakukan di dataran berhampiran gelanggang bola tampar.

Dalam penerangan tersebut, saya menyatakan objektif penggunaan stail ini. Alatan yang

digunakan ialah jaring, bola tampar, kad kriteria dan alat tulis. Sampel juga dikehendaki

memakai pakaian sukan.

Selepas aktiviti memanaskan badan di bawah kelolaan saya dijalankan, saya telah

melakukan demonstrasi tentang cara stail ini dilaksanakan agar sampel dapat memahami dengan

lebih jelas lagi. Seterusnya saya telah memberi penjelasan mengenai kad kriteria yang diedarkan

kepada pemerhati. Memandangkan ada di antara sampel yang tidak pernah mempunyai

pengalaman menggunakan kad kriteria untuk digunakan sebagai maklum balas, saya telah

menerangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai penggunaan kad kriteria tersebut. Saya juga

Page 25: Laporan ar (repaired)2

25

telah memberi peluang kepada sampel untuk bertanya soalan sekiranya ada sebarang

kemusykilan.

Setelah sampel jelas dengan penerangan yang dilakukan, maka sampel pergi ke kawasan

aktiviti dan melaksanakan tugasan secara berpasangan. Mosston dan Ashworth (2002),

menyatakan bahawa, dalam stail reciprocal, kita dapat perhatikan bahawa hubungan antara

pemerhati dan pelaku adalah untuk bekerjasama bagi meningkatkan kemajuan.

Prosedur pelaksanaan penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal ini adalah, sampel

melakukan stail ini di kawasan aktiviti. Peranan pemerhati dan pelaku telah ditentukan oleh

mereka sendiri. Pelaku telah melakukan perlakuan seperti yang telah didemonstrasi oleh guru

sebentar tadi. Pemerhati telah memerhati dan menyemak perlakuan pelaku tersebut berdasarkan

senarai semak kad kriteria sevis bawah bola tampar yang telah diberikan. Pemerhati juga telah

memberikan maklum balas secara berterusan terhadap perlakuan pelaku.

Aktiviti tersebut dilakukan selama 15 minit. Guru meniup wisel menandakan masa telah

tamat. Sampel diberi rehat selama 10 minit dan membuat refleksi mengenai aktiviti yang telah

dilaksanakan pada sesi sebentar tadi. Seterusnya sampel saling bertukar peranan, di mana jika

tadi A menjadi pelaku, beliau kini menjadi pemerhati pula. Masa yang diberikan untuk aktiviti

adalah sama seperti tadi juga iaitu 15 minit. Sepanjang aktiviti dilakukan, saya telah bergerak

berdekatan dengan satu pasangan ke pasangan yang lain. Saya juga telah mendengar interaksi

antara pasangan pemerhati dan pelaku tersebut. Akhir sekali, saya telah membuat maklum balas

terhadap keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan.

Dalam kajian ini saya telah memilih Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart, 1998.

Model ini mengandungi 4 elemen utama iaitu Perancangan (Plan), Tindakan (Action),

Page 26: Laporan ar (repaired)2

26

Pemerhatian (Observe), Refleksi (Reflect). Setiap satu kitaran telah dilaksanakan dalam tempoh

satu minggu iaitu terdapat 3 perjumpaan bersama sampel dalam satu minggu.

Kitaran pertama telah dijalankan terhadap sampel yang telah dipilih melalui ujian pra

iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Pada proses Perancangan (Plan), saya telah

menyediakan bahan pengajaran seperti kad kriteria, bola, jaring dan sebagainya. Alat-alat ini

didapati berfungsi dengan baik dan tidak mendatangkan masalah semasa sesi pelaksanaan

dijalankan. Saya juga telah memeriksa keadaan gelanggang bola tampar sama ada selamat atau

tidak untuk digunakan. Sehari sebelum ujian, saya juga telah memberi taklimat kepada sampel

berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. Kesihatan diri sampel juga berada dalam keadaan baik

semasa melaksanakan aktiviti servis bawah bola tampar.

Proses Tindakan (Action) pula adalah pelaksanaan semua aktiviti yang telah dirancang.

Saya telah menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola

tampar. Sepanjang aktiviti, sampel dikehendaki berpasangan dan berperanan sebagai pemerhati

dan pelaku. Saya pula hanya menjadi fasilitator sahaja. Setelah sampel melaksanakan aktiviti,

mereka telah diberikan rehat. Saya telah membuat kesimpulan dan maklum balas terhadap

keseluruhan sampel.

Seterusnya saya juga telah melaksanakan Pemerhatian (Observe). Fasa ini membolehkan

saya memerhati dan memantau perlakuan sampel. Sejauh mana sampel mendapatkan input

melalui kaedah yang telah saya gunakan.

Fasa terakhir adalah sesi Refleksi (Reflect) di mana sampel perlu membuat refleksi

mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan. Sampel telah menceritakan kembali peranan

pemerhati dan pelaku dan adakah kerjasama yang dijalankan berjaya atau tidak. Guru dan sampel

Page 27: Laporan ar (repaired)2

27

juga telah memberikan pendapat mengenai penggunaan kad kriteria yang terdapat dalam stail ini

dan apa yang perlu dilakukan sebagai penambahbaikan terhadap kad kriteria tersebut.

Justeru itu, untuk melihat sejauh mana penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal

membantu meningkatkan kemahiran servis bawah tangan bola tampar, saya telah menggunakan

ujian pos iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Melalui ujian tersebut saya dapat melihat

tahap peningkatan kemahiran servis bawah bola tampar dalam kalangan sampel kajian saya.

Namun demikian, setelah saya menjalankan ujian tersebut, saya mendapati bahawa masih

terdapat masalah penguasaan kemahiran servis bawah bola tampar ini. Terdapat sampel yang

tidak dapat melepasi skor yang telah saya tetapkan iaitu sekurang-kurangnya sebanyak 50

persentil. Malah mereka juga masih tidak dapat menguasai teknik dalam kemahiran servis bawah

bola tampar ini dengan betul. Sehubungan dengan itu, saya telah menjalankan kitaran kedua iaitu

penggunaan kad kriteria berserta gambar bagi memperincikan lagi kefahaman mereka terhadap

kad kriteria ini dan cara bagaimana melakukan teknik dalam kemahiran servis bawah ini dengan

betul. Penggunaan gambar merupakan satu cara yang sangat menarik. Rozianah (2005),

menyatakan bahawa grafik mengilustrasikan mesej seperti pepatah yang menyatakan bahawa

“sekeping gambar dapat menggambarkan seribu makna”. Saya telah melaksanakan pendekatan

ini terhadap sampel yang masih lemah. Prosedur pelaksanaan bagi kaedah ini sama seperti di

dalam kitaran pertama. Hanya tambahan kad criteria beserta gambar sahaja yang telah saya

aplikasikan dalam kitaran kedua ini.

