Laporan Hari Kedua

download Laporan Hari Kedua

of 5

description

:P

Transcript of Laporan Hari Kedua

LAPORAN HARI KEDUA7 MAC 2015 ( SABTU )

0545-0800

Pada hari kedua ini kami perlu bangun dan bersiap seawal jam 0600 pagi dan memandangkan sebahagian daripada sekawan Biru Dua perlu berjaga malam untuk kawalan sentry jadi ini memudahkan bagi kami untuk bangun pagi kerana dikejutkan dengan rakan yang bertugas. Setelah selesai bersiap dan solat subuh kami bersiap siap untuk melakukan senaman pagi yang dilakukan di dataran PULAKO yang telah diketuai oleh En. Abdul Halim Bin Wahab. Namun senaman pagi dibatalkan tetapi diteruskan dengan sarapan pagi iaitu bihun goreng dan juga air teh. Jurulatih yang bertugas ada membuat pengumuman kepada semua peserta agar membersihkan kawasan khemah masing-masing dan membuat serta menambah baik gajet kumpulan sekawan masing-masing. Kami diberi masa sehingga jam 9 pagi untuk membuat pengurusan diri dan seterusnya bersiap sedia dengan memakai uniform lengkap untuk meneruskan slot yang seterusnya.

0900-1200 ( AKTIVITI ASAS PENGAKAP )Pada jam 0900 pagi, semua peserta kursus diminta berkumpul di dataran PULAKO bagi menjalankan aktiviti Istiadat Laung Agung, kibar bendera, upacara persetiaan pengakap dan seterusnya taklimat daripada ketua kursus. Sekawan yang bertugas pada pagi itu adalah sekawan Merah. Setelah tamat Istiadat Laung Agung dijalankan, kami berkumpul di dewan terbuka untuk meneruskan slot yang seterusnya iaitu aktiviti asas 1( pengakap kanak-kanak) yang diketuai oleh jurulatih iaitu Encik Shukri B. Mat Yaacob. Pada slot kali ini kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan sekawan yang perlu melengkapkan kepada 4 stesen iaitu stesen 1, ikatan dan simpulan oleh En. Shukri b. Mat Yaacob, stesen 2, pertolongan cemas oleh En. A Jailani b. Che Abas, stesen 3, wogel oleh Tn. Sarudin b. Md. Amin dan stesen 4 Istiadat Laung Agung serta persetiaan dan undang-undang oleh En. Halim b. Abdul Wahab. Melalui 4 stesen ini kami diberi pendedahan berkenaan dengan kemahiran asas pengakap kanak-kanak di mana kemahiran asas ini akan kami aplikasikan semasa menjadi pemimpin di sekolah kelak. Di antara stesen yang mencabar adalah stesen membuat wogel yang memerlukan kemahiran membuat wogel dengan menggunakan tali mesin jahitan. Setiap peserta perlu menghasilkan wogel secara individu. Setiap stesen diberi masa yang terhad supaya semua peserta dapat mempelajari aktiviti asas tersebut.1200-1330 ( CERITA HUTAN )Setelah selesai menjalani kemahiran asas pengakap di empat stesen, kami kembali berkumpul semula di dewan terbuka untuk mendengar slot yang seterusnya iaitu cerita hutan. Slot pada tengahari tersebut telah dikendalikan oleh Tuan Hj Dzulkarnain B Mat Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTAA yang juga merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk memberi pendedahan kepada kami tentang kemahiran cerita hutan kepada pengakap kanak-kanak apabila mengajar di sekolah nanti. Slot dimulakan dengan menyanyikan beberapa lagu pengakap seperti Biyake dan Kopi Koma. Suasana cuaca yang agak panas menyebabkan sebahagian dari peserta merasa letih dan juga mengantuk. Di dalam slot tersebut, penceramah ada menyatakan bahawa setiap pemimpin perlu menguasai cerita hutan dan juga beberapa cerita lucu dengan tujuan untuk menarik minat murid kepada persatuan pengakap.

