Laporan Kajian Tindakan 2013

38
i LAPORAN KAJIAN TINDAKAN ISI KANDUNGAN halaman MUKA DEPAN i ISI KANDUNGAN ii-iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK 1 1.0 PENGENALAN 2-3 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 4-5 3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN 6 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 7 4.1 Objektif Am 4.2 Objektif Khusus 5.0 KUMPULAN SASARAN 7 6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN / METODOLOGI KAJIAN 6.1 TINJAUAN MASALAH 8 6.1.1 Kaedah Pemerhatian 6.1.2 Kaedah Ujian Diagnostik 6.1.3 Kaedah Temu Bual 6.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 9-11 6.2.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian 6.2.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian Diagnostik 6.2.3 Analisis Kajian Kaedah Temubual

Transcript of Laporan Kajian Tindakan 2013

Page 1: Laporan Kajian Tindakan 2013

iLAPORAN KAJIAN TINDAKAN

ISI KANDUNGAN

halaman

MUKA DEPAN i

ISI KANDUNGAN ii-iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK 1

1.0 PENGENALAN 2-3

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 4-5

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN 6

4.0 OBJEKTIF KAJIAN 7

4.1 Objektif Am

4.2 Objektif Khusus

5.0 KUMPULAN SASARAN 7

6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN / METODOLOGI KAJIAN

6.1 TINJAUAN MASALAH 8

6.1.1 Kaedah Pemerhatian

6.1.2 Kaedah Ujian Diagnostik

6.1.3 Kaedah Temu Bual

6.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 9-11

6.2.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian

6.2.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian Diagnostik

6.2.3 Analisis Kajian Kaedah Temubual

6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 12

6.4 PELAKSANAAN TINDAKAN 13-17

6.4.1 Pelaksanaan Latihan 1

6.4.2 Pelaksanaan Latihan 2

6.4.3 Pelaksanaan Latihan 3

6.4.4 Pelaksanaan Latihan 4

Page 2: Laporan Kajian Tindakan 2013

iiLAPORAN KAJIAN TINDAKAN

6.5 REFLEKSI KAJIAN 18-19

7.0 RUMUSAN 20

8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA 21

9.0 LAMPIRAN 22-24

10.0 RUJUKAN 25-26

PENGHARGAAN

Page 3: Laporan Kajian Tindakan 2013

iiiLAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan kerjasama

yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini

kepada:

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Muri dan Malaysia

kerana telah membiayai Kajian Tindakan yang telah saya jalankan pada tahun 2013

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai Salak,Seremban

En. Tiew Tai Tien

Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai

Salak,Seremban

Pn. Koh Siew Lan

Penolong Kurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai Salak,Seremban

Pn. Teh Yee Chung

Semua guru Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai Salak,Seremban

Ahli keluarga dan anak-anak saya

Kawan-kawan

kerana telah memberi bantuan dan sokongan kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan .

Page 4: Laporan Kajian Tindakan 2013

1LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK YANG GRAMATIS

DENGAN TEKNIK SOALAN-RESPONS 5W1H

ABSTRAK

Penulisan dalam Bahasa Malaysia adalah salah satu kelemahan yang paling ketara

dalam kalangan murid-murid sekolah. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan untuk

meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dengan Teknik Soalan-Respons 5W1H.

Kajian tindakan ini melibatkan 30 orang pelajar Tahun 5K di SJK(C) Ladang Sungai

Salak,Seremban. Data diperoleh menerusi pemerhatian ,analisis ujian diagnostik dan temu bual

dengan murid. Dapatan daripada tinjauan masalah menunjukkan guru sekolah memerlukan

latihan khusus dalam melaksanakan pengajaran membaca dan menulis bagi murid yang

bermasalah dalam pembinaan ayat majmuk yang gramatis dalam Bahasa Malaysia. Pelbagai

bentuk latihan membina ayat majmuk dalam penulisan telah diberi, antaranya termasuk

membina ayat berdasarkan gambar bersiri, membina ayat berdasarkan gambar komposisi,

membina ayat berdasarkan situasi atau topik, di mana kata hubung untuk membina ayat

majmuk diberi dan tidak diberi. Pemerhatian dan refleksi setiap pelaksanaan tindakan dicatat.

Analisis data secara kualitatif dan kuantitatif diadakan. Kemajuan dapat dilihat dalam kalangan

murid-murid berkenaan dan strategi yang dijalankan terbukti berkesan. Murid-murid tersebut

juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hasil

kajian ini juga diharapkan dapat memberi input kepada pihak berkuasa bagi merancang strategi

peningkatan profesionalisme guru sekolah.

Page 5: Laporan Kajian Tindakan 2013

2LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

1.0 PENGENALAN

Pengajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah memberikan tumpuan pada murid untuk

menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca,

dan juga kemahiran menulis. Di antaranya , kemahiran menulis merupakan kemahiran yang

paling sukar untuk dikuasai.

Pada Tahap Satu, kemahiran membina ayat seperti menyusun semula perkataan untuk

menjadi ayat betul, melengkapkan ayat, menyusun urutan ayat dan membina ayat berdasarkan

gambar atau berdasarkan perkataan diberikan sebagai latihan bagi meningkatkan kemahiran

murid dalam penulisan.

Semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran menulis, didapati pelajar

menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau

rangkai kata tidak disertakan. Amalan memberikan pelajar gambar dan perbendaharaan kata

semasa membina ayat dapat memudahkan proses P&P di dalam bilik darjah. Malangnya,

amalan sedemikian bukan sahaja mematikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)

bahkan juga tidak dapat meningkatkan kemahiran membina ayat dalam penulisan.

Oleh itu satu teknik untuk membina ayat dalam penulisan telah dicuba. Teknik Soalan-

Respons 5W1H merupakan penerapan dari Teori Behaviorisme yang dipelopori Skinner dalam

pembelajaran tingkah laku bahasa, dan metodologi analisis Dulay, Burt, dan Krashen dalam

strategi pemerolehan bahasa kedua .

Mengikut Skinner, tingkah laku bahasa dapat dilakukan dengan penguatan. Penguatan

terjadi melalui proses stimuli-respons. Stimuli-respons yang berulang-ulang akan menjadi

kebiasaan. Kebiasaan yang terbentuk akan menjadi sesuatu yang automatik. 1

Semasa mempelajari tingkah laku kanak-kanak belajar bahasa kedua, Heidi Dulay,

Marina Burt, dan Stephen Krashen mengemukakan Strategi Belajar yang mencakupi

penyederhanaan kaedah-kaedah untuk memudahkan pembelajaran, dan pengajaran secara

latih-tubi dan menghafal supaya satu pendekatan memproses informasi ke arah pembelajaran

terbentuk pada diri kanak-kanak.

Setelah lebih kurang 10 tahun mengajar Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan,

Teknik Soalan-Respons 5W1H diaplikasikan untuk membimbing pelajar membina ayat majmuk

dalam penulisan . Teknik ini memerlukan pelajar menggunakan urutan soalan sebagai

rangsangan untuk mendapat idea, kemudian memberi jawapan dalam bentuk penulisan.

1

Page 6: Laporan Kajian Tindakan 2013

3LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Pelajar digalakkan untuk menggunakan urutan soalan berbentuk ‘wh’ (wh-questions) sebagai

rangsangan ( lihat Carta 1 ).

Carta 1: Teknik Soalan-Respons 5W1H untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk

dalam penulisan .

‘wh-questions’- who ( siapa )- when ( bila)- what ( apa )- where ( di mana)- why ( kenapa )- how ( bagaimana)

Memproses isi-isi danmembina ayat dengan

kata hubung Ayat majmukyang gramatis

Soalan-soalan Situasi Penulisan

Rangsangan

Jawapan

Page 7: Laporan Kajian Tindakan 2013

4LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid. Kemahiran

membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam bahasa Malaysia. Banyak kajian yang

telah dijalankan dan didapati kebanyakan murid-murid menghadapi masalah dalam penulisan

terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan lengkap.

Kebanyakan murid-murid menghadapi masalah menyusun idea dalam penulisan dan

tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut

tujuan yang telah ditetapkan. Hari ini, menulis terus menjadi kelemahan paling ketara murid-

murid sekolah. Walaupun skor pencapaian standard telah meningkat dalam beberapa aspek,

penulisan yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol. 2 Hal ini kerana semasa

berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran menulis, didapati murid

menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau

rangkai kata tidak disertakan.

Dari segi penulisan, saya mendapati sebahagian murid lemah dalam pembinaan ayat

majmuk, mereka hanya dapat membina ayat tunggal sahaja. Tatabahasa yang digunakan

dalam ayat-ayat mereka tidak betul dan kosa kata Bahasa Malaysia yang digunakan juga agak

terhad. Ayat yang dibina tergantung (tiada subjek mahupun predikat). Murid tidak mahir dalam

mengembangkan ayat peluasan bahagian subjek/predikat dan peluasan ayat dasar kepada

ayat terbitan. Terdapat juga kesilapan dari segi tatabahasa seperti penggunaan imbuhan

awalan,apitan, akhiran dan sisipan. Kadang-kadang, pemilihan perkataan mereka tidak sesuai

dan tidak tepat. Perkataan yang dipilih tidak menepati maksud sebenarnya atau perkataan yang

dipilih bersalahan dengan konteks. Murid-murid juga tidak menguasai ragam ayat seperti ayat

aktif dan ayat pasif dan mereka tidak mempelbagaikan jenis-jenis ayat seperti ayat penyata,

perintah, tanya, seruan dan lain-lain.

Murid tidak yakin dalam pembinaan ayat-ayat yang baik. Hal ini sering menjadi halangan

untuk mereka menulis karangan yang baik. Mereka juga kurang berjaya membina pelbagai jenis

ayat dalam karangan mereka. Ini menjadikan pengajaran Bahasa Malaysia satu cabaran yang

besar. Selain itu, saya juga menghadapi kesulitan menyemak karangan murid. Saya mendapati

bahawa murid lemah dalam pembinaan ayat melalui markah bahasa yang diperoleh. Karangan

murid tidak menepati serta tidak kreatif.

2

Page 8: Laporan Kajian Tindakan 2013

5LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

            Guru yang mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun 5 pada tahun 2012 iaitu

sebanyak 4 kelas. Memandangkan pada tahun  hadapan  iaitu 2013, murid-murid ini akan

menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, pencapaian bagi subjek ini haruslah

ditingkatkan.Faktor yang dikenal pasti mempengaruhi keputusan subjek ini ialah penguasaan

kemahiran menulis ayat yang gramatis . Sebuah kelas tahun lima telah dipilih dalam kajian ini

yang melibatkan seramai 115 orang murid. Berdasarkan keputusan peperiksaan  Penulisan

Bahasa Melayu pertengahan tahun 2012 yang lalu, kami dapati masih ramai murid kelas ini

mendapat pengskoran  pada tahap baik dan memuaskan  seperti yang digambarkan pada Jadual

1.

