Laporan Enggor

4
Laporan Program Lawatan sambil Belajar dan Kursus Ternakan dan Pengeluaran Ikan Hiasan di Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak Pada 1 Mei 2013 yang lalu seramai 33 orang guru pelatih dari opsyen Reka Bentuk dan Teknologi IPG Kampus Sultan Mizan telah mengadakan lawatan ke Pusat Ikan Hiasan Enggor yang bertempat di Kuala Kangsar, Perak. Lawatan tersebut diiringi oleh tiga orang pensyarah subjek iaitu Hazmin Bin Mat Yusof, Suzana Binti Mohamed dan Zulkifly Bin Yusuf. Lawatan ini bertujuan untuk memenuhi sukatan matapelajaran RBT3109 iaitu Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan semester ini. Selain itu juga, kursus ini di buat bagi memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang cara pemeliharaan ikan hiasan dengan betul, teknik bagi pembiakan ikan serta makanan rumusan yang sesuai bagi ikan hiasan mengikut jenisnya. Selain itu kesempatan ini juga mampu memberikan satu lagi peluang kepada guru pelatih untuk memperoleh pengalaman sebenar mengenai ikan hiasan di Pusat Pemeliharaan Ikan Hiasan Enggor, Perak. Kami telah bertolak ke sana dengan menaiki bas persiaran pada pukul 8.00 pagi 1 Mei 2013. Perjalanan ke Kuala Kangsar telah mengambil masa selama 6 jam untuk sampai ke tempat kursus. Sampai sahaja kami di sana, kami telah di sambut oleh penyambut tetamu. Selepas itu, kami dikehendaki membuat pendaftaran bagi menanda kehadiran kami ke kursus ini. Semasa sesi pendaftaran juga, kami telah di agihkan cadar, selimut dan sarung bantal untuk digunakan di bilik yang disediakan. Bagi guru pelatih

description

pusat ikan hiasan

Transcript of Laporan Enggor

Page 1: Laporan Enggor

Laporan Program Lawatan sambil Belajar dan Kursus

Ternakan dan Pengeluaran Ikan Hiasan di Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak

Pada 1 Mei 2013 yang lalu seramai 33 orang guru pelatih dari opsyen Reka

Bentuk dan Teknologi IPG Kampus Sultan Mizan telah mengadakan lawatan ke Pusat

Ikan Hiasan Enggor yang bertempat di Kuala Kangsar, Perak. Lawatan tersebut diiringi

oleh tiga orang pensyarah subjek iaitu Hazmin Bin Mat Yusof, Suzana Binti Mohamed

dan Zulkifly Bin Yusuf. Lawatan ini bertujuan untuk memenuhi sukatan matapelajaran

RBT3109 iaitu Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan semester

ini. Selain itu juga, kursus ini di buat bagi memberi pendedahan awal kepada guru

pelatih tentang cara pemeliharaan ikan hiasan dengan betul, teknik bagi pembiakan

ikan serta makanan rumusan yang sesuai bagi ikan hiasan mengikut jenisnya. Selain itu

kesempatan ini juga mampu memberikan satu lagi peluang kepada guru pelatih untuk

memperoleh pengalaman sebenar mengenai ikan hiasan di Pusat Pemeliharaan Ikan

Hiasan Enggor, Perak.

Kami telah bertolak ke sana dengan menaiki bas persiaran pada pukul 8.00 pagi

1 Mei 2013. Perjalanan ke Kuala Kangsar telah mengambil masa selama 6 jam untuk

sampai ke tempat kursus. Sampai sahaja kami di sana, kami telah di sambut oleh

penyambut tetamu. Selepas itu, kami dikehendaki membuat pendaftaran bagi menanda

kehadiran kami ke kursus ini. Semasa sesi pendaftaran juga, kami telah di agihkan

cadar, selimut dan sarung bantal untuk digunakan di bilik yang disediakan. Bagi guru

pelatih perempuan, mereka telah menyediakan 2 buah rumah di mana setiap rumah

mengandungi 7 buah katil. Bagi guru pelatih lelaki pula, mereka disediakan bilik asrama

yang juga dimuatkan dengan 7 buah katil. Bilik yang disediakan amat selesa dan

dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti almari, tempat penyidai baju, sterika

dan sebagainya.

Selesai aktiviti pendaftaran, kami semua menyiapkan diri untuk solat dan makan

malam. Pada pukul 8.30 malam, kami semua bersedia di bilik kuliah bagi menonton

Page 2: Laporan Enggor

tayangan video industri perikanan. Antara video yang ditunjukkan adalah mengenai

cara untuk menyediakan akuarium yang lengkap, jenis ikan hiasan dan sebagainya.

Tayangan tersebut telah dikendalikan oleh Pn Marry di mana beliau adalah salah

seorang pegawai di pusat ikan hiasan ini. Aktiviti tayangan video telah berakhir pada

pukul 10.30 malam.

