LAPORAN internship Khatam Quran

download LAPORAN internship Khatam Quran

of 4

Transcript of LAPORAN internship Khatam Quran

  • 8/12/2019 LAPORAN internship Khatam Quran

    1/4

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROJEK PENUTUPAN MAJLIS KHATAM

    AL-QURAN

    NAMA PELAJAR: FATIN FARHANA BINTI KAMARUDDIN

    PROGRAM: PISMP ( KS/BM/PJ) SEMESTER 8 2014

    NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT SENTUL (2),

    KUALA LUMPUR

    NAMA PROJEK: MAJLIS PENUTUPAN KHATAM AL-QURAN

    TEMPOH PELAKSANAAN: 25 JULAI 2014

    OBJEKTIF PELAKSANAAN PROJEK

    i) Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

    selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    ii) Membentuk insan berkualiti dan terdidik untuk kesejahteraan agama dan negara.

    iii) Membangunkan potensi individu demi memenuhi aspirasi agama dan negara.

    iv) Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang

    berketerampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

    v) Membentuk murid yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan sekolah.

    STRATEGI PELAKSANAAN

    - Membuat perbincangan bersama mentor mengenai pertukaran projek yang bakal

    dilakukan disebabkan kekangan yang dihadapi.

    - Membuat perbincangan dengan pengerusi program iaitu Ustazah Shazila binti

    Abdul Rahman.- Membuat perbincangan dengan ahli jawatankuasa yang terlibat mengenai

    perjalanan program.

    - Membuat teks pengacaraan majlis Khatam Al-Quran.

    - Menjadi pengacara majlis Khatam Al-Quran.

    - Mengambil gambar sebelum dan selepas untuk dimasukkan ke dalam laporan.

  • 8/12/2019 LAPORAN internship Khatam Quran

    2/4

    REFLEKSI

    Kekuatan Projek

    Sepanjang melibatkan diri dengan Majlis Penutupan Khatam al-Quran ini, terdapat

    beberapa kekuatan diri yang telah dikenal pasti iaitu:

    1. Melalui program ini, pelbagai perkara baru yang telah dipelajari tentang caramengurus dan menjalankan sesuatu program besar yang dapat diguna pakaiapabila berada di dunia persekolahan sebenar. Sebagai contoh, mempelajarisusunan aktiviti program, pihak yang terlibat dengan majlis dan perkara-perkarasampingan lain seperti persiapan tempat, cenderahati dan disiplin murid.

    2. Selain itu, sekiranya dilihat dari sudut intrapersonal. Banyak kekuatan yang telahdiperoleh berdasarkan program yang dijalankan seperti mempertingkat sikapberani, yakin diri dan berusaha dalam melansungkan program khatam al-Quran ini.Hal ini dapat dilihat ketika menjadi pengacara majlis ketika program ini berlansung.

    3. Program ini dapat menambah pengalaman dalam menyediakan teks pengacaraaanmajlis sekaligus menjadi pengacara majlis bagi sesuatu program. Pengalamandalam mengacara majlis merupakan suatu pengalaman beharga yang tidak semuaorang peroleh.

    Kelemahan Projek

    Setiap perkara yang dilakukan pasti ada kelemahannya, begitu juga berdasarkanprogram yang dijalankan. Kelemahan tersebut ialah:

    1. Lebih kurang dua jam sebelum program berlansung, wujud satu masalah apabilaberkemungkinan Guru Besar tidak dapat menghadirkan diri dalam majlis ini. Maka,wujudnya isu pengganti bagi pihak Guru Besar untuk berucap perasmian penutupprogram, aktviti penyerahan hadiah kepada murid juga aktiviti penyerahansumbangan Aidilfitri kepada Ibu bapa serta murid yang terlibat.

    2. Kelemahan lain ialah berlakunya pertukaran teks pada minit-minit akhir yangmenyebabkan keadaan menjadi kelam kabut dan sedikit tertekan memandangkanguru pelatih kurang mendapat pendedahan mengenai pengacaraan program padaperingkat sekolah.

    3. Selain itu, kelemahan lain bagi program ini ialah dari segi kurang penglibatansepenuhnya dalam program yang dijalankan. Kekangan ini berlaku keranaprogram khatam al-Quran ini telah berlansung seminggu sebelum guru pelatihmenjalankan program internship. Kesannya, beberapa mesyuarat tidak dapatdihadiri bagi mengetahui cara pengendalian dan pergerakan program yangdijalankan.

  • 8/12/2019 LAPORAN internship Khatam Quran

    3/4

    Cadangan Penambahbaikan

    Berdasarkan kelemahan program yang dinyatakan, beberapa cadanganpenambahbaikan yang difikirkan bersesuaian telah dirancang seperti berikut:

    1. Mengenalpasti dan mengesahkan senarai kehadiran tetamu hormat denganmembuat persetujuan sehari sebelum program berlansung. Selain itu,pengesahan setiap yang bakal berucap juga perlu disahkan bagi memastikanprogram berjalan dengan lancar dan teratur.

    2. Guru pelatih hendaklah bijak dalam mengawal perasaan dan tekanan sepertimendapatkan bantuan guru senior dalam membimbing dan membantu membaikiteks pengacaraan yang telah dibuat.

    3. Menghadirkan diri dalam setiap mesyuarat berkaitan sesuatu program yangdianjurkan. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri atas urusan tertentu. Maka,

    pertanyaan berkaitan setiap mesyuarat amat penting agar kita tidak ketinggalanmengenai setiap perkara yang berlaku.

    KESIMPULAN

    Program Majlis Penutupan Program Khatam al-Quran ini merupakan satu program yang

    sangat membina dalam usaha melahirkan insan murid yang seimbang dari segi

    Jasmani, emosi, intelek dan social. Manakala, bagi guru pelatih pula, program ini telah

    mencipta satu pengalaman baru dan membekalkan ilmu yang menafaat untukdigunakan pada masa akan datang.

    Disediakan oleh,

    .

    (FATIN FARHANA BINTI KAMARUDDIN)Guru Pelatih,Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

    Disemak oleh,

    . (PUAN ZARINA BINTI ISMAIL)Mentor,Program Guru Internship SKCSD 2014

  • 8/12/2019 LAPORAN internship Khatam Quran

    4/4

    Gambar

    Ucapan perasmian oleh Puan Hjh Roslah Pengacara majlis sedang berucap

    Persembahan nasyid oleh murid Tahap 1 Bacaan ayat Suci alQuran oleh murid Tahun 6

    Pengedaran bunga telur kepada para pelajar SKCSD