Dalam kitaran kedua ini saya masih memilih Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart,

1998. Model ini mengandungi 4 elemen utama iaitu Perancangan (Plan), Tindakan (Action),

Page 28: Laporan ar (repaired)2

28

Pemerhatian (Observe), Refleksi (Reflect). Setiap satu kitaran akan dilaksanakan dalam tempoh

satu minggu (satu minggu terdapat 3 perjumpaan bersama sampel).

Pada proses Perancangan (Plan), saya telah menyediakan bahan pengajaran seperti kad

kriteria beserta gambar, bola, jaring dan sebagainya. Alat-alat ini haruslah berfungsi dengan baik

supaya tidak mendatangkan masalah semasa sesi pelaksanaan dijalankan. Saya juga memeriksa

keadaan gelanggang bola tampar sama ada selamat atau tidak untuk digunakan. Sehari sebelum

ujian, saya telah memberi taklimat kepada sampel berkenaan aktiviti yang akan dijalankan.

Proses Tindakan (Action) pula adalah pelaksanaan semua aktiviti yang telah dirancang.

Saya menggunakan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis

bawah bola tampar. Sepanjang aktiviti sampel hendaklah berpasangan dan berperanan sebagai

pemerhati dan pelaku. Saya pula hanya menjadi fasilitator sahaja. Setelah sampel melaksanakan

aktiviti mereka telah diberi rehat. Saya telah membuat kesimpulan dan maklum balas terhadap

keseluruhan sampel.

Seterusnya saya telah melaksanakan Pemerhatian (Observe). Fasa ini membolehkan saya

memerhati dan memantau perlakuan sampel. Sejauh mana sampel mendapat input melalui

kaedah yang telah saya gunakan.

Fasa terakhir adalah sesi Refleksi (Reflect) di mana sampel perlu membuat refleksi

mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan. Sampel telah menceritakan kembali peranan

pemerhati dan pelaku terhadap kerjasama yang dijalankan. Guru dan sampel juga akan

memberikan pendapat mengenai penggunaan kad kriteria beserta gambar yang terdapat dalam

stail ini dan apa yang perlu dilakukan sebagai penambahbaikan terhadap kad kriteria tersebut.

Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart ini dijelaskan melalui gambarajah 3 berikut:

Page 29: Laporan ar (repaired)2

29

Gambarajah 3. Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart.

Reflect: sampel dan guru membuat refleksi mengenai aktivitiyang dilakukan dan cerita kembali peranan masing-masing.

Action: menggunakan kad kriteria (beserta gambar) dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola tampar.

Plan: menyediakan bahan pengajaran dan memberikan taklimat. (sediakan kad kriteria)

Observe: saya memerhatikan sampel dan mengenalpasti sejauhmana sampel mengaplikasikan stail ini.

Reflect: sampel dan guru membuat refleksi mengenai aktivitiyang dilakukan dan cerita kembali peranan masing-masing.

Action: menggunakan kad kriteria (teks sahaja) dalam stail reciprocal bagi kemahiran servis bawah bola tampar.

Observe: saya memerhatikan sampel dan mengenalpasti sejauhmana sampel mengaplikasikan stail ini.

Plan: menyediakan bahan pengajaran dan memberikan taklimat.

Kitaran seterusnya

Page 30: Laporan ar (repaired)2

30

5.2 Cara Mengumpul Data

Dalam kajian ini, saya telah mengumpul data melalui dua pendekatan iaitu kualitatif dan

kuantitatif. Bagi pendekatan kualitatif, saya menggunakan kaedah pemerhatian manakala bagi

pendekatan kuantitatif pula, saya telah menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pos iaitu Ujian

Servis Bola Tampar AAHPERD.

1. Pemerhatian

Stail reciprocal yang diaplikasikan membolehkan saya memerhatikan reaksi murid dengan

lebih efisien sepanjang aktiviti dijalankan. Ini kerana murid yang akan bertindak sebagai

pemerhati dan pelaku manakala saya cuma sebagai tempat rujukan sahaja. Saya telah

memerhati sama ada mereka ada melakukan perlakuan dalam setiap fasa dalam kemahiran

servis bawah bola tampar mahupun tidak. Saya juga telah merakam perlakuan sampel semasa

mereka melakukan kemahiran servis bawah tangan bola tampar ini sewaktu mereka

menjalani ujian pos agar saya dapat membuat rujukan dan penilaian terhadap aspek-aspek

yang diperlukan untuk melakukan teknik kemahiran servis bawah bola tampar. Selain itu

saya juga mengambil kira sama ada mereka dapat mendengar arahan saya dengan baik atau

sebaliknya. Untuk kaedah ini, saya telah menggunakan borang senarai semak (Lampiran 8)

untuk merekod item-item yang dinilai. Melalui borang tersebut, saya telah membuat

penilaian tentang murid sama ada dapat menguasai kemahiran ini dengan baik atau tidak.

2. Ujian pra dan ujian pos.

Seterusnya data juga telah dikutip melalui pendekatan kuantitatif iaitu ujian pra dan pos

Servis Bola Tampar AAHPERD. Ujian pra telah dijalankan semasa tinjauan awal, manakala

ujian pos telah dilaksanakan selepas sampel melakukan aktiviti dalam setiap kitaran

Page 31: Laporan ar (repaired)2

31

menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal. Data bagi ujian pra dan pos telah

direkodkan ke dalam borang skor Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD. Langkah

pengumpulan data yang telah saya jalankan adalah seperti yang berikut:

Jadual 4. Langkah pengumpulan data.

Langkah

Dan

Tarikh

Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan

Langkah 1 Menjalankan

pemerhatian 1

26 orang murid tahun

6 Futuristik

Mengenalpasti masalah sebenar

yang dihadapi oleh murid-murid.

Langkah 2 Ujian Pra 26 orang murid tahun

6 Futuristik$

Saya menjalankan Ujian Pra iaitu

Ujian Servis Bola Tampar

AAHPERD. Tujuannya adalah

mengenalpasti masalah sebenar

yang dihadapi oleh murid-murid

tahun 6 Futuristik ini. Seterusnya

ia bertujuan untuk memilih

murid-murid yang benar-benar

lemah dalam kemahiran servis

bawah bola tampar untuk

dijadikan sampel kajian saya.

