Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

10
LAPORAN BERTULIS PELAYARAN KAPAL LAUT DIRAJA (KLD) TUNAS SAMUDERA VOYAGE 289/13 Oleh: Desmond Daniel Ak Copta (910817-13-5650) Pada 27 Mei – 7 Jun 2013 saya sangat bertuah kerana terpilih bagi menyertai pelayaran KLD Tunas Samudera buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya. Dalam laporan ini saya akan mengisahkan apa yang telah saya lalui sepanjang saya mengikuti program ini selama 12 hari. Laporan ini akan saya sediakan dalam bentuk diari sepanjang berlangsungnya program ini. Hari Pertama (27 Mei 2013 – Isnin) 1150 Penerbangan dari Lapangan Terbang (LT) Sibu, Sarawak 1320 Saya berjaya dan selamat tiba di LT Senai, Johor Baharu. En. Zali (KUKK) menjemput saya bersama dua orang peserta dari Sabah iaitu dari IPG Kampus Gaya dan Keningau. 1430 Kami tiba di IPG Temenggong Ibrahim dan melapor diri di pejabat Penyelia Asrama 1700 Sedikit jamuan atau minum petang. Pada masa ini juga saya berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan baru. Pada masa ini juga masih terdapat 8 orang peserta belum melaporkan diri berikutan perjalanan yang jauh menggunakan bas. 1730 Peserta lelaki dipanggil untuk sesi menggunting rambut. Rambut dipotong nombor 1 mengikut standard kualiti NAVY. 1745 Aktiviti riadah yang dikendalikan oleh En. Jasa iaitu jurulatih KLD Tunas Samudera IPGM . Terdapat 1 aktiviti yang dikendalikan oleh jurulatih yang merupakan khusus untuk latihan keseimbangan dan melihat sejauh mana keseimbangan badan seseorang itu. 1930 Makan malam kemudiannya berkumpul di bilik khas untuk sesi suai kenal dan taklimat aktiviti. Bagi pengetahuan semua pelayaran ini akan bermula daripada Tanjung Perlis – Pulau Tioman – Lumut, Perak dan merupakan pelayaran yang paling lama. Selain itu, dimaklumkan bahawa kami semua seramai 22 peserta terdiri daripada 20 pelajar dan 2 pensyarah pengiring. Saya amat bertuah kerana saya merupakan satu-satunya peserta daripada IPG Sarawak yang mengikuti program ini.

Transcript of Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

Page 1: Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

LAPORAN BERTULIS PELAYARAN KAPAL LAUT DIRAJA (KLD) TUNAS

SAMUDERA VOYAGE 289/13

Oleh:

Desmond Daniel Ak Copta (910817-13-5650)

Pada 27 Mei – 7 Jun 2013 saya sangat bertuah kerana terpilih bagi menyertai

pelayaran KLD Tunas Samudera buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya.

Dalam laporan ini saya akan mengisahkan apa yang telah saya lalui sepanjang saya

mengikuti program ini selama 12 hari. Laporan ini akan saya sediakan dalam

bentuk diari sepanjang berlangsungnya program ini.

Hari Pertama (27 Mei 2013 – Isnin)

1150 Penerbangan dari Lapangan Terbang (LT) Sibu, Sarawak

1320 Saya berjaya dan selamat tiba di LT Senai, Johor Baharu. En. Zali (KUKK)

menjemput saya bersama dua orang peserta dari Sabah iaitu dari IPG

Kampus Gaya dan Keningau.

1430 Kami tiba di IPG Temenggong Ibrahim dan melapor diri di pejabat

Penyelia Asrama

1700 Sedikit jamuan atau minum petang. Pada masa ini juga saya berpeluang

berkenalan dengan rakan-rakan baru. Pada masa ini juga masih terdapat 8

orang peserta belum melaporkan diri berikutan perjalanan yang jauh

menggunakan bas.

