Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan

50
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 UTM JOHOR BHARU,JOHOR MALAYSIA. SPPE 1012 (ASAS KETUKANGAN) FOLIO PROJEK (AMALI KERJA LOGAM : PROJEK MENGGEGAS) NAMA PELAJAR NO. MATRIK PROGRAM ELLI AMIRAH BINTI AZLAN A14PP3014 SPPJ LIYANA HANISAH BINTI MAT SAKAM A14PP3026 SPPJ NAMA PENSYARAH: DR AMIRMUDIN UDIN TARIKH HANTAR:

Transcript of Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310

UTM JOHOR BHARU,JOHOR MALAYSIA.

SPPE 1012(ASAS KETUKANGAN)

FOLIO PROJEK(AMALI KERJA LOGAM : PROJEK

MENGGEGAS)

NAMA PELAJAR NO. MATRIK PROGRAM

ELLI AMIRAH BINTI AZLAN A14PP3014 SPPJ

LIYANA HANISAH BINTI MAT SAKAM A14PP3026 SPPJ

NAMA PENSYARAH:DR AMIRMUDIN UDIN

TARIKH HANTAR:18/11/2015

MARKAH

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN i

SENARAI GAMBARAJAH ii

PENGHARGAAN iii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL FABRIKASI LOGAM 2

3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN 4

3.1 FAKTOR KEMANUSIAAN 4

3.2 FAKTOR PENTADBIRAN 5

3.3 FAKTOR FIZIKAL 5

3.4 LANGKAH PENCEGAHAN 6

3.5 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK 7

4.0 PROJEK 1 : PROJEK MENGEGAS 9

4.1 PENGENALAN 10

4.2 OBJEKTIF 10

4.3 PERALATAN TANGAN KERJA MENGGEGAS 11

4.3.1 PERALATAN MENGUKUR 12

4.3.2 PERALATAN MENANDA 16

4.3.3 PERALATAN MENGAPIT 17

4.3.4 PERALATAN MEMEMOTONG 18

4.3.5 PERALATAN MEMUTAR 21

4.4 PROSES KERJA MENGGEGAS 23

5.0 REFLEKSI 31

6.0 KESIMPULAN 32

7.0 LAMPIRAN 33

8.0 RUJUKAN 34

ii | P a g e

SENARAI GAMBARAJAH

Gambarajah 1 : Contoh Pakaian Yang Sesuai Di Dalam Bengkel 3

Gambarajah 2: Bahagian Plat A 23

Gambarajah 3: Bahagian Plat B 23

Gambarajah 4 : Ukuran Kepingan Logam Yang Perlu Dipotong 24

Gambarajah 5 : Proses Memotong Kepingan Logam 24

Gambarajah 6 : Kepingan Logam Atau Plat Yang Telah Dipotong 24

Gambarajah 7 : Proses Menanda Dan Mengukur Plat 25

Gambarajah 8 : Proses Menanda Dan Mengukur Plat B 25

Gambarajah 9 : Plat Yang Telah Diukur Dan Ditanda 25

Gambarajah 10 : Memotong Menggunakan “Hack Saw” 26

Gambarajah 11 : Plat Yang Telah Dipotong 26

Gambarajah 12 : Pengukuran Menggunakan “ Vernier Calliper” 26

Gambarajah 13 : Penggukuran Menggunakan Sesiku L 27

Gambarajah 14 : Proses Menebuk Lubang Pada Plat A 27

Gambarajah 15 : Plat B 27

Gambarajah 16 : Ditanda Dengan Penebuk Pusat 28

Gambarajah 17 : Menebuk Lubang Pada Plat B 28

Gambarajah 18 : Menebuk Lubang Kecil Di Tengah 28

Gambarajah 19 :Bahagian Yang Perlu Dipotong 29

Gambarajah 20 : Selepas Membuang Bahagian Tengah 29

Gambarajah 21 : Mengikir Bahagian Yang Perlu Dinipiskan 29

Gambarajah 22 : Kemaskan Permukaan 30

Gambarajah 23 : Membuat Alur Pada Plat 30

Gambarajah 24 : Alur Yang Telah Siap 30

Gambarajah 25 : Lekungan 30

Gambarajah 26 : pemeriksaan plat menggunkan “Dye”

iii | P a g e

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa

dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini bagi

kursus “SPPE 1012 Asas Ketukangan” dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta kami, Dr. Amirmudin Bin Udin

kerana beliau telah banyak tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk

kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami

dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami. Terima kasih

yang tidak terhingga juga kepada En.Ros Iskandar Zulkarnaian Bin Mansor yang juga banyak

membantu dan memberi tunjuk ajar untuk menyelesaikan tugasan ini dari segi praktikal.

