Laporan Bina Insan Guru Perkhemahan Dan Kembara Sosial Semester IV Institut Pendidikan Guru Kampus...

6
Pada 26 Jun 2013, saya bersama rakan sekelas PISMP TESL 4 Ambilan Januari 2012 dan dua kelas dari PISMP TESL 3 Ambilan Januari 2012 dan PISMP Pra Sekolah Ambilan Januari 2012 telah menyertai Program Anak Angkat BIG (Bina Insan Guru) Siri pertama yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Saint Bernard, Kampung Sadir, Padawan. Program ini berlangsung selama tiga hari dua malam dan kami diberi peluang untuk tinggal bersama ahli keluarga angkat kami dan melaksanakan aktiviti membantu menceriakan kawasan sekolah sepanjang program tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah memberi pengalaman berharga kepada guru pelatih untuk bersama keluarga angkat dan menanam sikap kerjasama dalam menjalankan tugas yang diberi. Seminggu sebelum program dijalankan, Encik Michael Tarang Jelaming, selaku pensyarah pembimbing telah mengagihkan tugas kepada kami. Saya telah dipilih sebagai bendahari keseluruhan untuk program ini. Rakan sekelas saya dan kelas lain juga diberi tugas yang diamanahkan kepada mereka. Tugas sebagai bendahari adalah perkara baru bagi saya kerana saya tidak pernah mendapat tugas yang mempunyai tanggungjawab yang besar. Tugas ini bakal memberi saya satu cabaran yang baru dan ini selaras dengan objektif BIG yang menekankan pengalaman baru kepada guru pelatih. Selepas Encik Michael memberi arahan ringkas mengenai tugas kami dalam program ini, rakan sekelas saya membentuk satu lagi jawatankuasa kecil untuk menyenangkan urusan program dan mengagihkan tugasan kepada semua orang. Sebagai ahli dalam kelas, saya berasa bangga kerana semua rakan sekelas saya sanggup memikul tanggungjawab yang diberi dan melaksanakan tugasan dengan sempurna. Sebagai bendahari, saya menjalankan tugas saya dengan meminta wakil bendahari dari setiap kelas untuk mengumpul duit dari setiap ahli kelas mereka. Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk menyenangkan tugas saya dan seterusnya melancarkan proses pengumpulan duit. Duit yang dikumpul akan digunakan untuk membeli cendererahati dan diserahkan kepada pihak sekolah dari SK St. Bernard, Sadir dan menghasilkan Banner atau kain bentangan. Semua wakil bendahari kelas masing-masing telah menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan mengikut masa yang telah saya berikan. Mereka telah membantu saya dan saya berterima kasih atas pertolongan mereka dalam melancarkan proses program ini.

description

Laporan keseluruhan mengenai program Bina Insan Guru (BIG) semester IV di Sekolah Kebangsaan Saint Bernard, Kampung Sadir, Padawan

Transcript of Laporan Bina Insan Guru Perkhemahan Dan Kembara Sosial Semester IV Institut Pendidikan Guru Kampus...

Page 1: Laporan Bina Insan Guru Perkhemahan Dan Kembara Sosial Semester IV Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Pada 26 Jun 2013, saya bersama rakan sekelas PISMP TESL 4 Ambilan

Januari 2012 dan dua kelas dari PISMP TESL 3 Ambilan Januari 2012 dan PISMP

Pra Sekolah Ambilan Januari 2012 telah menyertai Program Anak Angkat BIG (Bina

Insan Guru) Siri pertama yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Saint Bernard,

Kampung Sadir, Padawan. Program ini berlangsung selama tiga hari dua malam dan

kami diberi peluang untuk tinggal bersama ahli keluarga angkat kami dan

melaksanakan aktiviti membantu menceriakan kawasan sekolah sepanjang program

tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah memberi pengalaman berharga

kepada guru pelatih untuk bersama keluarga angkat dan menanam sikap kerjasama

dalam menjalankan tugas yang diberi.

