Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT...

18
11-1 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030 11.0 TERAS 6 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN 11.0 URUS TADBIR CEMERLANG DAN BERDAYA LAKSANA 11.1 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN Kejayaan pelaksanaan dan pengurusan Majlis Perbandaran Segamat amat bergantung kepada struktur organisasi yang utuh. Ianya juga melibatkan peranan agensi pelaksana dan pihak swasta yang efektif di samping pengurusan yang realistik. Berdasarkan penemuan isu dan potensi yang telah dikenalpasti, terdapat beberapa cadangan terperinci bagi melicinkan pengurusan dan pelaksanaan RTD Segamat kepada agensi pelaksana. Antara strategi utama bagi teras urus tadbir cemerlang ini ialah: Memperkukuhkan Kewangan MPS a. Cadangan Meningkatkan Hasil Pendapatan dan Sumber Kewangan b. Penguatkuasaan Akta dan Undang-Undang Kecil c. Unjuran Perbelanjaan dan Pendapatan 1 Pengukuhan Pentadbiran dan Pengurusan Agensi Teras a. Kriteria bagi Mencapai Taraf Majlis Perbandaran Pengukuhan Jentera Pentadbiran ke Arah Majlis Perbandaran b. Memperkasa Fungsi Jabatan Pertanian, Pejabat Daerah dan Tanah Segamat dan Penubuhan Unit Pengurusan Risiko Bencana di Bawah Pejabat Daerah dan Tanah c. Penyusunan Semula Organisasi dan Pengisian Jawatan Professional d. Meningkatkan Mutu Perkhidmatan & Pelaksanaan yang Efektif dan Produktif Memperkasa dan Penjenamaan Semula Organisasi a. Penjenamaan Semula MPS Melalui Logo Program dan Projek Pembangunan Pembangunan RTDS a. MPS Sebagai Agensi Pelaksana dalam Pelaksanaan RTD b. MPS Sebagai Penyelaras RKK c. MPS Sebagai Penyelaras Kajian Pembangunan Semula Pekan-Pekan Kecil 2 3 4 d. Konsep Sharing Cost & Return e. Pembangunan Aplikasi Online bagi Memasarkan Produk Tempatan

Transcript of Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT...

Page 1: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-1 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 6

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

11.0 URUS TADBIR CEMERLANG DAN BERDAYA LAKSANA

11.1 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

Kejayaan pelaksanaan dan pengurusan Majlis Perbandaran Segamat amat bergantung kepada

struktur organisasi yang utuh. Ianya juga melibatkan peranan agensi pelaksana dan pihak swasta

yang efektif di samping pengurusan yang realistik. Berdasarkan penemuan isu dan potensi yang

telah dikenalpasti, terdapat beberapa cadangan terperinci bagi melicinkan pengurusan dan

pelaksanaan RTD Segamat kepada agensi pelaksana.

Antara strategi utama bagi teras urus tadbir cemerlang ini ialah:

Memperkukuhkan Kewangan

MPS

a. Cadangan Meningkatkan

Hasil Pendapatan dan

Sumber Kewangan

b. Penguatkuasaan Akta dan

Undang-Undang Kecil

c. Unjuran Perbelanjaan dan

Pendapatan

1 Pengukuhan Pentadbiran dan

Pengurusan Agensi Teras

a. Kriteria bagi Mencapai Taraf

Majlis Perbandaran

Pengukuhan Jentera Pentadbiran

ke Arah Majlis Perbandaran

b. Memperkasa Fungsi Jabatan

Pertanian, Pejabat Daerah

dan Tanah Segamat dan

Penubuhan Unit Pengurusan

Risiko Bencana di Bawah

Pejabat Daerah dan Tanah

c. Penyusunan Semula Organisasi

dan Pengisian Jawatan

Professional

d. Meningkatkan Mutu

Perkhidmatan & Pelaksanaan

yang Efektif dan Produktif

Memperkasa dan Penjenamaan

Semula Organisasi

a. Penjenamaan Semula MPS

Melalui Logo

Program dan Projek

Pembangunan Pembangunan

RTDS

a. MPS Sebagai Agensi Pelaksana

dalam Pelaksanaan RTD

b. MPS Sebagai Penyelaras RKK

c. MPS Sebagai Penyelaras

Kajian Pembangunan

Semula Pekan-Pekan Kecil

2

3

4

d. Konsep Sharing Cost & Return

e. Pembangunan Aplikasi Online

bagi Memasarkan Produk

Tempatan

Page 2: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-2

RANC

ANGA

N

JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 5

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

11.1 Strategi Pembangunan 1: Pengukuhan Pentadbiran dan Pengurusan Agensi Teras

a. Pengukuhan Jentera Pentadbiran ke Arah Majlis Perbandaran

MPS perlu memperkemaskan jentera pentadbiran sebagai persediaan penting yang membolehkan

majlis menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan projek pembangunan. Oleh itu, bagi

memantapkan kedudukan sebagai Majlis Perbandaran Segamat, organisasi sedia ada perlu

dijalankan dengan penambahan unit/ jabatan baru yang meliputi cadangan seperti berikut:

i. Bahagian Pelancongan dan Warisan untuk Sektor Pelancongan

Cadangan jabatan pelancongan dan warisan adalah bertujuan untuk memantau dan

menguruskan projek pelancongan dan warisan di Daerah Segamat. Daerah ini mempunyai

pelbagai jenis tarikan pelancongan yang merangkumi:

Pemuliharaan Tapak Warisan dan Bangunan Warisan Sejarah

Kawasan Warisan Khas dan Tapak Bersejarah – Tapak Warisan Semula jadi

Gaya Seni Bina Bangunan Rumah Kedai Lama

Budaya Setempat

Foto: Jambatan Kereta Api di Segamat

Tanggungjawab Jabatan Pelancongan dan Warisan Majlis Perbandaran Segamat:-

Pemantauan secara efektif oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan kerjasama agensi

swasta

Mengadakan produk-produk pelancongan dan menyediakan perkhidmatan sokongan,

memperhebatkan promosi pelancongan

Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

tempatan atau antarabangsa

Memberi galakan, bantuan dan sokongan kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat

dalam perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan

Mengkaji kedatangan pelancong asing, perbelanjaan serta maklumbalas terhadap

aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan

Page 3: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-3 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 6