1730 Peserta lelaki dipanggil untuk sesi menggunting rambut. Rambut dipotong

nombor 1 mengikut standard kualiti NAVY.

1745 Aktiviti riadah yang dikendalikan oleh En. Jasa iaitu jurulatih KLD Tunas

Samudera IPGM . Terdapat 1 aktiviti yang dikendalikan oleh jurulatih

yang merupakan khusus untuk latihan keseimbangan dan melihat sejauh

mana keseimbangan badan seseorang itu.

1930 Makan malam kemudiannya berkumpul di bilik khas untuk sesi suai kenal

dan taklimat aktiviti. Bagi pengetahuan semua pelayaran ini akan bermula

daripada Tanjung Perlis – Pulau Tioman – Lumut, Perak dan merupakan

pelayaran yang paling lama. Selain itu, dimaklumkan bahawa kami semua

seramai 22 peserta terdiri daripada 20 pelajar dan 2 pensyarah

pengiring. Saya amat bertuah kerana saya merupakan satu-satunya

peserta daripada IPG Sarawak yang mengikuti program ini.

Page 2: Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

Semasa sesi taklimat ini kami juga didedahkan dengan sedikit sebanyak sejarah

dan asal usul kapal layar ini. Kapal layar ini sepanjang 44 meter panjang dan 7.8 m

lebar. Hanya terdapat 2 buah kapal sahaja di dunia ini iaitu dimiliki oleh Malaysia

dan Australia. Tiang kapal layar yang paling tinggi adalah 32.6 m (Tiang Utama)

dan tiang hadapan 30 m. Selain itu, terdapat sebanyak 118 tali di atas kapal ini

dan setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.

Hari Kedua (28 Mei 2013 – Selasa)

0545 Bangun pagi

0630 Berada di padang IPG Temenggong Ibrahim yang dikendalikan oleh

jurulatih iaitu En. Jasa. Aktiviti keseimbangan dengan intensiti yang tinggi

yakni guling hadapan sejauh 5 meter & pusing (kepala diletakkan di atas

skitel) sebanyak 10 ulangan & berjalan titian sejauh 5 meter.

0730 Sarapan pagi.

1000 Berkumpul di perkarangan jabatan HEP untuk taklimat ringkas oleh En.

Zali (KUKK)

1010 Bertolak ke pelabuhan Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Johor Baharu.

1210 Tibanya di pelabuhan KD Sultan Ismail, para peserta mengambil tempat

masing-masing dalam barisan bertiga kemudian Majlis Penyerahan

Peserta kepada Leftenen Komanden KLD Tunas Samudera.

Secara rasimnya kami merupakan krew KLD Tunas Samudera. Kami juga

diberikan asas kawad kaki di atas kapal yang berbeza dengan kawad kaki

di atas darat. Selain itu, taklimat keselamatan juga diberikan. Pada masa

yang sama kami diperkenal dengan segala peralatan yang digunakan di atas

kapal ini.

Sebelah petang, kami menjalani latihan kecergasan mengelilingi pelabuhan

KD Sultan Imail.

2100 Makan malam. Makanan dihidangkan secara buffet yang disediakan khas

oleh chef kapal.

Sebaik sahaja selesai makan, pertandingan mencipta logo, motto, lagu dan

sorakan dilaksanakan. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan atau

dikenali sebagai awasan iaitu awasan merah, putih dan biru.

1100 Supper dan semua peserta dibenarkan tidur di atas geladak sahaja

(Middle deck atau front deck).

Pada masa ini, kami belum lagi memulakan pelayaran disebabkan faktor

kerosakkan enjin yang masih dalam proses pembaikian. Justeru, program kami

diubah di mana setiap aktiviti akan dilaksanakan di atas darat.

Page 3: Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

Hari Ketiga (29 Mei 2013 – Rabu)

0540 Bangun pagi, solat dan penyediaan sarapan pagi bersama chef. Setiap

awasan akan bertugas secara bergilir-gilir.

