Laporan Dan Carta

download Laporan Dan Carta

of 8

description

chart

Transcript of Laporan Dan Carta

LARIAN MESRA 2014

LARIAN MESRA 20141 MALAYSIA : 1 MURID 1 SUKAN

CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA SIARAYA

PROGRAM LARIAN MESRA 1 MALAYSIA : 1 MURID 1 SUKANTAHUN 2014PENGERUSINur Aishah

NAIB SETIAUSAHAAmy AuroraBENDAHARISazlan ShahSETIAUSAHAMadelina Jessica Anak MarkusNAIB PENGERUSINur Arif Zainuddin

BIDANG TUGASPENGERUSI1. Mengurus jawatan kuasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan atau melaksanakan kepututsan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.2. Mempengerusikan mesyuarat atau perjumpaan Jawatankuasa Kerja.3. Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti Jawatankuasa Kerja.4. Menjadi pengantara pihak atasan dengan ahli-ahli jawatankuasa.5. Membuat keputusan di dalam mesyuarat dengan persetujuan pihak atasan.6. Memastikan ahli-ahli jawatankuasa untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.7. Memantau perkembangan atau pelaksanaan yang dirancang dan dilaksanakan oleh ahli-ahli jawatankuasa.8. Meneliti catatn minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diambil tindakan yang sewajarnya.9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat atau pensyarah pembimbing dari semasa ke semasa.

NAIB PENGERUSI 1. Mempengerusikan mesyuarat atau perjumpaan seandainya pengerusi tidak dapat hadir atas urusan penting.2. Memantau pergerakan setiap jawatankuasa agar melaksanakan tugas masing-masing.3. Membantu pengerusi dalam urusan pentadbiran.4. Memastikan ahli-ahli jawatankuasa untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.5. Memantau perkembangan atau pelaksanaan yang dirancang dan dilaksanakan oleh ahli-ahli jawatankuasa.6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat atau pensyarah pembimbing dari semasa ke semasa.

SETIAUSAHA1. Menyimpan pendaftaran ahli-ahli Jawatankuasa Kerja2. Menunaikan tugas-tugas umum Jawatankuasa Kerja sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang menggantikan beliau.3. Membuat urusan surat-menyurat dengan pihak luar, pentadbir IPG atau ahli-ahli Jawatankuasa Kerja.4. Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat.5. Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlembagaan persatuan.6. Merekod kegiatan gerak kerja Jawatankuasa Kerja.7. Merekod, mencatat, menandatangani dan menyimpan minit semua mesyuarat dan membuat laporan aktiviti.8. Mencatat kehadiran ahli.9. Menyimpan semua dokumen yang berkaitan Jawatankuasa Kerja.10. Bertanggungjawab memanggil Mesyuarat Agung dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja apabila diarahkan.11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diminta oleh penasihat atau pensyarah pembimbing dari semasa ke semasa.

NAIB SETIAUSAHA1. Membantu setiausaha untuk menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.2. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat atau pensyarah pembimbing dari semasa ke semasa.

BENDAHARI1. Bertanggungjawab tentang semua hal berkaitan urusan kewangan.2. Membuat dan menyimpan kira-kira tentang semua perkara berkaitan kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya (bukti) seperti resit, penyata dan sebagainya.3. Melaporkan kedudukan kewangan4. Dapatkan jumlah sebenar perbelanjaan lain-lain. Contoh : banting, banner, seranta, tag pegawai dan sebagainya.

SEMAKAN TINDAKAN

LAPORAN PROGRAM LARIAN MESRA 20141 MALAYSIA : 1 MURID 1 SUKAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEKNEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUSTarikh : 8 Februari 2014Masa : 7.30 pagi 11.00 pagiTempat : IPG Kampus Pendidikan Teknik dan Kompleks Pendidikan NilaiPada 8 Februari 2014 yang lalu berlangsungnya program Larian Mesra 2014 yang bertemakan 1 Malaysia : 1 Murid 1 Sukan di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek dan sekitar Kompleks Pendidikan Nilai. Seramai 177 orang pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik, 140 orang peserta jemputan dan 100 orang staf akademik dan bukan akademik yang menyertai larian ini. Manakala seramai 154 orang pegawai yang bertugas yang merangkumi semua pelajar 5 PISMP ambilan Januari 2012. Ahli Jawatankuasa Siaraya tela mengambil bahagian dalam menguruskan sistem siaraya (PA System). Ahli seramai lima orang telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tiga orang ahli menguruskan system siaraya manakala dua orang ahli membantu AJK Kepegawaian iantu menjadi route marshal.Selain itu, laporan ini merangkumi analisis S.W.O.T. (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) secara keseluruhan melalui post-mortem yang dilakukan sebaik sahaja majlis tamat bersama semua pegawai dan pensyarah pembimbing. hadapan.