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

b. Memperkasakan Fungsi Jabatan Pertanian, Jabatan Penternakan dan Penubuhan Unit

Pengurusan Risiko Bencana Di Bawah Pejabat Daerah dan Tanah Segamat

Guna tanah utama bagi Daerah Segamat pada tahun 2017 adalah guna tanah pertanian iaitu

sebanyak 59.88% daripada keluasan daerah. Hal ini menyokong polisi kerajaan negeri untuk

menjadikan Segamat sebagai Agriculture Powerhouse. Pertanian utama Daerah Segamat

merupakan tanaman komoditi seperti tanaman getah dan kelapa sawit. Oleh itu, Bahagian

Pertanian akan dikendalikan oleh Penolong Pegawai Pertanian di mana skop tugas memberi

khidmat nasihat mengenai aspek pertanian, melakukan penyeliaan dan pengawasan kerja-kerja

pertanian yang dijalankan. Jawatan desk officer juga dicadangkan untuk memantapkan organisasi

Jabatan Pertanian di mana menjalankan tugas memantau pelanggan pelaburan pertanian di

Daerah Segamat. Selain itu, Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah bagi Daerah Segamat perlu

menubuhkan satu unit khas untuk memperkasakan pengurusan pembangunan Agriculture

Powerhouse. Jabatan penternakan juga perlu menambah pegawai bagi meningkatkan urus tadbir

untuk sektor penternakan di Segamat. Unit pembangunan pertanian Majlis Perbandaran Segamat

mesti diwakili oleh setiap jabatan sama ada pertanian, penternakan, perikanan dan sebagainya.

Antara cadangan jabatan di bawah Unit Pembangunan Pertanian MPS ialah:

FELCRA

MARDI

MOA

Jabatan Veterinar

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Di samping itu, faktor topografi Daerah Segamat mempengaruhi situasi banjir di mana kedudukan

sebahagian besar Daerah Segamat adalah rendah. Walaubagaimanapun, faktor utama banjir

Daerah Segamat adalah disebabkan kadar purata hujan yang melebihi kemampuan tampungan

saliran. Oleh itu, pemantapan unit ini bertujuan untuk menangani masalah banjir ini secara responsif

dan bersifat ad-hoc bersama-sama agensi teknikal. Unit Pengurusan Risiko Bencana di bawah

organisasi Pejabat Daerah dan Tanah Segamat boleh membantu dalam menguruskan risiko

bencana.

c. Penyusunan Semula Organisasi dan Pengisian Jawatan Professional

Penyusunan semula organisasi Majlis Perbandaran Segamat adalah satu langkah ke arah keutuhan

pengurusan sebagai Majlis Perbandaran. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kerjasama,

berganding bahu, meningkatkan prestasi kerja dan penghasilan kualiti kerja mantap. Sehubungan

itu, penambahan kakitangan diperlukan selaras dengan kewujudan unit/ bahagian baru (Rujuk

Rajah 11.1.1).Cadangan unit baru adalah Jabatan Perancang dan Landskap (bahagian

Pelancongan dan Warisan) iaitu cadangan jawatan Pegawai Perhubungan Awam.

Page 4: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-4

RANC

ANGA

N

JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 5

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

d. Meningkatkan Mutu Perkhidmatan dan Pelaksanaan yang Efektif dan Produktif

Pemantauan mutu perkhidmatan dalam menghasilkan kualiti kerja baik memberi impak yang besar

terhadap majlis. Hal ini amat penting dalam mengukuhkan dan memantapkan peranan Majlis

Perbandaran Segamat ke arah pembangunan yang kukuh. Strategi yang berterusan bagi

mewujudkan budaya kerja yang memberangsangkan dan membentuk integriti. Malah ianya akan

meningkatkan prestasi kerja, pencapaian dan penambahbaikan organisasi yang berpanjangan.

Antara penambahbaikan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ialah:

a) Sistem penilaian produktiviti pekerja yang konsisten dan dilakukan secara berkala dan

dimaklumkan kepada pekerja oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa

b) Pendedahan yang berterusan melalui kursus, latihan dan program untuk meningkatkan

pengetahuan

c) Pelaksanaan Penguatkuasaan undang-undang sepenuhnya

d) Mengoptimumkan penggunaan sistem teknologi maklumat (IT)

e) Pengurusan berdasarkan MS ISO 9002

Page 5: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-5 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 6

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

Rajah 11.1.1 : Cadangan Struktur Organisasi Majlis Perbandaran Segamat

Sumber : Kajian RTD Segamat 2030

YANG DIPERTUA

Setiausaha

JABATAN KHIDMAT

PENGURUSAN

Bahagian Pentadbiran

Bahagian Sumber

Manusia

Bahagian Teknologi

Maklumat

24 Orang Ahli Majlis

JABATAN

PERBENDAHARAAN

Bahagian Hasil

Bahagian

Perbelanjaan dan

Perakaunan

PENGURUSAN

Pejabat Yang

Dipertua

Unit Audit Dalam

Unit Undang-

Undang

Unit Pusat Setempat

(OSC)

Unit Korporat dan

Perhubungan

Awam

Bahagian

Pelancongan dan

Warisan

JABATAN

PERANCANG

BANDAR DAN

LANDSKAP

Bahagian Kawalan

Perancang

Bahagian Landskap

Bahagian Rancangan

Pembangunan dan

GIS

JABATAN

BANGUNAN DAN

KEJURUTERAAN

Bahagian Pelan

Bangunan

Bahagian Pelan

Struktur

Bahagian

Penyelenggaraan

dan Projek

JABATAN

PENILAIAN DAN

PENGURUSAN

HARTA

Bahagian Penilaian

Bahagian

Pengurusan Harta

Bahagian

Pengurusan Aset

Bahagian

Penguatkuasaan

JABATAN

PENGUATKUASAAN

JABATAN

PEMBANGUNAN

MASYARAKAT

JABATAN

KESIHATAN

AWAM

Bahagian

Perlesenan

Bahagian

Kesihatan

Persekitaran

Bahagian Baru

Nota:-

Page 6: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-6

RANC

ANGA

N

JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 5

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

11.2 Strategi Pembangunan 2: Memperkukuhkan Kewangan MPS

a. Cadangan Meningkatkan Hasil Pendapatan dan Sumber Kewangan

Tahun 2015 mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan bagi hasil pendapatan Majlis

Perbandaran Segamat iaitu sebanyak RM 27,876,604.84 berbanding tahun sebelumnya. Secara

umumnya, kewangan MPS berada pada keadaan stabil. Walau bagaimanapun, sumber

pendapatan perlu dirancang dengan lebih teratur untuk melonjakkan nilai pendapatan.