Di dalam slot tersebut juga beliau ada menyentuh berkenaan dengan asas kemahiran cerita hutan ini merupakan satu cara untuk menarik minat murid yang sememangnya gemarkan pelbagai jenis cerita. Beliau juga menggariskan beberapa elemen kaedah bercerita kepada para peserta iaitu cerita bertemakan pengajaran, lucu, nasihat, saling menghormati, cerita bersiri, cerita jenaka dan banyak lagi. Bagi tugasan aktiviti berkumpulan pula, setiap sekawan dikehendaki untuk membentangkan sebuah cerita yang bertemakan bebas kepada semua peserta. Masa yang diberikan untuk menyediakan cerita adalah 3 minit dan setiap wakil sekawan perlu bercerita dalam tempoh 2 -3 minit masa yang diberi.

Keadaan pada petang itu menjadi hangat dan riuh dengan pelbagai cerita yang diperdengarkan oleh setiap wakil sekawan yang dimulakan dengan sekawan Merah. Setiap wakil mereka sedaya upaya mengolah cerita dengan sebaik mungkin agar menarik perhatian para peserta kursus. Dan secara tidak langsung, kemahiran bercerita ini dapat meningkatkan tahap keyakinan berkomunikasi di khalayak dan meningkat pengetahuan masing-masing. Encik Dzulkarnain mengucapkan syabas kepada semua wakil sekawan kerana berjaya menyampaikan cerita yang terhibur dan berkesan pada slot tersebut dan beliau berharap agar para peserta dapat input yang berguna dengan slot cerita hutan. Slot tersebut diakhiri dengan tepuk pengakap beramai-ramai. Setelah selesai slot tersebut, kami peserta kursus diberi rehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat zohor bagi yang muslim. Seterusnya slot akan diteruskan pada jam 2.30 petang.1430-1630 ( SISTEM PATROL )Pada jam 1430 kami telah bersiap siap dengan pakaian lengkap untuk berkumpul bagi meneruskan slot yang seterusnya. Pada petang itu slot yang seterusnya, dipimpin oleh kami iaitu sekawan Biru Dua selaku sekawan yang bertugas pada petang itu. Saudari Aminah Anuar selaku ketua patrol telah memberi arahan pada dewan agar duduk sedia dan beliau terus melaporkan kepada tuan penceramah iaitu Tuan Hj Hamdan b. Abdul Rahim yang akan memberikan ceramah yang bertajuk Sistem Patrol. Seperti biasa slot pada petang itu dimulakan dengan lagu pengakap. Tujuan lagu pengakap dinyanyikan adalah untuk menimbulkan rasa seronok para peserta kursus. Di antara kandungan yang terdapat di dalam ceramah yang beliau sampaikan adalah sistem patrol yang merupakan tulang belakang bagi sesuatu aktiviti pengakap, apakah tujuan dan juga faedah sistem patrol dan seterusnya syarat- syarat untuk menjadi ketua patrol di dalam pengakap. Di antara syarat-syarat utama seorang ketua patrol adalah fahami serta patuhi peraturan yang diberikan, serta persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap.

Beliau turut menyentuh ciri-ciri utama sifat seorang pemimpin, antaranya adalah : Patuh kepada tujuan kepimpinan dan membentuk generasi akan datang Berminat, tabah, sabar, berkeyakinan serta jujur. Ikhlas, berfikiran terbuka serta memberi dan menerima teguran Sentiasa menambah pengetahuan.