Seminggu sebelum program dijalankan, Encik Michael Tarang Jelaming,

selaku pensyarah pembimbing telah mengagihkan tugas kepada kami. Saya telah

dipilih sebagai bendahari keseluruhan untuk program ini. Rakan sekelas saya dan

kelas lain juga diberi tugas yang diamanahkan kepada mereka. Tugas sebagai

bendahari adalah perkara baru bagi saya kerana saya tidak pernah mendapat tugas

yang mempunyai tanggungjawab yang besar. Tugas ini bakal memberi saya satu

cabaran yang baru dan ini selaras dengan objektif BIG yang menekankan

pengalaman baru kepada guru pelatih. Selepas Encik Michael memberi arahan

ringkas mengenai tugas kami dalam program ini, rakan sekelas saya membentuk

satu lagi jawatankuasa kecil untuk menyenangkan urusan program dan

mengagihkan tugasan kepada semua orang. Sebagai ahli dalam kelas, saya berasa

bangga kerana semua rakan sekelas saya sanggup memikul tanggungjawab yang

diberi dan melaksanakan tugasan dengan sempurna.

Sebagai bendahari, saya menjalankan tugas saya dengan meminta wakil

bendahari dari setiap kelas untuk mengumpul duit dari setiap ahli kelas mereka.

Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk menyenangkan tugas saya dan

seterusnya melancarkan proses pengumpulan duit. Duit yang dikumpul akan

digunakan untuk membeli cendererahati dan diserahkan kepada pihak sekolah dari

SK St. Bernard, Sadir dan menghasilkan Banner atau kain bentangan. Semua wakil

bendahari kelas masing-masing telah menjalankan tugas mereka dengan sempurna

dan mengikut masa yang telah saya berikan. Mereka telah membantu saya dan

Page 2: Laporan Bina Insan Guru Perkhemahan Dan Kembara Sosial Semester IV Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

saya berterima kasih atas pertolongan mereka dalam melancarkan proses program

ini.

Selepas saya mengumpul duit, saya menunggu pihak dari bahagian

cenderahati dan Banner untuk meminta dana dari saya. Walaupun saya telah

memaklumkan kepada mereka bahawa duit sudah dikumpul, mereka belum

berjumpa saya untuk mendapatkan dana tersebut. Beberapa hari sebelum kami

bertolak ke Kampung Sadir untuk program Anak Angkat dan Kembara Sosial,

mereka berjumpa dengan saya dan meminta dana. Walaupun kami diberi masa

yang singkat untuk melaksanakan program tersebut, sesetengah ahli yang diberi

tugasan dapat menyiapkan tugasan terebut tanpa sebarang komen atau rungutan.

Dari situasi ini saya berasa kesal kerana masih ada guru pelatih yang bersikap lepas

tangan dalam menguruskan perkara yang penting. Walaupun skop atau kepentingan

tugasan tersebut kecil, semua tugasan tersebut saling berkait antara satu sama lain.

Apabila semua orang bersikap begitu, maka tidak wujudnya sistem yang efektif dan

efisien. Saya berharap mereka dapat sedar akan sikap mereka dan cuba untuk

berubah untuk kelancaran kerja.

Pada 26 Jun 2013, kami mula bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus

Batu Lintang ke Kampung Sadir, Padawan. Pemandangan sepanjang jalan ke

kampung tersebut amat cantik dan mengagumkan. Selepas kami sampai di

kampung tersebut, kami disambut baik oleh pihak sekolah dan murid-murid di

sekolah tersebut. Selepas mendengar penjelasan dari Guru Besar dan Encik

Michael, kami berjumpa dengan keluarga angkat kami. Saya bersama Philemon

Kana berjumpa dengan bapa angkat kami, Encik Evan Nayon Anak Gap. Beliau

masih bujang walaupun sudah berumur 52 tahun. Beliau tinggal bersama ibunya dan

anak buahnya. Beliau tidak lagi bekerja tetapi sekarang sedang mengusahakan

ladang koko di dusun sendiri. Sepanjang zaman muda dari umur 14 tahun, bapa

angkat saya meninggalkan kampung dan pergi merantau untuk mencari kerja.