Rajah 11.1.2 : Kedudukan Kewangan MPS bagi Tahun 2011-2015

Hasil pendapatan MPS dijangka meningkat berdasarkan perancangan projek-projek cadangan

akan datang. Oleh itu, cukai taksiran MPS akan bertambah memandangkan pertambahan

bilangan unit rumah dan ruang lantai perdagangan. Manakala, bagi meningkatkan pendapatan

majlis dalam jangka pendek dan sederhana, penekanan kaedah pengutipan hasil, cukai, denda

dan kompaun adalah amat efektif.

22,382,047.66

24,558,298.30

24,690,809.74

22,649,922.71

27,876,604.84

21,411,995.25

24,417,320.94

23,896,073.79

25,979,140.02

25,185,197.90

0.00 5,000,000.00 10,000,000.0015,000,000.0020,000,000.0025,000,000.0030,000,000.00

2011

2012

2013

2014

2015

Tah

un

00

0

Perbelanjaan Hasil

LEBIHAN/ KURANGAN

RM 970,052.41

RM 140,977.36

RM 794,735.95

RM 3,329,218.310

RM 2,691,406.94

Sumber: Kajian RTD Segamat 2030

Page 7: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-7 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 6

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

Jadual 11.1.1 : Strategi bagi meningkatkan dan mengukuhkan sumber kewangan MPS

STRATEGI TINDAKAN

Pungutan cukai taksiran tertunggak Cukai taksiran merupakan sumber pendapatan utama MPS

Cukai taksiran yang tertunggak perlu dipungut untuk

mempertingkatkan pendapatan MPS

Mempelbagaikan kaedah pembayaran seperti melalui

aplikasi online dan bank

Mengenalpasti maklumat-maklumat premis yang boleh

mendatangkan hasil melalui pungutan cukai dikemaskini

Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pemilik

cukai tertunggak seperti menyita harta melalui notis amaran

dan notis bayaran

Penilaian semula ke atas kesemua pegangan di dalam

kawasan majlis dan penguatkuasaan kadar nilaian baru

Pemutihan Industri Tanpa

Kebenaran

MPS perlu melaksanakan program pemutihan industri tanpa

kebenaran melalui pengezonan kawasan tersebut sebagai

industri

Industri ini mestilah mendapatkan lesen/permohonan tukar syarat

(sekiranya berkaitan) untuk meningkatkan hasil kutipan bayaran

Keperluan untuk memiliki aset

tetap/pembangunan hartanah

MPS perlu memiliki aset tetap seperti tanah yang boleh dibangunkan

dengan cadangan pembangunan yang melibatkan projek

pembangunan dan mampu memberi pulangan kepada majlis

Menubuhkan perbadanan Merujuk kepada Seksyen 41, Akta 172 di mana Pihak Berkuasa

Perancang Tempatan (PBPT) boleh menubuhkan perbadanan

untuk menjalankan dan memegang tanggungjawab dan

pengurusan projek untuk memajukan sesuatu kawasan pemajuan

Membantu PBT mempertingkatkan kemampuan dan

meningkatkan hasil pendapatan

Peningkatan penglibatan sektor

swasta dalam pembangunan

Segamat

Mewujudkan usahasama dengan pihak swasta dalam

membangunkan tanah

MPS perlu mengenalpasti tanah/ projek pembangunan yang

berpotensi dilaksana secara penswastaan

Proses kelulusan perancangan hendaklah dipermudahkan dan

dipercepatkan untuk menjadi lebih efisien

Insentif kepada pihak swasta untuk menyumbang kepada

pembangunan kemudahan bandar

Harta dan kemudahan yang dimiliki oleh PBT boleh dipajakkan

kepada sektor swasta bagi tempoh tertentu. Pihak PBT boleh

mengenakan bayaran sewa dan ini akan membantu

meningkatkan sumber pendapatan majlis

Pungutan hasil bukan cukai Hasil pendapatan MPS boleh ditingkatkan dengan peluasan kutipan

bayaran tempat letak kereta, tandas awam dan lain-lain

perkhidmatan yang bersesuaian

Peruntukan kewangan dari

kerajaan

Usaha bagi mendapatkan kuota peruntukan kewangan yang lebih

tinggi dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu dipertingkat bagi

menampung keperluan luar jangka

Sumber: Kajian RTD Segamat 2030

Taksiran atau dikenali sebagai cukai pintu

dikenakan ke atas harta-harta atau pegangan

dalam kawasan majlis:

• Rumah kediaman

• Harta perniagaan/ perusahaan

• Homestay

• Lesen Penjaja

Page 8: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-8

RANC

ANGA

N

JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 5

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

b. Penguatkuasaan Akta dan Undang-Undang Kecil

Penguatkuasaan bahagian tertentu di dalam akta yang telah diwarta, Akta 172 Bahagian IV hingga

IX bagi meningkatkan pendapatan majlis.

Jadual 11.1.2: Tahap Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Perkara Berkaitan di MPS

BIL. PERKARA PELAKSANAAN DAN

PENGUATKUASAAN

1 Bayaran Pemajuan (Development Charge) - Seksyen 32, Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976)

Masih tidak diguna pakai

2 Notis Permintaan dan Notis Beli Tidak diguna pakai

3 Wang Kumpulan Kemajuan (Infrastructure Service Fund/ ISF) Diguna pakai sepenuhnya

4 Pengisytiharan Kawasan Pemajuan kepada Kawasan Perancangan/

Kawasan Khas termasuk Kawasan Pemuliharaan (Conservation Area)

Peruntukan kawasan pemajuan

belum pernah diguna pakai

5 Akta/ Undang-Undang Kecil – Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta

171) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Diguna pakai bagi tujuan

penguatkuasaan

Sumber: Kajian RTD Segamat 2030

Undang-undang kecil yang telah diwartakan dan diguna pakai bagi tujuan penguatkuasaan di

peringkat MPS. Tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang

mengingkari undang-undang yang termaktub di dalam akta tersebut dan usaha ini dapat

meningkatkan pendapatan bagi Majlis Perbandaran Segamat.

c. Unjuran Perbelanjaan Pendapatan Majlis sehingga Tahun 2030

Rajah 11.1.3 : Unjuran Perbelanjaan dan Pendapatan MPS Mengikut Tahun

Sumber: Kajian RTD Segamat 2030 Nota: KPPT = 2-3%, Unjuran yang dibuat meruopakan anggaran kasar.

