Laporan Guru Bertugas Minggu 17

download Laporan Guru Bertugas Minggu 17

of 5

description

H

Transcript of Laporan Guru Bertugas Minggu 17

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU 17EN KUMARAN A/L PERUMAL

PN ROSLINDA BTE MOHD SALLEH

PN SALHANA BTE MUSA4 MEI 2014 ( AHAD )

1. LAPORAN GURU BERTUGAS ( EN WAN MOHD AZHA BIN WAN MUDA )A.Kedatangan pelajar ke sekolah

- masih ramai pelajar datang lewat ke sekolah. Walaupun pelajar datang awal tetapi masuk lewat ke dalam kawasan sekolah dan duduk di kawasan meletak motosikal atau di hadapan kedai. Guru bertugas telah membuka dewan dan sepatutnya pelajar boleh masuk ke dalam dewan mengikut waktu yang ditetapkan.

B. Kebersihan Kantin

- Tahniah kepada pelajar kerana dapat memasukkkan pinggan dan cawan ke dalam besen yang disediakan. Namun masih terdapat segelintir pelajar yang tidak membuang plastik pembungkus makanan ke dalam tong sampah dan membiarkannya bertabur di bawah meja dan lantai.

C. Disiplin

- Disiplin adalah terkawal. Namun terdapat sebilangan pelajar yang tidak keluar dari kelas semasa waktu rehat dan makan di dalam kelas. Terdapat juga pelajar yang makan di tepi longkang kantin dan membuang sampah merata-rata.

D. Program Jati Diri Kokurikulum telah Berjaya dilaksanakan pada 30 April hingga 3Mei 2014.E. Aktiviti kokurikulum dan 1M1S berjalan seperti biasa.

F. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas:

1. Tingkatan 4M

2. Tingkatan 5M

3. Tingkatan 1B

Kelas terkotor : Tingkatan 2D

2. PN RASYIDAH BTE RAHMATA. Pelajar baru Tingkatan Enam Bawah akan mula mendaftar pada 5 Mei 2014( Isnin ). Orientasi Tingkatan Bawah akan dijalankan bermula 5 Mei 2014 sehingga 15 Mei 2014.

B. Pelajar Tingkatan 6 Bawah akan berpakaian Smart Kasual seperti pelajar IPTA/IPTS.

C. Pelajar SPM 2013 yang ditawarkan Tingkatan 6 Bawah adalah seramai 98 orang. Senarai nama pelajar akan ditampal di papan kenyataan pentadbir. Sila semak.

D. Cara pelajar Tingkatan 6 Bawah adal sangat mudah kerana berdasarkan sistem semester.3. TN HJ ZAINI BIN KASBANIA. Kehadiran

- setiap hari guru bertugas akan maklumkan dewan telah dibuka awal dan meminta pelajar untuk masuk ke dalam dewan tetapi pelajar masih tidak mematuhi arahan guru bertugas. Pelajar perlu berada di dalam dewan pada jam 7.20 pagi dan kedatangan pelajar akan diambil oleh guru kelas. Selepas jam 7.30 pagi, sekiranya pelajar tidak memaklumkan kehadiran, kehadiran pelajar akan ditanda L (lewat).

B. Budaya Pelajar

- Ramai pelajar tidak hadir pada hari Ahad

- Ramai pelajar tidak hadir jika ada persekolahan ganti pada hari Sabtu

-Pada hari Selasa,ada aktiviti 1M1S, ramai pelajar yang akan minta kebenaran balik dan memanggil ibubapa datang dengan alasan sakit.

3. EN RAHIM BIN ROSDIA. Kejohanan Sepak Takraw MSSD

- bermula 6 hingga 8 Mei 2014, SMK Paloh akan menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kluang. Dewan Bayu Sri dan Dewan SJKC akan digunakan. Bagi kelas yang dibawa oleh guru sahaja boleh masuk untuk memberikan sokongan.