Setelah 30 tahun bekerja di bandar dan Semenanjung Malaysia sebagai buruh dan

pekerja hotel, bapa angkat saya membuat keputusan untuk tinggal di kampung dan

menjaga keluarga beliau. Melalui cerita beliau, saya bangga terhadap semangat

yang beliau telah lama pikul bersama dan pengalaman beliau sepanjang hidup

beliau. Saya berharap saya dapat menjadi seperti beliau kerana beliau mempunyai

Page 3: Laporan Bina Insan Guru Perkhemahan Dan Kembara Sosial Semester IV Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

nilai kesanggupan untuk hidup dan bersedia yang kian pupus dalam diri remaja

terutamanya saya. Kecekalan beliau dalam mengharungi pelbagai cabaran

walaupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi telah membuat saya ingin

mencontohi sikap beliau.

Semasa kami di Kampung Sadir, kami juga ditugaskan untuk menceriakan

kawasan sekolah SK St. Bernard. Kami dibahagikan mengikut tugasan dan saya

memilih untuk bertugas di kawasan rumah hijau. Pada mulanya kami beranggapan

bahawa kerja tersebut senang dan cepat dilaksanakan, tetapi kerja tersebut adalah

yang tersusah kerana kami terpaksa membina rumah hijau tersebut. Saya

sememangya tidak dapat melaksanakan tugasan tersebut kerana saya tidak

mempunyai kepakaran dalam menukang terutamanya dalam segi pembinaan.

Dengan bantuan staf sokongan dan rakan-rakan saya, kami dapat melaksanakan

tugas kami. Pada mulanya memang lambat kerana kami perlu memecah lantai

simen untuk memacak batang kayu belian. Kayu belian tersebut akan digunakan

sebagai rangka untuk rumah hijau tersebut.

Kerja kami diteruskan pada hari kedua. Selepas kami memasang rangka

rumah hijau, kerja kami diteruskan dengan memasang atap rumah hijau dan

meletakkan pelindung cahaya untuk menjaga bunga dan tumbuh-tumbuhan. Tugas

ini memberi peluang kepada saya untuk mencuba perkara baru yang tidak pernah

saya lakukan. Semasa saya dan rakan-rakan sedang sibuk melaksanakan tugas,

ada segelintir guru pelatih lari dan pergi membuat kerja lain kerana tidak tahan

dengan kerja tersebut. Situasi ini memberi tekanan kepada kami kerana kami harus

menyiapkan tugas dalam masa dua hari. Pada mulanya kami risau dan resah kerana

kami keletihan bekerja di bawah panas terik dan kerja kami belum siap sepenuhnya.

Mujurlah Encik Michael membantu kami dengan memanggil semua guru pelatih

lelaki untuk turun menyiapkan rumah hijau. Selepas bertungkus lumus

melaksanakan tugasan, akhirnya kami berjaya.

Pada hari terakhir program, Guru Besar mengadakan majlis perpisahan untuk

menutup tirai program tersebut. Saya dan rakan-rakan berasa puas hati kerana kami

telah menyumbang sesuatu untuk SK St. Bernard, Kampung Sadir. Pengalaman

tersebut sememangya memberi seribu makna kepada kami kerana kami berpeluang

untuk menjelajah tempat baru dan menimba pengetahuan baru bersama keluarga

Page 4: Laporan Bina Insan Guru Perkhemahan Dan Kembara Sosial Semester IV Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

angkat kami. Saya berharap program ini dapat memberi pengajaran kepada kami

semua dan guru pelatih yang bakal menyertai program BIG ini kerana program ini

banyak memberi pandangan baru terhadap hidup di sekeliling kami .

Page 5: Laporan Bina Insan Guru Perkhemahan Dan Kembara Sosial Semester IV Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Penilaian Kendiri

Sepanjang program ini dijalankan, saya telah mendapat pelbagai pengalaman

dan pengajaran. Perkara-perkara yang telah saya peroleh dari program Anak Angkat

dan Kembara Sosial akan saya simpan dalam hidup saya.