Rajah 11.1.3 menunjukkan unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi Majlis Perbandaran

sehingga tahun 2030. Unjuran pendapatan MPS menjangka bahawa pendapatan meningkat

sehingga RM 39.78 juta pada tahun 2030. Situasi ini menunjukkan ekonomi Daerah Segamat

berkembang maju dan mampu menjana semula hasil pendapatan bagi majlis. Sektor perindustrian

yang berkonsepkan kluster dijangka memberi impak yang positif kepada pembangunan ekonomi

daerah. Antaranya adalah Hub Industri Eco Halal Park. Di samping itu, konsep terbaru yang cuba

diterapkan di dalam pembangunan industri bagi daerah Segamat ialah ‘Gated & Guarded’ dan

‘Clean & Green’ yang mampu menarik lebih banyak pelabur tempatan dan antarabangsa.

Sektor perniagaan juga turut mendapat berpotensi tinggi untuk lebih maju dengan tarikan pasaraya

baru yang akan memenuhi keperluan penduduk dan mengembalikan imej Bandar Segamat

sebagai bandar tekstil (pameran, fashion show, Saturday textile market sales). Hal ini secara tidak

langsung menyumbang kepada peningkatan jumlah pelancong ke daerah Segamat.

21.4125.19 27.95

32.5635.95

22.3827.88 30.93

36.0339.78

0

10

20

30

40

50

2011 2015 2020 2025 2030

Perbelanjaan Pendapatan RM (Juta)

Page 9: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-9 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 6

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

11.3 Strategi Pembangunan 3: Memperkasa Dan Penjenamaan Semula Majlis Daerah

Segamat

a. Penjenamaan Semula MPS melalui Logo

Seiring dengan penarafan Majlis Perbandaran, ianya perlu diberi penjenamaan semula untuk

meningkatkan imej yang lebih kreatif dan berdaya saing. Oleh itu, MPS dicadangkan supaya

menukar logo bagi pembaharuan. Penjenamaan semula melalui logo ini dilakukan supaya ia lebih

menarik dan lebih dikenali. Pemilihan logo yang terbaik boleh dibuat melalui:-

Pertandingan mencipta logo bagi Majlis Perbandaran Segamat antara jabatan

Cadangan mencipta logo untuk penyertaan umum

11.4 Strategi Pembangunan 4: Program Dan Projek Pembangunan MPS

a. MPS sebagai Agensi Teras dalam Pelaksanaan RTD

MPS berperanan sebagai agensi pelaksana bagi menjayakan projek-projek yang dicadangkan di

dalam pembangunan RTD. Pelaksanaan projek-projek selain daripada projek-projek berunsur

infrastruktur dan sosial perlu kepada projek ekonomi melalui:-

Pembangunan Perniagaan

Penglibatan dalam aktiviti ekonomi secara radikal – MPS menubuhkan syarikat milik penuh/

Perbadanan (dengan kelulusan Kerajaan Negeri) yang melabur atau menjalankan

perniagaan bagi sektor yang mampu meningkatkan sumber kewangan MPS

Syarikat MPS/ Perbadanan ini boleh menjalankan usahasama dalam perniagaan berskala

sederhana dan besar dengan risiko sederhana dengan GLC (Syarikat Milik Kerajaan) seperti

FELDA, Petronas, Khazanah Nasional dan lain-lain

Perniagaan boleh dalam bentuk pembangunan perniagaan, pertanian, peruncitan dan

perkhidmatan

Pembangunan Hartanah

Pembelian Aset Hartanah – Pembelian/ pengambilan aset di pasaran boleh memberi

pulangan dalam bentuk pendapatan sewa and apresiasi nilai modal dalam masa panjang

Pendekatan melalui Penswastaan

Penyertaan sektor swasta amat penting bagi mempercepatkan pembangunan selain

dapat meringankan beban kewangan MDS dari segi pembiayaan kos projek dan risiko

tanggungan kewangan

Page 10: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-10

RANC

ANGA

N

JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 5

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

Pendekatan Pelaksanaan adalah seperti berikut:

i. Pembangunan Harta Tanah Milik MPS

Tanah milik MPS atau tanah kerajaan yang dikurnia atau serah boleh dibangunkan dari sumber

kewangan sendiri melalui geran pembangunan/pinjaman/secara usahasama dengan sektor

swasta yang melibatkan perkara-perkara berikut:

Garis panduan terperinci pembangunan mengambil kira keperluan MPS dan dasar

perancangan. Garis panduan ini disediakan oleh MPS.

Cadangan pembangunan dari pihak swasta perlu melalui proses penelitian pihak MPS dari

aspek sosial dan fizikal, nilai modal atau entiti MPS, balasan dari segi tunai atau pemberian

dan jangka masa diterima serta risiko merealisasikannya, keperluan kajian teknikal yang perlu

disediakan oleh pihak swasta, keupayaan pemaju swasta melaksanakan pembanguan dan

MPS melantik panel penasihat sama ada dari personel pentadbiran, agensi kerajaan atau

perunding bebas.

