Laporan Gerak Tari

6
LAPORAN PROGRAM KECEMERLANGAN PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GERAK TARI 1MALAYSIA SK PERBANDARAN SIBU NO.4

description

Laporan

Transcript of Laporan Gerak Tari

LAPORAN

PROGRAM KECEMERLANGAN PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GERAK TARI 1MALAYSIASK PERBANDARAN SIBU NO.4

PROGRAM KECEMERLANGAN PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GERAK TARI 1MALAYSIA

Tarikh

:1 Oktober 2013

Hari

:Selasa

Masa

:8.10 pagi

Lokasi

:Dewan Baharu SK Perbandaran Sibu No.4

Nama Guru:Azilah Abdul Rahman (Prasekolah Aliran BM)

Joan Kong Jin (Prasekolah Aliran BC)

Nama PPM:Sanisah bt Hj Dan (Prasekolah Aliran BM)

Rohana bt Ismail (Prasekolah Aliran BC)

1. Keberkesanan Program

Aktiviti sebegini memberi peluang kepada murid-murid prasekolah untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti koakademik di luar bilik darjah.

Malahan, dengan aktiviti ini ianya boleh meningkatkan perkembangan sosioemosi murid. Murid akan lebih berkeyakinan apabila melakukan sesuatu perkara, terbimbing, berani dan berupaya untuk bergaul dengan lebih baik sesama rakan.

Dengan perlaksanaan aktiviti sebegini, perkembangan fizikal murid juga menjadi lebih baik. Jika sebelum ini aktiviti fizikal banyak dilakukan dengan permainan dan senaman yang melibatkan anggota badan (permainan luar) namun dalam aktiviti sebegini murid didedahkan dengan kepelbagaian aktiviti fizikal lain yang membantu meningkatkan perkembangan fizikal mereka. Contohnya, selain gerakan motor kasar, gerakan motor halus turut disertakan seperti dalam tarian iban yang memerlukan gerakan jari yang lebih lembut serta tarian cina yang membolehkan murid melakukan regangan otot jari. Kemahiran bahasa juga turut dapat diterapkan. Ini kerana, sebelum menjalankan aktiviti gerak tari 1Malaysia ini pada hari yang telah ditetapkan murid banyak didedahkan dengan latihan. Bahasa mudah yang digunakan guru semasa melatih murid, membantu murid memahami langkah gerak tari yang dipelajari.

Kemahiran asas matematik juga turut dimasukkan. Murid menjadi lebih mudah melakukan gerak tari apabila mereka mengira gerak langkah. Sekaligus, ini membolehkan murid untuk mengingati nombor asas yang mereka pelajari sama ada dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris.

Dengan perlaksanaan program ini, pelbagai nilai moral boleh diterapkan dalam diri murid. Antaranya adalah saling menghormati budaya dan kepelbagaian unik masyarakat lain. Memahami, menyayangi dan saling membantu tanpa mengenal bangsa, rupa atau warna kulit. Penerapan sebeginilah akan membantu membentuk masyarakat berhemah tinggi pada masa-masa mendatang. Perkara yang paling penting mengenai keberkesanan program ini adalah, murid dapat memahami pelbagai latar budaya masyarakat yang tinggal di Malaysia. Selain dipelajari semasa mata pelajaran kemanusiaan, aktiviti gerak tari ini sangat membantu guru untuk menerangkan kepada murid mengenai kepelbagaian unik yang terdapat dalam masyarakat Malaysia dengan memberikan contoh dan nama tarian yang mereka lakukan.

2. Cadangan Penambahbaikan Program Penggunaan LCD Projector adalah perlu bagi memudahkan murid untuk melihat gerak tari yang perlu mereka lakukan selain daripada hanya melihat guru sebagai tenaga pengajar di hadapan yang mungkin kurang jelas.

Seharusnya program sebegini adalah lebih baik dan lebih menarik apabila ianya melibatkan lebih ramai individu. Selain dapat melakukan akviti secara kolaborasi ianya juga boleh memberikan pelbagai lagi impak positif dengan penglibatan yang lebih banyak.

Adalah lebih baik, apabila aktiviti sebegini dijalankan pihak prasekolah diberikan bajet yang bersesuaian bagi menguruskan aktiviti supaya ianya nampak lebih meriah dan lebih menarik. Contohnya bajet bagi menyediakan pakaian murid, perhiasan ringkas yang boleh digayakan seperti sarung tangan, reben dan lain-lain lagi.

Pihak bertanggungjawab perlulah memberikan panduan lengkap perlaksanaan aktiviti seperti ini . Malahan, panduan tersebut seharusnya diedarkan dengan lebih awal agar tidak timbul masalah-masalah yang boleh mengekang kelancaran aktiviti. Contohnya memberikan surat siaran yang mengandungi maklumat lengkap cara melaksanakan aktiviti, di mana seharusnya aktiviti dilaksanakan, penglibatan yang diperlukan, contoh atau format laporan dan sebagainya perlu dinyatakan.

Disediakan Oleh ;

_______________________

Azilah Abdul Rahman

(Guru Prasekolah Aliran BM)

_______________________

Joan Kong Jin

(Guru Prasekolah Aliran BC)3. Gambar / Video Perlaksanaan