Disamping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada kedua ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja

kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak

terhingga sehingga tugasan ini dapat kami siapkan dengan jayanya.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

menghulurkan bantuan, kerjasama dan teguran yang membina kepada kami bagi

merialisasikan usaha menyempurnakn tugasan asas petukangan ini.

Akhir madah, ucapan terima kasih sekali lagi kepada mereka yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

iv | P a g e

1.0 PENGENALAN

Melalui Kursus “Asas Pertukangan” ini, secara umunya pelajar dapat mempelajari

serta didedahkan cara penggunaan alatan tangan dan alatan mesin yang berada di

bengkel. Selain itu, pelajar juga dapat mendisiplinkan diri agar sentiasa mematuhi

segala peraturan yang ada di dalam bengkel. Di dalam kursus ini, pelajar diberikan

tugasan kerja menggegas dan kepingan logam. Tugasan ini dilakukan di bengkel

fabrikasi logam.

Kerja menggegas dan kepingan logam ini bermaksud penghasilan tanggam melaui

kaedah manual. Tugasan ini,banyak menggunakan alatan tangan berbanding alatan

mesin. Ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam penggunaan

alatan tangan yang digunakan dalam kerja menggegas.

Ketika melakukan tugasan ini, keselamatan diri, bahan dan tempat adalah amat

penting bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan berlaku. Perkara ini semua

perlulah dititik beratkan agar tujuan kedua tugasan ini mencapai matlamat dan dan

objektif penghasilannya.

1 | P a g e

2.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL FABRIKASI LOGAM

Fabrikasi logam merupakan kerja yang banyak dilakukan untuk membuat dan

mencipta objek/barangan untuk kegunaan seharian. Disamping itu juga ia banyak

digunakan dalam penghasilan bahan ciptaan yang baru. Kerja-kerja fabrikasi logam

biasanya dijalankan di bengkel kerana ia banyak menggunakan alatan tangan serta

mesin. Ini kerana mesin yang digunakan terlalu besar dan tidak sesuai untuk

diletakkan di kawasan rumah.

Dengan itu, segala peraturan yang telah ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh pihak

pengurusan bengkel haruslah dipatuhi oleh para pelajar. Dengan itu, risiko untuk

berlakunya kemalangan dapat dikurangkan serta dapat dicegah. Berikut adalah

peraturan-peraturan penggunaan bengkel fabrikasi logam :

1) Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran dari

pengajar.

2) Pengguna mestilah faham dan tahu untuk mengedalikan operasi mesin atau alatan

tangan sebelum melakukan sebarang kerja.

3) Jangan menggunakan mesin dan alat tangan yang diragui penggunaannya serta

dapatkan tunjuk ajar dari pensyarah atau pengajar bengkel.

4) Pengguna dikehendaki memakai pakain bengkel atau yang sesuai untuk kerja – kerja

didalam bengkel.

5) Pemakain selipar didalam bengkel dilarang sama sekali. Mestilah memakai kasut

bertutup yang bergetah.

6) Pemakaian cermin mata keselamatan adalah dimestikan kepada pengguna.

7) Jangan menyimpan lebihan bahan atau komponen rekacipta didalam bengkel.

8) Jangan sesekali mengambil sebarang ukuran pada benda kerja yang sedang berputar

atau mesin yang sedang beroperasi.

9) Simpan alat – alat dan segala peralatan yang telah digunakan diletakkan ditempat

asalnya. Jangan biarka ianya bersepah diatas mesin dan diatas kawasan persekitaran

bengkel.

2 | P a g e

10) Sila pastikan peralatan yang telah digunakan ,dikemas dan mencukupi bilangannya.

