Laporan IKon Siswa

32
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENGENALAN 2 2 MATLAMAT PROGRAM 2 3 OBJEKTIF 3 4 TEMA 3 5 ANJURAN 3 6 PELAKSANAAN 4 7 PENYERTAAN 4 8 PENGISIAN PROGRAM 4 9 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM 5 10 TENTATIF PROGRAM 6 11 LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM 7 12 GAMBAR PROGRAM 8 – 11 13 LAPORAN SETIAP UNIT Pengarah Program Bendahari Program Unit Kemudahan & Logisitk Unit Upacara & Protokol Unit Jamuan Unit Tugas-Tugas Khas Unit Multimedia & Siaraya 12 13 14 15 16 17 18 14 LAPORAN KEWANGAN PROGRAM Resit Makanan Resit Peralatan & Logistik Resit Pengangkutan Bayaran Ahli Panel Ikon Siswa Resit Penginapan Ahli Panel Ikon Siswa Lain-Lain 19 20 21 22 23 24 25 15 PENUTUP 26 PROGRAM BICARA IKON – KELAB KEPIMPINAN TU RAZAK UTM Page 1

description

laporan aktiviti

Transcript of Laporan IKon Siswa

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT

1PENGENALAN2

2MATLAMAT PROGRAM2

3OBJEKTIF3

4TEMA3

5ANJURAN3

6PELAKSANAAN 4

7PENYERTAAN4

8PENGISIAN PROGRAM4

9AHLI JAWATANKUASA PROGRAM5

10TENTATIF PROGRAM6

11LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM7

12GAMBAR PROGRAM8 11

13LAPORAN SETIAP UNIT Pengarah Program Bendahari Program Unit Kemudahan & Logisitk Unit Upacara & Protokol Unit Jamuan Unit Tugas-Tugas Khas Unit Multimedia & Siaraya12131415161718

14LAPORAN KEWANGAN PROGRAM Resit Makanan Resit Peralatan & Logistik Resit Pengangkutan Bayaran Ahli Panel Ikon Siswa Resit Penginapan Ahli Panel Ikon Siswa Lain-Lain19202122232425

15 PENUTUP26

1.0 PENGENALAN

Kejayaaan merupakan satu ungkapan yang cukup diimpikan oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Kejayaan melalui usaha yang berterusan juga sedikit sebanyak dapat mengobarkan lagi diri untuk terus mencapai kejayaan yang ada di depan mata.Justeru itu, Kelab Kepimpinan Tun Razak Universiti Teknologi Malaysia ingin mengambil langkah pro aktif untuk menganjurkan Program Bicara Ikon : Anak Muda Mendepani Cabaran Masa Mendatang. Diharapkan menerusi program ini, dapat member peluang kepada mahasiswa untuk menghayati atau menyelami perkongsian yang akan diberikan oleh penceramah Bicara Ikon.Selain itu, program ini juga akan menjadi mekanisma yang terbaik kepada mahasiswa untuk membentuk sahsiah diri yang baik dan menjadi insan yang mempunyai etika diri serta berintegriti. Penganjuran program ini juga secara tidak langsung dapat membantu mahasiswa dalam membentuk kemahiran generik seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran secara analitik dan kritis serta sebagainya.Semoga dengan perlaksanaan program ini akan turut dapat menjayakan pembentukan masyarakat berilmu dan meningkatkan ketamadunan agama, bangsa dan Negara kelak.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

Membentuk mahasiswa yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, memiliki sifat-sifat kepimpinan, inovatif dan progresif untuk menjadi agen pemangkin kepada sebuah masyarakat kampus yang lebih berdaya saing.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Pihak penganjur telah menggariskan beberapa objektif utama yang ingin dicapai :

3.1Memberi inspirasi, motivasi dan berkongsi pengalaman kepada mahasiswa-mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia mengenal erti sebuah kejayaan dan menjadikan kegagalan sebagai sebuah pengajaran.3.2Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada mahasiswa melalui bidang-bidang tertentu sebagai persediaan diri untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.3.3Mengukuhkan ukhuwah antara Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia dengan barisan panelis Bicara Ikon.

