Laporan Kajian Tindakan Hbef4303-Mazrita Mohd Tawil 2015

download Laporan Kajian Tindakan Hbef4303-Mazrita Mohd Tawil 2015

of 22

description

laporan

Transcript of Laporan Kajian Tindakan Hbef4303-Mazrita Mohd Tawil 2015

PenghargaanAlhamdullilah .Sekalung doa dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmatnya maka dapatlah saya menyiapkan kajian yang bertajuk Ting-Ting Minda Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Gabungan Perkataan Suku Kata Terbuka dan Tertutup Dalam Kalangan Murid-Murid Tahun 2 Amanah. Ucapan terima kasih dan salam penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr. Ab. Latiff Bin Muda selaku Pensyarah Pembimbing Kajian saya ini kerana dengan tunjuk ajar beliau maka terlaksanalah Kajian Ting-Ting Minda untuk meningkat kemahiran membaca tulisan Jawi semasa Pengajaran dan Pembelajaran . Beliau juga telah menjadi pendorong dan pembimbing kepada saya untuk menghasilkan sebuah tugasan dengan baik. Tidak lupa juga kepada guru pembimbing yang memberi tunjuk ajar sepanjang penyelidikan dijalankan.

Di samping itu juga, terima kasih tidak terhingga kepada murid-murid Tahun 2 Amanah seramai 10 orang Sekolah Kebangsaan Telok Menegon, Klang yang menjadi bahan penyelidikan sepanjang kajian saya. Akhir sekali , adalah diharapkan agar kajian ini akan menjadi panduan untuk tatapan generasi akan datang terutama dalam era serba bermaklumat dan berteknologi. Penggunaan kaedah permaianan iaitu Ting-Ting Minda semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pelajaran Jawi tahun 2 Amanah ini akan menjadi bukti bahawa semua guru harus bersama-sama menggembleng tenaga dalam mempertingkatkan Falsafah Pendidikan Negara yang bermaklumat dan berinformasi untuk membina insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang demi masa hadapan.

MAZRITA BINTI MOHD TAWILSMP FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAJANUARI 2015

TING-TING MINDA: MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA GABUNGAN PERKATAAN SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP KV KVK

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran bersepadu dan menyeluruh selaras dengan keperluan murid dalam mengatasi masalah-masalah dalam menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup yang dihadapi pelajar-pelajar tahun 2 Amanah. Jesteru, inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru -murid yang diketengahkan ini TING-TING MINDA, telah menggabungkan teknik permainan kata untuk mempertingkatkan kemahiran membaca perkataan kv kvk / kvk kv, di kalangan 10 orang murid Pemulihan Jawi Tahun 2 Amanah SK Telok Menegon Klang Selangor. Permainan kata - perkataan kvk , perkataan kv+ kv dank v + kvk dalam Ting Ting Minda, untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca satu suku kata dan dua suku kata di kalangan 10pelajar tahun 2 Amanah. Responden ini, telah dirawat dengan Ting-ting Minda selama 60 minit setiap sesi rawatan. Rawatan ini dijalankan selama 8 minggu sahaja. Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan. Keputusan Ujian Post telah menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan bacaan kv kvk pelajar. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan pelajar amat berminat untuk membaca, 7 orang daripada mereka telah memahami dan menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya. Mereka amat seronok ketika bermain permainan ini. Secara keseluruhannya, Ting-Ting Minda telah berjaya memupuk minat dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca pelajar.