Tidak berkepentingan diri

Berkemampuan & berwibawa

Di akhir ceramah yang beliau sampaikan, beliau turut berpesan kepada semua peserta kursus agar sentiasa memupuk minat murid untuk menjadi seorang ketua sekawan atau ketua patrol dengan baik dan mampu memimpin ahli pengakap ke arah pembentukkan sahsiah yang positif dan cemerlang kearah menjadi seorang modal insan yang berjaya sebagai seorang ahli pengakap. 1700-1830 ( PERMAINAN PENGAKAP )Slot yang seterusnya adalah permainan pengakap yang akan dikendalikan oleh Encik Shukri Bin Mat Yaacob. Di dalam slot ini beliau ada memberikan penekan secara khusus kepada semua peserta betapa pentingnya menguasai teknik permainan kanak-kanak di dalam pengakap. Ini kerana apabila mengendalikan perjumpaan bersama dengan murid nanti tentunya selaku pemimpin pengakap para guru perlu mahir untuk mengendalikan permainan dengan bertujuan menimbulkan keseronokan kepada murid. Pada petang itu beliau ada memberikan demostrasi berkenaan dengan permainan yang popular di kalangan ahli pengakap. Tetapi terlebih dahulu, beliau memperkenalkan YELL kepada semua peserta dan setiap sekawan perlu mereka YELL ataupun sorakan sebagai trademark sekawan masing-masing sebagai tanda menghargai kumpulan sekawan yang lain. Ini merupakan pendendahan yang pertama bagi kami yang menyertai kursus ini dan menjadi seronok apabila dipraktikkan. Terdapat beberapa siri permainan yang diperkenalkan di dalam slot ini. Diantaranya ialah, bermain Boom, Pang Ping Pong, Permainan Bola Sorak, Musang dan Ayam, Belalang Belatok dan sebagainya. Para peserta kursus juga berpeluang untuk mencuba permainan yang diperkenalkan. Semua peserta kursus berasa gembira apabila aktiviti permainan dijalankan. Setelah tamat sesi permainan pengakap kami memberikan tepuk pengakap dan seterusnya mendengar sedikit taklimat telah diberikan oleh pihak urusetia untuk persiapan malam pengakap pada malam ini.

Untuk persiapan malam pengakap yang akan berlangsung pada malam ini, kumpulan sekawan kami mendapat tema sahabat sepakat dan juga mendapat giliran melakukan persembahan yang ke-enam. Debaran rasa kian memuncak apabila menyaksikan kumpulan sekawan yang lain sibuk membuat latihan persembahan yang mantap. Kami mengambil sedikit masa pada petang itu untuk berbincang dan membuat latihan untuk malam pengakap. 2030-2330 ( MALAM PENGAKAP )

Seawal jam 2030 kelihatan hujan turun dengan lebatnya. Pakaian pada malam itu adalah diwajibkan mengenakan pakaian seragam yang lengkap. Aturcara pada malam itu dimulakan dengan sedikit teori tentang malam pengakap yang disampaikan oleh Encik Syahariman Bin Hamid selaku pesyarah muzik IPGKTAA dan juga merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Di dalam ceramah yang disampaikan oleh beliau di antaranya ialah syarat-syarat untuk mengadakan malam pengakap dan jenis-jenis persembahan yang boleh dilakukan oleh setiap ahli pengakap. Setiap persembahan juga perlu merangkumi beberapa aspek seperti tidak menyentuh isu-isu sensitif dan isu politik serta tidak berkelakukan lucah dalam persembahan. Kriteria pemarkahan juga turut diambil kira dari pelbagai aspek seperti unsur nasihat dalam persembahan.

Malam pengakap pada malam itu telah dipengerusikan oleh saudara Nagasami dan juga saudari Fadzlun. Dimulakan dengan sekawan merah satu yang membawa tema pertolongan cemas. Kami diminta memberi YELL kepada sekawan merah untuk persembahan yang mereka lakukan. Tiba giliran persembahan kami yang ke-enam. ramai peserta memberi tepukan. Persembahan malam pengakap tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang jurulatih yang datang untuk melihat persembahan kami. Kumpulan sekawan yang terakhir yang membuat persembahan adalah dari sekawan Jingga dari IPGKDRI. Sesi malam pengakap pada malam itu diakhiri dengan sesi penyerahan tugas dari sekawan jingga kepada sekawan Biru Dua. Sebelum semua peserta bersurai, pihak urusetia mengumumkan nama giliran peserta kursus yang perlu mengawal pada malam terakhir ini. Kami sekawan yang bertugas bermula tengah malam tersebut bersiap sedia untuk hari yang seterusnya dan menyediakan laporan dalam buku yang disediakan. Setelah selesai semua aktiviti pada hari tersebut, semua peserta pulang ke khemah masing-masing dan membuat pengurusan diri seterusnya berehat.