Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

24
RODA IDEA : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT KOMPONEN ELEKTRONIK MURID-MURID TINGKATAN 2B Oleh SHAMSUDDIN BIN HARON MOHD RIDZUAN BIN ISMAIL SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya, Johor ABSTRAK Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2, Bab Elektronik adalah topik yang boleh dikatakan agak sukar kerana murid perlu mengenal pasti sepenuhnya komponen-komponen elektronik dari aspek nama, rupa, simbol dan juga fungsinya. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid untuk mengingat kesemua aspek tersebut bagi setiap 9 jenis komponen yang mesti dipelajari oleh semua murid menggunakan kaedah grafik ‘roda idea’. Seramai 20 orang murid dari Tingkatan 2B telah dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian tindakan ini untuk melihat sejauhmana keberkesanan kaedah yang telah dicadangkan. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran mengingat setiap aspek bagi tiap-tiap komponen dengan menyenaraikan nama, mengenal pasti rupa sebenar dan juga simbol dan menyatakan fungsi komponen tersebut. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan melaui semakan kerja rumah, ujian lisan, analisis ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid melakukan kesilapan menamakan komponen berdasarkan rupa dan simbol, kesilapan mengenal pasti rupa simbol apabila ditunjukkan rupa dan namanya serta kesilapan menyatakan fungsinya. 4 sesi pengajaran dan pembelajaran (35 minit setiap sesi) telah dijalankan untuk melaksanakan aktiviti ini bagi meningkatkan kemahiran mengingat mereka terhadap 9 jenis komponen elektronik. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar lebih mudah mengingat keempat-empat aspek bagi setiap komponen dengan susunan grafik yang mudah dan menarik. Daripada 20 orang murid dalam sasaran kajian ini, seramai 7 orang dapat mengusai sepenuhnya dan selebihnya menunjukkan keputusan yang meningkat berbanding ujian pra yang telah dijalankan. Kaedah ini telah membantu pelajar untuk mengusai topik ini. Penggunaan kaedah grafik ‘roda idea’ boleh meningkatkan kemahiran murid mengingat kesemua aspek bagi setiap komponen elektronik. Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Transcript of Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

Page 1: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

RODA IDEA : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT KOMPONEN ELEKTRONIK MURID-MURID TINGKATAN 2B

Oleh

SHAMSUDDIN BIN HARONMOHD RIDZUAN BIN ISMAIL

SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya, Johor

ABSTRAK

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2, Bab Elektronik adalah topik yang boleh dikatakan agak sukar kerana murid perlu mengenal pasti sepenuhnya komponen-komponen elektronik dari aspek nama, rupa, simbol dan juga fungsinya. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid untuk mengingat kesemua aspek tersebut bagi setiap 9 jenis komponen yang mesti dipelajari oleh semua murid menggunakan kaedah grafik ‘roda idea’. Seramai 20 orang murid dari Tingkatan 2B telah dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian tindakan ini untuk melihat sejauhmana keberkesanan kaedah yang telah dicadangkan. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran mengingat setiap aspek bagi tiap-tiap komponen dengan menyenaraikan nama, mengenal pasti rupa sebenar dan juga simbol dan menyatakan fungsi komponen tersebut. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan melaui semakan kerja rumah, ujian lisan, analisis ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid melakukan kesilapan menamakan komponen berdasarkan rupa dan simbol, kesilapan mengenal pasti rupa simbol apabila ditunjukkan rupa dan namanya serta kesilapan menyatakan fungsinya. 4 sesi pengajaran dan pembelajaran (35 minit setiap sesi) telah dijalankan untuk melaksanakan aktiviti ini bagi meningkatkan kemahiran mengingat mereka terhadap 9 jenis komponen elektronik. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar lebih mudah mengingat keempat-empat aspek bagi setiap komponen dengan susunan grafik yang mudah dan menarik. Daripada 20 orang murid dalam sasaran kajian ini, seramai 7 orang dapat mengusai sepenuhnya dan selebihnya menunjukkan keputusan yang meningkat berbanding ujian pra yang telah dijalankan. Kaedah ini telah membantu pelajar untuk mengusai topik ini. Penggunaan kaedah grafik ‘roda idea’ boleh meningkatkan kemahiran murid mengingat kesemua aspek bagi setiap komponen elektronik.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU

Bab Elektronik merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu Tingkatan 2 dan merupakan topik dalam bahagian Teras yang perlu dipelajari oleh

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 2: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

semua murid tidak kira murid itu mengambil Pilihan ERT, Perdagangan, Pertanian atau