B. 1M1S ditangguhkan.

C. Aktiviti Kokurikulum berjalan seperti biasa.

4. TN HJ OMAR BIN PM MOHAMADA. Peperiksaan

- Pada 5 Mei 2014, peperiksaan setara Bahasa Melayu akan dijalankan serentak seluruh Negara.Pastikan pelajar bersedia dan dapat jawab dengan baik.

B. Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada 8 Mei 2014.C. Semua slip peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 3 dan 5 akan diedarkan oleh PK 1.pastikan pelajar siap sedia untuk memberikan sebab sekiranya gagal dalam matapelajaran.

D. Pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan pertengahan tahun, pihak sekolah tidak akan menjalankan peperiksaan khas kecuali bagi pelajar yang mewakili sekolah.

E.Peperiksaan pertengahan tahun perlu dijalankan dengan leih baik dan tertib kerana ada pelawat yang akan datang untu melihat perjalanan pelajar menjalani peperiksaan. Mana-mana pelajar yang tido, gambarnya akan diambil dan ibubapa akan dipanggil.

F. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar perlu memakai uniform sekolah sahaja. Pakaian PJK tidak dibenarkan.

G. Kejohanan Sepak Takraw MSSD

- Pelajar tidak dibenarkan pergi ke dewan tanpa kebenaran PK 1 dan Pengetua. PDP perlu diutamakan selain pelajar yang menjadi urusetia di bawah EN Rahim dan telah dibekalkan tanda nama khas.

5. PENGETUAA. Ucap tahniah kepada pelajar yang mengikuti Perkhemahan Jatidiri Kokurikulum kerana hadir ke sekolah dan bersemangat untuk belajar. Kehadiran ke sekolah adalah sangat penting. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.

B. Peperiksaan Pertengahan Tahun

- harap tiada pelajar yang tidur semasa peperiksaan berjalan. Guru diminta mengejutkan pelajar yang tidur.

C. Lawatan Jemaah Nazir

- Jemaah nazir akan datang ke sekolah untuk Tawaran Baru (New Deal). Para pelajar perlu menunjukkan disiplin dan penampilan sebagai pelajar SMKPaloh yang baik. Budaya member salam kepada pelawat dengan panggilan Puan, Cikgu, Tuan dan sebagainya.5 MEI 2014 ( ISNIN )1. EN. RAHIMBIN ROSDI

A. Pemakaian Uniform - Mengikut surat pekeliling guru-guru adalah digalakkan memakai baju beruniform dan digalakkan memakai uniform pada hari Rabu.

B. 1M1S ditangguhkan pada minggu ini disebabkan penganjuran Kejohanan Sepak Takraw MSSD.

C. Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini adalah badan beruniform. Kehadiran kokurikuum dan register diambil pada waktu pagi ( perhimpunan pagi ). Hanya pelajar yang terlibat dengan pertandingan kawad kaki sahaja datang pada waktu petang. Manakala pelajar lain dibenarkan balik.

2. PN. RASYIDAH BTE RAHMAT

A. Pelajar tingkatan 6 bawah akan mendaftar pada hari ini dengan berpakaian Smart Casual. Aktiviti minggu orientasi juga akan bermula pada minggu ini. Guru yang terlibat dengan slot diharapkan dapat bersedia.

3. TN HJ OMAR BIN PM MOHAMAD

A. Mesyuarat semua guru akan diadakan pada jam 2 petang ini.

B. Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 pada pagi ini adalah mengikut SOP sebenar.

4. PN. MARDYANA BTE MAHBOB

A. Kerjasama daripada panitia PJPK, BI, Sains Pertanian, Sains Sukan, Pend. Agama Islam, Bahasa Tamil, Ekonomi Asas, dan Fizik:

- dapat mengemaskini fail dengan lebih baik

- dapat menyemak semula maklumat tahun 2013

- status ketua panitia dan setiausaha ketua panitia perlu ditandatangani oleh guru kanan pelajaran.

- ketua dan setiausaha ketua panitia akan mengeluarkan failinduk 2013, surat iringan, minit mesyuarat dan surat lantikan dan semakan.

