LAPORAN BERHUBUNG KEROSAKAN SILING MASJID UMP PEKAN MPP 2012/2013

4
1.0 Laporan penuh isu kebocoran syiling masjid Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012/2013. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon supaya syiling masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan terletak di Aras 2 Pusat Aktiviti Pelajar dapat dibaik pulih segara untuk menggelakkan sebarang kemalangan jiwa daripada berlaku. Jika diteliti berdasarkan gambar yang disertakan bersama hasil lawatan MPP ke tempat kejadian,syiling masjid ini jelas hanya menuggu masa untuk runtuh.Masjid di UMP Pekan merupakan tempat solat utama selain aktiviti kerohanian yang lain.Malah,masjid ini turut dijadikan tempat forum seperti Bicara Isu Kampus KK5 yang berlangsung pada akhir December lepas serta tempat diskusi ilmiah. Kapasiti masjid yang boleh menampung ratusan orang serta suasana yang ideal menjadi faktor utama lokasi mulia ini menjadi pilihan mahasiswa yang menetap di kampus Pekan untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Hal ini dipercayai bermula apabila kerja pemasangan pendingin hawa bermula pada September 2012 lepas. Disebabkan kelewatan projek ini,perlbagai masalah lain timbul seperti kebocoran.

description

Reference only.. Knowledge for sharing

Transcript of LAPORAN BERHUBUNG KEROSAKAN SILING MASJID UMP PEKAN MPP 2012/2013

Page 1: LAPORAN BERHUBUNG KEROSAKAN SILING MASJID UMP PEKAN MPP 2012/2013

1.0 Laporan penuh isu kebocoran syiling masjid Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012/2013.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon supaya syiling masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Kampus Pekan terletak di Aras 2 Pusat Aktiviti Pelajar dapat dibaik pulih segara untuk menggelakkan

sebarang kemalangan jiwa daripada berlaku. Jika diteliti berdasarkan gambar yang disertakan

bersama hasil lawatan MPP ke tempat kejadian,syiling masjid ini jelas hanya menuggu masa untuk

runtuh.Masjid di UMP Pekan merupakan tempat solat utama selain aktiviti kerohanian yang

lain.Malah,masjid ini turut dijadikan tempat forum seperti Bicara Isu Kampus KK5 yang berlangsung

pada akhir December lepas serta tempat diskusi ilmiah. Kapasiti masjid yang boleh menampung

ratusan orang serta suasana yang ideal menjadi faktor utama lokasi mulia ini menjadi pilihan

mahasiswa yang menetap di kampus Pekan untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Hal ini dipercayai bermula apabila kerja pemasangan pendingin hawa bermula pada September 2012

lepas. Disebabkan kelewatan projek ini,perlbagai masalah lain timbul seperti kebocoran.

Page 2: LAPORAN BERHUBUNG KEROSAKAN SILING MASJID UMP PEKAN MPP 2012/2013

Selain kebocoran berpunca dari ruang pendingin hawa,kemunculan fungi telah mencacatkan

pemandangan masjid UMP Pekan.

Tompokan kesan kehadiran fungi/lumut di bahagian solat siswi disebabkan kebocoran yang berlaku.

Page 3: LAPORAN BERHUBUNG KEROSAKAN SILING MASJID UMP PEKAN MPP 2012/2013

Tompokan kesan kehadiran fungi/lumut di bahagian hadapan masjid berhampiran lif disebabkan

kebocoran yang berlaku.

Gambar ini jelas membuktikan kerja pemasangan pendingin hawa yang lewat menjadi salah satu

punca kepada permasalahan ini. ( Air hujan memasuki ruang pendingin hawa yang masih belum siap

sepenuhnya)

Page 4: LAPORAN BERHUBUNG KEROSAKAN SILING MASJID UMP PEKAN MPP 2012/2013

Solusi yang dicadangkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) :

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahu pihak kontraktor yang memasang pendingin hawa di

masjid UMP Pekan mempercepatkan proses pemasangan supaya kebocoran yang berlaku

tidak menjadi kritikal.

Kerja baik pulih syiling yang telah runtuh hendaklah disegerakan supaya ianya tidak

mencacatkan pemandangan seterusnya memberi gambaran negatif kepada jemaah masjid

yang hadir terutamanya ketika solat Jumaat.