Kemahiran Teknikal. Pengalaman saya pada dua tahun yang lepas, topik ini adalah topik yang

agak sukar bagi murid-murid untuk mengingat kesemua komponen elektronik yang perlu

dikenalpasti. Sewaktu menyemak latihan murid Tingkatan 2B, didapati hampir kesemua murid

tidak dapat menjawab soalan latihan dengan markah penuh yang bermaksud semua komponen

elektronik berdasarkan nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi tidak dapat dipadankan dengan

betul. Murid-murid tidak mengenal kesemua 9 jenis komponen elektronik sepenuhnya dari segi

rupa sebenar, nama, simbol dan fungsi. Kalau sebahagian mereka betul dari segi nama dan

rupa, mereka akan melakukan kesilapan untuk menentukan simbol atau fungsi komponen

tersebut. Dalam ujian topikal yang lepas, tiada seorang pun yang betul 100% soalan berkaitan

dengan komponen elektronik. Apabila ditanyakan kepada mereka, mereka menjawab ”alah,

banyaklah nak ingat cikgu, mana boleh ingat semua..” Guru selalu menyuruh mereka supaya

mengingat kesemua maklumat penting bagi kesemua komponen tersebut kerana ia sangat

penting untuk subtajuk yang terakhir dalam bab elektronik iaitu menterjemah lukisan skematik.

Tambahan pula, mereka semua adalah murid-murid yang mengambil Pilihan Kemahiran

Teknikal, yang mana mereka akan mempelajari tajuk elektronik tambahan dalam bahagian

Pilihan Kemahiran Teknikal pula. Memang disedari bahawa agak susah dan mengambil masa

untuk murid mengingat dan mengenal sepenuhnya komponen elektronik tersebut.

Mengajar kesemua 9 jenis komponen ini mengambil masa yang agak lama, apatah lagi

untuk mengulang ajar semula dari A hingga Z setiap komponen tersebut. Kadang-kadang timbul

pertanyaan, adakah cara guru mengajar selama ini tidak banyak membantu mereka? Apakah

kaedah yang digunakan membosankan? Apakah yang perlu dilakukan bagi membantu mereka?

Apabila ditanyakan kepada guru KHB yang lain, mereka pun mengatakan mengalami masalah

yang sama.

Pada tahun sebelum ini, penggunaan ’peta minda’ yang dibina sendiri oleh guru telah

dilaksanakan sewaktu P&P. Namun kaedah ini tidak banyak membantu. Sekiranya tindakan

yang berkesan tidak diambil, murid-murid sudah pasti tidak dapat menguasai sepenuhnya topik

ini dan mereka akan bertambah keliru dengan maklumat-maklumat penting setiap komponen

elektronik. Akhirnya mereka bosan dan tidak dapat menjawab dengan baik atau mengusai

subtopik akhir dalam bab Elektronik ini iaitu ’menterjemah lukisan skematik kepada lukisan

bergambar’.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 3: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

Walaupun setiap komponen mempunyai banyak maklumat yang perlu diberi perhatian

oleh murid-murid termasuklah nama, rupa sebenar, fungsi, simbol, ciri-ciri, diperbuat dari bahan

apa, cara penyambungan dan sebagainya dalam topik Elektronik, focus akan diberi kepada

empat aspek sahaja iaitu nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi secara ringkas dan padat. Hal

ini kerana keempat-empat aspek ini penting bagi murid untuk menguasai subtopik yang sukar

iaitu ’menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar’. Antara kesilapan murid-murid

sekiranya tidak mengingat kesemua aspek ini ialah :

i. Kesilapan menamakan komponen berdasarkan rupa sebenar dan simbol

ii. Kesilapan mengenal pasti atau melukiskan simbol berdasarkan rupa sebenar atau

namanya.

iii. Kesilapan menyatakan fungsi komponen berdasarkan nama, rupa sebenar atau

simbolnya.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid tidak akan menguasai sepenuhnya tajuk ini

memandangkan 70% tajuk ini adalah berkaitan dengan komponen elektronik di atas yang

merangkumi aspek nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi. Mereka juga akan pasti

menghadapi kesukaran yang sama apabila bertemu dengan tajuk yang sama dalam Bahagian

Kemahiran Teknikal yang memperkenalkan komponen yang lain. Dan akhirnya sudah tentu

murid tidak dapat menjawab soalan menterjemah lukisan skematik dengan baik. Dengan

menggunakan kaedah ’roda idea’, murid-murid akan dibantu untuk mengenal pasti dan

mengingat sepenuhnya empat aspek bagi setiap komponen elektronik yang perlu dipelajari.

Justeru, peratusan lulus murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan akan dapat

ditingkatkan melalui kaedah ini..

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan murid diharap dapat mencapai objekif berikut:

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran mengingat komponen-komponen elektronik murid-

murid Tingkatan 2B menggunakan kaedah ‘roda idea’.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Murid-murid dapat menamakan komponen-komponen elektronik.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 4: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

3.2.2 Murid-murid dapat mengenal pasti rupa sebenar komponen-komponen

elektronik.