0700 Sarapan pagi.

0730 Pembahagian tugas di atas geladak kapal mengikut awasan.

Aktiviti ini dinamakan Happy Hour, di mana bermaksud setiap krew kapal

akan membersihkan satu kapal. Contohnya, menggilatkan tembaga,

mencuci deck (atas, bawah, luar dan dalam).

0900 Aktiviti “Merempuh Halangan” mengikut awasan masing-masing. Terdapat

12 halangan kami hanya dibenarkan melakukan 11 halangan sahaja. Pada

masa ini juga kami melakukan pertandingan merempuh halangan dan

awasan yang menang adalah pertama awasan merah, kedua ialah awasan

putih dan ketiga ialah awasan biru. Saya merupakan awasan biru. Walaupun

kalah namun kami tetap teguh bersama dalam satu pasukan.

Kemudian, pensyarah pengiring En. Mustapha mencabar NAVY untuk

bertanding bersama 8 orang peserta IPGM. Saya merupakan salah

seorang peserta dalam cabaran ini. Di akhir pertandingan, kumpulan

peserta daripada IPGM memenangi cabaran dan NAVY dikehendaki

berlari mengelilingi pelabuhan sebanyak 5 pusingan.

1200 Kelas “Info On Nautacil Chart” iaitu kelas berkaitan dengan bacaan peta

di semasa di lautan. Di darat ia dipanggil map tetapi di kapal ia dipanggi

nautical chart.

Terdapat banyak jenis chart antaranya adalah mergato, approhes,

offshore, dan plan chart.

Semasa mengikuti kelas ini, saya keliru dengan setiap maklumat yang

diberikan dan sukar untuk memahaminya kerana perkara ini bukannya

mengambil masa beberapa jam untuk dipelajari. Namun, sedikit sebanyak

saya peroleh pengetahuan yang boleh digunakan sebagai seorang peserta.

Selain itu, kami diberi peluang untuk mempelajari bagaimana mengukur

jarak dan masa di atas carta, mengukur atau tentukan haluan kapal dan

kedudukan kapal semasa.

1500 Aktiviti renang di kolam renang KD Sultan Ismail. Kami didedahkan dengan

asas berenang dan keyakinan air. Bagi sesi ini ia tidak menjadi masalah

kepada saya kerana saya mahir berenang dan merupakan aktiviti yang

telah kami laksanakan dalam pengkhususan Pendidikan Jasmani.

1700 Beriadah dan berehat.

1845 Membuat lawatan ke kapal perang KD Perkasa yang berlabuh untuk loading

minyak,air, bahan-bahan mentah dan lain-lain. Semasa lawatan, kami

diiringi oleh Leftenen Mohd Najmi Bin Ali dan hanya dibenarkan membuat

lawatan di atas deck sahaja kerana maklumat kapal perang merupakan

rahsia kerajaan. Kami juga tidak dibenarkan mengambil gambar sesuka

Page 4: Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

hati kerana ia adalah rahsia kerajaan.

1910 Makan malam

2040 Perbincangan berkenaan malam kebudayaan pelayaran yakni dipanggil

“Social Night”.

2100 Pertandingan permainan bola tampar antara awasan. Awasan yang menang

adalah awasan merah, diikuti oleh awasan putih dan akhir sekali awasan

biru.

Peserta IPGM sekali lagi mencabar NAVY dalam permainan ini dan saya

juga salah seorang yang terlibat dalam cabaran ini dan kami memenangi

perlawanan ini.

2300 Supper dan rehat.

Hari Keempat (30 Mei 2013 – Khamis)

0545 Bangun pagi. Penyediaan sarapan dan membantu chef menyediakan sarapan

pagi.

