Laporan Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang

9
LAPORAN BINA INSAN GURU LAWATAN PENANDA ARAS INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG Pada 15 Julai hingga 20 September 2013 iaitu sepanjang tempoh praktikum 2, kami telah diminta untuk menjalankan lawatan penanda aras yang berfokuskan kepada interaksi profesional bersama Guru Cemerlang. Matlamat program ini adalah untuk menjalankan satu bentuk interaksi profesional antara guru pelatih dan Guru Cemerlang di sekolah. Manakala objektif bagi program ini antaranya adalah untuk mengembangkan kemahiran komunikasi secara profesional guru pelatih apabila membuat temubual bersama individu yang memiliki kredibiliti profesional dalam profesion perguruan bagi mendapatkan maklumat daripada beliau. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan amalan pedagogi, inovasi sumber pdp, nilai-nilai yang diamalkan serta ciri-ciri profesionalisme dan komitmen sebagai Guru Cemerlang. Berdasarkan kepada matlamat dan objektif yang digariskan, kami telah mendapatkan seorang Guru Cemerlang untuk ditemubual iaitu Encik Amiludin bin Sahmin yang berusia 47 tahun. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Melayu dan pada masa yang sama juga turut mengajar mata pelajaran Muzik dan Pendidikan Jasmani. Kerjaya beliau sebagai seorang guru bermula pada 1989 sehinggalah ke hari ini. Antara tahap pendidikan yang dilaluinya adalah beliau telah mengambil SPM sebanyak dua dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Insitut Teknologi Mara(ITM) atau kini

description

kP

Transcript of Laporan Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang

Page 1: Laporan Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang

LAPORAN BINA INSAN GURU LAWATAN PENANDA ARAS INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG

Pada 15 Julai hingga 20 September 2013 iaitu sepanjang tempoh praktikum 2,

kami telah diminta untuk menjalankan lawatan penanda aras yang berfokuskan kepada

interaksi profesional bersama Guru Cemerlang. Matlamat program ini adalah untuk

menjalankan satu bentuk interaksi profesional antara guru pelatih dan Guru Cemerlang

di sekolah. Manakala objektif bagi program ini antaranya adalah untuk

mengembangkan kemahiran komunikasi secara profesional guru pelatih apabila

membuat temubual bersama individu yang memiliki kredibiliti profesional dalam

profesion perguruan bagi mendapatkan maklumat daripada beliau. Selain itu, program

ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan amalan pedagogi,

inovasi sumber pdp, nilai-nilai yang diamalkan serta ciri-ciri profesionalisme dan

komitmen sebagai Guru Cemerlang.

Berdasarkan kepada matlamat dan objektif yang digariskan, kami telah

mendapatkan seorang Guru Cemerlang untuk ditemubual iaitu Encik Amiludin bin

Sahmin yang berusia 47 tahun. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Melayu dan

pada masa yang sama juga turut mengajar mata pelajaran Muzik dan Pendidikan

Jasmani. Kerjaya beliau sebagai seorang guru bermula pada 1989 sehinggalah ke hari

ini. Antara tahap pendidikan yang dilaluinya adalah beliau telah mengambil SPM

sebanyak dua dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Insitut Teknologi Mara(ITM)

atau kini dikenali dengan panggilan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan

mengambil jurusan pengurusan perhotelan. Pada awalnya beliau bercita untuk menjadi

seorang chef sebelum berminat menceburi bidang perguruan.

Masalah krisis ekonomi yang berlaku pada ketika itu menyebabkan beliau tidak

dapat mencari pekerjaan dan hal ini menyebabkan beliau terpaksa menganggur selama

setahun lamanya. Akhirnya beliau telah membuat permohonan untuk memasuki maktab

perguruan dan setelah menjalani sesi temuduga akhirnya beliau diterima. Minat beliau

dalam profesion perguruan sememangnya telah ada kerana dipengaruhi dengan latar

belakang keluarga yang juga seorang guru. Sekolah pertama tempat beliau berkhidmat

Page 2: Laporan Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang

adalah di Sekolah Bandar Ester. Beliau telah mendapat ijazah dalam jurusan Bahasa

Melayu dan Kesenian pada usia 40-an. Hal ini menunjukkan betapa tingginya semangat

beliau untuk menambah ilmu dalam subjek utama yang beliau minati.