Jadual 11.1.3 : Kaedah Pelaksanaan Projek Pembangunan oleh Agensi Kerajaan (Pembangunan &

Tanah Dikenalpati) Tanah Rizab/Agensi

Menentukan Keperluan

Pembangunan Sumber Kewangan Kaedah

Tan

ah

Riz

ab

Ke

raja

an

/

Ag

en

si

Penentuan Belanjawan Mohon Belanjawan

Geran Pembangunan

Kerajaan

Pinjaman

Peruntukkan Negeri/

Persekutuan

Tender terbuka/ terpilih

Penswastaan

Reka bentuk dan bina

Tan

ah

Be

rsta

tus

Tan

ah

Ne

ge

ri

Penentuan Belanjawan

– Permohonan Tanah

daripada Kerajaan

Negeri

Mohon Belanjawan

Geran Pembangunan

Kerajaan

Pinjaman

Peruntukkan Negeri

Tender terbuka/ terpilih

Penswastaan

Reka bentuk dan bina

Tan

ah

Sw

ast

a

Penentuan Belanjawan Mohon Belanjawan

Geran Pembangunan

Kerajaan

Pinjaman

Peruntukkan Negeri/

Persekutuan

Pembelian

Pengambilan secara wajib

Tanah diperolehi melalui

serahan (berdasarkan rizab

dalam pembangunan

swasta)

Tanah diperolehi melalui

usahasama

Sumber: Kajian RTD Segamat 2030

Bentuk balasan yang boleh dimanfaatkan oleh MPS ialah:

Jadual 11.1.4 : Pendekatan Penswastaan dan Bentuk Balasan yang boleh dimanfaatkan oleh MPS

PENDEKATAN/ BENTUK BALASAN PENERANGAN

Berasaskan ekuiti minoriti dalam syarikat

pembangunan

Tidak digalakkan

Berasaskan pembahagian tetap hasil

kewangan kasar pembangunan

Asas ini baik tetapi risiko yang tinggi kepada pemaju bagi projek

yang kurang berdaya maju atau komersil

Berasaskan pembahagian fizikal projek

yang disiapkan. Contohnya sebahagian

unit atau ruang lantai

Asas ini baik tetapi aspek pengurusan/ tanggungan mesti jelas

Page 11: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-11 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 6

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

Mekanisma ‘Build-Operate-Transfer’ iaitu

pemaju membina dan menjalankan

operasi untuk jangka masa tertentu dan

selepas tamat tempoh, seluruh

pembangunan diserahkan kepada MPS

Sesuai untuk pembangunan yang kurang berdaya maju atau

jenis perniagaan berisiko sederhana tinggi di mana jangka hayat

pembangunan perlu dititikberatkan

Mekanisma ‘Build-Lease-Manage-

Transfer’

Sesuai untuk pembangunan yang kurang berdaya maju atau

jenis perniagaan berisiko sederhana tinggi di mana jangka hayat

pembangunan dan ‘payback period’ perlu dititikberatkan.

Dalam kaedah ini pemilik/ pelabur akan memajak semula

pembangunan kepada pemaju

Mekanisma Reka dan Bentuk Pembelian pembangunan siap daripada pemaju/ kontraktor

dengan keputusan reka bentuk binaan dan ruang tertakluk

kepada pembeli. Urusan pembelian/ pengambilan balik tanah

dan menender pembinaan tidak perlu dijalankan

Sumber: Kajian RTD Segamat 2030

ii. Pembangunan Tanah Kerajaan dan Rizab Berpotensi Ekonomi

MPS perlu proaktif dengan kerjasama Unit Perancang Negeri Johor (UPEN) untuk mengenalpasti

kawasan tanah yang boleh dipohon daripada kerajaan untuk pembangunan ekonomi yang boleh

memanfaatkan kedudukan kewangan MPS. Pembangunan bukan sahaja bercorak binaan tetapi

meliputi projek pertanian. Pendekatan usahasama dengan pihak swasta yang memerlukan

pembiayaan yang tinggi boleh dikongsi tanggungannya.

iii. Pengurusan Harta Perniagaan atau Kemudahan yang Dimiliki atau Khidmat Pengurusan Harta

dan Fasiliti

Harta dan kemudahan awam yang dimiliki oleh MPS boleh diswastakan untuk mengurangkan

perbelanjaan operasi atau pengurusan. Ini melibatkan perkara-perkara seperti berikut:-

Laporan aspek penyewaan dan fizikal

Pengurusan penyewaan atau pajakan

Keputusan pengurusan dalaman atau yang diswastakan bergantung kepada skala

pembangunan

Pembahagian hasil boleh berdasarkan kadar yang ditetapkan atau peratusan keuntungan

kasar

MPS juga perlu meneliti dari aspek pelaburan tambahan atau pembangunan semula

Pengurusan perkhidmatan kepada pihak swasta perlu memastikan bahawa kos tidak

melebihi dari kos perkhidmatan dalaman

Alternatifnya, unit pengurusan harta yang ditubuhkan di MPS perlu diperkukuhkan dari segi

organisasi dan fungsi. Perancangan ke hadapan unit ini ialah di mana unit ini boleh menawarkan

khidmat pengurusan harta dan fasiliti bukan sahaja kepada pihak awam malah pihak swasta yang

dapat menjana sumber pendapatan baru kepada MPS.

iv. Pendekatan Melalui Pengambilan Tanah Secara Wajib

Memperolehi tanah untuk pembangunan memerlukan pengambilan tanah secara wajib ke atas

tanah bermilik (alienated lands) sekiranya tidak dapat dibeli di pasaran, atau mendapat tanah

yang dirizabkan.

Kaedah pengambilan balik tanah ini adalah tertakluk di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Kuasa pengambilan tanah terletak pada Pihak Berkuasa Negeri, menurut peruntukan di bawah

Page 12: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-12

RANC

ANGA

N

JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 5

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

Butiran 2(d), Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan, Perlembangan Persekutuan. Pihak Berkuasa

Negeri (PBN) mungkin bertindak bagi pihaknya sendiri dalam urusan pengambilan tanah ataupun

sebagai wakil bagi individu atau badan-badan yang lain bagi beberapa maksud dan tujuan

tertentu. Tujuan pengambilan tanah ini diperuntukkan di bawah Seksyen 3(1), Akta Pengambilan

Tanah 1960:

Pihak Berkuasa Negeri bolehlah mengambil balik tanah yang dikehendaki:

Bagi apa-apa maksud awam

Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat PBN

adalah benifisial untuk kemajuan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian dari itu atau

kepada orang ramai secara am

Atau mana-mana kelas orang ramai atau bagi maksud perlombongan atau untuk maksud

kediaman, pertanian, perdagangan, perindustrian atau rekreasi atau mana-mana kombinasi

tersebut

Sebagai balasan ke atas pengambilan balik tanah, pemilik tanah berkepentingan berdaftar akan

menerima pampasan. Selain daripada nilai pasaran untuk tanah yang diambil, beberapa perkara

lain juga diberikan pampasan atau diambil kira akibat daripada pengambilan balik tanah iaitu (rujuk

Rajah 10.1.4)