Sekira berlaku kehilangan ,pelajar dikehendaki menggantikan peralatan yang baru.

11) Pelajar tidak dibenarkan mengabil peralatan bengkel tanpa kebenaran.

Gambarajah 1 : Contoh pakaian yang sesuai di dalam bengkel

3 | P a g e

3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN

Keselamatan ditempat kerja khususnya dibengkel perlu diambil berat. Ia adalah

penting bagi menjamin keselamatan dan kesihatan diri terpelihara. Dari segi

keselamatan, kepentingannya adalah dapat mengelakkan diri dari risiko tercedera dah

lebih buruk lagi melibatkan kematian. Kepentingan dari aspek kesihatan merangkumi

ergonomik, pendengaran dan gangguan pernafasan. Semua ini perlu dititik beratkan

dan kaedah pengawalan perlu diambil sebelum sesuatu kemalangan berlaku dan juga

melibatkan kesihatan terjejas. Dan perkara yang paling penting dan harus diberi

keutamaan sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan tentulah nyawa pengguna

bengkel berkenaan.

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah:

Faktor kemanusiaan

Faktor pentadbiran

Faktor fizikal

3.1 Faktor Kemanusiaan

Kecuaian

kurang memberi tumpuan kepada kerja

mengalamun/berkhayal semasa bekerja

Kurang pengetahuan

mengenai kerja yang di lakukan

mengenai langkah-langkah keselamatan

mengenai latihan untuk melakukan tugas

sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam

melaksanakan tugas dengan betul.

4 | P a g e

Tidak berdisiplin

bergurau semasa bekerja

gagal mematuhi peraturan-mengambil jalan pintas.

3.2 Faktor Pentadbiran

Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak di laksanakan

dengan bersungguh-sungguh

Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakantugas

Kawalan keselamatan yang longgar

Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas

Tiada prosedur kerja yang ditetapkan

Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja

3.3 Faktor Fizikal

Persekitaran

kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian seperti tidak

dibersihkan, licin, berselerak-pencahayaan tempat kerja yang tidak

mencukupi

Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan

memberi kesan psikologi, mengganggu komunikasi atau menyebabkan

kehilangan pendengaran

Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan

minda dan tumpuan individu-Penyimpanan, pengendalian dan

pelupusan yang tidak sistematik boleh membawa akibat buruk kepada

persekitaran

5 | P a g e

Peralatan dan Mesin

susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja-keadaan

mesin yang telah lama dan tidak sesuai di gunakan lagi

keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di selenggara dengan

baik

penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah

penggunaan dan penyimpanan mesi yang tidak teratur

pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.

Sistem Pendawaian

pendawaian yang lebih daripada 40 tahun

kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran arus

elektrik

beban lebih had (overload)-pendawaian tambahan tanpa kebenaran-

pendawaian yang salah pada alatan yang di gunakan

3.4 Langkah Pencegahan

Merancang terlebih dahulu kerja yang akan dilaksanakan.

Mempelajari cara mengendalikan peralatan atau mesin.

Mematuhi peraturan keselamatan ketika berada dibengkel.

Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar peralatan tersebut.

Mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pastikan mesin yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan yang

ditetapkan.

Pastikan peralatan yang rosak atau kebocoran bar elektrik dibaiki segera.

Pastikan alat yang digunakan sentiasa berkeadaan baik.

6 | P a g e

Pastikan penghadang keselamatan pada mesin tidak ditanggalkan.Ketatkan

skru penghadang keselamatan jika longgar.

Setiap mesin hendaklah disenggarakan secara berkala.

Mesin perlu disusun dengan teratur

Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik dan laluan berjalan

tidak dihalang

Sistem pengalihudaraan dan pencahayaan peru berfungsi dengan baik.

3.5 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK

a) DIRIi. Pakaian pakaian yang sesuai.

ii. Gunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.

iii. Jangan bermain ketika melaukan kerja yang melibtakan mesin atau

alatan yang tajam

iv. Pakai gogel ketika ketika yang melibatkan mesin dilakukan.

v. Pakai sarung tangan ketika menggunakn alatan tangan

b) TEMPATi. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.

ii. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.

iii. Pastikan tempat berkerja tidak bersepah ketika melakukan kerja.

iv. Kemaskan tempat selepas kerja dilakukan.

c) ALATANi. Pastikan alatan sentiasa berminyak.

ii. Jangan berebut ketika menggunkan alatan terutama alatan yang tajam.

iii. Jauhkan diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.

iv. Susun alatan selepas menggunakan.