4.0 TEMA

Anak Muda Mendepani Cabaran Masa Mendatang

5.0 ANJURAN

Kelab Kepimpinan Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia

6.0 PELAKSANAAN

Tarikh 11 Mac 2015 (Hari Rabu)Masa 8.30 malam 11.00 malamTempat Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak.Penceramah Tn. Hj. Khairi Malik (SU Politik MB Johor)

7.0 PENYERTAAN

Program ini melibatkan kehadiran Mahasiswa-mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia serta warga Universiti Teknologi Malaysia

8.0 PENGISIAN PROGRAM

Program ini dilakukan dengan berkonsepkan ceramah Bicara Ikon : Anak Muda Mendepani Cabaran Masa Mendatang yang diberikan oleh Tn. Hj. Khairi Malik (SU Politik MB Johor)

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah ProgramAZUHA BIN FAUZI

Timbalan Pengarah ProgramSYED AHMAD ADIB HAZIM BIN SYED ABDUL RAHMAN

Setiausaha ProgramNURUL SHAFIKA HUDA BINTI ZULALAMI

Bendahari ProgramNUR SYAZWANI BINTI RAMLAN

Unit TeknikalMUHAMMAD ZULFAQAR SYARHAN BIN ABD RAZAK

Unit Upacara & ProtokolNUR FAZIERA BINTI MOHAMMAD KHAI

Unit JamuanNUR LAILA NATASYA BINTI HAMZAH

Unit Cenderamata & SijilMOHAMAD HAIF BIN ABDULLAH

Unit Multimedia & PublisitiMOHAMAD AZLAN BIN HAMDAN

Unit KeselamatanASNUR HAMZAH BIN MOHAMAD NOH

Unit PendaftaranZulhairy Bin Zakaria

10.0 TENTATIF PROGRAM

Hari Ahad (21 April 2013)

8.30 malam: Ketibaan Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia8.45 malam: Ketibaan Tetamu Jemputan8.50 malam: Nyanyian Lagu Negaraku8.55 malam : Bacaan Doa9.00 malam : Ucapan Pengarah Program, Saudara Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh9.05 malam : Ucapan Perasmi, Tuan Haji Dahari bin Haji Derani, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, Universiti Teknologi Malaysia: Gimik Perasmian: Penyampaian Hadiah Festival Seni & Budaya: Penyampaian Cenderahati9.40 malam: Bicara Ikon : Be Yourself VS Improve Yourself11.30 malam: Sesi Soal Jawab12.00 malam : Bersurai & Jamuan VIP

11.0 LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM

Pada dasarnya, gerak kerja bagi Program Ikon Siswa ini telah dijalankan bermula cuti semester yang lalu terutamanya melibatkan proses mendapatkan penajaan. Mengikut perancangan asal, program ini dibuat di Dewan Sultan Iskandar tetapi disebabkan berlakunya sedikit masalah, ianya diubah ke Tasik Ilmu Universiti Teknologi Malaysia termasuk tarikhnya juga ditunda kepada 21 April 2013.

Gerak kerja akhir dibuat pada pagi 21 April 2013, di mana ahli jawatankuasa program mengalami sedikit masalah apabila angin ribut berlaku di Tasik Ilmu menyebabkan 2 buah khemah tumbang serta persekitaran kawasan berselerakan yang menyebabkan keadaan di sana menjadi agak kelam kabut.

Pukul 3 petang, 2 orang ahli panel tiba di Universiti Teknologi Malaysia dan mereka dibawa terus ke penginapan rasmi iaitu Scholars Inn Universiti Teknologi Malaysia. Manakala para ajk meneruskan persiapan serta raptai penuh diadakan di sana.

Perjumpaan secara tertutup antara moderator, pengarah program dan barisan panelis juga dilakukan bagi membincangkan beberapa perkara mengenai soalan-soalan yang akan ditanya semasa majlis berlangsung.

Majlis bermula mengikut perancangan asal tetapi para penonton masih berkurangan semasa majlis penutupan dibuat, dan ianya semakin bertambah semasa Bicara Ikon : Be Yourself VS Improve Yourself dan anggaran penonton yang hadir menghampiri ke angka 1000 orang.

Suasana di tempat program menjadi ceria dengan gurauan moderator serta interaksi antara para penonton dengan ahli panel program.

12.0 GAMBAR PROGRAM

Gambar 1 : Sesi Raptai Penuh

Gambar 2 & 3 : Sesi Raptai Penuh

Gambar 4 & 5 : Ucapan dari Pengarah Program & Perasmi

Gambar 6 : Sesi Perasmian & Gimik Perasmian

Gambar 7 : Mukadimah dari Moderator Forum

Gambar 8 : Sesi Penghujahan dari Ahli Panel Bicara Ikon

Gambar 9 : Sambutan dari para penonton

Gambar 10 : Sambutan yang amat menggalakkan dari Mahasiswa-Mahasiswi UTM

13.0 LAPORAN SETIAP UNIT

13.1PENGARAH PROGRAMWan Muhammad Hazem Bin Mohd YusohSEBELUM Mengumpulkan dan mendapatkan barisan Ahli Panel dan moderator Membuat perancangan rapi bagi merealisasikan program berjalan dengan lancar Mengagihkan tugasan kerja kepada ahli jawatankuasa program Membuat senarai semak bagi setiap tugasan

