Laporan ceramah

5
PENDAHULUAN Pihak kolej telah meminta En. Wilson dan En.Wilfred daripada jabatan bomba tuaran untuk memberikan ceramah kepada pelajar mengenai keselamatan. Selain daripada itu, pihak kolej juga telah meminta En. Kahim daripada pejabat daerah tuaran untuk memberikan ceramah mengenai anti rokok kepada pelajar. Ceramah ini telah dijalankan pada 17ogos 2011, bertempat di kolej VIS Mechatronic cawangan Tuaran. Ceramah ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai keselamatan. Hal ini disebabkan, terdapat sesetengah pelajar yang masih kurang pengetahuan mengenai keselamatan. Selain itu, ceramah ini juga bertujuan untuk menerapkan nilai keselamatan dalam kalangan pelajar. Ceramah ini adalah untuk menyedarkan pelajar mengenai kepentingan keselamatan dalam kehidupan seharian. Di kolej VIS Mechatronic Tuaran kini mempunyai seramai 76 orang pelatih. Iaitu terdiri daripada pelatih berumur 18 tahun ke atas dan 18 tahun ke bawah. Pada awal bulan ogos lepas, pihak kolej telah membuat audit untuk pelatih yang merokok dan tidak merokok. Daripada audit ini, pihak kolej telah mendapati keputusan purata pelatih yang merokok di kolej ini adalah 80% pelatih bawah 18 tahun manakala 20% ialah pelatih atas 18 tahun. Setelah mendapat keputusan purata tersebut, pihak kolej telah mengambil keputusan untuk menganalisis masalah ini. Analisis ini dijalankan dengan bertanya kepada setiap pelajar punca mereka mengambil rokok. Kebanyakkan daripada pelajar tersebut mengatakan keadaan ini berpunca daripada keadaan sekeliling seperti terpengaruh dengan keluarga sendiri dan juga kawan-kawan. Oleh itu, pihak kolej telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan gejala tersebut. Setelah perbincangan dilakukan bersama semua kakitangan kolej, pihak kolej telah telah mengambil langkah untuk memberikan ceramah kepada semua pelajar mengenai keburukan merokok.

Transcript of Laporan ceramah

Page 1: Laporan ceramah

PENDAHULUAN

Pihak kolej telah meminta En. Wilson dan En.Wilfred daripada jabatan bomba tuaran untuk memberikan ceramah kepada pelajar mengenai keselamatan. Selain daripada itu, pihak kolej juga telah meminta En. Kahim daripada pejabat daerah tuaran untuk memberikan ceramah mengenai anti rokok kepada pelajar. Ceramah ini telah dijalankan pada 17ogos 2011, bertempat di kolej VIS Mechatronic cawangan Tuaran.

Ceramah ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai keselamatan. Hal ini disebabkan, terdapat sesetengah pelajar yang masih kurang pengetahuan mengenai keselamatan. Selain itu, ceramah ini juga bertujuan untuk menerapkan nilai keselamatan dalam kalangan pelajar. Ceramah ini adalah untuk menyedarkan pelajar mengenai kepentingan keselamatan dalam kehidupan seharian.

Di kolej VIS Mechatronic Tuaran kini mempunyai seramai 76 orang pelatih. Iaitu terdiri daripada pelatih berumur 18 tahun ke atas dan 18 tahun ke bawah. Pada awal bulan ogos lepas, pihak kolej telah membuat audit untuk pelatih yang merokok dan tidak merokok. Daripada audit ini, pihak kolej telah mendapati keputusan purata pelatih yang merokok di kolej ini adalah 80% pelatih bawah 18 tahun manakala 20% ialah pelatih atas 18 tahun.

Setelah mendapat keputusan purata tersebut, pihak kolej telah mengambil keputusan untuk menganalisis masalah ini. Analisis ini dijalankan dengan bertanya kepada setiap pelajar punca mereka mengambil rokok. Kebanyakkan daripada pelajar tersebut mengatakan keadaan ini berpunca daripada keadaan sekeliling seperti terpengaruh dengan keluarga sendiri dan juga kawan-kawan.

Oleh itu, pihak kolej telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan gejala tersebut. Setelah perbincangan dilakukan bersama semua kakitangan kolej, pihak kolej telah telah mengambil langkah untuk memberikan ceramah kepada semua pelajar mengenai keburukan merokok.

Page 2: Laporan ceramah

PENGHARGAAN

Pertama sekali pihak kolej VIS Mechatronic cawangan Tuaran ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mdm pushpa selaku pengetua kolej VIS Mechatronic Sdn. Bhd. Kerana telah memberikan kebenaran kepada kami untuk melaksanakan program yang berteraskan nilai murni seperti ceramah tersebut. Tanpa persetujuan daripada Mdm pushpa ceramah tersebut tidak mungkin dapat dijalankan.Selain daripada itu, pihak kolej juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan kolej VIS Mechatronic yang telah bersama-sama menjayakan dan memastikan ceramah tersebut berjalan dengan lancar. Selain itu, ucapan terima kasih kepada pelajar yang telah membantu menjayakan program tersebut.ribuan penghargaan kepada Mr. Victor Soosai kerana telah memastikan ceramah tersebut dapatdijalankan. Tidak lupa juga ribuan penghargaan dan terima kasih kepada En. Wilfred, En. Wilson, selaku pegawai bomba daerah Tuaran dan En. Kahim selaku Penolong Pengarah Majlis daerah tuaran yang telah memberikan ceramah kepada pelajar VIS Mechatronic.

Page 3: Laporan ceramah

KESIMPULAN

Ceramah tersebut disampaikan oleh En. Wilson dan En. Wilfred dari jabatan bomba mengenai keselamatan dan penggunaan pemadam api. Ceramah mengenai anti rokok disampaikan oleh En. Kahim dari pejabat daerah Tuaran.

Ceramah yang diberikan oleh En. Wilson dan En. Wilfred daripada jabatan bomba dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai keselamatan dan cara menggunakan alat pemadam api dengan lebih efisien. Selain daripada itu, ceramah yang diberikan oleh En. Kahim daripada pejabat daerah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai keburukan merokok di samping mendapat motivasi untuk menghentikan tabiat merokok.

Setelah ceramah tersebut dijalankan pihak kolej VIS Mechatronic cawangan tuaran telah mengambil sekali lagi analisis mengenai tabiat merokok tersebut. Analisis tersebut menunjukkan 40% pelajar yang berazam mahu menghentikan tabiat merokok tersebut.

Daripada ceramah keselamatan yang diberikan kepada pelajar, pelajar kolej VIS mechatronic lebih mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan semasa sesi pembelajaran dilaksanakan.

Dengan itu, pihak kolej VIS Mechatronic cawangan Tuaran amat berharap keadaan ini akan berterusan. Perubahan yang positif dalam kalangan amatlah diharapkan. Di samping itu, pihak kolej juga akan terus memberi ransangan kepada pelajar tersebut agar berubah ke arah yang positif.

Page 4: Laporan ceramah

LAMPIRAN 1

Ceramah yang disampaikan oleh pegawai daerah iaitu En. Kahim

LAMPIRAN 2

Page 5: Laporan ceramah

Ceramah yang disampaikan oleh pegawai bomba iaitu En. Wilfred dan En. Wilson