Langkah 3 Menjalankan 6 orang sampel dari Bagi mengenalpasti sama ada

Page 32: Laporan ar (repaired)2

32

pemerhatian 2 Tahun 6 Futuristik sampel telah mencapai

peningkatan ataupun tidak bagi

memperbaiki teknik kemahiran

servis bawah bola tampar setelah

sesi pemulihan iaitu penggunaan

kad kriteria dalam stail reciprocal

diaplikasikan.

Langkah 4 Menjalankan Ujian

Pos 1

6 orang sampel dari

Tahun 6 Futuristik

Menjalankan Ujian Servis Bola

Tampar AAHPERD. Tujuannya

adalah untuk mengenalpasti

sama ada terdapat peningkatan

skor dalam Ujian Pos 1

berbanding Ujian Pra. Selain itu

ia bertujuan untuk mengenalpasti

sampel yang masih mempunyai

masalah dalam kemahiran servis

bawah bola tampar ini untuk

mengambil tindakan yang

seterusnya terhadap mereka.

Langkah 5 Menjalankan

pemerhatian 3

3 orang sampel dari

Tahun 6 Futuristik.

Untuk mengenalpasti sama ada

sampel telah mencapai

peningkatan dalam memperbaiki

teknik kemahiran servis bawah

Page 33: Laporan ar (repaired)2

33

bola tampar setelah sesi

pemulihan iaitu penggunaan kad

kriteria dalam stail reciprocal

diaplikasikan.instrumen yang

digunakan ialah borang senarai

semak.

Langkah 6 Menjalankan Ujian

Pos 2

3 orang sampel dari

Tahun 6 Futuristik.

Menjalankan Ujian Servis Bola

Tampar AAHPERD. Tujuannya

adalah untuk mengenalpasti

sama ada terdapat peningkatan

skor dalam Ujian Pos 2

berbanding Ujian Pos 1.

\

6.0 Analisis dan Interpretasi Data

Saya telah menganalisis data menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Langkah

urutan analisis data adalah seperti berikut:

1) Menganalisis pemerhatian 2 ( semasa ujian pos 1 dijalankan)

2) Menganalisis ujian pos 1 (catatan skor yang diperolehi oleh setiap sampel. Skor diambil

semasa sampel melaksanakan ujian pos 1)

3) Menganalisis pemerhatian 3 ( semasa ujian pos 2 dijalankan)

Page 34: Laporan ar (repaired)2

34

4) Menganalisis catatan skor yang diperolehi oleh setiap sampel ( skor diambil semasa

sampel melaksanakan ujian pos 2)

6.1 Analisis Pemerhatian 2

Saya telah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui pemerhatian bagi

menganalisis data yang telah di perolehi. Instrumen yang telah saya gunakan bagi kaedah ini

adalah borang senarai semak. Hasil pemerhatian yang telah dilakukan, saya dapati bahawa

terdapat sampel yang melaksanakan aktiviti seperti yang telah tertera dalam borang senarai

semak tersebut dan ada juga yang tidak melaksanakannya. Ini dapat ditunjukkan melalui

jadual 5 berikut:

Jadual 5. Analisis pemerhatian 2 bagi sampel kajian.

BIL PERKARA/FASA Sampel

A

Sampel

B

Sampel

C

Sampel

D

Sampel

E

Samepl

F

Fasa Persediaan

1 Berdiri mengiring / / / / / /

2 Kaki dibuka seluas

bahu

/ / / / / /

3 Bola dipegang

dengan sebelah

tangan pada paras

pinggang

/ / / / / /

Page 35: Laporan ar (repaired)2

35

4 Mata tumpu pada

bola

/ / / / / /

5 Genggam tangan

bebas yang akan

melakukan servis.

/ / / / / /

Fasa Pelaksanaan

6 Lengan tangan

bebas dihayun ke

belakang.

/ X / / / /

7 Serentak, berat

badan dipindah ke

belakang

X X / / X /

8 Lambung bola pada

paras kepala

X X / / X /

9 Lengan tangan

bebas dihayun ke

depan dalam satu

satah yang lurus.

X X / / X /

10 Serentak, berat

badan dipindah ke

X X X / X /

Page 36: Laporan ar (repaired)2

36

depan.

11 Kontak bola pada

buku lima tangan

yang digenggam

pada paras

pinggang.

X X / / X /

12 Bola dikontak pada

bahagian bawah

tengah

X X / / X /

Fasa Ikut Lajak

13 Ambil satu langkah

ke hadapan

X X X / X /

14 Berat badan pada

kaki hadapan

X X X / X /

15 Lengan ke arah atas

jaring

X X / X X /

16 Bergerak masuk ke

dalam gelanggang

/ X / X X X

Page 37: Laporan ar (repaired)2

37

JUMLAH ADA (/) 7/16 5/16 13/16 14/16 6/16 15/16

PERATUS (%) 44 31 81 88 38 94

Berdasarkan jadual berikut sampel A,B, dan E mencatatkan bilangan ada (/) yang paling rendah

di mana sampel A mencapai 7 daripada 16 item yang dinilai melalui borang senarai semak saya

iaitu sebanyak 44%. Sampel B pula mencapai bilangan ada (/) yang paling rendah iaitu 5 sahaja

dan iaitu sebanyak 31% teknik lakuan yang dilakukan daripada item teknik lakuan yang dinilai.

manakala sampel E mencatatkan sebanyak 6 daripada 16 item yang nilai iaitu sebanyak 38%.

Namun demikian, sampel C, D, dan F mencatat bilangan ada (/) yang tinggi berbanding sampel-

sampel yang lain. Sampel C telah mencapai13 daripada 16 item yang dinilai iaitu sebanyak 81%.

Seterusnya sampel D sebanyak 14 iaitu 88% manakala sampel F mencatakan bilangan ada (/)

yang paling tinggi iaitu sebanyak 15 daripada 16 item yang terdapat di dalam borang senarai

semak yang telah disediakan iaitu sebanyak 94%. Seterusnya perbandingan pemerhatian saya

terhadap teknik lakuan kemahiran servis bola tampar bagi Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2

yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga sampel telah di tunjukkan melalui graf dalam gambarajah 4:

Page 38: Laporan ar (repaired)2

38

sampel A Sampel B sampel C Sampel D sampel E sampel F0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Perbandingan Pemerhatian 1 dan Pemerha-tian 2

Pemerhatian 1Pemerhatian 2

pera

tus

Gambarajah 4. Graf perbandingan pemerhatian 1 dan pemerhatian 2

Berdasarkan graf di atas, saya dapati semua sampel mencapai peningkatan dari segi bilangan

lakuan teknik dalam kemahiran servis bawah bola tampar. Hanya sampel E sahaja yang

menunjukkan penurunan di mana pada pemerhatian 1, sampel mencatat bilangan lakuan

sebanyak 7 aktiviti dan menurun kepada 6 aktiviti sahaja iaitu penurunan sebanyak 6%. Sampel

yang menunjukkan peningkatan adalah sampel B, C, D, dan sampel F. Sampel B melakukan

sebanyak 4 aktiviti pada pemerhatian 1 dan meningkat kepada 5 aktiviti pada pemerhatian 2.