Kerugian Pecah Pisah (Severence Loss)

Kerugian Penjejasan Terbabit (Injurious Affection Loss)

Kos Perpindahan

Kerja-kerja Pembinaan Semula (Kerja Akomodasi)

Kerugian pecah pisah ialah kerugian yang dialami oleh pemilik ke atas tanahnya yang lain

(bahagian lain atau lot berdampingan di bawah pemilikan yang sama) disebabkan

pengambilan di atas tanah terjadual di ambil; kerugian dialami disebabkan pemisahan tanah,

menghalang perhubungan, tanah tertinggal menjadi kurang atau tidak ekonomik, tanah sukar

diuruskan secara keseluruhan dan kesannya ialah penurunan nilai tanah tertinggal yang

dijangkakan

Kerugian tanah lain disebabkan kesan negatif daripada kegunaan tanah yang diambil; contoh

kegunaan yang tidak bersesuaian seperti loji kumbahan sedangkan tanah tertinggal digunakan

untuk kediaman; kesan kemudaratan ini menurunkan nilai tanah tertinggal dan kerugian ini

boleh dituntut dan diberi pampasan; kerugian dialami bukan saja semasa pengambilan tetapi

adalah berterusan kemudaratan berlaku

Sekiranya terpaksa berpindah dari tempat tinggal dan berniaga disebabkan pengambilan,

apa-apa kos berkenaan boleh dituntut; kos memindah perabot, peralatan, perkakas; kos

lekapan pada bangunan baru dan kos sampingan lain

Kos kerja-kerja pindaan untuk mengambil kira perubahan disebabkan pengambilan boleh

dituntut; alternatifnya pihak yang mengambil tanah menjalankan kerja-kerja tersebut dan

perkara ini tidak boleh dituntut sekiranya sedemikian

Page 13: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-13 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 6

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

Naik Nilai (Betterment) Tanah Lain Disebabkan Penggunaan Tanah yang Diambil

Pihak berkepentingan di bawah status boleh menerima pampasan ialah sehingga penyewa

bulanan. Penyewa sukarela (penyewa tanah/ bangunan yang menduduki dengan kerelaan pemilik

tetapi tidak membayar) atau setinggan tidak berhak menuntut pampasan di bawah status.

Bagaimanapun, terdapat polosi kerajaan Negeri Johor memberi pampasan perpindahan dan

penempatan semula dalam bentuk pampasan ehsan (ex gratia).

Rajah 11.1.4 : Prinsip-Prinsip Pampasan dalam Pengambilan Tanah

- Pecah-pisah dan penjejasan terbabit boleh dituntut oleh A, D, F & H

- Nilai tanah yang lebih tinggi untuk C,D & F boleh dipotong

v. Pendekatan Melalui Notis Beli (Seksyen 37) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

Pemilik tanah boleh menggunakan notis beli disebabkan perancangan negatif

Ditolak Kebenaran Merancang (KM) disebabkan tanah dizonkan untuk maksud awam dan

tidak boleh digunakan dengan berfaedah

Pematuhan Notis Permintaan (Seksyen 30)

Kemukakan Notis Beli dengan sokongan fakta serta pendapat Pihak Berkuasa Perancangan

Tempatan (PBPT)

PBPT mengemukakan kepada pihak Berkuasa Negeri (PBN)

PBN boleh menolak Notis Beli sekiranya bersetuju mengarahkan PBPT untuk mengambil

tanah berkenaan melalui pengambilan tanah secara wajib di bawah Seksyen 3(b) Akta

Pengambilan Tanah 1960

Pampasan kepada tanah dengan tidak mengambilkira perancangan negatif berkenaan

Kesan ini berlaku kepada tanah tertinggal dengan menaikkan nilai tanah tertinggal disebabkan

kegunaan maksud pengambilan bagi tanah yang diambil; kesan kenaikan ini mestilah ditolak

(set off) dari amaun pampasan; kaedah yang digunakan ialah kaedah sebelum dan selepas;

dan ianya hanya boleh digunakan jika ada bukti sesuai tentang kenaikan nilai

Pecah-Pisah Lot

PAMPASAN

Kerugian ke atas tanah diambil

Kerugian lain

Lot kecil-Penjejasan (Kesan Mudarat)

Penjejasan Terbabit Kesan Mudarat – memerlukan bangunan diorientasikan semula Kawasan saki-baki jalan yang

kecil menjadi terbiar

Sebelum Pengambilan Balik Secara Wajib

Selepas Pengambilan Balik Secara Wajib

Persediaan/ Awalan Notis Siasatan

Kurniaan/ Pampasan Posessi Pembinaan

Peringkat Pengambilan Tanah Secara Wajib

Page 14: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-14

RANC

ANGA

N

JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 5

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

Rajah 11.1.5 : Carta Alir Pengambilan Tanah Secara Wajib

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (SEK 3A)

PERMOHONAN SEK.3(1)(a) PERMOHONAN SEK.3(1)(b) atau (c)

JAWATANKUASA KHAS PENGAMBILAN TANAH 3(c)

PIHAK BERKUASA NEGERI

SETUJU TOLAK

CHARTING

CARIAN RASMI

LAPORAN TANAH

PENYEDIAAN KERTAS RINGKASAN

PERSETUJUAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN

KELULUSAN PBN

SEKSYEN 4 (BORANG A)

MASUK & UKUR/ KAJIAN KESESUAIAN (BORANG B) SEK.5

TIDAK SESUAI SESUAI MENANDA KAWASAN YANG HENDAK DIAMBIL SEK 9(1)(B)

PENGELUARAN BORANG E (DAN F JIKA PERLU) SEK 10 dan SEK 11

PENGELUARAN PERAKUAN SEGERA BORANG B SEK. 19

PENGELUARAN BORANG 3 (Jika Terdapat Bangunan) SEK. 20

PEMILIKAN RASMI BORANG K SEK.22

PENERIMAAN BORANG N & BAYARAN DEPOSIT SEK. 38(1)

MENGEMUKAN BORANG O KE MAHKAMAH SEK.38(5)

MENAIKKAN AWARD

PENTADBIR TANAH

BAYARAN PAMPASAN

TAMBAHAN DAN FAEDAH

MENGEKALKAN AWARD

PENTADBIR TANAH

SIASATAN PENGAMBILAN TANAH SEK. 12&13

AWARD PAMPASAN BORANG G SEK.14

PENGELUARAN BORANG H SEK.16

SEKSYEN 8 (BORANG D)