Dibawah merupakan antara ayat-ayat yang dibina oleh dua puluh orang murid-murid itu .

Kebanyakan jawapan mereka merupakan ayat tunggal dan ada pula terdapat kesalahan struktur

ayat . Bukti ditunjukkan dibawah :-

PENGSKORAN BIL PERATUS

GRED A

80-100 markah 35 30.43

GRED B

60-79 markah 34 29.56

GRED C

40-59 markah 16 13.91

GRED D

20-39 markah 14 12.17

GRED E

0-19 markah

16 13.91

Jadual 1: Analisis Pengskoran Penulisan Bahasa Melayu  pertengahan    tahun   2012.

 Berdasarkan Jadual 1, didapati 60% iaitu 69 daripada 115 orang murid kelas ini mendapat pengskoran

pada gred A dan B. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat sebilangan besar murid kelas ini yang

masih lagi lemah pencapaian mereka dalam Penulisan Bahasa Melayu. Kami telah memulakan tinjauan

awal kajian ini pada awal  bulan Oktober 2012 yang lalu. Melalui maklumat awal ini, kami telah meneliti

Page 9: Laporan Kajian Tindakan 2013

6LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

dan mengenal pasti kelemahan murid-murid ini melalui latihan harian mereka. Rajah 1 merupakan salah

satu latihan penulisan seorang daripada murid berkenaan.

Tajuk latihan : Bina Ayat Majmuk dengan penjodoh bilangan yang diberi.

1. bilah

Jawapan murid: Saya ada sebilah pisau. (ayat tunggal)

Jawapan murid:Ibu membeli sebilah pisau memotong sayur. (kesalahan struktur ayat)

2. kotak

Jawapan murid:  Abang minum sekotak susu. (ayat tunggal)

Jawapan murid : Bapa kepada saya dua kotak biskut. (kesalahan struktur ayat)

3. helai

Jawapan murid:  Saya ada sehelai baju . (ayat tunggal)

Jawapan murid: Ibu jahit sehelai baju dengan cantik. (kesalahan struktur ayat)

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea ditentukan

dengan merujuk Standard Kandungan Kemahiran Menulis melalui menggunakan pelbagai jenis

penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan

menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas

dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan

penulisan bahan ilmu dan imaginasi untuk menghasilkan penulisan. Dalam strategi pengajaran

dan pembelajaran kemahiran menulis, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh

murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis. 3

Berdasarkan pengalaman sebagai guru yang mengajar Bahasa Melayu ini , pengkaji telah

mendapati ramai murid tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat majmuk yang lengkap

dan gramatis. Pengkaji telah mengalami masalah yang sama dalam makropengajaran yang

telah dijalankan.

Masalah pelajar membina ayat majmuk yang gramatis semakin menonjol dalam kelas

karangan. Melalui pemeriksaan buku latihan dan lampiran kerja pelajar, didapati pelajar kerap

ketandusan idea dan tidak boleh membina ayat-ayat majmuk yang berkaitan dan bersesuaian

tentang topik yang diberi. Isu ini perlu ditangani supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil

untuk membantu pelajar menjadi lebih arif dan bijak dalam penulisan. Jika tidak diselesaikan

3

Page 10: Laporan Kajian Tindakan 2013

7LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

masalah ini, murid akan menghadapi masalah yang lebih besar pada pembelajaran akan

datang.

Murid-murid cenderung dipengaruhi oleh Bahasa Ibunda dan mereka juga kurang

menguasai perbendaharaan kata Bahasa Melayu yang secukupnya . Selain itu faktor tidak tahu

atau memahami makna atau erti sesuatu perkataan dan ayat juga merupakan antara masalah

utama.Selain itu murid juga didapati lemah dalam sistem ejaan dan pengetahuan bahasa dari

segi struktur binaan ayat . Oleh itu pengkaji ingin mengesan kaedah pembelajaran yang sesuai

untuk menangani permasalahan ini.

Saya memfokuskan kepada teknik soalan-respons 5W1H yang dapat membantu pelajar

untuk membina ayat majmuk yang gramatis.  Beberapa tindakan telah dibuat oleh guru dan

pelajar dan saya yakin  mereka akan dapat menulis ayat majmuk yang gramatis jika mereka

dapat menguasai kemahiran dan teknik soalan-respons 5W1H .

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Am

Meningkatkan kemahiran membina dan menulis ayat majmuk yang gramatis.

4.2 Objektif Khusus

4.2.1 Membimbing pelajar belajar menggunakan teknik soalan- respons (S-R)

5W1H semasa membina ayat .

4.2.2 Mengenalpasti punca kesukaran murid untuk membina ayat yang

gramatis berpandukan gambar dalam Bahasa Melayu.

4.2.3 Untuk menarik minat dan mengubah sikap pelajar terhadap membina

ayat majmuk Bahasa Malaysia yang dirasakan amat sukar.

4.2.4 Melatih pelajar peka menggunakan kemahiran belajar cara belajar.

4.2.5 Meningkatkan kemahiran pembelajaran konstruktivisme.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN / METODOLOGI KAJIAN

Beberapa langkah telah dirancang dan diambil untuk memastikan proses kajian ini

berjalan dengan sempurna.