Peningkatan sebanyak 6% bagi sampel B. Sampel C pula melakukan sebanyak 10 aktiviti pada

pemerhatian 1 dan meningkat kepada 13 aktiviti pada pemerhatian 2 iaitu peningkatan sebanyak

18%. Begitu juga dengan sampel F yang didapati meningkat daripada hanya 10 aktiviti yang

dilakukan pada pemerhatian 1 dan telah menginjak kepada 15 aktiviti pada pemerhatian 2 iaitu

peningkatan sebanyak 31%. Bagi sampel A pula, tiada perubahan di catatkan pada pemrehatian 1

Page 39: Laporan ar (repaired)2

39

dan 2 di mana sampel ini melakukan sebanyak 6 aktiviti dalam teknik lakuan kemahiran servis

bawah bola tampar iaitu sebanyak 44%.

6.2 Analisis Ujian Pos 1

Seterusnya saya juga menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu, setelah data dikutip dan

dikumpulkan, saya telah menganalisis data dengan menggunakan persentil hasil daripada

prestasi kemajuan pelajar yang didapati daripada dapatan ujian pos iaitu melalui borang skor

yang telah diteliti. Dapatan data norma persentil perbandingan skor ujian pra dan pos Servis

Bola Tampar AAHPERD telah saya terjemahkan dalam bentuk jadual 6 berikut:

Jadual 6. Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Pos Servis Bola Tampar AAHPERD:

Perkara

Ujian Pra Ujian Pos

Skor Persentil Skor Persentil

Sampel A 9 Di antara 25 hingga 50 8 Di antara 25 hingga 50

Sampel B 3 Di antara 5 hingga 25 2 Di antara 5 hingga 25

Sampel C 7 Di antara 25 hingga 50 11 50

Sampel D 4 Di antara 0 hingga 5 17 Di antara 50 hingga 75

Sampel E 5 5 6 Di antara 5 hingga 25

Sampel F 4 Di antara 5 hingga 25 16 75

Page 40: Laporan ar (repaired)2

40

sampel A Sampel B Sampel C Sampel D Sampel E Sampel F0

10

20

30

40

50

60

70

80

Pencapaian Ujian Pos 1

Ujian PraUjian Pos

pers

entil

Gambarajah 5. Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos Ujian Servis Bola Tampar

AAHPERD.

Setelah ujian pra dan ujian pos dilaksanakan, saya mendapati terdapat perubahan

pencapaian skor dan norma persentil dalam kalangan sampel di mana pada ujian pos, didapati 3

orang sampel iaitu sampel C, D dan F telah menunjukkan peningkatan dalam skor masing-

masing. Skor yang diperolehi mencapai sasaran yang telah saya tetapkan iaitu pada persentil 50.

Semasa ujian pra dilaksanakan, sampel C mencatat persentil 25 manakala setelah ujian pos

dijalankan, sampel ini telah mencapai persentil 50. Bagi sampel D pula, peningkatan amat ketara

telah dipamerkan oleh sampel ini di mana pada ujian pra, sampel mencatatkan persentil 0.

Namun pada ujian pos sampel mendapat persentil sebanyak 50 dan telah mencapai sasaran skor

yang telah saya tetapkan. Begitu juga dengan sampel F yang mencatatkan persentil sebanyak 5

dan telah menunjukkan peningkatan setelah melaksanakan ujian pos iaitu mencatatkan persentil

sebanyak 75. Hal ini terjadi kerana semasa ujian pra dijalankan, sampel belum mendapatkan

Page 41: Laporan ar (repaired)2

41

pendedahan yang lebih terperinci dan penggunaan kad kriteria dalam stail bergandingan juga

belum diaplikasikan. Sehubungan dengan itu, ujian pos telah menunjukkan peningkatan kerana

mereka telah mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saya praktikkan dengan betul.

Namun berlainan bagi sampel A, B, dan E. Tiada perubahan yang ketara terhadap norma

persentil masing-masing walaupun skor yang diperolehi meningkat. Persentil mereka juga berada

di bawah paras skor sasaran. Semasa ujian pra dilaksanakan sampel A mencatatkan persentil

sebanyak 25 dan persentil tersebut tidak berubah setelah ujian pos dilaksanakan. Begitu juga

dengan sampel B yang mencapai persentil sebanyak 5 sahaja dan tiada peningkatan berlaku

walaupun sampel telah menjalani sesi pemulihan iaitu penggunaan kad kriteria (teks sahaja)

dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran servis bawah bola tampar ini. Bagi sampel E pula

keadaan yang sama berlaku di mana sampel ini juga tidak menunjukkan peningkatan semasa

ujian pos dilaksanakan. Pencapaian skor tidak berganjak iaitu pada persentil 5 pada kedua-dua

ujian iaitu ujian pra dan ujian pos.

6.3 Analisis Pemerhatian 3

Memandangkan masih terdapat sampel yang tidak menunjukkan peningkatan terhadap skor

dan norma persentil semasa ujian pos pertama dilaksanakan, saya telah meneruskan kajian ini

kepada kitaran yang kedua iaitu penggunaan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal

bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya kelolakan. Mereka terdiri daripada sampel A,

B, dan E. Sehubungan dengan itu, saya masih menggunakan kaedah pemerhatian bagi

menganalisis penguasaan sampel terhadap kemahiran ini. Instrumen yang digunakan ialah

Page 42: Laporan ar (repaired)2

42

borang senarai semak. Jadual 7 menunjukkan hasil pemerhatian yang telah saya jalankan

terhadap sampel-sampel tersebut.

Jadual 7. Analisis pemerhatian 3 bagi sampel kajian.

BIL PERKARA/FASA Sampel

A

Sampel

B

Sampel

E

Fasa Persediaan

1 Berdiri mengiring / / /

2 Kaki dibuka seluas bahu / / /

3 Bola dipegang dengan sebelah tangan pada paras

pinggang

/ / /

4 Mata tumpu pada bola / / /

5 Genggam tangan bebas yang akan melakukan servis. / / /

Fasa Pelaksanaan

6 Lengan tangan bebas dihayun ke belakang / / /

7 Serentak, berat badan dipindah ke belakang / X /

8 Lambung bola pada paras kepala / X /

9 Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu

satah yang lurus.