7 | P a g e

Sebagai pengguna bengkel, kita bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang berlaku

didalam bengkel semasa kita menggunakannya. Bagi mengelakkan kemalangan dariapada

berlaku, beberapa langkah boleh diikuti :

Laporkan sekiranya terdapat perkara yang tidak selamat dan membahayakan.

Pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan yang baik.

Guna peralatan dengan kaedah yang betul.

Gunakan peralatan keselamatan diri semasa menggunakan peralatan bengkel.

Menghadiri kursus asas latihan keselamatan bengkel.

Sentiasa sedia dan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan berlakunya

kemalangan.

Sekiranya berlaku kemalangan, siasatan segera haruslah dijalankan. Hal ini bagi

mengenalpasti punca berlakunya kemalangan di dalam bengkel itu. Dengan itu, barulah

langkah pencegahan yang berkesan dapat diambil bagi mengelakkan perkara atau

kemalangan yang sama daripada berulang lagi.

8 | P a g e

4 .0 PROJEK 1 : PROJEK MENGEGAS

9 | P a g e

4.1 PENGENALAN

Amali yang dijalankan pada kali iaitu menggegas dapat memberikan pelbagai impak

kepada pelajar.Amali ini amat bersesuaian dengan pelajar yang bakal bergelar sebagai

seorang pendidik pada masa akan datang. Menerusi gerak kerja yang dilakukan

seperti menanggam, menggerudi, mengukur dan mengikir sedikit sebanyak dapat

menerapkan kemahiran kepada pelajar supaya lebih berkemahiran apabila bergelar

sebagai seorang pendidik kelak. Dalam kerja menggegas ini, kami deberikan tugsan

untuk mengahsilkan tanggam dengan dua bahagian yang dinamakan bahagian A dan

bahagian B. Jenis bahan logam yang digunakan untuk kerja menggegas ini ialah

“Mail steel” iaitu keluli lembut.

4.2 OBJEKTIF

i. Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunakan peralatan tangan

dengan betul.

ii. Menjadikan pelajar mahir dalam kerja mengegas.

iii. Memberikan pelajar gambaran sebenar kerja mengegas.

10 | P a g e

4.3 PERALATAN TANGAN KERJA MENGGEGAS

Peralatan tangan dalam kerja menggegas ini dapat dibahagikan kepada beberapa

kategori. Dalam kerja menggegas ini peralatan tangan banyak digunakan. Peralatan

tangan ini dibahagikan kepada kategorinya berdasarkan ciri-ciri atau fungsi kegunaan

yang dimiliki oleh alatan tangan tersebut. Berikut adalah kategori alatan tangan yang

terdapat dalam kerja menggegas. Antaranya seperti:

Alat Mengukur

Alat mengukur berfungsi untuk mengukur dan memindahkan jarak yang

dikehendaki ke atas benda projek.

Alat Menanda

Alatan menanda digunakan untuk menanda jarak, bahagian “Mail steel” dan

sebagainya sebelum dipotong.

Alat Mengapit

Alatan mengapit befungsi memastikan kerja-kerja menggergaji, mengetam dan

menukul dapat dilakukan dengan sempurna.

Alat Memotong

Alatan memotong berfungsi untuk menyediakan “Mail steel” dalam bentuk yang

dikehendaki.

Alat Memutar

Alatan memutar digunakan untuk membuat lubang.

11 | P a g e

4.3.1 PERALATAN MENGUKUR

NAMA ALATAN

ALATAN PENERANGAN CARA PENGGUNAAN

Sesiku L Untuk membuat garisan

bersudut tepat 90˚. Untuk menguji

kepersegian. Untuk menguji kerataan

permukaan benda kerja. Untuk menguji ketepatan

dua permukaan.

Rapatkan badan sesiku L ke bahagian benda kerja.

Gariskan bahagian yang hendak dikukur dengan pensil.