5.1 TINJAUAN MASALAH

Semasa menjalankan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah

pemerhatian di dalam kelas, Kaedah Ujian Diagnostik dan temubual yang telah

dijalankan.

Page 11: Laporan Kajian Tindakan 2013

8LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

5.1.1 Kaedah Pemerhatian

Selepas menjalankan makropengajaran , saya dapati 10 orang murid tidak dapat

membina ayat majmuk yang betul dan gramatis. Pemerhatian semasa proses

makropengajaran juga telah dibuat dan saya dapati hanya segelintir pelajar

sahaja yang menunjukkan kesan progresif pada konteks pembelajaran manakala

segelintir yang lain kelihatan melayang dan tidak fokus kepada latihan yang

dilaksanakan. Saya telah memberi beberapa latihan namun hasil yang saya

perolehi agak mengecewakan.

5.1.2 Kaedah Ujian Diagnostik

Setelah saya dapati terdapat beberapa kecelaruan dalam membina ayat majmuk

yang telah dilakukan oleh murid saya menggunakan pula kaedah ujian

Diagnostik untuk mengesan kelemahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam

membina ayat majmuk.

6.1.3    Kaedah Temu Bual

Saya bertemu bual dengan beberapa orang pelajar kelas ini secara tidak formal

tentang  masalah yang mereka hadapi di dalam kelas dan di luar atau di rumah.

Masalah yang dihadapi  tidak dapat dinafikan menyumbang kepada faktor

mengapa mereka tidak dapat mengikuti pelajaran dengan lebih baik dan hasilnya

mereka tidak faham dan  tidak dapat mengingati apa yang dipelajari. Apa tah lagi

wujud segelintir guru yang suka mementingkan diri , tidak peka dengan

keupayaan pelajar-pelajar dan hanya mahu menghabiskan ‘syllabus’ mengikut

jangkamasa tertentu.

6.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

6.2.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian

Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta murid

membina ayat majmuk melalui aktiviti kumpulan dan juga lembaran kerja

Pengetahuan sedia ada mereka menjadi sandaran dalam membina ayat majmuk

Pengetahuan sedia ada mereka berdasarkan kemahiran yang di ajar pada awal

tahun ini . Saya dapati banyak kesalahan yang dilakukan oleh mereka . Hanya

terdapat 15 orang daripada 25 orang di kelas tahun 4M dapat membina ayat

Page 12: Laporan Kajian Tindakan 2013

9LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

majmuk dengan baik. Selain itu, saya membuat kesimpulan mereka harus

diberikan penekanan yang lebih untuk mereka lebih mahir dalam membina ayat

majmuk yang gramatis.

6.2.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian Diagnostik

Saya telah menjalankan Ujian Diagnostik. Saya juga telah melakukan

temu bual tidak berstruktur dengan guru lain yang mengajar Bahasa

Malaysia. Disamping itu, saya telah menganalisis keputusan Ujian

Bulanan seperti di bawah :

BIL NAMA UJIAN

DIAGNOSTIK

UJIAN

BULANAN

1. AIDA AISYAH 10/10 10/10

2. CHEA CHEE KEN 3/10 5/10

3. CHEOK LIYAN 2/10 3/10

4. CHEW ZHI YANG 1/10 2/10

5. CHONG JUN WEI 2/10 2/10

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

40% 40%

60%

80%

20%

Masalah murid-murid gagal dalam pen-guasaan kemahiran pembinaan ayat ma-

jmuk dalam Bahasa Malaysia

Peratusan (%)

Page 13: Laporan Kajian Tindakan 2013

10LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

6. CHONG JUN XIAN 5/10 6/10

7. CHONG YING YING 7/10 7/10

8. CHOONG XIAO WEI 6/10 6/10

9. CHU CHIN WEI 3/10 3/10

10. CHUA CHEE HUI 3/10 3/10

11. ESHENDRA PILLAI 7/10 7/10

12. HEE YING YING 5/10 5/10

13. HEW CHI FENG 5/10 5/10

14. HEW KOK XIONG 3/10 3/10

15. IRENE CHAM AI LING 2/10 2/10

16. KELVIN LOKE WENG KIT 0/10 0/10

17. KAMARUL AMRI BIN YUSRI 1/10 1/10

18. KEYRTHI LOSHNI 4/10 4/10

19. KHASVINI 3/10 3/10

20. KWAY WEI JIE 2/10 1/10

21. LEE YENER 5/10 5/10

22. LEW CHOK YEW 3/10 5/10

23. LIM YONG TAT 1/10 1/10

24. LU HUI XUAN 3/10 3/10

25. NAVEN 4/10 4/10

26. PENNY LIM JING WEN 4/10 5/10

27. PIERCE LEE YUEN LUNG 4/10 4/10

28. RISAN A/L KOLA DHORA 3/10 3/10

29. TEO WEN HUI 5/10 5/10

30. TREVOR ADRIEL GOMES 2/10 2/10

31. WONG JIA JUN 1/10 1/10

32. WONG YIK WAI 2/10 2/10

33. WONG YING HUI 3/10 3/10

34. WOO KE SHENG 4/10 5/10

35. YAP KIAN FUI 2/10 1/10

36. WOO YAO LAN 4/10 4/10

37. YAP ROU XIN 4/10 5/10

Page 14: Laporan Kajian Tindakan 2013

11LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Melalui Ujian Diagnostik ini, hasil yang diperolehi adalah seperti berikut:-

i. Murid tidak menulis mengikut struktur ayat yang betul yang terdiri

daripada subjek dan predikat.