PENDAFTARAN FAIL PERMOHONAN

SEMAKAN

WARTA

KEPUTUSAN

Jika Ada Bantahan Jika Tiada Bantahan

Jika Diperlukan

ULASAN JABATAN TEKNIKAL

CATITAN DALAM DOKUMEN HAKMILIK DAFTAR SEK.9(1)(b)

LAPORAN JABATAN PENILAIAN PERKHIDMATAN

HARTA (SEK 12) DAN PERANCANG BANDAR DAN

DESA (SEK 9A)

PERINTAH

MAHKAMAH

MENGURANGKAN AWARD PENTADBIR

TANAH

TUNTUT BAYAR PAMPASAN YANG

TERLEBIH BAYAR

BAYARAN PAMPASAN SEK 29.29A

PEMILIKAN RASMI BORANG X SEK.22

PENYEDIAAN PERMOHONAN LIXUR SEK.25

PENYELESAIAN SURIHAN ALIH DAN SURIHAN PENEMPATAN

PENYELARASAN PAMPASAN SEK.26

PENYEDIAAN PENDAFTARAN DAN PENGELUARAN HAKMILIK

SAMBUNGAN SEK.26

SELESAI

Page 15: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-15 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 6

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

Rajah 11.1.6 : Carta Alir Kerja Proses Pengambilan Tanah di Bawah Seksyen 3(1)(b) atau 3(1)(c), Akta

Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan 1997)

KEPUTUSAN

PERMOHONAN

BORANG 1

PENTADBIR TANAH

UPEN

TIADA TIADA PROJEK

PEMBANGUNAN

LAIN

PROJEK KEMUDAHAN AWAM

LAPORAN

PERUNDINGAN

GAGAL

JKPT

SELEPAS

TOLAK

LULUS

PENTADBIR

TANAH

PEMOHON TOLAK SIASATAN

PENTADBIR

TANAH DEPOSIT AKAN

DIRAMPAS

PEMOHON

PBN

KEPUTUSAN

TIDAK BERSETUJU

PEMULANGAN BAKI DEPOSIT

KEPADA PEMOHON

SETUJU

PENGAMBILAN

TANAH

ADA

PERUNDINGAN

SEK 3A (3)

SESUAI

KELULUSAN

PEMBANGUNAN

SEMAKAN UPEN

BERJAYA

TIDAK SESUAI

PERAKUAN UPEN

SETUJU

Sek. 3(6)

i) Kertas cadangan projek ii) Pelan tatatur & pelan

pengambilan iii) Laporan awal nilaian tanah iv) Fi dan deposit

a) Kepentingan awam b) Keupayaan dan

kemampuan pemohon c) Daya maju projek d) Kelulusan

pembangunan

Sek. 3(4) Sek 3A(1) Kaji permohonan

a. Pentadbir Tanah Tolak i. Sek 3(5)

ii. Sek 3(5) b. Rundingan berja

i. Sek 3A(5) c. Tolak terma syarat

PBN i. Sek 3 E(5)

ii. Kaedah

10(2)

Sek. 3(2) Kaedah 3 Sek. 3(3) - Kepilkan

Sek. 3A (2) Sek. 3(B)

a) Kepentingan awam b) Keupayaan dan

kemapuan

pemohon c) Daya maju projek Kaedah 6

Borang 3(6 minggu)

Sek. 3A (4)

Sek. 3A (7) Kaedah 7 Borang 4 (14 hari)

Sek. 3 E (5) Kaedah 10(2) Borang 6 (14 hari)

Sek. 3 F (2) Kaedah 11(1) (21 hari)

Sek. 3A (5) Kaedah 9

Sek. 3D (3) 2 bulan

Sek. 3E (1) Sek. 3E (3) Kaedah 10(1) Borang 5 (14 hari)

Kaedah 5(1)(b) Baki Deposit 75% (30

hari)

Kaedah 11(3)

Kaedah 11(2) Borang 7 (14 hari)

Kaedah 11(4) Borang 8 (30 hari)

Kaedah 11(5) (14 hari)

3 bulan

Page 16: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-16

RANC

ANGA

N

JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 5

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

b. MPS sebagai Penyelaras Rancangan Kawasan Khas (RKK)

Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan suatu rancangan pemajuan yang terperinci untuk

tujuan pelaksanaan. Penyediaannya dan kuatkuasanya sama seperti mana Rancangan Tempatan.

Jawatankuasa Perancang Negeri yang akan meluluskan Rancangan Kawasan Khas ini.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar

dan Desa 1976 (Akta 172) mengikut seksyen 16B (i), (ii) dan (iii), yang mana Pengarah JPBD/ Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab untuk menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK)

ini. Berikut merupakan cadangan RKK di dalam kawasan pentadbiran MPS:

Jadual 11.1.5 : Cadangan Rancangan Kawasan Khas, Pelan Tindakan Khas atau Pelan Induk

CADANGAN

RKK/PTK/PELAN INDUK KEPERLUAN RKK/PTK/PELAN INDUK

PTK Segamat 'Agriculture

Powerhouse' (MPS)

Keperluan kajian pembangunan ini adalah untuk menyokong hasrat kerajaan

negeri yang dijangka membantu pembangunan pertanian daerah. Ini akan

melibatkan pengekalan kawasan pertanian, pembangunan sepenuhnya

tanah pertanian, peningkatan produktiviti, membentuk imej, pengekalan

kawasan dan produktiviti tanaman serta buahan termasuk durian Segamat

sebagai penjenamaan daerah. Kajian ini juga termasuk pengeluaran industri

akuakultur serta ternakan seperti ikan baung, rusa, telur ayam dan lain-lain.

PTK Pembangunan

Pelancongan Segamat

(MPS)

Keperluan penyediaan kajian ini adalah untuk menyokong pembangunan

pelancongan di dalam Daerah Segamat. Pembangunan pelancongan yang

perlu difokuskan adalah pelancongan yang berasaskan agro dan eko seperti

berikut:

MPS

i. Gunung Ledang

ii. Ladang Kelulut

iii. Dusun Durian Kampung Bumbun

iv. Jeram Tinggi Jementah

v. Pusat Konservasi Hidupan Liar

Pelan Induk Pelancongan

Wilayah Utara Johor

Kajian ini perlulah mempunyai denai/jejak ke Gunung Ledang, nature trail,

gateway ke Gunung Ledang dan lain-lain. Selain itu, kajian pembangunan ini

perlu diintegrasi bersama daerah utara Johor lain seperti Tangkak dan Muar.