/ / /

Page 43: Laporan ar (repaired)2

43

10 Serentak, berat badan dipindah ke depan. / X /

11 Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam

pada paras pinggang.

/ X /

12 Bola dikontak pada bahagian bawah tengah / X /

Fasa Ikut Lajak

13 Ambil satu langkah ke hadapan / / /

14 Berat badan pada kaki hadapan / / /

15 Lengan ke arah atas jaring X X /

16 Bergerak masuk ke dalam gelanggang X X X

JUMLAH ADA (/) 14/16 9/16 15/16

PERATUS (%) 88 56 94

Berdasarkan jadual 7, saya mendapati bahawa sampel-sampel ini telah menunjukkan

peningkatan dalam aspek-aspek yang dinilai yang terdapat di dalam borang senarai semak yang

telah saya sediakan. Sampel A mencatatkan bilangan ada (/) sebanyak 14 daripada 16 iaitu

sebanyak 88%. Seterusnya sampel B pula sebanyak 9 iaitu 56% manakala sampel E pula

sebanyak 15 daripada 16 aspek yang telah dinilai di dalam borang senarai semak iaitu sebanyak

94%. Seterusnya perbandingan pemerhatian saya terhadap teknik lakuan kemahiran servis bola

tampar bagi Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3 yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga sampel telah

di tunjukkan melalui graf dibawah:

Page 44: Laporan ar (repaired)2

44

sampel A Sampel B Sampel E0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Keputusan Perbandingan Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3

pemerhatian 2pemerhatian 3

pera

tus

Gambarajah 6. Perbandingan pemerhatian 2 dan pemerhatian 3 terhadap sampel kajian.

Graf di atas menunjukkan perbandingan ujian pos 1 dan ujian pos 2 teknik lakuan yang di

lakukan oleh sampel A, B dan E dimana setiap sampel menunjukkan perubahan yang positif. Di

mana semua sampel di dapati meningkat dari segi teknik lakuan kemahiran servis bawah bola

tampar masing-masing. Sampel A peningkatan sebanyak 44%, sampel B pula sebanyak 25% dan

akhir sekali sampel E mencapai peningkatan yang paling ketara iaitu sebanyak 56%.

6.4 Analisis Ujian Pos 2

Page 45: Laporan ar (repaired)2

45

Bagi kitaran kedua ini, saya juga masih menggunakan pendekatan kuantitatif bagi

menganalisis data yang diperolehi daripada skor ujian pos 2. Sampel yang terlibat dalam kitaran

kedua ini ialah sampel A, B dan E. Kaedah yang digunakan dalam kitaran kedua ialah

penggunaan kad kriteria beserta gambar dalam stail reciprocal. Data perbandingan skor yang

diperolehi daripada sampel-sampel tersebut dapat dilihat melalui jadual 8 berikut:

Jadual 8. Perbandingan Skor Ujian Pos 1 dan Pos 2 Servis Bola Tampar AAHPERD

Perkara

Ujian Pos 1 Ujian Pos 2

Skor Persentil Skor Persentil

Sampel A 8 Di antara 25 hingga 50 12 Di antara 50 hingga 75

Sampel B 2 Di antara 5 hingga 25 9 Di antara 25 hingga 50

Sampel E 11 25 18 Di antara 50 hingga 75

Seterusnya perbandingan skor bagi Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 dalam Ujian Servis Bola Tampar

AAHPERD telah ditunjukkan sepertimana dalam gambarajah 7:

Page 46: Laporan ar (repaired)2

46

sampel A Sampel B Sampel E0

10

20

30

40

50

60

Perbandingan Pencapaian Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

Ujian Pos 1Ujian Pos 2

Pers

entil

Gambarajah 7. Perbandingan pencapaian ujian pos 1 dan ujian pos 2 ( Ujian Servis Bola

Tampar AAHPERD).

Graf dalam gambarajah 7 menunjukkan perbandingan norma persentil yang diperolehi oleh

ketiga-tiga sampel saya iaitu sampel A, B, dan E. Mereka telah menunjukkan peningkatan

terhadap persentil masing-masing. Sampel A dan B telah menunjukkan peningkatan prestasi di

mana mereka berdua telah mencapai sasaran yang telah saya tetapkan iaitu pada persentil 50

memandangkan pada ujian pos 1, sampel A dan B mencatat persenti 25 sahaja. Hal ini berbeza

dengan sampel B di mana walaupun terdapat peningkatan skor semasa melaksanakan ujian pos 2

namun norma persentil masih belum mencapai sasaran yang telah saya tetapkan. Sampel

mencatat persentil 5 pada ujian pos 1 manakala pada ujian pos 2, persentil sampel ini berada

pada persentil 25. Oleh yang demikian, dapatan ujian pos ini menunjukkan terdapatnya

peningkatan dari segi skor dan norma persentil yang diperolehi oleh para sampel.

Page 47: Laporan ar (repaired)2

47

7.0 DAPATAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan pendekatan yang digunakan bagi

meningkatkan penguasaan sampel dalam aktiviti pembelajaran. Saya telah menjalankan kajian

terhadap beberapa orang sampel saya dengan penggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal

bagi meningkatkan kemahiran servis bawah bola tampar. Hasil daripada kajian tersebut, saya

mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ditunjukkan oleh sampel kajian saya. Dapatan ini

telah di sokong oleh pengkaji lalu iaitu, Umi Kalsum (2005), yang menyatakan pendekatan

pelajaran berpusatkan pelajar iaitu stail reciprocal lebih berupaya meningkatkan pencapaian

pelajar.

Berdasarkan data yang telah saya perolehi iaitu terhadap sampel pada kitaran pertama, saya

dapati bahawa dalam pemerhatian 1, terdapat 4 orang sampel iaitu sampel B, C, D dan F telah

menunjukkan peningkatan dari segi bilangan lakuan yang telah di tetapkan seperti yang

tersenarai dalam borang senarai semak. Sampel B telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6

peratus iaitu dari 25 peratus kepada 31 peratus. Sampel C pula telah menunjukkan peningkatan

dari 63 peratus kepada 81 peratus. Bagi sampel D dan F pula masing-masing menujukkan

perubahan yang positif di mana sampel D mencatat jumlah peningkatan peratusan sebanyak 19

peratus manakala bagi sampel F pula pengkatan yang amat memberansangkan iaitu sebanyak 31

peratus. Bagi perolehan data semasa ujian pos 1 pula, saya mendapati bahawa tiga orang sampel

telah menunjukkan perubahan yang positif di mana skor persentil yang diperolehi oleh ketiga-

tiga sampel ini telah berjaya melepasi skor yang telah saya tetatpkan iaitu pada persentil 50.

