Laporan Herbarium Dan Memotong Kaca

7
Laporan Herbarium. A. Penyediaan Bahan. 1. Pemilihan tumbuhan ( Pokok Bayam Duri) 2. Alatan berkebun. 3. Surat khabar lama 4. Plastic pembalut 5. Benang 6. Gunting 7. Pisau B. Prosedur/ Langkah-langkah 1. Pengumpulan Spesimen. Spesimen tumbuhan yang dikumpul dari kawasan tertentu seboleh- bolehnya terdiri daripada ranting, daun, bunga, buah, batang atau struktur yang istimewa. Pokok yang dipilih ialah Pokok Bayam Duri. Bagi pokok Bayam Duri ini, seluruh pokok itu boleh digunakan dan akarnya perlu dibasuh di bawah air pili yang mengalir untuk membersihkan tanah dan kotoran. Pokok Bayam Duri yang diambil perlulah segar dan sihat. 2. Proses Penekanan. Susunkan spesimen di atas kertas surat khabar lama. Spesimen perlu disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Semasa penyusunan spesimen ini di atas kertas akhbar lama, bahagian-bahagian yang terdapat pada Pokok Bayam Duri ini perlu dipastikan terbuka atau kembang untuk mudah dilihat terutamanya pada bahagian daun.

description

sains

Transcript of Laporan Herbarium Dan Memotong Kaca

Page 1: Laporan Herbarium Dan Memotong Kaca

Laporan Herbarium.

A. Penyediaan Bahan.

1. Pemilihan tumbuhan ( Pokok Bayam Duri)

2. Alatan berkebun.

3. Surat khabar lama

4. Plastic pembalut

5. Benang

6. Gunting

7. Pisau

B. Prosedur/ Langkah-langkah

1. Pengumpulan Spesimen.

Spesimen tumbuhan yang dikumpul dari kawasan tertentu seboleh-bolehnya terdiri daripada

ranting, daun, bunga, buah, batang atau struktur yang istimewa.

Pokok yang dipilih ialah Pokok Bayam Duri. Bagi pokok Bayam Duri ini, seluruh pokok itu boleh

digunakan dan akarnya perlu dibasuh di bawah air pili yang mengalir untuk membersihkan tanah

dan kotoran.

Pokok Bayam Duri yang diambil perlulah segar dan sihat.

2. Proses Penekanan.

Susunkan spesimen di atas kertas surat khabar lama.

Spesimen perlu disusun mendatar di antara kertas akhbar lama.

Semasa penyusunan spesimen ini di atas kertas akhbar lama, bahagian-bahagian yang terdapat

pada Pokok Bayam Duri ini perlu dipastikan terbuka atau kembang untuk mudah dilihat

terutamanya pada bahagian daun.

Pada bahagian daun perlu disusun dengan ada bahagian dari permukaan hadapan dan ada

kepingan daun yang lain dari permukaan belakang.

Selepas berpuas hati dengan susunan spesimen, spesimen ini dialas dengan papan lapis dari atas

dan bawah.

Susunan papan lapis ini diikat seketat mungkin untuk menambah tekanan.

Untuk menambahkan lagi tekanan, spesimen yang ini diletakan atau ditimbun dengan timbunan

akhbar lama lagi.

Page 2: Laporan Herbarium Dan Memotong Kaca

3. Proses pengeringan.

Spesimen tumbuhan yang diikat pada herbarium boleh dikeringkan alam ketuhar pada suhu

450C – 600C selama 3 – 6 hari.

Spesimen yang dikeringkan melalui pengeringan udara atau dibawah cahaya matahari, kertas-

kertas akhbar lama perlu ditukar setiap selang sehari dan berat pemberat semakin bertambah

sehingga spesimen menjadi kering.

Proses ini mengambil masa sehingga 2 minggu.

4. Pemanjangan

Spesimen yang telah kering disusun pada kertas putih (mounting board) bersaiz 30cm x

40cm.

Spesimen tersebut selepas disusun akan diikat pada mounting board dengan menggunakan

benang.

lubang dibuat dan kemudian akan mengikat spesimen paa mounting board sekemas

mungkin.

5. Pengelasan.

Pemerolehan maklumat saintifik dibuat bagi mendapatkan maklumat saintifik mengenai

Pokok Bayam Duri ini.

6. Pelabelan.

Melabel semua bahagian-bahagian yang terdapat pada Pokok Bayam Duri. Pada pokok ini

terdapat daun, batang, duri dan akar. Pada bahagian daun, label yang dibuat adalah

sebanyak dua label iaitu label bahagian hadapan daun dan label bahagian belakang daun.

Label lain yang dibuat ialah label mengenai ciri-ciri Pokok Bayam Duri. Bermula dari nama

famili, nama saintifik, nama tempatan, siapa pengumpulnya, tempat yang diperolehi serta

kegunaannya dilabelkan disebelah penjuru kanan bawah.

Page 3: Laporan Herbarium Dan Memotong Kaca

Kerja Kaca.

Memotong Kaca.

A. Penyediaan Bahan.

1. Pemotong kaca yang mempunyai “kepala Intan”.

2. Kikir segitiga

3. Pembaris meter

4. Sarung tangan

5. Google

B. Prosedur / Langkah

Kepingan kaca di sapu dengan sehelai kain turpertin.