Pembaris Keluli

Untuk mengukur dan memindahkan jarak.

Letakkan pembaris keluli diatas permukaan yang hendak diukur dengan lurus.

Tandakan ukuran yang hendak dibuat pada bahan kerja.

12 | P a g e

Pita pengukur

Untuk mengukur jarak yang lebih panjang dari pembaris keluli.

Tarik pita mengikut ukuran yang diperlukan. Tanda ukuran pada bahan.

Vernier Caliper

(Angkuh Vernier)

Sejenis alat pengukuran yang jitu.

Mempunyai kejituan sehingga 0.02mm.

Terdapat dalam dua jenis, iaitu:~angkup vernier~angkup vernier digital

Mengukur diameter luar dan dalam bahan kerja

Mengukur panjang dan lebar bahan kerja

Mengukur kedalaman dan kelebaran lurah bahan kerja.

13 | P a g e

Plat Sudut Diperbuat daripada logam

yang kukuh.Digunakan bersama “surface plate”.

Untuk menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh semasa menanda.

Vernier High Gauge

(Tolok Tinggi Vernier)

Tolok ini selalunya digunakan bersama “angle block” dan “surface plat” yang diperbuat daripada seramik atau logam.

Mempunyai radas untuk mengukur, menanda dan membaca bacaan .

Digunakan untuk mengukur ketinggian bahan kerja pada permukaan yang rata.

14 | P a g e

Surface Plate

(Plate Permukaan)

Diperbuat daripada seramik, besi tuang atau granik.

Sangat kukuh dan kuat.

Sebagai tapak yang mempunyai permukaan untuk mengukur dan menanda bacaan semasa menggunakan tolok ketinggian vernier.

permukaan yang jitu.

Radius Gauge (Tolok Perasa Jejari)

Terdapat dalam pelbagai saiz yang mempunyai ukuran jejari yang pelbagai

Digunakan untuk mengukur dan menguji ketepatan jejari pada bucu benda kerja.

Divider (Pembahagi Gegas)

Pembahagi mempunyai dua mata jarum. Untuk membahagi sesuatu

jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang

.

15 | P a g e

4.3.2 PERALATAN MENANDA

NAMA ALATAN

ALATAN PENERANGAN CARA KEGUNAAN

Scribber (Penggarit)

Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi.

Membuat garisan diatas permukaan logam.

Center Pusa (Penebuk pusat)

Mata bersudut 60˚ & 90˚ . Diperbuat daripada keluli

berkarbon tinggi.

Menanda pusat bulatan sebelum kerja menggerudi

Anvil (Andas)

Diperbuat daripada logam. Sangat teguh,berat dan

kuat.

Sebagai alas bahan kerja semasa kerja penebukan pusat dilakukan.

Juga digunakan sebagai alas semasa proses membentuk dijalankan.

16 | P a g e

Ball Pin Hammer (Tunggul Bongkol Bulat)

Muka dan bongkol kepala tukul dikeraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul.

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat dan muka permukaannya adalah berbentuk rata.

Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti menukul kepala pahat dan alat-alat menanda.

4.3.3 PERALATAN MENGAPIT

NAMA ALATAN

ALATAN PENERANGAN CARA PENGGUNAAN

Ragum Meja

Diperbuat daripada besi tuangan dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Dipasang pada sisi meja.

Untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan

17 | P a g e

4.3.4 PERALATAN MEMOTONG

NAMA ALATAN

ALATAN PENERANGAN CARA PENGGUNAAN

Hack Saw (Gergaji Besi)

Mata gergaji diregang dengan tegang diantara dua stad pada pemidang besi.

Satu stad adalah tetap dan satu lagi boleh dilaras untuk ketegangan mata gergaji.

Mata-rnata gergaji boleh didapati dalam ukuran panjang 8 inci, 10 inci dan 12 inci.

Memotong benda kerja kepada saiz yang dikehendaki

Secara amalan am, pastikan sekurang-kurangnya tiga gigi perlu bersentuh dengan bendakerja supaya mata gergaji tidak patah.

File (Pingikir) Terdapat dalam pelbagai

jenis, contohnya seperti kikir bulat, kikir pipih kasar/tepi selamat, dan kikir pipih tirus.