1.0 REFLEKSI AWAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya adalah guru Pendidikan Islam di SK Telok Menegon Klang Selangor daripada tahun 2002 hinggalah sekarang. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah mendengar bacaan dari murid 2 Amanah melalui aktiviti membaca Sayang Jawi, saya juga telah memberi kad-kad bacaan berbentuk ayat-ayat mudah dan carta bergambar berdasarkan sukatan Pelajaran Jawi Tahun Dua. Timbul persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak boleh menyebutkan huruf Jawi dan membaca perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata. Oleh sebab itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dalam P&P saya. Hasil dapatannya, mereka kurang berminat untuk membacaak mengenal huruf Jawi sepenuhnya, ada yang kenal huruf tetapi tidak boleh membaca suku kata berdasarkan kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka bermain-main semasa P& P terutama di kelas biasa. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah menjalankan kajian tindakan ini.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya memfokuskan kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk Secara khususnya murid berkenaan menghadapi masalah membaca di peringkat suku kata dan masalah pengamatan. Untuk mengatasi masalah mereka, satu inovasi berbentuk permainan telah diketengahkan. Saya yakin jika saya mempelbagaikan kaedah PdP,sikap negatif dan pencapaian murid-murid dalam kemahiran membaca dapat ditingkatkan. Melalui pemerhatian dan kajian, didapati kebolehan guru menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pelajaran Jawi dengan mengaplikasikan inovasi Ting-Ting Minda berasaskan Teori Kecerdasan Kinestastik, merupakan daya pengerak kepada pengukuhan bacaan dan minat murid. Pengajaran dan Pembelajaran Guru Murid menjadi lebih seronok, dan guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Akhirnya manipulasi alat dan bahan digunakan untuk aktiviti pengukuhan seterusnya.

3.0 OBJEKTIF PENYELIDIKAN TINDAKAN

3.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dalam kalangan murid pemulihan Jawi melalui teori Kecerdasan kinestatik.

3.2 Objektif Khusus

i.Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca suku kata terbuka ( kv) dan suku kata tertutup ( kvk ) dengan lancar.ii.Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup ( kv kvk ) dengan lancar.iii.Mengubah persepsi murid terhadap keupayaan diri, meningkatkan jati diri dan punya rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri melalui Ting-Ting Minda.iv.Mewujudkan interaksi mesra guru dengan murid, murid dengan guru,dan murid dengan murid melalui Ting_Ting Minda.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid pemulihan Jawi tahun 2 Amanah seramai 10 orang murid. Empat orang perempuandan enam orang lelaki yang tidak menguasai kemahiran membaca Jawi.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah i. Kaedah Soal selidikDalam pelaksanaan kajian ini, saya telah mengedarkan borang soal selidik dan diedarkan kepada 10 orang murid tahun 2 Amanah untuk mendapatkan maklum balas tahap penguasaan bacaan gabungan suku kata terbuka dan tertutup sebelum dan selepas Ting-Ting Mindadiperkenalkan.

ii. Kaedah Temu Bual

Saya juga menjalankan temu bual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan saya, bahawa mereka tidak minat membaca. Saya juga, telah mengadakan temu bual secara berstruktur untuk mengetahui punca permasalan dan sikap 10 orang murid 2 Amanah terhadap bacaan sebelum dan selepas Ting-Ting Minda diperkenalkan. Dapatan daripada temubual tersebut, saya dapati 10 orang murid ini tidak suka membaca Jawi. Kesemuanya mengaku tidak pandai membaca, tetapi mereka suka mendengar orang membaca dan merasa aktiviti membaca tidak seronok serta tulisan Jawi adalah sukar untuk dibaca. Oleh itu, mereka tidak suka mengambil bahagian membaca di dalam kelas kerana takut tidak boleh membaca teks ujian yang diberi.. Daripada dapatan ini , andaian saya, murid tidak berminat untuk membaca adalah benar.

iii. Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra dan Ujian Pos diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka membatangkan gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk. Item Ujian Pra dan Ujian Pos adalah sama iaitu 20 perkataan dalam masa 4 minit berasaskan Kad Ujian Diagnostik (bacaan).

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Analisis soal selidikResponden telah memberikan respon yang positif dan analisis soal selidik yang telah dijawab berdasarkan jawapan Ya dan Tidak

Analisis Data Soal SelidikBILPENYATAAN ITEM

1Pembelajaran tanpa bahan bantu mengajar (BBM) sangat membosankan.YA(100%)TIDAK(0%)

2Saya bosan dan tidak berminat belajar Jawi jika tiada permainan. YA(100%)TIDAK(0%)

3Saya mudah membaca dengan bantuan Ting-Ting Minda

YA(100%)TIDAK(0%)

4Saya lebih menyukai membaca Jawi selepas belajar dengan Ting-Ting Minda.