0630 Sarapan pagi

0730 Happy Hour

0800 Senaman pagi mengelilingi separuh daripada pengkalan KD Sultan Ismail.

0900 Minum pagi dan bersedia untuk aktiviti di Tanjung Balau.

0930 Bergerak ke Tanjung Balau. Aktiviti yang dilakukan seperti menggunakan

apa sahaja cara membawa semua krew-krew kapal ke dalam air. Kemudian

membina bangunan manusia paling tinggi di dalam air pada parang pinggang

dengan laut yang bergelora.

- Di darat pula kami dikehendaki melakukan permainan ikatan terpanjang

dengan menggunakan apa sahaja yang ada pada diri sendiri, contohnya

tali kasut dan apa sahaja peralatan yang boleh digunakan asalkan

peralatan tersebut ada pada diri kita sendiri.

- Pada masa yang sama sesi suai kenal dengan lebih mendalam dilakukan

di dalam air laut dengan laut yang bergelora.

- Seterusnya selepas makan tengah hari, kami diberikan 10 klue dan

dikehendaki mencari dan mengambil gambar. Syaratnya setiap ahli

mesti berada di dalam gambar tersebut. Tiada had masa ditetapkan

dalam permainan ini.

- Disebabkan semua kumpulan berjaya mendapatkan semua gambar yang

dikehendaki, maka semua kumpulan seri. Justeru, untuk menentukan

pemenang maka kami diberikan tugasan terakhir yakni mencari atau

menghasilkan satu gambar yang paling lucu. Gambar tersebut akan

dinilai sendiri oleh krew-krew kapal. Pemenang bagi permainan pada

hari ini adalah awasan putih, merah dan akhir sekali awasan biru.

1645 Berangkat pulang ke jeti KD Sultan Ismail. Kami diberi masa sehingga

esok untuk berehat dan menguruskan diri. Esok merupakan detik di mana

pelayaran ini akan bermula.

Page 5: Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

Bagi pengetahuan semua juga, pada masa ini iaitu sepanjang beberapa hari di

darat ini saya berasa sangat kecewa dan motivasi merudum kerana saya telah set

di dalam minda saya bahawa sebaik sahaja sampai di pelabuhan ini pada hari

pertama, kami akan belayar terus di lautan dan itu tidak terjadi. Selain itu,

disebabkan enjin kapal yang rosak maka haluan kapal yang sebelum ini dirancang

dari Tanjung Perlis – Pulau Tioman – Lumut, Perak tidak dapat dilaksanakan.

Tentatifnya adalah dari JB – Selat Melaka – Mengelilingi Singapura (Selat

Singapura) - Lumut Perak.

Hari Kelima ( 31 Mei 2013 – Jumaat)

0630 Sarapan pagi

0730 Senaman pagi

0930 Kelas “The Sailing Delight” di mana kelas ini adalah berkaitan dengan

layar-layar kapal dan kegunaan setiap layar tersebut. Selain itu, kelas ini

adalah berkaitan dengan kedudukan kapal semasa di lautan. Antara layar-

layar utama di kapal ini adalah seperti top gallant, top sail, course, jib,

tween mass sail, main sail (kemudi), main gaft, drifter, fisherman sail dan

storm sail. Kesimpulannya, terdapat 8 layar utama di kapal ini dan 13 layar

tambahan.

- Kami juga didedahkan dengan arahan yang digunakan dalam menaikkan

layar dan menurunkan layar. Saya juga berpeluang memberikan

hukuman semasa pelayaran ini dan ia merupakan pengalaman yang

menyeronokkan.

- Ini merupakan antara hukumannya:

1. All hands on deck (Semua anak-anak kapal ke deck)

2. Red watch (Awasan Merah) Ready sir. (Bila semua krew cukup

dan bersedia)

3. Set the jib to port. (Arahan diberikan oleh pegawai bertugas)

4. Red watch are you ready? (Ketua atau krew yang memberi

arahan)

5. Red watch ready sir 6. 2, 6 heave (arahan untuk tarik layar) dan seterusnya

sehinggalah layar dibuka sepenuhnya atau bergantung kepada

pegawai navigasi.

