Laporan Golf Mssdjb 2013

11

Click here to load reader

description

sukan

Transcript of Laporan Golf Mssdjb 2013

PK01/3

LAPORAN PENYERTAANKEJOHANAN GOLF

MSSD JOHOR BAHRU

TAHUN 2013

DI JOHORE GOLF COUNTRY CLUB

PADA 29 HINGGA 31 JANUARI 2013UNIT KOKURIKULUMLAPORAN PENYERTAAN KEJOHANAN GOLF

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU1.Nama Pertandingan: Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Daerah Johor Bahru2.Tarikh

: 29 30 dan 31 Januari 20133.Hari / Masa

: Selasa hingga Khamis4.Tempat

: Johore Golf Country Club, Johor Bahru.5.Objektif

: Memilih peserta untuk mewakili MSSD Johor Bahru dalam

Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor.6.Sasaran

: 6.1 Murid-murid yang bermain golf

6.2 Mempunyai handicap 24 (USGA) bagi murid lelaki dan 36

(USGA) bagi murid perempuan 7.Butiran aktiviti: Seperti di Lampiran A8.Kos

: Bayaran penyertaan RM 200.00 (RM100.00 seorang peserta)

Pengangkutan RM 60.00

Makanan dan minuman peserta RM 60.00

Jumlah keseluruhan RM320.00

9.Guru-guru terlibat: Encik Abdul Halim bin Jaaffar @ Idroo

(Pengurus Pasukan)10.Penilaian Pertandingan

10.1 Kekuatan

: 10.1.1 Mendapat sokongan penuh dari penjaga

10.1.2 Peserta mempunyai latihan yang mencukupi di bawah seliaan penjaga dan jurulatih masing-masing

10.2 Kelemahan : 10.2.1 Guru pengiring tidak mempunyai pengetahuan dalam

permainan golf

10.3 Cadangan Penambahbaikan : Guru pengiring dilantik menjadi pegawai kejohanan dan

dapat memberi peluang menambah pengetahuan dalam

permainan golf11.Dokumentasi Bergambar: Seperti di Lampiran B12.Maklumat peserta:

NAMANO.SBKELASHANDIKAP

Harith Danial bin Mohamad Syahriq BaskaranAW 864416 Emas 124

Ahmad Nazri bin Mohammad ShuhailleyAV 320886 Emas 124

Kaum

MELAYUCINAINDIALAIN-LAINJUMLAHJUM

BESAR

LPLPLPLPLP

222

13.Keputusan rasmi:

NAMAPUKULANKEDUDUKAN

Harith Danial bin Mohamad Syahriq Baskaran101No. 3 (Gangsa)

Ahmad Nazri bin Mohammad Shuhailley131No. 8 (Penyertaan)

14.Peserta yang layak mewakili

MSSZB / MSSDJB/ MSSJ/MSSM *

i) Harith Danial bin Mohamad Syahriq Baskaran- MSSJ

*potong yang tidak berkenaanDisediakan oleh :

(Abdul Halim bin Jaaffar @ Idroo)

Guru Penolong Kanan KokurikulumSK Taman Impian Emas

Disahkan :

LAMPIRAN A

MAKLUMAT PENGANJURAN KEJOHANAN GOLF

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU 2013

Nama Kejohanan:Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah

Johor Bahru

Penganjur

:Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru

Pengelola

:SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru

Tarikh

:29, 30 dan 31 Januari 2013

(Selasa, Rabu dan Khamis)

Tempat

:Royal Johore Country Club, Johor BahruPERATURAN KEJOHANAN GOLF

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU 2013

1.UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1Pertandingan ini akan mengikut Undang-undang The Royal and Ancient Golf of St. Andrews dan Local Rules Kelab Golf di mana pertandingan dijalankan.

1.2Pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Malaysia.

1.3Pemain yang didapati merokok,minum minuman keras akan dikenakan DQ manakala menggunakan telefon bimbit semasa pertandingan akan diberi amaran keras. Jika mengingkari kali kedua, penalty 2 pukulan dan kesalahan seterusnya akan dikenakan.

1.4Jika berlaku bencana alam atau masalah cuaca dimana pertandingan tidak dapat dilansungkan, skor hari pertama akan diambil kira atau tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Penganjur.

2.JENIS PERTANDINGAN

2.1Stroke Play bagi 18 lubang 2 hari.