Gigi kikir mengelaskan kikir tersebut samada halus, sederhana atau kasar.

Panjang kikir diukur dari hujung hingga ke hulunya.

Untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponenan atau benda kerja.

18 | P a g e

Cold Chisel ( Pahat Sejuk)

Diperbuat daripada keluli bermutu tinggi yang dikeras dan dibajakan.

Terdiri daripada beberapa jenis mata seperti pahat mata rata, mata melintang dan mata bentuk intan.

Terdapat dua kelas pahat, iaitu pahat panas dan pahat sejuk.

Pahat panas = untuk memotong logam panas

Pahat sejuk = digunakan bagi kerja logam sejuk/memotong permukaan logam yang nipis.

Digunakan untuk menatal, memotong dan membuang logam benda kerja.

Gaya memahat amatlah penting. Pahat hendaklah dipegang dibahagian kepala dan tukul pula hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan mata pada garisan pemotong supaya dapat memahat dengan tepat.

19 | P a g e

Band Saw Machine Menggunakan band

blade,untuk menggerakkan ini pada mesin blade ia disokong oleh drive wheel,idle wheel dan penggerak blade

Band saw machine tersebut menggunakan kaedah continous blade

Terdapat dua jenis iaitu vertical band saw machine dan horizontal band saw machine

Hasil pemotongan sangat cepat dan mempunyai toleransi yang tinggi sesuai apa yang kita inginkan.

Digunakan untuk memotong bentuk blok/persegi atau bersudut.

20 | P a g e

4.3.5 PERALATAN MEMUTAR

NAMA ALATAN

ALATAN PENERANGAN CARA PENGGUNAAN

Reamer (Pelulas)

Merupakan sejenis alat untuk membesarkan lubang.

Digunakan semasa proses permulaan untuk membuat ulir dalam pada bahan projek.

Tap and Die Diperbuat daripada besi yang

dibaja atau besi karbon yang dibaja.

Biasanya terdapat tiga tap dalam satu set.

Untuk penghasilan ulir dalam secara manual.

Proses membuat ulir dimulakan dengan tap yang mempunyai separuh ulir, kemudiannya yang 70% mempunyai ulir dan diakhiri dengan tap yang mempunyai ulir yang penuh.

21 | P a g e

Dench Grill (Gerudi Meja)

Merupakan sejenis mesin gerudi yang berfungsi untuk proses melubang.

Mempunyai meja untuk melapik bahan kerja.

Mata gerudi boleh ditukar berdasarkan saiz lubang yang hendak dibuat.

Minyak pelincir digunakan sebagai bahan pelincir dan penyejuk semasa kerja menggerudi dijalankan.

Kelajauan boleh dilaraskan

Untuk kerja melubang pada benda kerja.

22 | P a g e

4.4 PROSES KERJA MENGGEGAS

Pada minggu pertama kami telah dikenalkan dengan kerja mengegas dan diberikan plat logam

yang masih kosong. Plat logam tersebut telah dipotong mengunakan Band Saw Machine.

Tersebut adalah langkah-langkah proses kerja mengegas :

Langkah 1 proses kerja yang kami lakukan adalah kami mesti mengenalpasti ukuran dan

bahagian yang diperlukan berdasarkan lukisan projek yang telah diberikan. Didalam kerja

menggegas ini terdapat dua bahagian iaitu : 1) Bahagian plat A, 2) Bahagian plat B.

Kedua – dua bahagian plat mempunyai ciri – ciri yang berbeza dari segi bentuk. kami di

bahagikan kepada 4 kumpulan iaitu satu kumpulan 3 orang dan 3 kumpulan lagi seramai 2

orang.

Gambarajah 2: Bahagian plat A

Gambarajah 3: Bahagian plat B

23 | P a g e

Langkah 2 kami perlu memotong kepingan logam yang panjang kepada ukuran yang telah

ditetapkan menggunakan Band Saw Machine pada keluli lembut yang panjang untuk

dibahagikan kepada bahagian plat A dan plat B.