Antara pengalaman dan pengajaran yang telah saya peroleh, saya mendapati

bahawa saya dapat mengaplikasikan kekuatan saya yang saya dapat dari

pengalaman dahulu dan kemahiran yang saya miliki. Sebelum bermulanya program

tersebut, saya telah dipilih untuk menyertai badan jawatankuasa dan memegang

jawatan sebagai bendahari. Dengan pengalaman saya sebagai pengerusi program

BIG yang lepas, saya dapat melaksanakan tugas saa dengan sempurna dan teratur.

Semasa saya berada di SK St. Bernard Kampung Sadir, saya menggunakan bahasa

ibunda saya, Bahasa Bidayuh, untuk berkomunikasi bersama penduduk kampung.

Kelemahan yang saya hadapi semasa program tersebut bukan disebabkan

sikap negatif saya, tetapi kekurangan saya dalam perlaksanaan tugas yang

menjadikan kelemahan saya satu faktor besar dalam menentukan kesan tersebut.

Semasa saya menjalankan tugas untuk membuat rumah hijau di SK St. Bernard,

saya tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk membina rumah hijau

terutamanya dalam pertukangan kayu. Keadaan ini menyebabkan saya dalam

keadaan susah tetapi dengan pertolongan staf sokongan dan rakan-rakan saya,

saya berupaya untuk menimba pengalaman baru.

Sepanjang program ini, sememangnya tidak dinafikan bahawa kami diberi

pendedahan dalam kehidupan jauh dari kesenangan dan keselesaan. Program ini

telah menyediakan pelbagai peluang dari segi mental dan fizikal kepada guru-guru

pelatih. Peluang begini bukan selalunya ada dan saya berasa gembira bahawa

program ini membantu saya dalam mengenali orang ramai selain daripada kawan-

kawan dan saudara mara dan masyarakat sekeliling saya. Program ini juga

membuka mata saya mengenai kehidupan penduduk yang jauh dari bandar tetapi

penuh dengan kegembiraan dan kesenangan yang tidak seperti saya bayangkan.

Pendedahan yang bermakna memberi impak yang besar kepada saya kerana

pengalaman ini memberi saya satu perspektif yang berbeza mengenai kehidupan

penduduk kampung dan menyingkirkan pandangan negatif terhadap mereka.

Page 6: Laporan Bina Insan Guru Perkhemahan Dan Kembara Sosial Semester IV Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Walaupun program ini memberi pengalaman yang bermakna, pengalaman

tersebut bukan semuanya manis. Semasa saya dan rakan saya melaksanakan

projek rumah hijau, kebanyakkan ahli kumpulan yang ditugaskan bersikap

pentingkan diri. Perangai ini memberi tekanan kepada kami kerana kami harus

menyiapkan tugas dalam masa dua hari. Sebagai salah seorang ahli kumpulan,

keadaan ini membawa masalah yang besar dalam projek tersebut. Pada mulanya

kami risau dan resah kerana kami keletihan bekerja di bawah panas terik dan kerja

kami belum siap sepenuhnya. Kelemahan Ini menyebabkan saya berasa resah

kerana ini menunjukkan hubungan kami antara guru pelatih adalah sangat lemah.

Keadaan ini bleh menyebabkan perkara seperti kerja tidak siap dan menjejaskan

nama IPG Kampus Batu Lintang. Mujurlah Encik Michael membantu kami dengan

memanggil semua guru pelatih lelaki untuk turun menyiapkan rumah hijau. Selepas

bertungkus lumus melaksanakan tugasan, akhirnya kami berjaya.menyiapkan rumah

hijau tersebut. Keadaan itu menyedarkan saya bahawa bukan semua perkara

adalah ideal dan seperti kita harapkan. Kita harus bersedia dalam pelbagai keadaan

supaya kita dapat jangka dan mengatur strategi baru supaya kita dapat

menyelesaikan masalah yang timbul dan melaksanakan tugasan atau perkara yang

telah diamanahkan oleh seseorang. Saya berharap program ini dapat meningkatkan

kemahiran dan kefahaman diri saya untuk berjaya dalam kehidupan.