Keesokan harinya iaitu 2 Mei 2013, kami memulakan aktiviti dengan bersarapan

pagi. Sarapan yang disediakan ialah bee hoon goreng dan air kopi suam. Selesai

sarapan pagi iaitu pada pukul 8.30 pagi, kami dikehendaki untuk berada di bilik kuliah

untuk mendengar ceramah daripada ketua pusat perikanan ini iaitu Pn. Nor Mastura

Hasan mengenai status dan pengenalan ikan hiasan. Antara isi kandungan ceramah

tersebut ialah mengenai kategori ikan hiasan mengikut spesis di mana antara spesis

yang ditunjukkan ialah “CYPRINIDAE”, “ANBANTIDE”, “POICILIDE” dan sebagainya

lagi. Slot pertama ini berlangsung selama 2 jam. Selepas slot pertama habis, kami di

beri rehat selama 30 minit bagi menyambung slot yang seterusnya. Slot seterusnya

bermula pada pukul 11.00 pagi. Slot pada kali ini ialah ceramah mengenai teknik

pembiakan ikan “CYPRINDS” DAN “ANABATIDS”. Jenis ikan di bawah spesis

“ANABATIDS” ialah ikan Pelaga. Di mana ianya beranak. Manakala, ikan dari spesis

“CYPRINIDS” adalah ikan Koi. Ceramah telah diberikan oleh En. Abd Halim Zaki. Slot

ini juga telah berlangsung selama 2 jam.

Selesai slot kedua, kami diberi masa untuk berehat bagi menyiapkan diri untuk

solat zohor dan makan tengah hari. Slot seterusnya telah di sambung pada pukul 2.30

petang. Slot ini juga membincangkan mengenai teknik bagi pembiakan ikan, tetapi

teknik pembiakan adalah dari spesis yang berbeza. Spesis yang dipilih pada kali ini

ialah “CICHLID” dan “PEOCILID”. Jenis ikan “CICHLID” ialah ikan Diskus, Anggel Dan

Oscar. Manakala, jenis ikan bagi spesis “PEOCILID” terdiri daripada ikan guppy. Kami

juga diberitahu sedikit maklumat bagi mebezakan ikan jantan dan betina. Bagi

mengenalpasti jantina ikan jantan , warna yang lebih menaik berbanding ikan betina,

sirip dorsal dan anal lebih panjang dan ikan jantan agak garang berbanding ikan betina.

Manakala, bagi ikan betina pula, warnanya kurang menarik dan sirip dorsal lebih

pendek berbanding ikan jantan. Kelas ini juga berlangsung selama 2 jam.

Page 3: Laporan Enggor

Pada pukul 8.30 malam, kami telah deberi ceramah mengenai makanan

rumusan bagi ikan hiasan. Ceramah ini telah diberikan oleh En. Nazri Yaacob. Menurut

En. Nazri, bagi memilih makanan yang sesuai untuk ikan yang dibela, kita mesti

mengetahui jenis pemakan ikan tersebut terlebih dahulu. Ia bagi mengelakkan

pemberian makan yang tidak sesuai kepada ikan. Kelas ini diadakan sehingga jam

10.30 malam.

Pada hari ketiga iaitu hari terakhir, 3 Mei 2013 aktiviti pertama adalah sama

seperti hari sebelumnya iaitu sarapan pagi. Selesai sarapan pagi, kami semua

dikehendaki berkumpul di pusat pengeluaran ikan dihadapan pusat kuliah kami. pada

hari ini, kami hanya ditunjuk simulasi dan melakukan beberapa amali yang telah

dipelajari pada hari sebelum. Simulasi pertama ialah mengenai pengurusan tangki dan

kolam. Kami di ajar mengenai langkah-langkah menguruskan kolam dengan betul.

Beberapa orang guru pelatih lelaki juga telah dipilih untuk melakukan simulasi tersebut.

seterusnya, selesai sahaja simulasi pengurusan tangki dan kolam, kami ditunjukkan

pula simulasi mengenai pembiakan ikan “SYPRINID” dan “ANABATID”. Kami telah

ditunjukkan oleh EN. Halim Zaki cara untuk mencucuk hormon pada ikan. Ikan yang

digubakan untuk dibuat pembiakan ialah ikan koi. Langkah pertama yang perlu

dilakukan ialah memengsankan ikan tersebut dahulu. Ia adalah bagi memudahkan

untuk menyuntik hormon pada ikan tersebut. Bahan yang digunakan untuk

memengsankan ikan ialah minyak cengkih. Apabila ikan tersebut mulai lali dengan ubat

yang diberikan, ikan tersebut ditimbang untuk mendapatkan berat ikan tersebut. Ikan

perlu ditimbag bagi menentukan sebanyak mana dos yang sesuai digunakan mengikut

berat ikan tersebut. selepas itu, proses suntikan hormon dilakukan dan kemudian ikan

segera diletakkan di dalam tangki khas supaya ia kembali pulih.

Selesai simulasi yang kedua, kami ditnjukkan pula simulasi mengenai pembiakan

ikan “CICHLID” dan “PEOCILID”. Apa yang perlu dibuat bagi membiakkan ikan spesis

ini ialah mengenalpasti yang manakah ikan jantan dan yang mana ikan betina. Apabila

dikenalpasti, ikan-ikan tersebut diletakkan di satu tangki. Oleh itu, amat mudah bagi

membiakkan ikan jenis ini.

Page 4: Laporan Enggor

Akhir sekali, program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman

guru pelatih dalam pengetahuan kehidupan alam sekitar seperti kehidupan akuatik.

Segala ilmu yang ditimba sepanjang program ini boleh diaplikasikan pada masa akan

datang khususnya apabila berada di sekolah kelak.