2.2Pertandingan akan mengguna sistem first and Ten Tee box Start

3.PENDAFTARAN PEMAIN

3.1Lelaki dan perempuan bawah 18 tahun dan ke bawah lahir pada 01 Januari 1995 dan selepas (Sekolah Menengah)

3.2Lelaki dan perempuan bawah 15 tahun dan ke bawah lahir pada 01 Januari 1998 dan selepas (Sekolah Menengah)

3.3Lelaki dan perempuan bawah 12 tahun dan ke bawah lahir pada 01 Januari 2001 dan selepas (Sekolah Rendah)

3.4Semua pertukaran peserta perseorangan atau pasukan boleh dibuat dengan persetujuan dan kelulusan Jawatankuasa Pengelola dalam masa mesyuarat Pengurus Pasukan.

3.5Permohonan menyertai kejohanan hendaklah dibuat melalui borang penyertaan M01(sekolah menengah) dan R01 (sekolah rendah) yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

3.6Semua peserta hendaklah menyatakan butiran diri dan sertakan 1 salinan dokuman seperti berikut :

3.6.1Satu salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran.

3.6.2Satu keping gambar berukuran passport antarabangsa.

3.6.3Satu salinan kad handicap atau surat pengesahan handicap dari kelab golf masing-masing.

3.6.4Mempunyai sekurang-kurangnya handicap 24 (USGA) bagi peserta lelaki dan 36 (USGA) bagi peserta wanita.

4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1Pertandingan akan mengguna sistem First and Ten Tee Box Start. Siren panjang akan dibunyikan menandakan pertandingan dimulakan.

4.2Pengggunaan Buggy adalah tidak dibenarkan. Semua peserta dibenarkan menggunakan khidmat kedi.

4.3Kategori Lelaki A dan B akan mengguna Blue Tee Box, kategori perempuan A dan B akan menggunakan White Tee Box, dan kategori C lelaki dan perempuan akan menggunakan Red Tee Box.

5. PENENTUAN KEPUTUSAN

5.1 Acara Individu Gross Lelaki & Perempuan

Pemain yang mendapat skor gross terendah 18 lubang adalah juara diikuti oleh skor seterusnya untuk kedudukan berikutnya. Jika terdapat keputusan seri, penentuan pemenang akan dibuat dengan kiraan semula dalam 18 lubang terakhir , 3 lubang terakhir , 2 lubang terakhir dan lubang terakhir , mengikut susunan di atas. Penentuan juara dikira melalui Sistem OCB.5.2.1 Acara Berpasukan

Tiada 6. PAKAIAN

6.1Semasa pertandingan , peserta dikehendaki memakai pakaian golf yang sesuai. Kemeja T tanpa kolar, Seluar Jean / Seluar Track adalah DILARANG

6.2Semasa menghadiri upacara rasmi , peserta dikehendaki memakai pakaian seragam pasukan dan berkasut.

7. GELANGGANG PERTANDINGAN

Johore Golf Country Club

8. KELEWATAN

Peserta-peserta mesti melaporkan diri kepada Pegawai Pelepas (Starter) 10 minit sebelum Tee-Off . Peserta akan dikenakan penalti 2 pukulan mengikut Peraturan 33-7 jika gagal berbuat demikian tanpa sebab-sebab yang munasabah

9. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAHPeserta yang membuat NR atau didapati bersalah oleh Jawatankuasa Pertandingan kerana melanggar undang-undang serta disiplin pertandingan dikira kalah dalam acara berpasukan.

10. BANTAHAN

10.1Sila rujuk Peraturan Am (12) MSSM

10.2Sekiranya ada bantahan , hanya pengurus pasukan dibenarkan mengambil tindakan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) tunai.

10.3Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak berasas dan ditolak.

10.4Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dalam masa tiga puluh minit (30) selepas pertandingan.

10.5Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuarat selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan selepas bantahan diterima

10.6Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan dan MSSDJB.

11. LEMBAGA JURI RAYUAN

11.1Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM

11.2Perlantikan Juri Rayuan terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pengelola, Wakil MSSDJB , Pengadil Pertandingan dan pengurus yang tidak terlibat dengan kes bantahan.

11.3Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

12.LEMBAGA TATATERTIB

a. Sila rujuk Peraturan Am (14) MSSJ.

b. Perlantikan Jawatankuasa Tatatertib adalah seperti yang dilantik oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru .

13.PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am MSSM.

Ibu bapa adalah dilarang berada di padang diatas sebab keselamatan.

LAMPIRAN B

KOLEKSI GAMBAR KEJOHANAN GOLF

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU 2013

DI JOHORE GOLF COUNTRY CLUB, JOHOR BAHRU

SHAPE \* MERGEFORMAT