Gambarajah 4 : Ukuran kepingan logam yang perlu dipotong

Gambarajah 5 : proses memotong kepingan logam

Gambarajah 6 : kepingan logam atau plat yang telah dipotong

24 | P a g e

Langkah 3 ialah setelah kepingan logam dibahagikan kepada plat A dan B proses pengukuran

dan penandaan dilakukan pada bahagian panjang sisi dan ketinggian lebar serta mengikut

ukuran plat A dan B yang telah diberikan. Proses pengukuran ini menggunakan “Vernier high

gauge”.

Kemudian langkah 4 yang kami lakukan adalah kami melakukan proses pemotongan dengan

menggunakan “hack saw” dan kami menanda plat A dan B kepada bahagian yang tidak

diperlukan

Gambarajah 9 : plat yang telah diukur dan ditanda

25 | P a g e

Gambarajah 7 : proses menanda dan mengukur plat A

Gambarajah 8 : proses menanda dan mengukur plat B

Gambarajah 10 : Memotong menggunakan “Hack Saw”

Gambarajah 11 : plat yang telah dipotong

untuk memastikan ketepatan ukuran pada plat tersebut tiada berlaku kecacatan pada tanggam

yang mengakibatkan dan penolakan markah, kami menggunakan “Vernier caliper” dan sesiku

L

26 | P a g e

Gambarajah 12 : Pengukuran menggunakan “ Vernier Calliper”

Pada minggu kedua adalah langkah 6 iaitu kami menggunakan “Dench drill” utuk membuat 3

lubang bulatan yang perlu ditebuk dan pada bahagian hujung kanan dan kiri dengan ukuran

diameter lubang bulatan tersebut adalah 5mm. Manakala satu bahagian lubang dengan

ukuran diameter 7mm. Semasa proses menebuk lubang menggunakan “ Dench drill” ini kita

perlu meletakkan minyank pada mata drill agar mudah untuk menebuk.adalah dibahagian

tengah.

Gambarajah 14 : Proses menebuk lubang pada plat A

Langkah 7 kami membuat lubang kecil pada bahagian B benda kerja dengan menggunakan

penebuk pusat sebelum digerudi. Menggerudi lubang kecil, titik 1, titik 2, titik 3 dan titik 4

dengan menggunakan mesin gerudi. Saiz mata gerudi ialah 5 mm.

27 | P a g e

B

Gambarajah 13 : penggukuran menggunakan sesiku L

Gambarajah 15 : Plat B

Gambarajah 16 : Ditanda dengan penebuk pusat

Gambarajah 17 : menebuk lubang pada plat B

Gambarajah 18 : Menebuk lubang kecil di tengah

28 | P a g e

B

Langkah 8 kami perlu memotong sisi bahagian Plat B dengan menggunakan gergaji besi.

Gambarajah 19 :Bahagian yang perlu dipotong

Setelah melkukan lubang kecil-kecil padan bahagian tengah plat B, kami menggunakan “cold

chisel” untuk membuang bahagian tersebut seperti digambarajah 20.

Gambarajah 20 : Selepas membuang bahagian tengah

Seterusnya langkah 10 adalah Plat A dan plat B perlu menggunakan kikir untuk menipis dan

melicinkan permukaan yang tidak rata setelah kedua – dua plat ini selesai melakukan proses

membuang bahagian yang tidak diperlukan.

29 | P a g e

B

Gambarajah 21 : mengikir bahagian yang perlu dinipiskan

Gambarajah 22 : kemaskan permukaan

Langkah 11 setelah melakukan kemasan pada plat adalah proses membuat alur pada salah

satu bahagian bulatan pada setiap plat A & B dengan menggunakan “Reamer” dan “Tap and

die”.

Gambarajah 23 : membuat alur pada plat Gambarajah 24 : alur yang telah siap

Proses yang terakhir kemi perlu membuat bahagian tepi sisi kedua - dua plat dikikir untuk

mendapat lekuk . kemudian kami harus melakukan pemeriksaan plat tersebut sama ada

permukaan benar – benar rata atau tidak dengan menggunakan “Dye”. Ini adalah proses

menggegas yang terakhir

30 | P a g e

Gambarajah 25: Lekungan Gambarajah 26 :Pemeriksaan plat menggunakan “Dye”

5.0 REFLEKSI

Selama 4 minggu berada di bengkel fabrikasi logam, kami melakukan projek tanggam

ini pelbagai permasalahan yang kami hadapi. Namun, dengan bantuan pensyarah,

instructor serta rakan-rakan seerjuangan kami, masalah yang kami hadapi itu dapat

diselesaikan dangan mudah dan berjaya. Apabila plat tanggam kami sudah siap, kami

dapati terdapat banyak kecacatan yang berlaku pada plat logam kami. Oleh itu, kami

boleh menyenaraikan antara refleksi yang kami dapati hasil daripada plat logam kami.