Ditulis : Pada waktu pagi ramai orang berjoging di taman .

Sepatutnya: Ramai orang berjoging di taman pada waktu pagi.

ii. Murid tidak menggunakan kata hubung untuk menghubungkan dua

ayat tunggal .

Ditulis: Saya suka makan roti . Saya juga suka makan nasi lemak.

Sepatutnya: Saya suka makan roti dan juga nasi lemak.

iii. Murid tidak dapat mengembangkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.

Ditulis: Saya suka berjoging.

Sepatutnya: Saya suka berjoging di taman yang bersih dan indah itu.

Selain itu, didapati juga murid agak sukar membina dan membezakan

ayat tunggal dan ayat majmuk. Pembinaan ayat majmuk terhad kepada kata

hubung yang mudah difahami oleh murid, contohnya ‘dan’.Murid juga tidak tahu

membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.

Kesimpulannya, kesalahan dan kelemahan dalam membina ayat

majmuk ini membuktikan bahawa masalah yang dihadapi oleh kesepuluh-

sepuluh orang murid ini perlu ditangani segera agar mereka dapat mengikuti

kelas seperti murid-murid yang lain.

6.2.3 Analisis Kajian Kaedah Temubual

Hasil temubual awal bersama sepuluh  orang pelajar 4M  secara tidak formal ,

beberapa jawapan telah saya perolehi dan kebanyakannya adalah sama untuk

kesemua pelajar. Di sini, saya mengemukakan hasil dialog yang dibuat antara 3

orang murid itu ,seperti yang berikut:-

Dialog:

Guru : Adakah kamu berminat untuk belajar Bahasa Malaysia?

Murid 1 : Kurang berminat.

Murid 2 : Ya. Saya berminat.

Murid 3 : Tidak suka.

Page 15: Laporan Kajian Tindakan 2013

12LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Setelah membuat analisis dapatan kajian , 10 orang murid tersebut dari kelas 4M telah

dipilih untuk menjalankan kajian tindakan ini. Pelbagai aktiviti dengan tahap kesukaran

yang berlainan akan disediakan untuk pelajar. Refleksi sebelum, semasa, dan selepas

setiap aktiviti akan diadakan untuk memperbaiki kemahiran membina ayat majmuk

pelajar (rujuk Carta 2).

Pemerhatian dan refleksi.Pelaksanaan tindakan – Latihan 2.

Pelaksanaan tindakan – Latihan 1.Latihan 1 -Membina ayat majmuk berdasarkan gambar bersiri

Kumpulan Sasaran

Pemerhatian semasa makropengajaran .Menjalankan pemilihan kumpulan sasaran.

Guru : Adakah kamu selalu bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan rakan,

jiran dan ahli keluarga?

Murid 1 : Tidak pernah.

Murid 2 : Tidak. Saya takut salah cakap.

Murid 3 : Tidak. Saya berasa malu .

Guru : Semasa membina ayat majmuk, apa yang kamu fikirkan paling sukar?

Murid 1 : Struktur ayat saya selalu salah.

Murid 2 : Saya hanya tahu menggunakan kata hubung "dan" sahaja.

Murid 3 : Susah untuk membina ayat majmuk.

Guru : Adakah kamu tahu sebab kenapa kamu tidak pandai membina ayat?

Murid 1 : Saya lemah dalam pembelajaran.

Murid 2 : Saya tidak dapat mengingati pelajaran yang diajar oleh guru.

Murid 3 : Saya tidak berkeyakinan semasa membina ayat.

Page 16: Laporan Kajian Tindakan 2013

13LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

6.4 PELAKSANAAN TINDAKAN

6.4.1 Pelaksanaan Latihan 1

Latihan ini memerlukan pelajar membina ayat majmuk berdasarkan gambar bersiri

yang diberi. Berlainan dengan apa yang pelajar biasa menghadapi, para pelajar

tidak diberi perbendaharaan yang berkaitan tetapi pelajar perlu menggunakan

teknik S-R untuk membantu mereka mencari idea atau mengembangkan isi yang

terkandung dalam gambar, kemudian membina ayat majmuk yang bersesuaian.

i. Pemerhatian

Matlamat gambar bersiri diberi ialah untuk memudahkan pelajar pada peringkat

ini. Gambar bersiri membolehkan pelajar mendapat lebih informasi dan urutan

cerita dapat dikawal. Gambar bersiri memperluaskan skop pemikiran pelajar.

Hasil Kajian

Latihan 4–Membina ayat majmuk tentang sesuatu tajuk dengan kata hubung tidak diberi.

Latihan 3 –Membina ayat majmuk tentang sesuatu tajuk dengan kata hubung diberi.

Pemerhatian dan refleksi.Pelaksanaan tindakan – Latihan 3.

Pemerhatian dan refleksi.Pelaksanaan tindakan – Latihan 4.

Pemerhatian dan refleksi.Membuat analisa data.

Carta 2: Aktiviti yang telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam

membina ayat majmuk yang gramatis.

Latihan 2 –Membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal

Page 17: Laporan Kajian Tindakan 2013

14LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Dari hasil penulisan, boleh dikatakan pelajar dapat menghuraikan isi dengan

lancar (Jadual 1).

Jadual 1: Bilangan dan bentuk ayat (ayat tunggal dan ayat majmuk)

yang terdapat dalam kertas jawapan Latihan 1( LAMPIRAN 1).