1030 Peserta membuat aktiviti atau urusan sendiri. Menyiapkan diri untuk

persediaan belayar.

1200 Tali dileraikan daripada jeti oleh pegawai yang bertugas. Krew-krew kapal

termasuk pelatih bersama-sama bergerak ke lautan menghala ke Selat

Singapura.

- Menaikkan layar kapal

Page 6: Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

- Naik ke Fore Course (Tiang kapal) dan Fore Top Sail. Kami naik melalui

tangga khas yang dipanggil red line dan menuruni tali yang melintang ke

bawah daripada tiang utama ke hadapan kapal atau dipanggil Baby Stay

(Dawai melintang 45 darjah).

Dalam diari ini saya tidak dapat menulis atau membuat catatan setiap detik

kerana kekangan masa dan penulisan ini hanya dilakukan semasa saya ada

kelapangan. Ini kerana sebaik sahaja kapal belayar, setiap daripada kami perlu

bersedia dari segi mental, emosi dan yang penting jasmani kerana pada bila-bila

masa sahaja kami akan dipanggil untuk manaikkan atau menurunkan layar. Malah,

aktiviti-aktiviti lain yang dirancang juga dilaksanakan pada masa ini juga. Saya

juga berasa kurang selesa semasa berada di atas kapal kerana keadaan laut yang

bergelora menyebabkan pening. Terdapat juga rakan-rakan yang lain muntah dan

mabuk laut sebaik sahaja pelayaran ini bermula.

Hari Keenam ( 1 Jun 2013 – Sabtu)

Pagi Laut masih lagi bergelora dan keadaan kapal terumbang-ambing. Semua

krew kapal sentiasa menurunkan dan menaikkan layar mengikut arah

angin. Anker juga dileraikan ke dasar laut berikutan keadaan laut yang

bergelora dengan kuat dan ombak setinggi 3 m ke atas. Selain itu, kapal

juga mengalami kerosakkan pada enjin. Kedua-dua enjin dilaporkan rosak.

Justeru, kerja-kerja membaiki sedang giat dijalankan oleh mekanik

kapal.

- EMA (Early Morning Activities)

- Sarapan pagi

- Happy hour - MKMA (Melawan Kebakaran Mencegah Api) juga dijalankan di atas

deck kapal yang dikendalikan oleh krew kapal yang bertugas.

T/hari - Solat dan makan tengah hari

- Kelas undang-undang di lautan. Undang-undang di lautan lebih kurang

sama dengan undang-undang di jalan raya. Namun, keutamaan

diberikan kepada kapal-kapal perdagangan yang bersaiz besar.

Justeru, kapal-kapal kecil perlu memberi laluan kepada kapal besar

ini. Selain itu, setiap kapal juga dikehendaki melaporkan atau

menyediakan laluan mereka sendiri yang dimasukkan ke dalam sistem

navigasi.

- Kelas mengenal barang dan alatan di atas kapal juga dilaksanakan.

- Kelas ikatan tali. Contohnya reefknot, clove hitch dan slip clove hitch.

Pertandingan juga diadakan bagi ikatan tali. Awasan biru telah

memenangi pertandingan ini dan saya berbangga kerana membawa

kemenangan kepada awasan saya.

Page 7: Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

Malam Solat Maghrib dan Isya

- ROR (Rule Of Road) di mana setiap kapal perlu melalui haluan yang

telah ditetapkan oleh setiap negara terutama semasa berada di

sesebuah negara asing. ROR perlu dipatuhi dan perlu sentiasa

dikemaskinikan setiap 15 minit untuk melihat kedudukan kapal sama

ada berada di laluan atau telah tidak.

Sepanjang hari ini, para peserta sentiasa diuji dari segi mental dan fizikal di

mana setiap 15 minit krew-krew kapal perlu menaikkan layar dan menurunkan

layar tidak kira waktunya. Ini kerana menaikkan layar dan menurunkan layar

adalah bergantung sepenuhnya kepada arah tiupan angin.