Kertas akhbar lama diletakkan sebagai pengalas.

Tandakan bahagian yang hendak dipotong

Gunakan ‘T-Square’ sebagai panduan.

Pemotong kaca berkepala intan tadi diguriskan di atas kepingan kaca.

Bahagian yang diguris diletakkan selari dengan bucu meja.

Tekanan kemudiannya diberi untuk mematahkannya.

Kikir digunakan untuk melicinkan gerigis kaca yang terhasil semasa memotong kepingan kaca

tersebut.

C. Kemalangan yang mungkin terjadi.

Luka pada jari akibat serpihan kaca

Habuk atau serpihan kaca masuk mata sekiranya tidak memakai google.

Luka terkena pemotong kaca sekiranya tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

D. Cara mengatasi.

Menggunakan google dan sarung tangan.

Berhati-hati dan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Memberi sepenuh perhatian ketika melakukan kerja memotong kaca.

Page 4: Laporan Herbarium Dan Memotong Kaca

Menghasilkan Penitis Kaca.

A. Penyediaan Bahan.

1. Tiub kaca

2. Pemotong tiub kaca

3. Playar

4. Bunting

1. Memotong tiub kaca.

Pemotong tiub kaca digunakan untuk memotong tiub kaca.

Tiub kaca dicalarkan dengan menggunakan pemotong tiub kaca dengan mencalar

dengan mengelilingi tiub kaca.

Apabila telah terdapat kesan calar yang konsisten pada tiub kaca tersebut, ianya telah

boleh dipatahkan dengan cara memegang di kedua-dua belah tiub kaca tersebut dan

memberikan tekan untuk mematahkankannya

Hujung tiub kaca yang tajam dilicinkan dengan memutar dan memanaskannya di dalam

api penunu Bunsen.

2. Membuat penitis kaca.

Tiub kaca digunakan untuk membuat penitis kaca.

Rod kaca ini dipanas sambil memutar tiub kaca ini secara searah.

Sambil memanaskan tium kaca di atas api penunu Bunsen, tiub kaca juga perlu

diputarkan sambil menarik tiub kaca pada kiri dan kanan.

Ketika tiub kaca yang sedang dipanaskan itu mencapai takat sesuatu suhu, tiub kaca

mula menjadi sedikit lembik.

Sambil meneruskan lagi pemanasan tiub kaca tersebut, proses memutar dan menarik

diteruskan sehingga terputus kepada dua.

Proses menghasilkan penitid diteruskan lagi dengan memotong hujung tiub kaca yang

putus dipotong sedikit dengan menggunakan playar.

Tiub kaca yang telah siap dipotong dan dihaluskan dimasukkan bunting dihujung yang

bertindak sebagai penyedut ketika menyedut cecair.

Page 5: Laporan Herbarium Dan Memotong Kaca

Pemasangan Wayar Pada Plag 3 Pin.

A. Penyediaan Bahan.

I. Penjalur wayar.

II. Plag 3 pin

III. Penguji Arus Elektrik.

IV. Wayar.

B. Prosedur / Langkah-langkah.

1. Menyediakan bahan – bahan yang diperlukan.

2. Mengenal pasti kegunaan wayar mengikut setiap warna.

N = Neutral – biru / hitam.

L = Life – merah / coklat.

E = Earth – hijau / kuning.

3. Penjaluran wayar. Menyukat panjang wayar yang sesuai untuk dipasang pada pin yang tepat.

4. Mengetatkan wayar pada pin yang tepat.

5. Memasang fius pada tapak fius.

6. Memasang kembali penutup plag.

7. Plag kini sedia digunakan.

C. Kemalangan yang mungkin berlaku.

1. Mungkin boleh mengakibatkan kecederaan sekiranya tidak menggunakan alat yang betul ketika

memotong atau menjalur wayar.

2. Boleh berlaku litar pintas dan boleh mengakibatkan renjatan elektrik, kebakaran atau kematian.

D. Cara mengatasi.

1. Kecederaan boleh dielakkan dengan menggunakan alat yang betul semasa hendak menjalur

wayar. Alat yang betul untuk menjalur wayar ialah penjalur wayar.

2. Sebelum memasang wayar pada pin yang betul, pastikan dengan betul terlebih dahulu pin yang

tepat mengikut warna dan arus yang dibawa.

Page 6: Laporan Herbarium Dan Memotong Kaca

Bilbliografi.

1. CoutesyRod Jones, Make Your Own Specimen. Diperolehi dari University of Melbourne

Herbarium School Of Botany. Diperoleh pada 3 Mac 2014 dari

http://www.botany.unimelb.edu.au/herbarium/files/MakeHerbSpec.pdf

2. Aashityagi, Ron_G, How to Cut A Mirror. Diperolehi dari Wiki How Blog. Diperolehi pada 3 Mac

2014 dari http://www.wikihow.com/Cut-Mirror

3. Mohd Shahrezal(June 2012). Cara Memasang Plag 3 Pin. Mechanical and Elektrical Engineering.

Diperolehi pada 3 Mac 2014 dari http://bloggerznew.blogspot.com/2012/06/pemasangan-plak-

3-pin-3-pin-plug.html