Page 18: Laporan Kajian Tindakan 2013

15LAPORAN KAJIAN TINDAKANNama Pelajar

Bil. Ayat

Tunggal

Bil. Ayat

Majmuk

Peratusan Jumlah

ayat majmuk

AIDA AISYAH 0 7 100%

CHEA CHEE KEN 1 5 80%

CHEOK LIYAN 3 4 60%

CHEW ZHI YANG 1 6 90%

CHONG JUN WEI 3 0 14%

CHONG JUN XIAN 0 7 100%

CHONG YING YING 0 7 100%

CHOONG XIAO WEI 0 7 100%

CHU CHIN WEI 5 2 25%

CHUA CHEE HUI 5 2 25%

ESHENDRA PILLAI 0 7 100%

HEE YING YING 0 7 100%

HEW CHI FENG 4 3 35%

HEW KOK XIONG 5 2 28%

IRENE CHAM AI LING 6 1 15%

KELVIN LOKE WENG KIT 1 0 3%

KAMARUL AMRI BIN

YUSRI3 0 14%

KEYRTHI LOSHNI 2 5 80%

KHASVINI 6 1 15%

KWAY WEI JIE 7 0 10%

LEE YENER 0 7 100%

LEW CHOK YEW 5 2 25%

LIM YONG TAT 3 0 7%

LU HUI XUAN 4 3 30%

NAVEN 6 1 15%

PENNY LIM JING WEN 3 0 7%

PIERCE LEE YUEN LUNG 5 2 25%

RISAN A/L KOLA DHORA 6 1 15%

TEO WEN HUI 4 3 35%

TREVOR ADRIEL GOMES 3 0 14%

WONG JIA JUN 2 0 7%

WONG YIK WAI 3 0 7%

WONG YING HUI 3 3 50%

WOO KE SHENG 3 3 50%

YAP KIAN FUI 4 3 56%

WOO YAO LAN 4 3 56%

YAP ROU XIN 0 7 100%

Page 19: Laporan Kajian Tindakan 2013

16LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Walaupun tanpa bantuan perbendaharaan kata atau rangkai kata, para pelajar

boleh membina ayat-ayat bersesuaian dalam penulisan tentang satu topik.

Dari segi kemahiran membina ayat majmuk, pelajar masih lemah. Kebanyakan

membina ayat tunggal , hanya 7 orang sahaja dalam kumpulan sasaran yang

dapat membina semua ayat (100%) dalam bentuk ayat majmuk.

ii. Refleksi

Guru berbincang dan mendapati para pelajar dapat memberi maklumat tentang

topik dengan tepat tanpa sebarang bantuan guru. Walau bagaimanapun

kelemahan yang jelas dapat dilihat dari segi tatabahasa. Pengajaran dan

latihan dalam membentuk ayat akan diberi penekanan sebelum Latihan 2

diberi.

Aktiviti Latihan 1 berjaya menunjukkan tahap kemahiran pelajar membina ayat

majmuk dalam penulisan tentang sesuatu topik dengan teknik S-R . Aktiviti

lanjutan akan digubah dengan menggantikan gambar bersiri kepada gambar

komposisi..

6.4.2 Pelaksanaan Latihan 2

Aktiviti Latihan 2 (LAMPIRAN 1) memerlukan pelajar membina 5 ayat majmuk

berdasarkan gambar tunggal. Bilangan ayat dihadkan. Gambar tunggal diberi,

Page 20: Laporan Kajian Tindakan 2013

17LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

guru berharap ini dapat menguji kemahiran berfikir para pelajar ke tahap yang

lebih tinggi.

i. Pemerhatian

Para pelajar berjaya membina bilangan ayat majmuk yang ditetapkan. Pelajar

boleh mengguna S-R untuk mengembangkan makna terkandung dalam

gambar komposisi. Mereka berkebolehan menjelaskan idea dan isi dalam

gambar tunggal atau gambar komposisi. Peratus skor menunjukkan kemahiran

membina ayat majmuk dalam penulisn tentang satu topik meningkat (Jadual 2).

Jadual 2: Bilangan ayat majmuk yang dapat dibina dan peratus

skor oleh setiap pelajar dalam Latihan 2 (LAMPIRAN 1)

Pelajar Bil Ayat Majmuk Peratus Skor (%)

AIDA AISYAH 5 100

CHEA CHEE KEN 4 80

CHEOK LIYAN 3 60

CHEW ZHI YANG 4 80

CHONG JUN WEI 1 20

CHONG JUN XIAN 5 100

CHONG YING YING 4 80

CHOONG XIAO WEI 4 80

CHU CHIN WEI 3 60

CHUA CHEE HUI 4 80

ESHENDRA PILLAI 5 100

HEE YING YING 5 100

HEW CHI FENG 4 80

HEW KOK XIONG 2 40

IRENE CHAM AI LING 2 40

KELVIN LOKE WENG KIT 1 20

KAMARUL AMRI BIN YUSRI 1 20

KEYRTHI LOSHNI 3 60

KHASVINI 2 40

KWAY WEI JIE 2 40

LEE YENER 5 100

Page 21: Laporan Kajian Tindakan 2013

18LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

LEW CHOK YEW 5 100

LIM YONG TAT 1 20

LU HUI XUAN 3 60

NAVEN 3 60

PENNY LIM JING WEN 2 40

PIERCE LEE YUEN LUNG 2 40

RISAN A/L KOLA DHORA 3 60

TEO WEN HUI 3 60

TREVOR ADRIEL GOMES 2 40

WONG JIA JUN 1 20

WONG YIK WAI 2 40

WONG YING HUI 3 60

WOO KE SHENG 3 60

YAP KIAN FUI 2 40

WOO YAO LAN 30 60

YAP ROU XIN 3 60

ii. Refleksi.

