laporan inhouse

download laporan inhouse

of 6

Transcript of laporan inhouse

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TTDI JAYA JALAN SASTERA U2/1, SEKSYEN U2 40150 SHAH ALAM, SELANGOR

LAPORAN IN HOUSE TRAINING KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH (EFFECTIVE USE OF GEOGEBRA IN THE CLASSROOM: A WORKSHOP FOR GEOGEBRA USERS) PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2011

9 SEPTEMBER 2011

LAPORAN IN HOUSE TRAINING KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2011 Daerah Kod & Nama Sekolah Nama Kursus/Bengkel : Petaling Perdana : BEA 8637 SMK TTDI Jaya : Effective Use of Geogebra In The Classroom : A Workshop for Geogebra Users Tarikh : 9 September 2011 (Jumaat) Masa : 12.30 tengah hari Tempat : Bilik SAL, SMK TTDI Jaya Nama Guru (Penyampai) : Pn. Nurhanis binti Md.Yunus Sasaran : Semua guru Matematik SMK TTDI Jaya Tujuan utama in house training ini diadakan adalah untuk: i. Melahirkan guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion perguruan. ii. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru Matematik. iii. Melahirkan guru yang lebih kompeten dalam pedagogi. iv. Memastikan guru mampu menggunakan alatan asas (basic tools) perisian Geogebra. Bengkel telah dimulakan pada pukul 12.30 tengah hari dengan kehadiran seramai 18 orang guru dan 2 orang guru tidak hadir bersebab. Guru-guru yang tidak hadir telah turut diberikan Geogebra Installer untuk mereka gunakan dan penerangan tentang cara penggunaan perisian Geogebra akan diberikan kepada mereka secepat mungkin. Bahan edaran diberikan kepada semua guru sebagai garis panduan bagi memudahkan mereka dalam menggunakan perisian Geogebra. Fasilitator memulakan in house training dengan menerangkan bahawa Geogebra merupakan Perisian Matematik Dinamik menggunakan Sistem Geometri Interaktif yang sesuai untuk digunakan dalam P&P di sekolah. Fasilitator telah memberikan Geogebra Installer kepada semua guru. Setelah semua guru memasukkan perisian Geogebra ke dalam laptop masingmasing, semua guru kini boleh menggunakan perisian tersebut dalam P&P dan pembinaan soalan. Fasilitator telah menerangkan alatan-alatan asas (basic tools) yang terdapat dalam perisian Geogebra dan menunjukkan demonstrasi cara-cara menggunakan alatan-alatan asas (basic tools) ini dengan betul. Fasilitator turut menunjukkan cara-cara untuk membina arahan mudah menggunakan perisian Geogebra yang boleh digunapakai oleh guru-guru supaya para pelajar dapat membina konsep dan pengetahuan Matematik. Fasilitator juga telah menunjukkan caracara bagaimana guru boleh membuat fail ggb, mengeksport imej-imej statik dan memasukkannya ke dalam dokumen (word processing document) lain. Dengan cara ini, guruguru dapat melukiskan rajah yang lebih kemas untuk pembinaan soalan. Guru-guru telah diberi

contoh yang mudah melalui model-model pengajaran dan pembelajaran kreatif sebagai strategi mereka dalam P&P yang lebih bermakna. Kesimpulannya penggunaan perisian Geogebra dalam P&P boleh dipraktikkan supaya P&P lebih kreatif dan menarik sekaligus mempermudahkan pelajar untuk memahami konsep Matematik yang ingin disampaikan oleh guru dengan lebih jelas. Dengan penggunaan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan menarik juga dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik yang selama ini dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar di kalangan pelajar. Ini secara tidak langsung membolehkan objektif P&P dapat dicapai dengan peratus yang lebih tinggi. Dengan pemahaman konsep yang lebih jelas, diharapkan kemampuan pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan menjadi lebih baik sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Guru-guru diminta membuat persediaan mengajar di dalam kelas dengan mengaplikasi penggunaan perisian Geogebra secara berperingkat dan seterusnya menjadi amalan sepanjang P&P mereka. In house training ini telah tamat pada pukul 2.30 petang dengan satu azam dan matlamat yang baru demi melahirkan guru yang lebih kompeten dalam pedagogi serta lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion perguruan.

Disediakan oleh,

........................................................... (NURHANIS BINTI MD.YUNUS) Guru Matematik SMK TTDI Jaya, Shah Alam.

Disahkan oleh,

........................................................... (PN. JAMILAH BINTI ROSDI) Guru Kanan Mata Pelajaran Sains & Matematik SMK TTDI Jaya, Shah Alam.

LAMPIRAN Kehadiran: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Pn. Jamilah binti Rosdi Pn. Jamaatun binti Abu Naim Pn. Arfah binti Mat Isa Pn. Noraha binti Saat Pn. Nurhanis binti Md. Yunus Pn. Arinie binti Abdul Aziz Cik Che Ena Rosidah binti Che Mohamad Cik Dalila Hasinah binti Rusman Nor Pn. Fadzilah binti Mohamad En. Mohd Azril bin Othman Pn. Noor Liley binti Abdul Ghani Pn. Normunirah binti Abd Mubing Pn. Norozaina binti Md. Zain Pn. Nurazlina binti Abdul Aziz Pn. Rosmita binti Sarjono Pn. Siti Sakinah binti Fazilah Pn. Suhana binti Sujak Pn. Wan Nor Shamimi binti Wan Hussin