Sampel C dan D masing-masing berjaya mencapai persentil 50 pada ujian pos manakala sampel

F pula menunjukkan peningkatan mendadak iaitu daripada persentil 5 kepada persentil 75.

Page 48: Laporan ar (repaired)2

48

Berdasarkan dapatan yang telah saya perolehi, saya mendapati sampel yang terdiri dari

kalangan murid yang mempunyai prestasi baik dalam akademik agak mudah mencapai

peningkatan dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini apabila penggunaan kad kriteria

dalam stail reciprocal diaplikasikan. Hal ini terjadi kerana mereka lebih mudah faham dengan

kriteria-kriteria yang harus dilaksanakan seperti yang tertera dalam kad kriteria yang telah

diedarkan kepada setiap pasangan. Mereka lebih mudah menguasai kemahiran ini setelah mereka

membaca kad kriteria tersebut. dapatan saya ini telah disokong oleh dapatan kajian Alfassi

(1998) yang mendapati, kumpulan pelajar yang mengikuti pengajaran reciprocal telah

menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kefahaman bacaan pelajar apabila menggunakan

pengajaran reciprocal berbanding dengan kaedah pengajaran bacaan konvesional. Justeru

jelaslah di sini bahawa sampel lebih mudah memahami item-item yang terdapat di dalam kad

kriteria dengan menggunakan stail reciprocal ini seterusnya dapat memperbaiki prestasi mereka

dalam kemahiran servis bawah bola tampar ini.

Namun begitu, terdapat sampel yang belum melepasi skor yang telah saya tetapkan dalam

ujian pos1 iaitu sampel A, B dan E. Sampel A tidak menunjukkan peningkatan semasa ujian pra

dan pos 1 di mana sampel ini mencatatkan persentil 5 dalam kedua-dua ujian. Bagi sampel B dan

E juga tiada peningkatan persentil ditunjukkan iaitu pada persentil 5 pada ujian pra dan pos 1.

Dalam pemerhatian 2, Mereka juga tidak menujukkan peningkatan dari segi bilangan lakuan

yang dilakukan mengikut item dalam borang senarai semak berbanding dalam pemerhatian 1.

Oleh yang demikian, saya telah menjalankan langkah inisiatif lain di mana saya telah

menambahkan gambar dalam kad kriteria yang telah saya sediakan terhadap sampel yang masih

mempunyai masalah dalam penguasaan teknik kemahiran servis bawah bola tampar. Hasil

daripada tindakan saya ini, ketiga-tiga sampel telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran

Page 49: Laporan ar (repaired)2

49

ini di mana sampel A, B dan E di mana pada pemerhatian 3, sampel A telah menunjukkan

peningkatan peratus sebanyak 44%, sampel B pula sebanyak 25% dan sampel E pula

menunjukkan peningkatan yang mendadak iaitu sebanyak 56% di mana sampel ini mencatatkan

peratusan sebanyak 38% pada pemerhatian 2 dan 94% pada pemerhatian 3. Begitu juga dengan

keputusan ujian pos 2 di mana sampel A dan E telah melepasi sasaran persentil yang telah saya

tetapkan iaitu pada persentil 50. Sampel B pula tidak melepasi persentil yang telah saya tetapkan

namun begitu, sampel ini telah menunjukkan peningkatan terhadap catatan skornya dalam ujian

pos 2 iaitu Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD yang telah saya jalankan iaitu daripada hanya

2 skor pada ujian pos 1 kepada 9 skor pada ujian pos 2. Saya mendapati bahawa ketiga-tiga

sampel iaitu sampel A, B dan E merupakan murid yang lemah dalam akademik, sehubungan

dengan itu, hasil dapatan data yang telah diperolehi ini, saya mendapati bahawa sampel-sampel

ini memerlukan masa yang lebih panjang berbanding sampel yang telah menunjukkan

peningkatan dalam pemerhatian 2 dan ujian pos 1. Namun begitu, penggunaan kad kriteria dalam

stail reciprocal juga masih dapat meningkatkan penguasaan ketiga-tiga sampel ini dalam

kemahiran servis bawah bola tampar. Ia juga dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap

kriteria-kriteria yang diperlukan untuk melakukan servis ini berdasarkan pembacaan mereka

melalui kad kriteria yang telah diedarkan. Penggunaan stail reciprocal ini juga turut digunakan

oleh pengkaji lepas iaitu Lederer (2002), yang telah membuat kajian tentang keberkesanan teknik

reciprocal terhadap pelajar yang mempunyai masalah dalam kefahaman bacaan. Kajian tersebut

telah dijalankan ke atas pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran di salah sebuah sekolah

rendah di New Mexico, Amerika Syarikat. Dapatan kajian ini menunjukkan teknik pengajaran

reciprocal berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar termasuklah pelajar yang

mempunyai maslah pembelajaran. Tambahan lagi, saya juga telah memasukkan gambar dalam

Page 50: Laporan ar (repaired)2

50

kad kriteria tersebut. Sehubungan dengan itu, penguasaan kefahaman murid terhadap kad

kriteria tersebut dan apa yang perlu dilakukan bagi menguasaai teknik dalam kemahiran servis

bawah bola tampar juga semakin meningkat. Dapatan kajian ini juga telah di sokong oleh

………

Justeru itu, kesimpulan yang telah saya perolehi mendapati kajian yang telah saya

laksanakan ini telah menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan di mana penggunaan

kad kriteria dalam stail reciprocal dapat meningkatkan kemahiran servis bawah bola tampar bagi

murid-murid Tahun 6 Futuristik.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

1. Kajian lanjutan perlu melibatkan lebih ramai sampel untuk melihat keberkesanan kaedah stail

bergandingan ini dalam kemahiran servis bawah bola tampar. Penggunaan sampel yang lebih

ramai bertujuan untuk menambahkan kuasa ujian (the power of test).

2. Kajian yang akan datang perlu mengambil kira pemboleh ubah-pemboleh ubah lain seperti

bangsa, umur, lkasi sekolah di luar bandar dan yang di bandar, mata pelajaran lain dan pelbagai

tahap kebolehan pelajar juga harus diambil kira dalam kajian selanjutnya agar kesimpulan yang

lebih kukuh dapat diberikan.

3. Selain dari mengkaji murid, kajian lain juga boleh dilakukan dengan menggunakan guru

sebagai sampel kajian. Dapatan daripada kajian yang melibatkan guru sudah tentu berguna

kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan.

Page 51: Laporan ar (repaired)2

51

4. Saya juga mencadangkan agar pada masa untuk kajian akan datang dilanjutkan kerana masa

yang singkat membataskan pengkaji untuk mengambil pendekatan selanjutnya yang lebih wajar

bagi menangani masalah yang dihadapi oelh murid.

