Laporan Hoki Ais

4
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : MOHD AMIRUDDIN BIN ISMAIL PROGRAM : PISMP SEM 8 PENDIDIKAN JASMANI NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN MERGONG NAMA PROJEK/AKTIVITI : PEMBINAAN GELANGGANG MINI HOKI AIS TEMPOH PELAKSANAAN : 7 OKTOBER 2015 – 9 OKTOBER 2015 OBJEKTIF: Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan. Memperoleh pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan kesihatan berkaitan. Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan tugas. Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan tanggungjawab terhadap pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.

description

adss

Transcript of Laporan Hoki Ais

Page 1: Laporan Hoki Ais

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHD AMIRUDDIN BIN ISMAIL

PROGRAM : PISMP SEM 8 PENDIDIKAN JASMANI

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN MERGONG

NAMA PROJEK/AKTIVITI : PEMBINAAN GELANGGANG MINI HOKI AIS

TEMPOH PELAKSANAAN : 7 OKTOBER 2015 – 9 OKTOBER 2015

OBJEKTIF:

Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan

mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan.

Memperoleh pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan

perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan kesihatan berkaitan.

Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan

dan pelaksanaan tugas.

Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang

kepimpinan dan tanggungjawab terhadap pengurusan kokurikulum di

peringkat sekolah.

Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi

kehendak program pendidikan semasa.

Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan

pembelajaran,pengurusan projek dan sebagainya.

Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan

kreativiti.

Page 2: Laporan Hoki Ais

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Mencari maklumat mengenai sukan hoki ais.

2. Berbincang bersama penasihat mengenai keperluan yang diperlukan.

3. Mencari dan mendapatkan alatan-alatan untuk membina gelanggang.

4. Membalut kotak pada tiang dewan sebagai langkah keselamatan.

5. Memasang jaring sebagai dinding gelanggang.

6. Memperkemaskan binaan gelanggang dengan aspek keselamatan.

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/ Aktiviti:

Sukan sangat berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan diri

individu. Sukan banyak memberi manfaat dan faedah kepada individu yang

melibatkan diri dalam sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan

agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat

dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti

bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin tahap kecergasan warga

skolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menyahut cabaran Kementerian Belia dan Sukan untuk mewajibkan semua

sekolah melakukan aktiviti kecergasan pada Hari Sukan Negara

Tujuan pembinaan gelanggang mini hoki ais ini adalah untuk digunakan oleh

murid semasa pelaksanaan Hari Sukan Negara. Seperti yang diketahui,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan pelbagai program bagi

meningkatkan penglibatan murid dalam bidang sukan. Contohnya program 1

Murid 1 Sukan.

Page 3: Laporan Hoki Ais

2) Kelemahan Projek/ Aktiviti:

Tempoh penggunaan gelanggang mini hoki ais yang dibina adalah terlalu

singkat iaitu hanya sehari sempena program Hari Sukan Negara. Penggunaan

gelanggang haruslah ditingkatkan dan dijadikan aktiviti mingguan murid-murid

sekolah.

Tapak gelanggang adalah dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Mergong.

Oleh sebab itu, gelanggang perlu dirombak agar dewan dapat digunakan untuk

tujuan yang lain.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Mencari tapak baru yang sesuai untuk membina gelanggang tanpa perlu

dirombak. Tapak yang dipilih mestilah sesuai dan mempunyai tahap

keselamatan yang tinggi. Disamping itu, penambahbaikan dari segi penyediaan

gelanggang perlu dilakukan.

Penggunaan gelanggang yang dibina perlu diperluas. Penggunaan

gelanggang tidak hanya khusus untuk Hari Sukan Negara bahkan boleh

digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

KESIMPULAN:

Semua orang tahu mengenai kepentingan sukan dalam kehidupan

seharian, akan tetapi untuk melibatkan diri dalam sukan memerlukan kerjasama

daripada semua pihak termasuklah pihak pentadbiran dan juga murid-murid.

Projek ini dapat memberi pengalaman berguna kepada pihak yang terlibat dan

pengajaran yang baik untuk dilaksanakan bukan sahaja di sekolah turut boleh

dilaksanakan di rumah.