YA(100%)TIDAK(0%)

5Saya dapat menyiapkan latihan selepas guna Ting-Ting Minda.

YA(80%)TIDAK(20%)

6Saya suka aktiviti seperti Ting-Ting Minda ini dijalankan pada tajuk-tajuk lain dalam kemahiran Jawi.

YA(100%)TIDAK(0%)

7Penggunaan Ting-Ting Minda dalam pengajaran dan pembelajaran guru tidak sesuai.

YA(0%)TIDAK(100%)

8Bahan-bahan yang disediakan dalam Ting-Ting MInda yang disediakan oleh guru sangat menarik.

YA(100%)TIDAK(0%)

9Saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan melalui Ting-Ting Minda.

YA(80%)TIDAK(20%)

10Saya yakin dapat membaca tulisan Jawi dengan baik setelah belajar guna Ting-Ting Minda.

YA(100%)TIDAK(0%)

5.2.2 Analisis temubual

Dapatan daripada temubual selepas kajian dijalankan, saya dapati 10 orang murid ini berminat dan sangat suka membaca Jawi. Kesemuanya mengaku bahawa merasa aktiviti membaca adalah suatu seronok serta tidaklah sukar untuk dibaca apabila kita member tumpuan dan fahaman dengan baik. Mereka berasa ada keyakinan yang tinggi dan tidak berasa bosan ketika belajar.

DATA TEMU BUAL

SIKAP TERHADAP BACAAN SEBELUM KAJIAN SELEPAS KAJIAN

Sukakah kamu membaca selepas guna Ting-Ting MindaTIDAK(70%)YA(100%)

Adakah membaca menyeronokkanTIDAK(80%)YA(100%)

Adakah kemahiran membaca membosankan semasa PdPYA(90%)TIDAK (0%)

Adakah kamu pandai membaca selepas aktiviti Ting-Ting MindaTIDAK (10%)YA (90%)

Sukakah kamu mendengar orang lain membacaTIDAK (20%)YA(100%)

5.2.3 Analisis Ujian Pra dan Ujian PosPerbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti berikut: Jadual

Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Walaupun masih terdapat pelajar yang lemah tetapi tiada pelajar yang gagal berbanding dengan ujian Pra di mana terdapat 4 orang telah gagal.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Saya memperkenalkan permainan Ting- Ting Minda, berasaskan Pendekatan Kecerdasan Kinestatik, untuk merangsang minat membaca seterusnya dapat mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk ketahap yang optimun (boleh membaca 20 patah perkataan setiap set yang dikaji dengan sebutan yang betul dalam masa kurang 4 minit selepas kaedah rawatan ini dilaksanakan. Saya telah merangka 4 aktiviti yang dinamakan Ting-Ting minda.

oAktiviti 1- Ting-ting Minda 1, saya menjalankan pengukuhan sebutan suku kata kv.oAktiviti 2-Ting-Ting Minda 2 pula, saya menjalankan pengukuhan sebutan perkataan kvk sahaja.oAktiviti 3- Manakala dalam Ting-ting Minda 3, saya memberikan peneguhan dalam bacaan perkataan gabungan daripada suku kata terbuka kv + kv.oAktiviti 4-Ting-ting Minda 4, saya membuat peneguhan dalam membaca perkataan gabungan daripada suku kata tertutup kv + kvkBerikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini:* Tapak Ting-Ting Minda.* Buah Dadu Minda.* Kad-kad perkatan kv .* Kad-kad perkataan kvk .* Kad perkataan sukukata terbuka dan tertutup.

5.3.1 PelaksanaanTindakan

Bagi menilai dan memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,

alat-alat yang disediakan termasuklah;

Kad Minda graf pencapaian kemahiran bacaan murid

(responden) dari semasa ke semasa

senarai semak perlakuan murid

senarai semak pencapaian setiap responden

kad-kad bacaan ujian pra, bahan-bahan dan aktiviti rawatan dan ujian pos.