LOPARAN AHLI JAWATANKUASA SIARAYALAKARAN LOGO LARIAN MESRA TAHUN 2014

Pada tarikh 29 haribulan Julai 2013 bersamaan dengan hari Isnin, Ahli Jawatankuasa Siaraya (AJKSR) bagi Larian Mesra (LM) telah mengadakan satu perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Siaraya bagi Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) untuk berbincang mengenai pemilihan logo bagi kedua-dua kumpulan masing-masing. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh seramai lapan belas orang ahli termasuklah ahli jawatankuasa induk iaitu pengerusi dan setiausaha bagi LM dan KOT. Perjumpaan ini adalah rentetan daripada hasil logo yang telah dipersetujui bersama sebelum ini tidak diluluskan oleh pensyarah pembimbing. Perjumpaan ini diadakan bagi mengumpulkan lebih banyak idea melalui sumbang saran dan seterusnya melalui idea-idea ini, barulah pemilihan logo akan dilakukan berdasarkan logo yang terbaik. Setiap ahli diminta untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya satu lakaran idea dan lakaran tersebut akan dikumpulkan oleh pengerusi setiap ahli jawatankuasa untuk pemilihan.Terdapat beberapa cadangan dan lakaran logo yang telah disumbangkan oleh setiap ahli. Antaranya ialah logo yang menerapkan unsur alam iaitu air dan api, seekor kijang, kilat, medal atau trofi, kasut atau kaki, jantung (heart beat), jam randik atau pasir dan gear. Idea-idea ini kemudiannya dikumpulkan oleh pengerusi AJKSR Larian Mesra untuk dibuat penambahbaikan sebelum dirujuk kepada pensyarah pembimbing.Selain itu, terdapat juga beberapa perkara lain yang disentuh oleh pengerusi Larian Mesra termasuklah menyediakan laporan bagi setiap ahli jawatankuasa, menyediakan minit mesyuarat, tindakan oleh setiap ahli jawatankuasa (pelan AJK setiap bulan), graf kehadiran dan carta organisasi ahli jawatankuasa masing-masing. Perjumpaan yang berlangsung di dewan serbaguna ini tamat pada pukul 11.00 malam.

Disediakan oleh ;(Madelina Jessica),Setiausaha AJK Siaraya Larian Mesra.

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA SIARAYA PEMBAHAGIAN TUGAS SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS LARIAN MESRA TAHUN 2014Pada hari Selasa yang lepas bersamaan dengan 10 haribulan September 2013, satu perjumpaan antara ahli jawatankuasa siaraya (AJKSR) telah di cafeteria institut pendidikan guru kampus pendidikan teknik pada pukul 8.30 malam. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh kesemua AJKSR seramai lima orang iaitu pengerusi saudari Nur Aishah, setiausaha saudari Madelina Jessica dan tiga lagi ahli lain yang masing-masing merupakan saudara Sazlan, saudara Arif Zainuddin dan saudari Amy Aurora.Perjumpaan ini bertujuan untuk mengagihkan tugasan kepada setiap ahli dalam AJKSR mengikut jawatan masing-masing. Setiap ahli di dalam AJKSR Larian Mesra mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing mengikut spesifikasi tugasan yang telah ditetapkan oleh pengerusi. Terdapat beberapa tugasan penting yang diagihkan oleh pengerusi antaranya ialah menyediakan tag nama (name tag) bagi setiap pegawai, menyediakan banting (banner) sebelum dan semasa Larian Mesra, menyenaraikan seterusnya menyediakan alatan siaraya seperti pembesar suara (speaker), mikrofon serta kelengkapan lain untuk PA System.Seterusnya, pengerusi melaporkan kepada semua ahli mengenai logo yang telah dipilih pada mesyuarat yang pertama. Dua logo pertama yang telah ditunjukkan kepada pensyarah pembimbing telah ditolak. Kemudian pada 6 September 2013, logo akhir telah dipersetujui setelah penambahbaikan dilakukan. Perjumpaan berakhir pada pukul 9.00 malam.

Disediakan oleh ;..(Madelina Jessica)Setiausaha AJK Siaraya Larian Mesra.

Page 1