Laporan Kajian Tindakan 2015 Kemahiran Hidup

2
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2013 1. Tajuk Kajian : PEMBANGUNAN PERISIAN KEMAHIRAN PERKEBUNAN 2. Nama Penyelidik : Mohamad Aizuddin Bin Zaihan 3. Nama Sekolah : SMK. Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor 4. Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 1 Excellent yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di dalam topik Tanaman Sayuran. Seramai 17 orang pelajar lelaki dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian ini telah dilaksanakan melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Keberkesanan kajian ini seterusnya akan dilihat pada amali penanaman dan penjagaan yang dilaksanakan oleh pelajar. pelajar mencapai band yang tertinggi. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran melakar. 5. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu : Kebanyakan pelajar sangat meminati PdP penanaman sayuran tetapi mereka tidak mahir untuk melaksanakannya dan menjaga tanaman. Kemahiran menanam tanpa menggunakan pembaris sangat penting untuk dikuasai oleh semua pelajar tingkatan 1 kerana ia adalah kemahiran yang berterusan sehingga ke tingkatan 3. 6. Isu Keprihatinan : Setiap tingkatan 1, 2, dan 3 memerlukan pelajar untuk membuat lakaran lukisan reka bentuk. Sekiranya pelajar tidak mahir melakar, ia akan menyukarkan pelajar untuk mendapat band yang lebih baik. Ini kerana, setiap tingkatan iaitu tingkatan 1, 2 dan 3 mengkhendaki pelajar membuat tiga lakaran idea dalam bentuk tiga dimensi. Oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan satu teknik yang betul bagi menghasilkan lakaran yang lebih berkualiti. 7. Objektif Kajian : 7.1 Objektif Umum : Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar melakar lukisan reka bentuk dengan betul. 7.2 Objektif Khusus : Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar: 5.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam melakar lukisan reka bentuk 5.2 Membantu pelajar mencapai band yang tertinggi dalam PBS 8. Kumpulan Sasaran : Pelajar 1 SB Lelaki : 17 orang ( 13 Melayu , 4 Cina) 9. Pelaksanaan Kajian : 9.1 Tinjauan Masalah

description

Laporan Kajian Tindakan M/P KHB

Transcript of Laporan Kajian Tindakan 2015 Kemahiran Hidup

Page 1: Laporan Kajian Tindakan 2015 Kemahiran Hidup

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2013

1. Tajuk Kajian :

PEMBANGUNAN PERISIAN KEMAHIRAN PERKEBUNAN

2. Nama Penyelidik :Mohamad Aizuddin Bin Zaihan

3. Nama Sekolah :SMK. Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor

4. Abstrak :

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 1 Excellent yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di dalam topik Tanaman Sayuran. Seramai 17 orang pelajar lelaki dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini telah dilaksanakan melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Keberkesanan kajian ini seterusnya akan dilihat pada amali penanaman dan penjagaan yang dilaksanakan oleh pelajar.

pelajar mencapai band yang tertinggi. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran melakar.

5. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu :Kebanyakan pelajar sangat meminati PdP penanaman sayuran tetapi mereka tidak mahir untuk melaksanakannya dan menjaga tanaman. Kemahiran menanam tanpa menggunakan pembaris sangat penting untuk dikuasai oleh semua pelajar tingkatan 1 kerana ia adalah kemahiran yang berterusan sehingga ke tingkatan 3.

6. Isu Keprihatinan :Setiap tingkatan 1, 2, dan 3 memerlukan pelajar untuk membuat lakaran lukisan reka bentuk. Sekiranya pelajar tidak mahir melakar, ia akan menyukarkan pelajar untuk mendapat band yang lebih baik. Ini kerana, setiap tingkatan iaitu tingkatan 1, 2 dan 3 mengkhendaki pelajar membuat tiga lakaran idea dalam bentuk tiga dimensi.

Oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan satu teknik yang betul bagi menghasilkan lakaran yang lebih berkualiti.

7. Objektif Kajian :

7.1 Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar melakar lukisan reka bentuk dengan betul.

7.2 Objektif Khusus :

Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar:5.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam melakar lukisan reka bentuk5.2 Membantu pelajar mencapai band yang tertinggi dalam PBS

8. Kumpulan Sasaran :

Pelajar 1 SBLelaki : 17 orang ( 13 Melayu , 4 Cina)

9. Pelaksanaan Kajian :

Page 2: Laporan Kajian Tindakan 2015 Kemahiran Hidup

9.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian semasa P&P dan semasa pelaksanaaan PBS.

9.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang memberi respon kerana mereka tidak mahir untuk membuat lakaran reka bentuk. Garisan yang dibuat semuanya tidak lurus, comot dan tidak kemas. Sebanyak 88% pelajar (15 orang) yang tidak dapat membuatnya dengan baik. Hanya 12% sahaja (2 orang) pelajar yang boleh membuat lakaran reka bentuk dengan baik.

Pemerhatian ini disahkan oleh hasil lakaran pelajar di dalam pelaksanaan PBS.