Saya turut merasa kehebatan angin apabila berada di lautan bersama

krew-krew kapal semasa hujan lebat melanda. Dengan kapal yang terumbang-

ambing, terpaksalah kami menaikkan layar dan berdiri di atas deck. Rasa pening

dan loya serta mabuk laut adalah lumrah seorang NAVY. Tips untuk mengelak

daripada muntah adalah dengan tidak memikirkannya dan kita perlu menghayati

perasaan itu.

Hari Ketujuh (2 Jun 2013 – Ahad)

Pagi - Subuh

- EMA (PTI atau Physical Training Instructor) mengetuai aktiviti

senaman pagi di atas deck kapal. Antara aktivitinya adalah

senamrobik.

- Happy hour - MKMA (Melawan Kebakaran Mencegah Api)

T/hari - Solat dan makan tengah hari

- Latihan melakukan Boatswain Call (merupakan salah satu tiupan

menggunakan alat khas seperti wisel. Boatswain call ini mempunyai

pelbagai fungsi dalam memberi arahan kepada anak-anak kapal dari

semasa ke semasa. Setiap tiupan yang dibuat mempunyai makna yang

tersendiri. Contohnya: pipe still, pipe carry on, general call, pipe down, pipe on side, dan hands on dinner.

- Selepas latihan ini kami diuji dan pertandingan dibuat. Saya juga

mengetuai awasan biru dalam membuat call ini dan saya berjaya

melakukannya dengan baik. Saya juga banyak menyumbang semasa

melakukan call ini kerana dalam awasan hanya saya seorang sahaja

yang dikatakan boleh menguasai call dengan baik berbanding dengan

peserta lain.

Malam - Malam ini dilaksanakan satu pertandingan yang dipanggil “Super

Spontan” di mana kami diberikan satu situasi pada masa itu dan

dikehendaki melakonkan situasi tersebut secara spontan

menggunakan skrip dan kreativiti masing-masing.

Page 8: Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

Hari ini keadaan agak tenang jika dibandingkan dengan keadaan semalam tetapi

krew-krew kapal sentiasa bersedia untuk menaikkan layar dan menurunkannya

pada bila-bila masa dalam apa sahaja situasi sekali pun.

Hari Kelapan (3 Jun 2013 – Isnin)

Pagi - Subuh

- EMA

- Sarapan pagi

- Happy hour - Kelas Emergency Proseduring

- Dalam kelas ini kami diperkenal dengan alat bantuan pernafasan dan

jaket kebakaran. Kami didedahkan kepada situasi kebakaran

sekiranya berlaku kebakaran di atas atau di dalam kapal. Kami juga

melakukan amali bagi kebakaran.

T/hari - Makan tengah hari

- Kelas Senjata Api. Kami didedahkan kepada 3 jenis senjata api yakni

pistol, senapang M16 dan M4 (senjata berat). Selain itu, kelas ini

digunakan sebagai pendedahan dan pengetahuan kepada saya dan

rakan-rakan kepada cara mengendalikan senjata api ini, apa yang

boleh dan tidak, pengenalan kepada peluru, cara membersihkan

senjata api dan amali menembak. Semasa kelas ini juga, kami

diberitahu bahawa sebelum melakukan sebarang amali menembak

kapal perlu meminta kebenaran daripada pihak berkuasa dan kapal-

kapal berdekatan agar tidak melalui kawasan menembak. Selain itu, ia

perlu dilakukan jauh dari darat. Saya amat bertuah kerana

berpeluang merasai sendiri menembak menggunakan pistol dan

senapang M16. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan seumur

hidup saya.

Malam - Makan malam

- Persediaan untuk malam ‘Social Night”.

- Latihan nyanyian lagu Samudera Raya iaitu lagu rasmi NAVY.