Murid murid ini diberi rawatan klinikal melalui aktiviti Ting-ting Mindaselama 6 minggu di dalam kelas dan semasa penyelidik tiada kelas. Setiap aktiviti yang dijalankan saya akan memberi markah kepada murid-murid saya. Berikut adalah kateria markah yang saya gunakan.

Permakahan diberi secara kutipan bintang.

Satu ( * ), satu markah.

Dalam setiap pusingan murid melakukan 3 aktiviti mengikut kemahiran yang telah ditetapkan, sebagaimana dalam lampiran yang diberi. Mereka yang gagal dalam permainan ini akan diberi latih tubi dalam latihan bacaan intensif mengikut tahap kelemahan mereka. Murid yang gagal dalam aktiviti pusingan akan diberi peluang untuk meneruskan permainan setelah menjalani latih tubi bacaan intensif. Kriteria permarkahan ini sama dalam ke 4 aktiviti yang berlainan kemahiran bahasanya.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN

Murid murid ini diberi rawatan klinikal melalui aktiviti Ting-ting Minda selama 8 minggu di dalam kelas dan semasa penyelidik tiada kelas.

Aktiviti 1- MODEL TING-TING MINDA 1

Minggu 1 kemahiran suku kata kv

Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan.

Murid sebut dan langkah ke petak 1.

Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu.

Maju setapak ke petak 2 .Pilih huruf vokal dan sebut suku kata yang terbina.Meneruskan lompatan yang ke 3 dan mengambil kad suku kata yang terbina.Murid akan mengambil bintang di petak terakhir sekiranya betul.

Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 3 pusingan.22MAZRITA MOHD TAWIL 721228105264001

b

431Dadu Minda k

Bintang minda

Poket huruf vokal (a.i.e,o,u)

Poket huruf konsonan(k,n,d..)

Poket poket suku kata kv

Pemerhatian Yang Dijalankan

Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 1, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kv.

- Refleksi

Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 1dilaksanakan,saya merasa sangat seronok,kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang ceria, Pada awalnya mereka terpegun melihat saya menggunakan menyusun Blok membentuk ting-ting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Wah.Apa ni?...Nak main ting-ting.

Itulah, kata-kata gembira yang diluahkan oleh muridmurid ini. Pencapaian bacaan sukukata kv mereka dalam aktiviti Ting-ting Minda 1 ini membanggakan saya, Jumlah markah mereka dapat dilihat daripada jadual kad Minda 1.

MODEL TING-TING MINDA 2

AKTIVITI 2 kemahiran suku kata kvk.

Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan. Murid sebut dan langkah ke petak 1. Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu. Maju setapak ke petak 2 .Pilih huruf vokal .Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad huruf konsonan. Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil kad suku kata kvk yang sama dengan yang dikumpulkan serta menyebut bunyinya. Mengambil bintang sekiranya betul kad suku kata yang diambil dan betul sebutannya. Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 3 pusingan.

b

4321Dadu Minda k

Bintang minda

Poket poket suku kata kvk (la. gu,tu

Poket konsonan (h ,d, f,h )

Poket huruf vokal (a, e,I,o,u)

Pemerhatian Yang Dijalankan

Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 2, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kvk.

- Refleksi

Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 2 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira, kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang sentiasa ceria, Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan dan tidak sabar-sabar untuk bermain .Hari ini, aku nak dapat bintang banyak, nanti dapat aku pulak dapat hadiah..!, Itulah , harapan mereka ketika menjalankan aktiviti ini. Walaupun, aktiviti Minda 2 ini lebih tinggi aras kemahirannya berbanding aktiviti Minda 1, pencapaian bacaan tiga orang murid ini semakin meningkat. Ini membanggakan saya.Jumlah markah mereka dapat dilihat daripada jadual kad Minda 2. Tiga orang daripada mereka telah mencatatkan peningkatan yang membanggakan daripada pencapaian Aktiviti Minda 1. Dua orang lagi , walaupun mereka mendapat markah 4 dan 5 semasa aktiviti ini, pada saya pencapaian mereka memuaskan sebab murid ini adalah dalam kategori yang amat lemah. Seorang daripada mereka kerap tidak hadir ke sekolah kerana kurang sihat.

