Laporan Harian Hari KELAPAN

2

Click here to load reader

description

NOTA

Transcript of Laporan Harian Hari KELAPAN

Tarikh : 3 Jun 2013Hari: IsninMasa: 7.30 malam 9.00 malamTempat: SurauAktiviti: Pertandingan Hafazan Peringkat Permata Pintar

Semua pelajar Program Perkhemahan PERMATApintar bersama-sama pengurus pelajar telah mendirikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Pada hari ini dijalankan Pertandingan Hafazan peringkat Permata Pintar buat julung kalinya. Para peserta terlebih dahulu telah diberikan surah-surah lazim untuk dihafaz. Setiap kelaswajib menghantar seorang wakil lelaki dan seorang wakil perempuan bagi menyertai pertandingan hafazan ini. Surah-surah yang perlu dihafaz antaranya ialah Surah An-Nas, Surah Al-Fiil, Surah An-Nabaa, Surah Al-Mulk, Surah As-Syams, Surah Al-Bayyinah, dan lain-lain lagi. Setiap peserta hafazan perlu mencabut tiga buah surah untuk diperdengarkan kepada juri hakim dan diuji dengan beberapa potongan ayat dalam surah-surah yang telah dipilih tadi. Alhamdulillah, pertandingan hafazan telah berjalan dengan lancar dan keputusan akan diumumkan pada hari Khamis iaitu semasa sambutan Isra Mikraj.

Disediakan oleh,Disemak oleh,Disahkan oleh,

__________________________________________________(Ustazah Noor Izwani)(Ustaz Muhaimin)(Dr. Mohd Arif Hj Ismail)