PTK Kawasan Bencah

Keperluan kajian ini adalah perlu bagi memelihara kepentingan kawasan

bencah kepada alam sekitar dan hidupan. Selain itu, Kawasan tanah bencah

berfungsi sebagai tempat penahan dan penyimpanan air semasa hujan

lebat. Kawasan ini berupaya membantu mengawal jumlah air dan halaju air

yang mengalir ke sumber air permukaan yang berdekatan. Kawasan yang

luas ini berupaya melindungi kawasan rendah daripada dilanda banjir.

Page 17: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-17 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 6

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

Sambungan...

CADANGAN RKK/PTK/PELAN

INDUK KEPERLUAN RKK/PTK/PELAN INDUK

RKK Bandar Segamat (Bandar

atas dan Bawah)

Penyediaan pelan pengurusan kepada warisan dan pemeliharaan Bandar

serta peningkatan aktiviti yang boleh menghidupkan suasana Bandar Lama

Segamat yang mampu menarik kedatangan pelancong ke Bandar

Segamat. Selain itu, kaedah reka bentuk bandar seperti pembaharuan

bandar (urban renewal), pembangunan semula bandar (urban

redevelopment), penjanaan semula bandar (urban regeneration),

pemulihan bandar (urban recovery), revitalisasi bandar (urban

revitalization), dan lain-lain kaedah perlu digunakan mengikut kesesuaian.

Fokus utama kajian RKK ini adalah lebih kepada pemeliharaan warisan

bandar Segamat.

RKK Sungai Segamat

Keperluan kajian terperinci Sungai Segamat bertujuan untuk meningkatkan

pengindahan landskap Sungai Segamat dan infrastruktur. Kajian ini juga

bertujuan untuk mengatasi masalah banjir yang berpunca daripada

limpahan air Sungai Segamat. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk

mengukuhkan dan mempertingkatkan tarikan pelancongan, pengkajian

sejarah dan lain-lain yang berkaitan.

RKK Kampung Abdullah-

Kampung Jawa

Penyediaan pelan tindakan akibat daripada tekanan pembangunan

kawasan perbandaran kepada Kampung Baru Cina ini memerlukan

kawasan ini dirancang dan dimajukan dengan kesesuaian keadaan

semasa kawasan tersebut. Selain itu, kawasan perkampungan tradisi yang

menerima tekanan perbandaran yang memerlukan kajian terperinci bagi

memelihara kawasan kampung tradisi tersebut.

PTK Kawasan Perindustrian

Segamat (SIP dan Sekitar)

Kajian ini akan mengkaji sekitar kawasan Segamat Inland Port (SIP) bagi

meningkatkan fungsi pelabuhan darat digunakan sepenuhnya oleh pihak

industri. Selain itu, ianya juga mengkaji mengenai kemudahan sokongan,

infrastruktur dan laluan yang perlu ada bagi menyokong pembangunan SIP

serta sekitarnya.

c. MPS sebagai Penyelaras Kajian Pembangunan Semula Pekan-Pekan Kecil

Pembangunan semula pekan-pekan kecil adalah bertujuan untuk meningkatkan pembangunan

sosio-ekonomi yang seimbang bagi semua kawasan di Daerah Segamat dan menambah pemilikan

hartanah komersial bumiputera luar bandar. Kajian ini adalah penting bagi mencapai matlamat

dan sasaran perancangan pembangunan di pekan-pekan kecil untuk mengukuhkan taraf sosio-

ekonomi rakyat tempatan. Oleh itu, pekan-pekan kecil yang mempunyai kekuatan ekonomi dari

segi pertanian, pelancongan, potensi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ataupun industri yang

berasaskan sumber asli dilihat berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi

setempat.

Antara komponen yang dicadangkan dalam kajian pembangunan semula ini adalah pembinaan

kedai desa, gerai dan kemudahan mengikut kesesuaian kawasan. Kajian ini memerlukan kerjasama

antara Majlis Perbandaran Segamat, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Perbadanan

Kemajuan Ekonomi Negeri Johor, perunding dan juga agensi teknikal yang berkaitan.

Page 18: Laporan Draf RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030mpsegamat.gov.my/sites/default/files/mps_11.0_pengurusan_dan...Memperhebatkan promosi pelancongan melalui media sosial sama ada peringkat

11-18

RANC

ANGA

N

JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Laporan Draf

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEGAMAT 2030

11.0

TER

AS 5

PEN

GU

RU

SA

N D

AN

PELA

KSA

NA

AN

Antara cadangan pembangunan semula pekan-pekan kecil ialah:-

Gemas Baharu

Pekan Jementah

Buloh Kasap

Batu Anam

d. Konsep Sharing Cost and Return antara Pemaju dan Tenaga Nasional Berhad

Konsep sharing cost and return di dalam pembangunan industri di Segamat boleh diaplikasikan

kepada permohonan kawasan perindustrian atau apa-apa pembangunan yang dicadangkan

dalam Daerah Segamat. Konsep ini membawa maksud kos pembinaan Pencawang Masuk Utama

(PMU) akan ditanggung oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebagai contoh, apabila terdapat kawasan pembangunan yang dilaksanakan, akan dikenakan

caj penyambungan daripada PMU ke pencawang elektrik (PE) kawasan pembangunan tersebut

mengikut keperluan MVA yang diperlukan oleh pembangunan tersebut. Pihak pemaju akan

membayar semula kos tersebut kepada TNB apabila kawasan tersebut telah maju.

e. Pembangunan Aplikasi Online bagi Memasarkan Produk Tempatan

Pemasaran produk tempatan bagi Daerah Segamat boleh dipergiatkan melalui aplikasi online

secara interaktif. Hal ini bertujuan untuk mempromosikan dan memperkukuhkan produk tempatan

dan memudahkan pengguna untuk mengakses produk tersebut. Antara produk yang boleh

diketengahkan ialah produk ukiran kayu, makanan tempatan dan produk pertanian.