5. PENGETUA

A. Guru-guru diseur untuk bersama-sama bekerjasama untuk pemeriksaan jemaah nazir.

B. Guru-gur diharapkan dapat melakukan sesuatu untuk menaikkan nama SMK Paloh.

6. EN ASFAIFAL

A. Bagi pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 yang masih belum menjelaskan bayaran PAJSK diharapkan dapat memuat pembayaran dengan kadar segera.

B. Pada 21 Mei 2014, sesi bergambar bersama Pengetua. Guru-guru diharapkan dapat memakai pakaian unit beruniform.

-

6 MEI 2014 ( SELASA )

1. TN. HJ.OMAR BIN PM MOHAMAD

A. Peperiksaan Pertengahan Tahun

- Pelajar yang didapati tidur semasa peperiksaan, gambarnya akan diambil dan akan ditampal di papan kenyataan di hadapan bilik pentadbir. Ibubapa pelajar akan dipanggil ke sekolah.

2. EN KUMARAN A/L PERUMALA. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran pelajar tingkatan 6 bawah.B. Kejohanan sepak takraw MSSD bermula pada hari ini. Pelajar yang tidak terlibat dengan kejohanan sepak takram diminta untuk tidak datang ke gelanggang kejohanan.

C. Sekiranya pelawat/jemaah nazir datang, pelajar diminta memberikan salam, ucapan selamat sejahtera, selamat pagi dan senyum kepada pelawat. Jika diajukan soalan, cuba jawab dengan baik.

D. Aktiviti 1M1S pada petang ini ditangguhkan.

E. Aktiviti kokurikulum pada hari Rabu (esok ) adalah unit beruniform. Pelajar yang terlibat dengan kawad kaki sahaja perlu berkumpul bersama guru penasihat masing-masing pada jam 2.30 petang.

F. Perhimpunan pagi pada hari esok di dataran kejat.

7 MEI 2014 ( RABU )

1. PENGUMUMANA. Semua pelajar yang disebutkan, sila berjumpa dengan Tn Hj Zaini.

B. Semua ahli Pandu Puteri, sila tnggu di dataran kejat untuk berjumpa dengan Pn Gan.

C. Semua ahli Silat yang menyertai pertandingan silat tempoh hari, sila berjumpa dengan CikSiti Khalimah selepas perhimpunan.

D. Semua pengawas diminta berkumpul di Balai Pengetua Cemerlang selepas perhimpunan.

E. Semua guru pengawas, guru disiplin dan guru-guru baru, sila berkumpul di Balai Jasa Murni selepas perhimpunan.

F. Semua ahli kadet polis, sila berjumpa dengan En Nathan selepas perhimpunan ini.

G. Ahli PBSM yang disebutkan adalah terlibat dengan pertandingan kawad kaki dan latihan akan dijalankan pada petang ini.

2. EN YUSRI BIN LIWONA. Perhatian kepada semua pelajar. Pada waktu akhir PDP 1.10 hingga 1.50 petang, semua kelas tingkatan 1,2 dan 3 serta Peralihan, Unit 3K sudah menyediakan alas meja baru sempena kedatangan nazir. Sila alas meja pada hari ini juga. Guru matapelaaran waktu akhir sila ambil perhatian.3. EN RAHIM BIN ROSDI

A. Aktiviti kokurikulum pada minggu ini ditangguhkan tetapi para pelajar yang terlibat dengan latihan kawad kaki, sila berjumpa dengan guru penasihat masing-masing untuk sesi latihan petang ini.

4.EN NOR HILMI BIN ABU BAKAR

A. Pada hari Sabtu akan diadakan pertandingan kawad kakidi antara unit beruniform yang akan bermula pada jam 10.30 pagi. Semua tingkatan akan rehat pada jam 10.00 pagi. Pada jam 10.20 pagi, semua pelajar perlu berkumpul di dalam dewan. Kehadiran akan diambil sebagai kehadiran badan beruniform.

8 MEI 2014 ( KHAMIS )

Perhimpunan pagi dibatalkan ekoran peperiksaan Pendidikan Moral bagi Tingkatan 4 dan 5

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

( Salhana Bte Musa )

( Hjh Saloma Bte Hj Zaini )