Laporan Jawatankuasa Aktiviti

3
Laporan Jawatankuasa Aktiviti 1. Fasa Sebelum Pada 8 Feb 2014, kami telah dimaklumkan bahawa kelas kami akan mengadakan satu lawatan ke Majlis Sukan Negara bagi memenuhi syarat kursus PJM3112. Kami telah dilantik sebagai Jawatankuasa Aktiviti di mana kami perlu menyediakan tentatif dan merancangkan aktiviti yang bakal dijalankan pada hari lawatan tersebut. Pada asalnya, lawatan kami telah ditentukan pada 20 Februari 2014. Namun, disebabkan berlakunya kesulitan pada pihak pentadbir IPG, lawatan kami terpaksa ditundakan ke 19 Mac 2014 hingga 21 Mac 2014. Oleh itu, kami terpaksa mengubah tentatif kami. Sebelum kami memulakan perancangan, kami telah berbincang dengan pensyarah penyelaras subjek ini, iaitu Encik Thanabalan a/l Muniandy bagi mencadangkan aktiviti dan susunan jadual. Segala proses susunan aktiviti adalah mengikut hasilan perbincangan dan bersesuaian dengan pihak pengurus tempat lawatan kami. Selesai sahaja jadual tersebut, saya selalu berhubung dengan pensyarah pembimbing bagi subjek ini untuk memastikan apa yang dirancang tersusun dan teratur. 2. Fasa Semasa

description

PJM3112

Transcript of Laporan Jawatankuasa Aktiviti

Laporan Jawatankuasa Aktiviti

1. Fasa SebelumPada 8 Feb 2014, kami telah dimaklumkan bahawa kelas kami akan mengadakan satu lawatan ke Majlis Sukan Negara bagi memenuhi syarat kursus PJM3112. Kami telah dilantik sebagai Jawatankuasa Aktiviti di mana kami perlu menyediakan tentatif dan merancangkan aktiviti yang bakal dijalankan pada hari lawatan tersebut. Pada asalnya, lawatan kami telah ditentukan pada 20 Februari 2014. Namun, disebabkan berlakunya kesulitan pada pihak pentadbir IPG, lawatan kami terpaksa ditundakan ke 19 Mac 2014 hingga 21 Mac 2014. Oleh itu, kami terpaksa mengubah tentatif kami.Sebelum kami memulakan perancangan, kami telah berbincang dengan pensyarah penyelaras subjek ini, iaitu Encik Thanabalan a/l Muniandy bagi mencadangkan aktiviti dan susunan jadual. Segala proses susunan aktiviti adalah mengikut hasilan perbincangan dan bersesuaian dengan pihak pengurus tempat lawatan kami. Selesai sahaja jadual tersebut, saya selalu berhubung dengan pensyarah pembimbing bagi subjek ini untuk memastikan apa yang dirancang tersusun dan teratur.

2. Fasa SemasaPada 19 Mac 2014, kami telah berjaya untuk bertolak tepat pada masa pukul 0300pm dengan iringan bacaan doa. Kami berjaya sampai ke tapak penginapan pada pukul 1130pm. Pada 20 Mac 2014, kami telah berkumpul di cafeteria pada pukul 0700am. Namun, disebabkan kegagalan cafeteria untuk menyediakan makanan pada masa yang ditetapkan, kami pun gagal untuk bertolak sebelum pukul 0800am. Walaubagaimanapun, kami tetap berjaya untuk sampai ke Kompleks Sukan Negara pada pukul 0920am dan bermulanya sesi lawatan bersama pegawai di sana. Kami telah mengunjungi stadium aquatik, Arena Nicol David, Stadium bukit jalil dan sebagainya. Kami telah bertolak balik ke Kampung Pandan pada pukul 1230pm. Pada pukul 0145pm, kami semua telah berkumpul menaiki bas. Tepat pada pukul 0200pm, kami telah bertolak ke Universiti Malaya. Namun, disebabkan kesesakan jalan raya, kami sampai ke UM pada pukul 0230pm. Di sana, kami telah memulakan sesi kolaborasi bersama pegawai dari Unit Pengurusan Sukan Pelajar dan juga mengunjungi setiap makmal fisiologinya serta stor sukan UM. Selepas sesi tersebut, kami pun bertolak balik ke KBS pada puku 0630pm.Pada pukul 0930pm, kami telah menjalani sesi refleksi kendiri bersama pensyarah. Pada sesi ini, kami akan berbincangkan kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan sepanjang hari tersebut. Selain itu, kami telah mencadangkan beberapa cadangan untuk penambahbaikan terutamanya dari segi pengurusan masa. Pada keesokan hari, kami telah berjaya untuk bertolak tepat pada masa atas ketepatan masa setiap peserta lawatan. Kami berjaya sampai ke KBS Putrajaya pada pukul 0900am. Sampai sahaja di sana, kami telah digabungkan dengan guru pelatih dari IPG Bahasa bagi sesi lawatan ini. Kami telah menjalani sesi soal jawab bersama pegawai di sana serta kunjungi gymnasium KBS. Kami diberi peluang untuk mencuba semua fasilitator yang terdapat dalam gymnasium. Pada pukul 1200pm, selepas makan tengah hari dan solat Jumaat, maka kami pun bertolak balik ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Disediakan oleh: Chai Li LingVictoria Sendi