Kelemahan yang perlu diatasi ialah penggunaan kata hubung dalam kemahiran

membina ayat majmuk. Dari segi penggunaan kata hubung, pelajar banyak

menggunakan kata hubung ‘dan’ dan kata sendi ‘untuk’ atau "kepada" sahaja.

Kemahiran membina ayat majmuk meningkat, tetapi kesalahan ejaan dan

perbendaharaan kata bertambah.. Kelemahan ini akan diatasi dan diberi

penekanan dalam pengajaran sebelum Latihan 3 diberi.

Aktiviti lanjutan akan digubah dengan memberi satu situasi tanpa gambar

diberi. Perbendaharaan kata yang berkaitan tidak akan diberi tetapi pelbagai

kata hubung akan diberi untuk menggalak pelajar menggunakannya.

6.4.3 Pelaksanaan Latihan 3

Latihan 3 memerlukan pelajar membina 5 ayat majmuk berdasarkan satu situasi

atau keadaan yang diberi. Guru menyenaraikan beberapa kata hubung, pelajar

digalak menggunakan kata hubung yang berlainan dalam kelima-lima ayat itu.

Latihan ini bertujuan membimbing pelajar membina ayat majmuk dalam penulisan

Page 22: Laporan Kajian Tindakan 2013

19LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

tentang satu topik, dan diharap pelajar dapat menggunakan pelbagai kata hubung

yang bersesuaian .

i. Pemerhatian

Senarai kata hubung yang diberi oleh guru tidak dapat membantu murid dalam

kemahiran membina ayat majmuk tentang satu situasi (Jadual 3). Ini

merupakan satu ‘outcome’ di luar jangkaan. Ramai yang belum menguasai

penggunaan kata hubung yang diberi oleh guru, contohnya kata hubung

‘manakala’ dan ‘sambil’. Akibatnya, senarai kata hubung yang diberi telah

menjadi pengganggu kepada pelajar.

Jadual 3 : Bilangan ayat majmuk yang dapat dibina dan peratus

skor oleh setiap pelajar dalam aktiviti Latihan 3.

Pelajar Bil Ayat Majmuk Peratus Skor (%)

AIDA AISYAH 5 100

CHEA CHEE KEN 4 80

CHEOK LIYAN 3 60

CHEW ZHI YANG 4 80

CHONG JUN WEI 1 20

CHONG JUN XIAN 5 100

CHONG YING YING 4 80

CHOONG XIAO WEI 4 80

CHU CHIN WEI 3 60

CHUA CHEE HUI 4 80

ESHENDRA PILLAI 5 100

HEE YING YING 5 100

HEW CHI FENG 4 80

HEW KOK XIONG 2 40

IRENE CHAM AI LING 3 60

KELVIN LOKE WENG KIT 1 20

KAMARUL AMRI BIN YUSRI 1 20

KEYRTHI LOSHNI 4 80

KHASVINI 2 40

Page 23: Laporan Kajian Tindakan 2013

20LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KWAY WEI JIE 2 40

LEE YENER 5 100

LEW CHOK YEW 5 100

LIM YONG TAT 1 20

LU HUI XUAN 4 80

NAVEN 4 80

PENNY LIM JING WEN 2 40

PIERCE LEE YUEN LUNG 2 40

RISAN A/L KOLA DHORA 3 60

TEO WEN HUI 3 60

TREVOR ADRIEL GOMES 2 40

WONG JIA JUN 1 20

WONG YIK WAI 2 40

WONG YING HUI 4 80

WOO KE SHENG 3 60

YAP KIAN FUI 2 40

WOO YAO LAN 30 60

YAP ROU XIN 3 60

ii. Refleksi

Guru berbincang dan menyediakan satu latihan tambahan untuk pelajar. Satu

situasi yang bersesuaian dengan pengalaman pelajar diberi, tetapi senarai

kata hubung tidak diberi kepada pelajar. Guru berharap pelajar dapat

membina ayat-ayat majmuk dengan pelbagai kata hubung .

6.5 REFLEKSI KAJIAN

Page 24: Laporan Kajian Tindakan 2013

21LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian ini telah dijalankan secara berperingkat, iaitu dari peringkat yang mudah ke

peringkat yang sederhana, kemudian ke peringkat yang susah . Pemerhatian terhadap

hasil tindakan setiap peringkat dicatat. Seramai 37 orang pelajar dari kelas 5K telah

mengambil bahagian dalam kajian ini.kajian ini dimulakan pada akhir tahun

2012.Seramai 37 orang murid dari kelas 5K menduduki peperiksaan akhir tahun Bahasa

Malaysia.Peratus kelulusan adalah 55.26%.Setelah kajian tindakan diadakan selama

beberapa bulan,kelulusan peratus untuk peperiksaan awal tahun 2013 bagi mata

pelajaran Bahasa Malaysia ialah 62.16%.Kelulusan target telah menaik 10

%.berbanding analisis peperikaaan akhir 2012.

