Laporan Justifikasi Penghasilan Inovasi

download Laporan Justifikasi Penghasilan Inovasi

of 3

description

Laporan Justifikasi Penghasilan Inovasi

Transcript of Laporan Justifikasi Penghasilan Inovasi

Laporan Justifikasi Penghasilan InovasiPengajaran Kontruktivisme (Topik Mendarab Isi Padu Cecair)Pengenalan Saya telah memilih pengajaran kontruktivisme dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk rakaman video berinovasi bagi topik mendarab isi padu cecair pada 8 Oktober 2014 hari Rabu, pukul 8.00 hingga 9.00 pagi. Murid yang terlibat ialah daripada murid-murid kelas 3 Delima. Pengajaran Kontruktivisme dilaksanakan keseluruhannya dalam kelas selama 1 jam.

Pengertian KonstruktivismePendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembalajaran yang lama, di mana guru hanya menuang ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka . Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kirastruktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan Konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Sebelum Inovasi dilaksanakanDengan sistem pembelajaran matematik yang menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh murid membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya membuatkan minat murid untuk terus belajar semakin kabur. Murid sering kali membuat berbagai andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikan oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran murid adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik. Penglibatan murid yang kurang aktif, pasif dan tidak menunjukkan minat yang mendalam dalam mata pelajaran Matematik.

Peranan Guru Dalam Kelas KonstruktivismeMelalui pendekatan konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik darjah. Guru akan berperanan sebagai penyelidi . Dengan cara ini, guru lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru di dalam kelas adalah sebagai pengurus atau fasilitator untuk menangani masalah disiplin dengan sempurna. Murid diterima sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dan perlu diberi perhatian. Mereka diberi peluang untuk membina keputusan sendiri.tentang perkara yang mereka pelajari. Melalui proses ini mereka lebih bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya mengikut ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Sekiranya ingkar mereka akan diberikan hukuman atau didenda oleh guru tersebut.

Maklumbalas Murid Selepas InovasiSelepas pengajaran dan pembelajaran kontruktivisme dilaksanakan didapati murid berasa seronok dan teruja untuk belajar dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang telah saya rancangkan. Pemahaman dan penerimaan murid dalam isi pelajaran juga menunjukkan kesan yang meningkat berbanding pembelajaran tradisional sebelum ini. Berdasarkan lembaran kerja yang diberi kepada murid, mereka telah menunjukkan prestasi yang amat memuaskan.

KesimpulanMengikut pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang dipelajari. Ini bermakna kepala pelajar bukanlah kosong. Penekanan diberi kepada murid supaya berpeluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan iaitu dengan mengaitkan pengalaman lampau dengan kegunaan masa depan. Murid bukan sahaja diberi fakta sahaja tetapi penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.