SEMASA Memastikan kesemua aktiviti dapat dijalankan mengikut perancangan asal Memastikan setiap ahli jawatankuasa berada dalam keadaan sihat

SELEPAS Mengingatkan tentang resit untuk urusan tuntutan Keseluruhan objektif dan tentative berjalan dengan lancar

13.2BENDAHARI PROGRAMWan Muhammad Hazem Bin Mohd YusohSEBELUM Jumlah wang yang diperolehi dari kelulusan HEMA UTM pada awalnya ialah RM 2,000.00 dan wang pendahuluan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 1,000.00. Memohon jumlah wang tambahan disebabkan berlakunya sedikit masalah kewangan sebanyak RM 3,700.00 dan ianya diluluskan dan diberi atas nama Tuan Haji Ansar Bin Sidek. Duit ini masih belum diperolehi dan kebanyakkan perbelanjaan menggunakan duit para AJK dahulu. Wang pendahuluan sebanyak RM 1,000.00 digunakan untuk kos gerak kerja.

SEMASA Semua wang digunakan dengan betul dan mengikut perancangan seperti yang telah dirancang. Ada sedikit penggunaan wang yang melibatkan perkara diluar jangka dan melibatkan kontinjensi. Semua resit dikumpulkan untuk memudahkan kerja-kerja menyiapkan laporan.

SELEPAS Resit yang diperolehi daripada semua perkara dan semua pembayaran dikumpulkan. Resit ditampal di atas kertas A4 mengikut pecahan. Laporan kewangan dijangka dapat dihantar kepada pihak HEMA dan beberapa pegawai yang terlibat seminggu selepas selesai semua program

13.3UNIT KEMUDAHAN & LOGISTIKKetua : Muhammad Ridzuan Bin Mohd RazminAJK : Mohammad Kamarul Arifin Bin Mohamad Ali Mohd Fitri Bin Azmi Muhammad Fadzly Bin Mohd SaadSEBELUM Membuat senarai semak untuk setiap peralatan yang akan digunakan Memastikan setiap khemah dan kerusi telah ditempah mengikut kuantiti yang telah dirancang Memastikan peralatan yang melibatkan urusan publisiti telah dinaikkan sepertimana kelulusan dari pihak Hal Ehwal Korporat dan Pejabat Harta Bina

SEMASA Memastikan setiap peralatan yang ingin digunakan ada di tapak majlis Memastikan setiap peralatan tersebut dapat digunakan

SELEPAS Mengemas dan memulangkan setiap peralatan ke pihak yang telah dipinjam Memastikan setiap peralatan itu dapat digunakan sepertimana sebelum ianya dipinjam

13.4UNIT UPACARA & PROTOKOLKetua : Adeline Nani Anak PakAJK : Abdul Hakim Bin Mazeli Ana Suhah Binti Baharudin Nurul Hidayah Binti TarmanSEBELUM Membuat senarai semak bagi selok-belok urusan protocol Melantik Pengacara Majlis dan memastikan skripnya telah siap disediakan Memastikan senarai tetamu jemputan telah dijemput dan menyediakan ruang khas kepada mereka Memastikan ada persediaan untuk gimik perasmian dan peralatan gimik Memastikan teks ucapan telah disediakan kepada VIP Perasmi dan pengarah Program Memastikan berlangsungnya raptai sebanyak tiga kali sebelum program berlangsung Memastikan wujudnya setiap peralatan yang ingin digunakan oleh pihak Protokol Program Memastikan cenderamata telah diambil dari Pejabat Hal Ehwal Korporat

SEMASA Memastikan semuanya berjalan dengan lancar dengan mengikut arahan Flow Manager. Mengawal selia keadaan di atas pentas termasuk perkara yang melibatkan VIP Jemputan

SELEPAS Memulangkan setiap peralatan yang digunakan oleh Unit Protokol Program

13.5UNIT JAMUANKetua : Siti Nadzirah Binti Abd GhaniAJK : ManarinaSEBELUM Membuat tempahan untuk makanan VIP, AJK Program dan Para Penonton Menyediakan menu yang diinginkan Melantik Katerer yang diinginkan

SEMASA Memastikan menu yang disediakan itu mengikut perancangan Memastikan kualiti dan kuantiti makanan adalah diperingkat yang baik