7.0 RUMUSAN

Bahasa Malaysia penting sebagai alat perpaduan antara kaum di Malaysia. Murid-murid

haruslah menguasai Bahasa Malaysia sama ada dalam pembacaan atau penulisan. Justeru,

kajian seperti kajian tindakan ini perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk meninjau

masalah murid-murid dalam Bahasa Malaysia. Kajian tindakan ini merupakan salah satu cara

penting yang dapat diaplikasi untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid

dan langkah-langkah yang sewajarnya dijalankan bagi mengatasi masalah tersebut. Kaedah

yang diperkenalkan kepada murid ini dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan

mereka dalam kemahiran membina ayat majmuk yang gramatis dalam Bahasa Malaysia.

Pada awal kajian ini dijalankan ,semasa menyemak kertas jawapan Latihan 1, didapati

hanya 5 orang pelajar dalam kumpulan sasaran yang dapat membina lebih daripada 3 ayat

majmuk yang betul. Keadaan ini berubah, setelah melaksanakan beberapa latihan, semua

pelajar dapat membina ayat majmuk yang gramatis. Pelajar juga dapat menguasai

penggunaan pelbagai kata hubung yang sesuai semasa membina ayat majmuk (Jadual 6).

Terbuktilah latihan dan teknik S-R 5W1H dalam kajian ini adalah berguna dalam membantu

murid yang lemah dalam membina ayat majmuk.

Hasil kajian ini juga dapat membantu guru-guru bahasa lain sebagai rujukan untuk

merancang dan mengajarkan Bahasa Malaysia dengan lebih baik dan berkesan. Hasil kajian

tindakan ini dapat dijadikan pegangan oleh guru bahasa di samping dapat merangkakan

pelbagai strategi, kaedah, pendekatan, dan teknik pengajaran tatabahasa yang lain. Diharapkan

latihan pengukuhan yang konsisten dan berterusan dijalankan oleh guru-guru untuk

memastikan murid-murid tersebut terus berusaha dalam pembinaan ayat majmuk Bahasa

Page 25: Laporan Kajian Tindakan 2013

22LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Malaysia. Ini penting untuk meningkatkan prestasi dan keputusan mereka dalam penulisan

Bahasa Malaysia dan mendorong mereka untuk mendalamkan pengetahuan dalam Bahasa

Malaysia.

Kajian ini juga akan dapat dijadikan bahan rujukan kepada penyelidik-penyelidik yang

lain pada masa hadapan. kajian ini dapat membantu penyelidik-penyelidik yang berminat untuk

menjalankan kajian tentang pengajaran dan pembelajaran aspek-aspek lain dalam bidang

tatabahasa pada masa hadapan.

8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Untuk cadangan kajian seterusnya, kajian tindakan ini seharusnya dijalankan dalam satu

tempoh masa yang lebih panjang untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang lebih

baik. Diharapkan kajian tindakan ini dapat dilaksanakan dengan lebih lama untuk memudahkan

murid-murid berkenaan menguasai kemahiran pembinaan ayat majmuk dalam Bahasa Malaysia

dengan sepenuhnya.

Seterusnya, kajian ini juga boleh dijalankan berdasarkan beberapa pendekatan yang

lain atau dengan menggabungjalinkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Diharapkan kajian seperti ini dijalankan secara berterusan kelak tanpa mengira sesiapa

yang mengusahakan, kerana ini penting untuk mendidik murid-murid yang merupakan tunggal

pembinaan bangsa dan negara kelak.

Saya berasa bangga dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan kajian

tindakan ini. Semoga Tuhan membalas jasa baik pihak-pihak yang terlibat dalam kajian

tindakan ini, terutamanya pensyarah yang memberi tugasan ini kepada saya. Saya menghargai

pengalaman dan pengajaran melalui kajian tindakan ini. “Melentur buluh biarlah dari

rebungnya”. Saya akan terus berusaha dan menambahbaikkan kajian tindakan ini supaya lebih

ramai murid yang dididik dan mendapat manfaat dengan kemahiran dan keputusan yang baik

dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Diharap juga penggunaan Bahasa Malaysia semakin meluas, selaras dengan tarafnya

sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Usaha memperkasakan Bahasa

Malaysia dilaksanakan untuk kebaikan semua pihak.

Page 26: Laporan Kajian Tindakan 2013

23LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

9.0 LAMPIRAN

Ujian Diagnostik

Page 27: Laporan Kajian Tindakan 2013

24LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

A) Bina ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi.

1. berjoging -_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

2. membeli - ______________________________________________________________

______________________________________________________________

B.) Gabungkan ayat tunggal dibawah dengan menggunakan kata hubung supaya menjadi ayat

majmuk.

1. Saya suka makan roti .

Saya juga suka makan nasi lemak.

____________________________________________________________________________

2. Abu tidak hadir ke sekolah hari ini.

Abu sakit .

____________________________________________________________________________

C.) Bina ayat majmuk berdasarkan gambar di bawah.

1. ____________________________________________

____________________________________________

____________________________________________

2. ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

Page 28: Laporan Kajian Tindakan 2013

25LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

LATIHAN 1

LATIHAN 2

LATIHAN 3

Bina 5 ayat majmuk berdasarkan Situasi dan kata hubung yang diberi:-

Suasana di Pasar Malam

Page 29: Laporan Kajian Tindakan 2013

26LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

LATIHAN 4

Bina 5 ayat majmuk berdasarkan tajuk dibawah:-

"Berkelah di Tepi Pantai".

lalu, sambil, untuk, manakala, tetapi