MODEL TING-TING MINDA 3

AKTIVITI 3, kemahiran membaca perkataan terbuka kv + kv

Murid baling buah dadu berlabel suku kata kv.

Murid sebut dan langkah ke petak 1.

Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu.

Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata kv dan baca perkataan yang dibina terbina.Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad perkataan yang terbina.Murid membatangkan perkataan yang diambil.Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang sekiranya betul sebutannya.. Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 3 pusingan.

ba

ku

Bintang mindaDadu Minda

4

Poket suku kata kv (la,gu,

3

2Poket huruf konsonan(k,n,d..)

1 Poket perkataan kv kv(vila, dadu)

Pemerhatian Yang Dijalankan

Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 3, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kv kv.

Jadual 3 : Kad Minda Minggu Kemahiran kv+kv

BilNamaP1P2P3P4P5Jum

1Pelajar A***************15

2Pelajar B***************15

3Pelajar C***************15

4Pelajar D***************15

5Pelajar E-************12

- RefleksiSemasa Aktiviti Ting-ting Minda 3 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira

dan terharu, kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dengan penuh keyakinan. Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan dan bertolak ansur semasa bermain .Cikgu, boleh tak kalau saya belajar kat kelas ni aje, saya nak baca buku cerita. Itulah kata-kata daripada mereka yang mengusik naluri saya,sungguh tersentuh hati ini, kerana rupa-rupanya saya telah berjaya memupuk minat untuk membaca pada aras kemahiran yang tinggi,diluar aras kemahiran yang saya kaji... Ini membanggakan saya. Berdasarkan jadual Kad Minda 3, 7 orang daripada mereka telah mencatatkan markah 100% dalam bacaan perkataan kv kv dalam permainan Ting-ting minda 3 ini.

MODEL TING-TING MINDA 4

AKTIVITI 4, kemahiran membaca perkataan tertutup kv + kvk

Murid baling buah dadu berlabel suku kata kv. Murid sebut dan langkah ke petak 1. Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu. Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata kvk dan baca perkataan yang dibina terbina.Contoh : datuk Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad perkataan yang terbina.Murid membatangkan perkataan yang diambil. Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang sekiranya betul sebutannya..

Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 3 pusingan

b

431 Dadu Minda k

Bintang minda

Poket huruf vokal (a.i.e,o,u)

Poket huruf konsonan(k,n,d..)

Poket poket suku kata kv

- Pemerhatian Yang Dijalankan

Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 4, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk pada tahap yang amat membanggakan .