. Sepanjang menjadi guru, beliau pernah memegang beberapa jawatan sama

ada di peringkat sekolah dan daerah. Kini beliau memegang jawatan sebagai Ketua

Bilik Guru di Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram. Sebelum ini,

beliau pernah dilantik sebagai jurulatih utama untuk mata pelajaran Bahasa Melayu

bagi membimbing guru-guru cemerlang diperingkat daerah. Beliau juga merupakan

salah seorang penanda kertas soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu dan

merupakan penyelaras kecemerlangangan UPSR. Oleh itu, beliau sangat mahir dalam

mengenalpasti permasalahan murid dalam membuat karangan atau menjawab soalan

pemahaman. Tidak hairanlah sekiranya beliau menjadi pembimbing kepada guru-guru

cemerlang untuk subjek ini.

Pada suatu ketika dulu, beliau juga pernah menjadi penulis untuk sebuah buku

untuk menulis buku rujukan penulisan bagi tahun 4, 5 dan 6. Namun disebabkan

masalah dari segi penerbitan, buku tersebut tidak dapat dipasarkan. Semua karangan

yang dimuatkan di dalam buku tersebut merupakan idea daripada beliau sendiri. Bukan

sahaja berminat dalam bidang keguruan tetapi dalam masa yang sama beliau amat

meminati bidang penulisan. Beliau berharap pada suatu masa nanti beliau dapat

menulis buku lagi untuk dipasarkan. Beliau juga berhajat untuk menghasilkan novel

yang boleh memenuhi cita rasa kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Misalnya

untuk novel remaja, beliau ingin mengetengahkan tema cinta yang lebih bersifat

ketuhanan dan tidak melalaikan.

Dari segi amalan pedagogi, beliau gemar menggunakan gaya pembelajaran

secara peniruan atau dari istilah pendidikannya digelar teori pembelajaran sosial Albert

Bandura. Walaupun ada sesetangah pendidik merasakan bahawa teknik ini akan

menyebabkan murid kurang kreatif dan sebagainya namun beliau tidak berfikir

demikian. Beliau merasakan bahawa cara ini merupakan salah cara untuk memberikan

keyakinan kepada murid untuk membuat karangan dalam subjek yang diajarnya.

Berdasarkan kepada keyakinan ini, beliau mewajibkan murid untuk menyalin lima

Page 3: Laporan Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang

karangan lengkap setiap minggu. Beliau berpendapat, murid haruslah memiliki satu

contoh atau model karangan yang baik untuk dijadikan contoh kepada murid supaya

mereka berasa tidak teragak-agak untuk membuat sesuatu karangan.

Beliau telah berkongsi satu ungkapan daripada Tun Dr. Mahathir Muhammad

yang berkata, “ guru ke kelas bukan hanya untuk mengajar sahaja, namun bagilah

sesuatu yang bermakna”. Jadi pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran(pdp),

beliau tidak akan terus masuk ke dalam isi pdp pada hari tersebut. Beliau akan

memastikan murid akan berada di dalam keadaan bersedia terlebih dahulu. Apa yang

beliau lakukan semasa melangkah sahaja ke dalam kelas adalah dengan berdiri tegak

di hadapan dengan perwatakan yang agak tegas. Apabila murid melihat keadaan guru

tersebut, pada mulanya mungkin mereka tidak akan sedar namun lama-kelamaan

mereka sedar akan kehadiran guru dan mula untuk mengambil tempat masing-masing

dan bersedia untuk mendengar arahan seterusnya daripada guru. Setelah keadaan

terkawal barulah beliau akan meminta murid untuk membaca doa dan meneruskan pdp

yang telah dirancang.

Selain itu, antara pendekatan yang diambil sebelum kelas bermula adalah beliau

akan mengambil sedikit masa untuk berbual-bual dengan murid tentang pelbagai

perkara yang mampu menarik perhatian murid untuk memberikan tumpuan kepadanya.