SAMNUDERA RAYA

Semboyan angkatan laut kita,

Di samudera raya,

Menjaga pantai ibu pertiwi,

Dari angkara murka,

Dari barat sampai ke timur,

Itulah pantai Malaysia,

Tiap saat berjaga,

Di tengah samudera raya,

Perwira dan satria,

Angkatan laut Diraja.

Page 9: Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

Hari Kesembilan (4 Jun 2013 – Selasa)

Mengikut perancangan yang dibuat, kami sepatutnya telah tiba di pesisiran

pelabuhan Lumut, Perak namun disebabkan oleh keadaan kapal dan laut yang tidak

mengizinkan maka kami berlabuh di pelabuhan Port Dickson.

1100 - Kapal berlabuh

- Angker dileraikan.

- Aktiviti membersihkan kapal, mengemas ikatan tali dan persediaan

tempat untuk majlis penutupan.

- Majlis penutupan dan penyerahan balik peserta dijalankan

- Kemudian, majlis penyampaian sijil penghargaan kepada semua

peserta.

1400 - Berangkat pulang ke IPG BM

- Pengurusan diri

2100 - Post mortem bersama KUK (En. Azzudin) dan Pn. Nani (Wakil IPGM)

- Taklimat pergerakan balik para peserta.

Hari Kesepuluh dan Sebelas ( 5 & 6 Jun 2013 – Rabu & Khamis)

Hari ini, semua peserta Semenanjung Malaysia berangkat pulang ke rumah

masing-masing dan hanya beberapa orang sahaja yang masih tinggal di IPG

Kampus BM iaitu saya sendiri dan rakan saya daripada IPG Keningau iaitu

Christopher. Dengan adanya kesempatan seperti ini, kami telah mengenali dengan

lebih mendalam sesama sendiri dan seperti adik beradik.

Sebelum rakan-rakan yang lain meninggalkan IPG Kampus BM, kami sempat

bergambar sebagi kenang-kenangan. Perpisahan ini membawa kesedihan dan

pengalaman yang manis kepada kami semua termasuk diri saya.

Pada hari ini, saya masih lagi merasakan kemabukan laut yang berada di

kepala saya. Badan saya terasa terumbang-ambing kerana telah seminggu berada

di atas kapal yang terumbang-ambing dengan laut yang bergelora.

Saya dan Christopher juga sempat bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur

secara bersendirian. Ini juga merupakan pengalaman yang manis kerana kami

berjalan tanpa mengenal arah tujuan.

Hari Kedua belas (7 Jun 2013 – Jumaat)

Pada jam 8.30 pagi saya dan Christopher berangkat ke LCCT untuk kembali ke

negeri masing-masing. Perpisahan ini membawa seribu satu cerita kepada kami

Page 10: Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

baik manis mahupun pahit. Kesedihan memang terasa hasil daripada pengalaman

yang dilalui bersama sepanjang pelayaran ini namun itulah lumrah.

Akhir kata, saya mengucap syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya maka dapatlah saya mengikuti, menghabiskan pelayaran ini dengan

jayanya. Ruang dan peluang yang diberikan kepada saya akan menjadi kenangan

manis dalam diari hidup saya. Pengalaman ini juga memberikan nilai tambah

kepada diri saya terutama dari segi pengetahuan pelayaran, disiplin dan semangat

berkumpulan dalam sesebuah organisasi. Terima kasih diucapkan kepada pihak

IPGM yang memilih saya dan kepada Pengarah dan KUKK IPG Kampus Rajang yang

memberikan sokongan padu kepada saya dalam mengikuti pelayaran ini.

SALAM SAMUDERA RAYA KEPADA SEMUA!!!

AWASAN BIRU!!!

Laporan disediakan oleh:

___________________

(DESMOND DANIEL AK COPTA)

Pelatih IPG Kampus Rajang, Bintangor

Peserta KLD Tunas Samudera Voyage 289/13.