SELEPAS Memastikan pembayaran telah dibuat cuma masih berlaku tunggakkan untuk makanan para penonton

13.6UNIT TUGAS-TUGAS KHASKetua : Muhammad Nor Hisham Bin Mustapa KamalAJK : Mohd Khairil Adam Bin Abdul Hamid

SEBELUM Memastikan peralatan yang berkaitan dengan unit tugas-tugas khas ada Memastikan t-shirt telah ditempah dan diedarkan kepada para ajk program Memastikan lanyard dan tag nama telah ada dan diedarkan kepada para ajk program

SEMASA Mengambil gambar dan video semasa program

SELEPAS Memastikan semua gambar dan video berada di dalam keadaan yang baik dan menjadi hak milik rasmi MPM UTM

13.7UNIT MULTIMEDIA & SIARAYAKetua : Mohamad Faiz Farhan Bin MohamadAJK: Muhammad Nidzam Bin Hasnan SEBELUM Memastikan peralatan siaraya termasuk beberapa microfon telah ditempah dan bilangan kuantitinya mengikut perancangan

SEMASA Mengawal selia peralatan siaraya Menjaga peralatan siaraya

SELEPAS Memastikan peralatan siaraya telah dikembalikan kepada pihak yang telah dipinjamkan

14.0 LAPORAN KEWANGAN PROGRAM

PENDAPATAN

BILPERKARAJUMLAH

1Peruntukan dari HEMA UTMRM 2,000.00

2Sumbangan Syarikat FotokopiRM 3,700.00

3Penajaan dari Pusat Islam UTMRM 300.00

JUMLAH KESELURUHANRM 6,000.00

PERBELANJAAN

BILPERKARAJUMLAH

1Makanan VIP AJK ProgramRM 150.00RM 200.00

2Peralatan & Logistik Poster Program Bunting Program Backdrop Pentas Banner Program Hamper Program T-Shirt Program Tag Nama ProgramRM 170.00RM 240.00RM 256.00RM 324.00RM 97.66RM 450.00RM 11.80

3Pengangkutan Minyak Kereta untuk Gerak KerjaRM 10.00

4Bayaran Ahli Panel Bicara Ikon Ustaz Zamri Yatt Hamzah Fitri HarisRM 1,000.00RM 1,500.00RM 1,000.00

5Penginapan Ahli Panel Ustaz Zamri Yatt Hamzah Fitri HarisRM 160.00RM 160.00RM 160.00

6Lain-Lain Safety Tape Lanyard Clip Cover Tag NamaRM 9.90RM 60.00RM 65.00

JUMLAH KESELURUHANRM 6,024.36

14.1RESIT MAKANANBILPERKARAJUMLAH

1Makanan VIP AJK ProgramRM 150.00RM 200.00

JUMLAH KESELURUHANRM 350.00

14.2RESIT PERALATAN & LOGISTIKBILPERKARAJUMLAH

1Peralatan & Logistik Poster Program Bunting Program Backdrop Pentas Banner Program Hamper Program T-Shirt Program Tag Nama ProgramRM 170.00RM 240.00RM 256.00RM 324.00RM 97.66RM 450.00RM 11.80

JUMLAH KESELURUHANRM 1,549.46

14.3RESIT PENGANGKUTANBILPERKARAJUMLAH

1Pengangkutan Minyak Kereta untuk Gerak KerjaRM 10.00

JUMLAH KESELURUHANRM 10.00

14.4BAYARAN AHLI PANEL BICARA IKONBILPERKARAJUMLAH

1Bayaran Ahli Panel Bicara Ikon Ustaz Zamri Yatt Hamzah Fitri HarisRM 1,000.00RM 1,500.00RM 1,000.00

JUMLAH KESELURUHANRM 3,500.00

14.5 RESIT PENGINAPAN AHLI PANELBILPERKARAJUMLAH

1Penginapan Ahli Panel Ustaz Zamri Yatt Hamzah Fitri HarisRM 160.00RM 160.00RM 160.00

JUMLAH KESELURUHANRM 480.00

14.6LAIN-LAINBILPERKARAJUMLAH

1Lain-Lain Safety Tape Lanyard Clip Cover Tag NamaRM 9.90RM 60.00RM 65.00

JUMLAH KESELURUHANRM 134.90

15.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, program ini secara keseluruhannya berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan. Kerjasama dari semua pihak terutamanya Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni dan Pusat Islam UTM serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melancarkan lagi program ini. Semoga program yang cukup bermanfaat ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.PROGRAM BICARA IKON KELAB KEPIMPINAN TU RAZAK UTMPage 24