Setelah murid mula fokus kepadanya, beliau akan terus masuk kepada topik

pengajarannya. Beliau juga turut menegaskan akan kepentingan intonasi suara guru.

Intonasi ini akan menentukan pandangan murid terhadap guru pada ketika itu, sama

ada guru sedang berjenaka, marah, tegas dan sebagainya.

Beliau bukanlah seorang guru yang suka memarahi muridnya sebaliknya beliau

lebih suka dengan pendekatan yang berbeza dengan menunjukkan keprihatinan,

simpati dan menghargai murid-muridnya. Beliau lebih gemar menggunakan pendekatan

psikologi untuk mengubah rentak murid beliau. Misalnya sekiranya terdapat murid yang

membuat bising atau sukar dikawal, beliau akan mendakap murid lelaki manakala

pelajar perempuan beliau akan memegang kepala mereka. Kemudian, beliau akan

bertanya kepada murid tersebut sebab mereka melakukan perbuatan itu dan tidak

mendengar arahan. Berdasarkan kepada pengalaman yang beliau ceritakan kepada

Page 4: Laporan Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang

kami, pada kebiasaannya murid tersebut akan menangis dan rasa bersalah. Perkara ini

menunjukkan cara ini berkesan untuk membolehkan murid menyedari kesilapan

mereka.

Selain itu, beliau juga menceritakan pengalamannya untuk menangani masalah

murid yang sukar mendengar arahan dan nasihat. Beliau memiliki seorang murid

bernama Luqman yang agak sukar dikawal. Murid ini memiliki latar belakang keluarga

yang bermasalah. Apabila dia tidak mendengar arahan dan sebagainya, beliau akan

menyebut nama Luqman dan murid-murid lain akan mula mengejeknya. Dalam situasi

tersebut guru akan menyatakan kepada murid-murid yang lain bahawa sebenarnya

Luqman ini adalah murid yang baik. Maka pada awalnya murid akan mengejek dan

tidak kurang juga yang menyatakan cikgu pilih kasih dan sebagainya. Namun lama

kelamaan mereka sendiri sudah boleh memeluk Luqman dan memohon maaf

kepadanya. Beliau menjelaskan apa yang dilakukannya adalah menukarkan yang

negatif kepada yang positif.

Bagi menangani masalah murid yang malas membuat kerja rumah pula, beliau

sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan memarahi muridnya. Pada awalnya

beliau akan bertanya bilangan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah. Sekiranya

bilangan mereka lebih daripada separuh maka beliau akan meminta murid

menyiapkannya ketika itu juga. Namun jika tidak, beliau akan membimbing murid

tersebut untuk menyiapkannya pada masa yang lain. Berbeza dengan sikap kebiasaan

guru, beliau juga tidak akan mendenda muridnya. Tetapi beliau menggunakan kaedah

ugutan yang sekadar untuk menakut-nakutkan mereka sahaja. Contohnya dengan

mengugut dengan UPSR yang akan diambil pada tahun hadapan dan sebagainya.

Namun, beliau juga menyedari bahawa kadangkala guru perlu memarahi murid

untuk memastikan murid sedar akan perasaan guru sekiranya mereka melakukan

kesalahan. Selepas marah tersebut, guru perlulah memujuk mereka kembali untuk

menarik kembali minat mereka. Bagi beliau kaedah ini ibarat kita “menarik rambut di

dalam tepung” kerana ia memerlukan ketelitian dalam menarik minat murid untuk

serius dalam belajar. . Di dalam pdp, beliau juga suka mengamalkan unsur-unsur

Page 5: Laporan Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang

kecindan bagi memastikan murid-murid sentiasa ceria untuk mengikuti pembelajaran

pada hari tersbut..