- Refleksi

Jadual 5 : Analisis Data Temu Bual Sebelum Dan Selepas Kajian

Sikap terhadap bacaanAnalisa Sikap

Bil sebelumKajianBil selepas kajian

%Ya%tidak%Ya%tidak

Sukakah kamu membaca5/51005/5100

Adakah membaca itu seronok5/51005/5100

Adakah pelajaran bacaaan paling kamuMinat5/51005/5100

Adakah kamu pandai membaca5/51005/5100

Sukakah kamu mendengar orangMembaca5/51005/5100

Jadual 6 :Analisis Data Soal Selidik Sebelum Dan Selepas Kajian

Sikap terhadap bacaan

Analisis sikap terhadap bacaan

sebelum Kajianselepas kajian

Bil% YaBil%tidak%Ya%tidak

Tidak berminat2/5405/5100

Tidak suka mata pelajaran Bahasa Melayu2/5405/5100

Tiada keyakinan diri5/51005/5100

Tidak berminat untuk membaca5/51005/5100

Peningkatan minat membaca ini dapat dibuktikan berdasarkan daripada ke dua-dua jadual di atas. Di mana sebelum kajian 100% pelajar hanya suka mendengar orang membaca sahaja.100% pelajar tidak Tetapi selepas kajian 100 % murid suka membaca dan menyatakan aktiviti membaca itu sesuatu yang menyeronokkan. Inilah salah satu luahan kata yang telah diungkapkan oleh salah seorang murid kajian, Cikgu dulu saya susah jawi nak baca, tetapi sekarang rupa-rupa senang je, ..Di sisi murid, pengaplikasian Ting-ting Minda dalam P&P telah meningkatkan motivasi, menghilangkan rasa rendah diri, meningkatkan tahap kepuashatian murid dan semangat untuk terus belajar. Hal ini kerana mereka telah berjaya melepasi halangan iaitu kegagalan menguasai kemahiran membaca. Tanpa dapat dinafikan bahawa bahasa merentas kurikulum. Sesungguhnya situasi yang memberi sinar harapan ini disumbangkan oleh keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam kaedah rawatan menggunakan teknik Ting-ting Minda.

Jadual 7 : Data Analisis Ujian Pra dan Ujian Post - Catatan Ting-Ting Minda 1 hingga 4

M1 minggu 1, M2 minggu 2, M3- minggu 3, M4 Minggu 4, M5- minggu 5

Manakala jadual 7 di atas menunjukkan peningkatan yang amat ketara pelajar dalam Ujian Pra dan Pos di mana peningkatan PURATA sebanyak 69/80 dalam Ujian Post. 3 orang daripada mereka mencatatkan pencapaian 100%, seorang lagi mencatatkan markah 64/80 manakala seorang lagi yang baru hadir ke sekolah setelah 2 tahun tidak bersekolah telah mencatatkan markah 50%. Kebolehan mereka membaca 4 set bacaan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dengan cepat dan lancar dalam permainan ini amat di luar dugaan dan membanggakan saya. Apa yang lebihmembanggakan saya ialah, 4 orang daripada mereka telah berjaya dikembalikan

semula ke kelas biasa.

Di pihak guru pula, saya dapat merangka rancangan pengajaran yang menarik minat murid kepada pelajaran Jawi dan dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri. Selain daripada itu kaedah ini juga menjadi daya penggerak kepada pengukuhan bacaan murid. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok, guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas ini penting untuk tindakan susulan yang selanjutnya.

Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru dan murid. Murid tidak lagi merasa takut untuk menyebut perkataan sambil bermain. Perasaan ini perlu terus dipupuk pada kemahiran bacaan yang lebih tinggi, seperti dalam mengajar membaca perkataan yang mengandungi 3 suku kata dan lebih, serta membaca ayat. Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan merasakan dirinya benar-benar berguna dan dihargai . Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus menghabiskan permainan dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material ( pujian dan sanjungan ). Rumusannya , aplikasi Ting-ting Minda dalam P&P pelajaran Jawi secara tidak langsung telah membantu murid untuk menguasai kemahiran membaca seiring dengan matlamat Program j-QAF, untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelek.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar.Saya mencadangkan untuk mengguna pakai Teknik Permainan ini untuk mengajar kemahiran membaca dalam sirah dan akidah . Teknik ini juga boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis perkataan berasaskan latih tubi membaca. Saya juga berhasrat untuk membina model-model Ting-ting Minda lain dengan melengkapkan lagi model ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik, serta melengkapkannya dengan soalan-soalan serta kaedah yang lebihmencabar dan kreatif. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadi proses P&P lebih menarik, berkesan danmenyeronokkan. Akhir kata , GURU YANG KREATIF, AKAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG DEDIKASI, KEJAYAAN BERERTI KALAU SEORANG GURU MENGAJAR TANPA ALAT ,MURID BELAJAR DENGAN RALAT.

BIBLIOGRAFI

Bukupanduan,Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas(masalah penguasaan 3M).1998Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur,DewanBahasa Dan Pustaka

Model Buku Panduan Tahun 2, (bagi kegunaan program pemulihan jawi Kementerian Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

Puan Hajah Juliani bt. Abdullah, Kaedah Cepat Membaca, BacalahSayang,Gabungan Majlis Guru Besar

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai DalamPengajaran & Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar CaraBelajar.Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selan Osni, Bahasa Melayu Tahun Satu (transisi) Asas Bacaan Fahaman dan tulisan.

Sharifah Alwiah Alsagoff, Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Heineman Asia.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian , Nurin Enterprise