Page 52: Laporan ar (repaired)2

52

RUJUKAN

AAHPERD Skills Test Manual: Volleyball. Clayton Shay, test consultant. Reston, Va.:

AAHPERD, 1969.

Alfassi. M. (1998). Reading for meaning: the efficiency of reciprocal teaching in fostering.

Reading comprehension in high school students in remedial reading classes. American

Educational Research Journal, 35 (2), 309-332.

Byra, M., & Marks, M. (1993). The effect of two pairing techniques on specific feedback and

comfort levels of learners in the reciprocal style of teaching. Jounal of Teaching in

Physical Education, 12(3), 286-300.

Ernst, M., & Byra, M. (1998). What does the reciprocal style of teaching hold for junior

highschool learners? The Physical Educator, 55(1), 24-37.

Gagne, R. M., Briggs, L. J., & Wager, W. W. (1992). Principles of instructional design (4th ed.).

Fort Worth, TX: Harcourt Brace Jovanovich College Publishers.

Hart, E.T. & Speece, L.D. (1998). Reciprocal teaching goes to college: effects for post secondary

students at risk for academic failure. Journal of Educational Psychology, 40 (4), 670-681

Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986). Practical measurements for evaluation in physical

education. (4th ed.). Edina: Burgess Publishing.

Julismah Jani. (2011). Ilmu konten pedagogi dalam pendidikan jasmani dan sains sukan.

Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 53: Laporan ar (repaired)2

53

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Surat pekeliling ikhtisas bil. 25/1998: Pelaksanaan

mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 18 Nov 1998,

KP(BS)8591/Jil.XIV/(25).

Lederer, J. M. (2002). Reciprocal teaching of social studies in inclusive elementary classroom.

Journal of Learning Dissabilities, 33.

Lysynchuk, L. M., Pressley, M. & Vye, N. J. (1990). Reciprocal teaching improves standardized

reading comprehension performance in poor comprehend. The Elementary School

Journal, 90 (5).

Mosston, M. (2002). Teaching physical education. (5th ed.). San Francisco: Benjamin

Cummings.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Sukatan pelajaran rendah dan menengah: Pendidikan

Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rink, J. E. (1998). Teaching physical education for learning. Boston: McGraw-Hill.

Rozianah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Cheras: Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi strategi dan

teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundation of the new reform. Harvard

Educational Review, 15(2), 4-14.

Page 54: Laporan ar (repaired)2

54

Siow, H. L., Abu Talib Putih, & Lee, S. E. (2005). Pedagogi merentas kurikulum. Tanjong

Malim: Universiti Sultan Idris.

Umi Kalsom Mohd Salleh. (2005). Kajian keberkesanan pengajaran reciprocal ke atas

pencapaian dan sikap pelajar dalam pembelajaran sejarah tingkatan empat. Jabatan

Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Bentong. PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.

251-262.

Viera, B. L., & Ferguson, B. J. (1994). Bola tampar meniti tangga kejayaan. Shah Alam: Federal

Publications Sdn Bhd.

Westera, J. & Moore, D. W. (1995). Reciprocal Teaching of Reading comprehension in a New

Zealand High School. Journal of Psychology in the School. 32.

Page 55: Laporan ar (repaired)2

55

LAMPIRAN 1

BORANG SKOR UJIAN SERVIS BOLA TAMPAR AAHPERD.

NAMA:

KELAS:

Perhatikan pelakuan murid dan catatkan bilangan skor bagi kemahiran servis bawah tangan bola tampar yang diperolehi pada setiap percubaan di kawasan yang telah ditetapkan.

Percubaan Skor

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Pencatat skor:

……………………………

( )

Page 56: Laporan ar (repaired)2

56

LAMPIRAN 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMONG

33600 ENGGOR,

PERAK DARUL RIDZUAN. ABA 4040 TEL & FAKS : 05- 7521477

___________________________________________________________________________

‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’ Ruj.Tuan :

Ruj.Kami :

Tarikh :

Suriana Bte Hassan

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,

31150 Ulu Kinta,

Perak.

Melalui,

Guru Besar,

SK Temong,

33600 Enggor,

Perak.

Kepada,

_________________________

_________________________

_________________________

4 Jun 2011

Page 57: Laporan ar (repaired)2

57

Tuan / Puan,

PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK MELIBATKAN PELAJAR SEBAGAI SAMPEL KAJIAN

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Suriana Bte Hassa, no. matrik 22100, penuntut sarjana muda pendidikan (Pendidikan Jasmani) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, ingin memohon kebenaran untuk melibatkan anak / anak jagaan tuan / puan sebagai sampel dalam kajian saya. Kajian ini dijalankan sebagai memenuhi kehendak program sarjana muda perguruan.

2. Kajian saya bertajuk ‘Penggunaan Kad Kriteria dalam Stail Bergandingan untuk Meningkatkan Kemahiran Servis Bawah Bola Tampar Bagi Murid-murid Tahun 6 Futuristik ’. Kajian akan dijalankan semasa kelas PJK dan pelajar-pelajar yang terlibat sebagai sampel akan digunakan dalam kajian saya.

3. Kajian ini akan bermula pada Jun 2011 dan berakhir pada Julai 2011. Ujian ujian yang akan dilaksanakan adalah ujian pra dan ujian pos servis bola tampar AAHPERD. Ujian-ujian ini tidak akan mendatangkan bahaya kepada sampel kajian. Semua maklumat yang diperolehi dalam kajian ini adalah sulit dan hanya digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.

4. Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

___________________

(Suriana Bte Hassan)

PERAKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya ..............................................................membenarkan / tidak membenarkan anak / anak jagaan saya ...............................................………… tahun...........................untuk menyertai kajian ini.

2. Saya sedar bahawa guru dan pihak sekolah akan mengambil segala langkah keselamatan sepanjang kajian dijalankan. Oleh itu, saya mengaku bahawa pihak sekolah tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini yang mungkin berlaku.

3. Anak / anak jagaan saya pernah / sedang menghidap penyakit .....................................................................................

Tandatangan ibu bapa / penjaga : .......................................... Telefon : .........................

Alamat ibu bapa / penjaga : ..........................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................................

............

Page 58: Laporan ar (repaired)2

58

No. Kad pengenalan : ...................................... Tarikh : .....................................

LAMPIRAN 3

X NNNNNNNNNNNNNNJNDJDKGF 30'

Gambar rajah 8. Zon Mata bagi Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.

Diadaptasi daripada Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986). Practical measurements for evaluation in physical education. (4th ed.). Edina: Burgess Publishing.

