Laporan Guru Cemerlang

6
LAPORAN GURU CEMERLANG Menurut Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my/v/definisi-guru-cemerlang , guru cemerlang ditakrifkan sebagai guru yang mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dan sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru cemerlang adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukar kepada jawatan pentadbiran. Langkah ini akan memberikan ruang dan peluang kepada guru-guru yang mempunyai motivasi yang tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu. Ini memberikan peluang kepada pihak pentadbiran itu sendiri untuk memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah. Pelaksanaan konsep ini juga bertujuan untuk menjadikan guru- guru yang dilantik sebagai seorang role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama berjuang meningkatkan tahap pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing. Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan, dapat dilihat bahawa untuk menjadi seorang guru cemerlang, guru itu perlulah

description

Laporan Guru Cemerlang

Transcript of Laporan Guru Cemerlang

Page 1: Laporan Guru Cemerlang

LAPORAN GURU CEMERLANG

Menurut Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di

http://www.moe.gov.my/v/definisi-guru-cemerlang , guru cemerlang ditakrifkan sebagai guru

yang mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dan sentiasa

berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab terutama dalam

bidang pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia

memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru cemerlang adalah untuk memberikan

ruang dan peluang kepada guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata

pelajaran yang diajar ataupun dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukar kepada jawatan

pentadbiran. Langkah ini akan memberikan ruang dan peluang kepada guru-guru yang

mempunyai motivasi yang tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang

tertentu. Ini memberikan peluang kepada pihak pentadbiran itu sendiri untuk memperkasakan

lagi proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah.

Pelaksanaan konsep ini juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai

seorang role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk

sama-sama berjuang meningkatkan tahap pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran di

sekolah masing-masing.

Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan, dapat dilihat bahawa untuk menjadi seorang

guru cemerlang, guru itu perlulah mempunyai ciri-ciri yang tertentu supaya kualiti kerja dapat

ditingkatkan dari masa ke masa. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru cemerlang dibahagikan

kepada dua aspek yang utama iaitu ciri-ciri personaliti dan aspek kemahiran pedagogi. Ciri-ciri

personaliti merujuk kepada sikap menepati masa, dapat mewujudkan suasana jenaka tetapi tegas,

kemas, mengikut peraturan dan arahan yang diberikan. Manakala aspek kemahiran pedagogi

pula adalah seperti komunikasi yang berkesan seperti bahasa yang lancar, kreativiti dan

keupayaan dalam menyelesaikan masalah secara spontan.

Page 2: Laporan Guru Cemerlang

Lima aspek kecemerlangan telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut M. Nasir Masran (2000) di dalam kertas prosiding yang bertajuk Guru Cemerlang :

Personaliti dan Kemahiran : Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan

dalam Pendidikan :3-4 Oktober 2000 : Bahagian Pendidikan Guru, KPM : m/s 153-178. Mohd

Nasir menyatakan bahawa guru cemerlang dipengaruhi oleh kecemerlangan peribadi.

Kecemerlangan peribadi dimaksudkan sebagai mempunyai nilai kendiri yang positif, berakhlak

mulia, adil, bertimbang rasa, amanah, bertanggungjawab, kreatif, inovatif, kemas, sikap sedia

berkongsi, bersikap terbuka dan berfikiran positif.

Kedua, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran. Kecemerlangan ini merangkumi

kebolehan mengamalkan budaya ilmu, berkebolehan menyelesaikan masalah, membuat

keputusan secara rasional serta objektif dan sebagai pakar rujuk masing-masing. Ketiga adalah

kecemerlangan komunikasi. Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh

warga yang bergelar guru sebagai salah satu senjata utama dalam melaksanakan tugas

menyebarkan ilmu serta kemahiran kepada murid-murid. Perkara yang perlu dikuasai oleh guru

cemerlang dari segi komunikasi adalah kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea secara

berkesan, memulakan serta merintis sesuatu usaha sehingga berjaya, berjaya membina dan

memelihara hubungan mesra serta menghormati semua ahli masyarakat.

Keempat adalah kecemerlangan potensi merujuk kepada keberkesanan sumbangan

terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Ini merujuk kepada penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu, kursus-kurus

profesional, seminar dan sebagainya.

• Pengajaran dan Pembelajaran

Perbincangan tentang guru yang berkesan memang banyak ditulis dan juga dikaji. Aspek

keberkesanan dilihat dari segi sekolah, pengurusan, media pengajaran, latihan guru dan lain-lain.

Dalam bahagian ini penumpuan diberikan kepada guru. Antara ciri-cirinya adalah:

Page 3: Laporan Guru Cemerlang

(a) Kecekapan Bidang

Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang

bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Guru

yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana

beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik. Guru juga

perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi

keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yang berkesan akan terus menerima tanggungjawab

untuk mempelajari perkara yang beliau kurang mahir.

(b) Kepelbagaian Kaedah Mengajar

Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai dengan

isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk

mengajar kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah mengajar.

(c) Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran

Guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam

pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain. Guru yang

berkesan akan sentiasa sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar.

Page 4: Laporan Guru Cemerlang

RUJUKAN

• Admin (2014). Definisi Guru Cemerlang : Portal Rasmi Kementerian Pendidikan

Malaysia. Diakses daripada http://www.moe.gov.my/v/definisi-guru-cemerlang.

Diakses pada 14.Oktober.2014

• Deria. (2008). Ciri-Ciri Guru Cemerlang :Profesionisme Guru. Diakses daripada

http://deriakacamata.blogspot.my/2008/11/ciri-ciri-guru-cemerlang.html. Diakses

pada 14. Oktober. 2015

• CikguSue. (2013). Ciri-Ciri Guru Cemerlang : Laman Cikgu Sue PKHAS. Diakses

daripada http://cikgusuepkhas.blogspot.my/2013/07/ciri-ciri-guru-cemerlang.html.

Diakses pada 14. Oktober. 2015

• SMK Bakai. (2011). Definisi Sebenar Guru Cemerlang. Diakses daripada

http://smkbakai.blogspot.my/2011/03/definisi-sebenar-guru-cemerlang.html. Diakses

pada 14. Oktober. 2015