KECACATAN/KEKURANGAN SEBAB

Ukuran pada plat logam tidak tepat Takut untuk mengikir dan memotong

terlampau banyak kerana bimbang

ukuran tersebut akan kurang.

Tanggam longgar Tanggam longgar kerana bahagian U

telebih kikir

Disamping itu,daripada projek tanggam ini kami juga dapat mempelajari teknik-

teknik yang betul serta memudahkan kita sebagai seorang manusia yang mudah penat

dalam mengunakan alatan-alatan tangan seperti mengergaji, mengikir, memahat dan

sebagainya.

31 | P a g e

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulan kami dapati daripada projek ini, kami dapat belajar pelbagai teknik serta

cara-cara baru untuk melakukan kerja gegas ini. Hal ini kerana kerja menggegas ini

merupakan kerja yang memerlukan ketelitian dari segi aspek pemilihan bahan,

pengukuran serta kaedah – kaedah lain dan teknik yang digunakan untuk

menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kerja mengegas ini juga memerlukan penelitian

yang tinggi bagi menghasilkan kerja yang sempurna dan berkualiti

Antara perkara yang baru kami pelajari ialah cara mengikir dengan teknik yang betul

serta mudah dan pantas untuk mengikir sesuatu objek. Selain itu, kami juga pelajari

bagaimana memilih kikir yang tepat untuk sesuatu kerja.

Disamping itu, dalam melaksanakan tugasan menggegas ini, kami banyak didedahkan

mengenai fungsi dan cara – cara menggunakan alatan tangan berbanding alatan mesin.

Selama 4 minggu kami melaksanakan tugasan kerja mengegas ini ia memerlukan

kekuatan fizikal dan mental kerana semua proses kerja menggegas ini adalah

menggunakan tenaga manusia tanpa bantu daripada alatan mesin.

Walaubagaimana, projek tanggam ini sudah pernah kami lakukan tetapi tidak

bermakna hasilnya sempurna. Dengan tunjuk ajar instruktor iaitu Encik Ros Iskandar

Zulkarnaian Bin Mansor serta bantuan rakan-rakan, kami berjaya menyempurnakan

tugasan kami ini.

Secara keseluruhannya, tugasan ini adalah merupakan kerja yang mudah jika

dilakukan secara berdua serta mengikut segala panduan yang telah diberikan oleh

pensyarah dan instuktor.

32 | P a g e

6.0 LAMPIRANHasil projek yang telah siap.

33 | P a g e

7.0 RUJUKAN

1) Part II. The 2nd SREE workshop on environment and safety engineering, Citation

Information, Hydraulic Engineering, Edited by Liquan Xie, CRC Press 2013,

Pages 193–193, Print ISBN: 978-1-138-00043-8, eBook ISBN: 978-0-203-74448-

2, DOI: 10.1201/b14013-33

2) Chapter 7. Mining Equipment Safety, Citation Information, Safety and Human

Error in Engineering Systems, B . S . Dhillon, CRC Press 2012, Pages 111–124,

Print ISBN: 978-1-4665-0692-3, eBook ISBN: 978-1-4665-0695-4,DOI:

10.1201/b12534-8

3) Internet,http://keselamatanbengkel.weebly.com/peraturan-keselamatan.html,

[14/10/2015,3:05PM]

4) Internet,http://kupunya-cara.blogspot.my/2010/10/laporan-bengkel-gegas.html

[fukfauzi,14/10/2015,3:30PM]

5) Internet,https://diaripav.wordpress.com/2014/02/16/amali-kerja-menggegas/

[15/10/2015,9:00PM]

6) Folio Projek, Nur Ain Nabila Binti Samsury, A14pp3075,4 JUN 2015.

34 | P a g e