5’ 3 5’

20’ Net 20’ 1 2 4

15’ 10’

5’ 3

Page 59: Laporan ar (repaired)2

59

LAMPIRAN 4

Jadual 8. Norma Bagi Mata untuk Ujian Servis Bola Tampar AAHPERD.

PERSENTIL UMUR10-11 12 13 14 15 16 17-18

LELAKI

95 29 31 32 34 36 27 3775 22 23 24 25 28 29 3050 16 16 19 20 22 23 2425 11 11 13 15 16 17 175 4 5 5 8 9 10 11

PEREMPUAN

95 24 26 26 28 30 31 3275 15 16 17 20 20 21 2150 10 11 11 13 14 16 1625 5 5 5 7 9 11 115 0 0 0 1 2 4 4

ªPersentil skor berdasarkan umur.

Sumber: Manual Ujian Kemahiran Bola Tampar AAHPERD untuk Lelaki Dan Perempuan.

Di adaptasi daripada Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986). Practical measurements for evaluation in physical education. (4th ed.). Edina: Burgess Publishing.

Page 60: Laporan ar (repaired)2

60

LAMPIRAN 5

BORANG BIODATA MURID

SEKOLAH:

NAMA :

ALAMAT :

UMUR :

TARIKH LAHIR :

TEMPAT LAHIR :

PEKERJAAN BAPA :

PEKERJAAN IBU :

HOBI :

PERSATUAN :

UNIT BERUNIFORM :

KELAB DAN SUKAN :

PENCAPAIAN DALAM SUKAN 1)2)3)4)

Page 61: Laporan ar (repaired)2

61

LAMPIRAN 6

Borang Soal SelidikPenggunaan Stail Bergandingan Bagi Meningkatkan Kemahiran Servis Bawah dalam Permainan

Bola Tampar Bagi Murid-murid Tahun 6 Futuristik

( Terima Kasih di atas kesudian meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini. Tujuan kaji selidik ini untuk mendapatkan maklumbalas bagi menyiapkan kajian tindakan di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Pendidikan Jasmani. Penyertaan kaji selidik ini telah ditetapkan dan semua maklumat akan dirahsiakan)

Bahagian 1 : Maklumat Am

(Sila tanda (/) Pada Satu Kotak Sahaja)

1. Jantina

2. Pekerjaan Ayah

3. Pekerjaan Ibu

4. Minat bersukan

Lelaki

Perempuan

Guru

Polis

Peniaga

Lain-Lain

Sila Nyatakan:……………………….

Guru

Polis

Peniaga

Lain-LainSila Nyatakan:……………………….

Ya

Tidak

Page 62: Laporan ar (repaired)2

62

Bahagian 2: Maklumat Penyelidikan

Sila nyatakan tahap penilaian anda bagi kenyataan di bawah dengan tandakan (/) berdasarkan skala yang diberi.

Bil Soal Selidik 1 2 3 4

1 Adakah anda suka mata pelajaran pendidikan jasmani?

2 Adakah anda suka guru yang mengajar pendidikan jasmani?

3 Adakah anda suka kaedah atau stail yang digunakan guru semasa mengajar pendidikan jasmani?

4 Adakah anda suka melakukan aktiviti secara individu?

5 Adakah anda sukakan aktiviti secara berpasangan?

6 Adakah anda sukakan aktiviti secara berkumpulan?

7 Adakah anda suka sekiranya guru menggunakan stail yang baru dalam pengajaran Pendidikan Jasmani?

8 Adakah anda suka sekiranya guru menjadi fasilitator sahaja semasa aktiviti Pendidikan Jasmani?

Pada pendapat saya, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani akan menjadi lebih menarik

sekiranya guru saya,

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

1= Sangat Tidak Setuju2= Tidak Setuju3= Setuju4= Sangat Setuju

Page 63: Laporan ar (repaired)2

63

LAMPIRAN 7

Kad Kriteria Stail Bergandingan

Nama pelaku: Kelas:

Masa: Tarikh:

KEMAHIRAN SERVIS BAWAH (BOLA TAMPAR)

Untuk kegunaan pelajar:

Tugas: murid dikehendaki melakukan servis menggunakan teknik servis bawah. Kriteria yang

hendak di nilai ialah Fasa Persediaan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Ikut Lajak.

BIL PERKARA/FASA ADA TIADA CATATAN

Fasa Persediaan

1 Berdiri mengiring

2 Kaki dibuka seluas bahu

3 Bola dipegang dengan sebelah

tangan pada paras pinggang

4 Mata tumpu pada bola

5 Genggam tangan bebas yang

akan melakukan servis

Page 64: Laporan ar (repaired)2

64

BIL PERKARA/FASA ADA TIADA CATATANFasa Pelaksanaan

1 Lengan tangan bebas di hayun ke belakang.

2 Serentak, berat dipindah ke belakang.

3 Lambung bola pada paras kepala.

4 Lengan tangan bebas di hayun ke hadapan dalam satu satah yang lurus.

5 Serentak berat badan dipindah ke depan.

6 Kontak bola pada buku lima tangan yang di genggam pada paras pinggang.

7 Bola di kontak pada bahagian bawah tengah

Fasa Ikut Lajak

1 Ambil satu langkah ke hadapan

2 Berat badan pada kaki hadapan

3 Lengan ke arah atas jaring

4 Bergerak masuk ke dalam gelanggang.

Nama Pemerhati:

Page 65: Laporan ar (repaired)2

65

LAMPIRAN 8

BORANG SENARAI SEMAK KEMAHIRAN SERVIS BAWAH BOLA TAMPAR

Nama:

Kelas:

Tarikh:

Masa:

BIL PERKARA/FASA ADA TIADA CATATAN

Fasa Persediaan

1 Berdiri mengiring

2 Kaki dibuka seluas bahu

3 Bola dipegang dengan sebelah

tangan pada paras pinggang

4 Mata tumpu pada bola

5 Genggam tangan bebas yang

akan melakukan servis.

Page 66: Laporan ar (repaired)2

66

BIL PERKARA/FASA ADA TIADA CATATANFasa Pelaksanaan

1 Lengan tangan bebas dihayun ke belakang

2 Serentak, berat badan dipindah ke belakang.

3 Lambung bola pada paras kepala.

4 Lengan tangan bebas dihayun ke depan dalam satu satah yang lurus.

5 Serentak, berat badan dipindah ke depan.

6 Kontak bola pada buku lima tangan yang digenggam pada paras pinggang.

7 Bola dikontak pada bahagian bawah tengah.

Fasa Ikut Lajak

1 Ambil satu langkah ke hadapan

2 Berat badan pada kaki hadapan

3 Lengan ke arah atas jaring

4 Bergerak masuk ke dalam gelanggang.