Bagi meningkatkan pencapaian muridnya, beliau juga menggalakkan muridnya

untuk membawa buku karangan penulisan setiap kali keluar berehat. Walaupun mereka

mungkin hanya sempat membaca lebih kurang tiga atau empat potong ayat sahaja,

namun bagi beliau itu sudah memadai untuk menunjukkan kesungguhan mereka untuk

memperbaiki prestasi mereka dalam subjek tersebut. Selain itu, beliau juga

menggalakkan murid tahun 5 untuk membeli beberapa buku rujukan untuk subjek

penulisan sebagai persediaan bagi keperluan pembelajaran tahun 6 mereka . Beliau

ingin mereka menjadikan buku tersebut sebagai kamus rujukan dan model karangan

mereka.

Sekolah ini juga tidak ketinggalan dalam menggunakan bahan-bahan tambahan

lain seperti Akhbar Didik untuk mendapatkan soalan-soalan berbentuk UPSR yang baik

yang wajib dibeli oleh murid-muird tahun 6. Antara kebaikkan yang terdapat dalam

akhbar ini adalah dari segi soalan yang baru dibina berdasarkan analisis soalan dari

peperiksaan UPSR yang lepas. Oleh itu, murid akan dibiasakan dengan pelbagai

bentuk soalan yang berformat UPSR. Di samping itu, beliau juga menjalankan kaedah

pengajaran secara berkumpulan. Misalnya dalam saubjek penulisan bahasa

Melayunya, beliau akan membahagikan murid kepada kumpulan A , kumpulan B dan

seterusnya. Setiap kumpulan pula akan diminta untuk menghasilkan sebuah karangan

dengan format yang berbeza-beza seperti format cerita, berita dan sebagainya. Hasil

kerja akan dikongsikan bersama-sama murid-murid yang lain.

Beliau juga sangat mementingkan nilai keguruan yang perlu diamalkan oleh guru

pelatih, antaranya adalah tentang keikhlasan dalam menjalankan tugas sebagai

seorang guru. Bagi beliau, guru yang ikhlas adalah guru yang sentiasa bersedia untuk

berkorban masa, tenaga dan juga wang ringgit demi menyediakan perkhidmatan yang

terbaik untuk murid-murid mereka. Sebagai guru Bahasa Melayu beliau berasa sangat

perlu untuk beliau benar-benar memiliki ilmu yang cukup berkaitan subjek ini. Beliau

juga sentiasa membawa kamus bahasa Melayu setiap kali beliau mengajar subjek itu

bagi memudahkannya merujuk kepada perkataan yang sukar difahami. Bagi beliau

Page 6: Laporan Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang

Bahasa Melayu bukanlah satu subjek yang mudah kerana ia memerlukan banyak

perbendaharaan kata yang sesuai.

Beliau juga menyentuh aspek fizikal yang perlu seseorang guru miliki iaitu aspek

suara yang ‘bulat’. Suara yang bulat bermaksud suara yang jelas dan mudah difahami

oleh murid dan agar murid mudah untuk dikawal. Perkara yang sangat penting semasa

pdp bagi beliau adalah faktor kawalan kelas, beliau tidak akan terus mengajar sekiranya

murid dalam keadaan yang tidak bersedia. Dan doa sebelum memulakan pembelajaran

juga tidak perlu dipandang remeh kerana disitulah bermulanya keberkatan dalam

pengajaran yang perlu diambil kira.

Sebelum mengakhiri sesi temubual pada hari tersebut beliau telah menyatakan

harapan beliau yang antaranya adalah agar semua murid yang telah belajar di tahun 6

sudah mahir untuk membuat ayat yang gramatis iaitu ayat lengkap yang betul di

sekolah ini. Kemudian beliau juga berharap bahasa Melayu menjadi bahasa yang

mudah untuk dipelajari dan tiada unsur biokrasi iaitu tidak hanya mengikut acuan yang

telah ditetapkan oleh mereka yang lebih berkuasa bagi memenuhi perkara tententu.

Selain itu, beliau juga menasihati pada guru supaya memiliki buku seperti murid sama

ada buku rujukan atau buku latihan. Hal ini untuk memudahkan guru bersedia untuk

memberikan apa-apa tugasan kepada murid dengan buku yang sama.

Disediakan Oleh, 23 September 2013

………………………………….

(NORHIDAYAH BINTI MOHMAD)

Setiausaha,

Program Bina Insan Guru,

IPTHO.