3.2.3 Murid-murid dapat mengenal pasti simbol komponen-komponen

elektronik berdasarkan nama dan rupa komponen.

3.2.4 Murid-murid dapat menyatakan fungsi komponen-komponen elektronik.

3.2.5 Murid-murid dapat menyatakan kesemua aspek dalam satu grafik ’roda

idea’.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 20 orang murid dari Tingkatan 2B.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Menyemak Buku Latihan - Berdasarkan pengalaman mengajar pada

tahun-tahun yang lepas, topik ini agak sukar untuk murid-murid

mengingat kesemua isi penting mengenai komponen elektronik dalam

topik ini. Pada tahun ini, saya memulakan tinjauan masalah ini dengan

menyemak buku latihan murid untuk menilai sejauhmana amalan saya

dalam P&P berkesan atau tidak dan untuk mendapatkan bukti bahawa

kaedah P&P yang biasa yang saya amalkan tahun-tahun sebelum ini

untuk tajuk Elektronik menyebabkan murid tidak menguasai sepenuhnya.

5.1.2 Ujian Lisan – Saya juga telah mengadakan ujian lisan kepada setiap

murid untuk mengesan tahap penguasaan murid. Saya dapati, 100%

murid tidak menguasai sepenuhnya.

5.1.3 Ujian Pra – untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan sah, untuk

melihat tahap penguasaan murid saya telah mengadakan Ujian Pra.

Setiap murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan (Lampiran 1).

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Langkah Cara PenilaianKumpulan

SasaranMasalah yang telah dikenalpasti

Langkah 1 Menyemak buku 20 orang Banyak kesalahan dari segi nama, simbol

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 5: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

latihan murid 2B dan fungsi

Langkah 2 Ujian Lisan 20 orang

murid 2B

Banyak kesalahan dari segi sebutan nama

komponen dan menyatakan fungsi

komponen.

Langkah 3 Ujian Pra 20 orang

murid 2B

Setelah membuat ujian Pra, banyak

kesalahan dari aspek nama, rupa, simbol

dan fungsi. Setiap bahagian ada saja murid

yang membuat kesilapan. Kesemua murid

tiada yang mendapat markah penuh

berdasarkan jumlah soalan yang diberikan.

Namun jika dikira dari segi peratus, 6 orang

murid mendapat gred A dan ada juga yang

belum menguasai topik ini iaitu seramai 4

orang mendapat gred E.

Berikut adalah peratus lulus dari ujian Pra yang dijalankan.

Graf 1 : Peratus lulus setiap murid sasaran bagi Ujian Pra

5.2.1 Pemerhatian Tinjauan Masalah

Saya telah membuat pemerhatian dari tinjauan masalah yang dijalankan,

hasil semakan buku latihan, semua murid tidak menjawab dengan betul

kesemua soalan yang diberikan. Pemerhatian ke atas ujian Pra juga, semua

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 6: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

murid tidak dapat menjawab 100 % betul kesemua soalan yang diberikan. Jika

dinilai dalam bentuk gred, hanya 6 orang sahaja yang mendapat gred A.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Saya menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sebelum ini. Terdapat 5

aktiviti yang dijalankan dan satu Ujian Pos telah diadakan untuk melihat tahap

penguasaan murid. Antara aktiviti tersebut ialah :

i. Aktiviti 1 – Menyenaraikan kesemua nama komponen elektronik

ii. Aktiviti 2 – Mengenal pasti semua rupa sebenar komponen

iii. Aktiviti 3 – Mengenal pasti simbol komponen

iv. Aktiviti 4 – Menyatakan fungsi komponen

v. Aktiviti 5 – Membina grafik roda idea

vi. Ujian Pos

Kesemua aktiviti ini dijalankan dengan 2 sesi P&P (70 minit setiap sesi) iaitu

pada 2 April 2009 dan 7 April 2009. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti

berikut :

Bil Tarikh Nama Aktiviti Nama Bahan Kuantiti

1 2 April 2009 Aktiviti 1 – Menyenaraikan

kesemua nama komponen

elektronik

Buku Teks

Kemahiran

Hidup Tg. 2 (ms

30)

-

2 2 April 2009 Aktiviti 2 – Mengenal pasti

semua rupa sebenar

komponen elektronik

Rajah komponen

berukuran lebih

kurang 4x4 cm

20 keping

3 2 April 2009 Aktiviti 3 – Mengenal pasti

simbol komponen elektronik

Rajah simbol

komponen

berukuran lebih

kurang 4x4 cm

20 keping

4 2 April 2009 Aktiviti 4 – Menyatakan

fungsi komponen elektronik

Senarai fungsi

komponen

dicetak di atas

sekeping kertas

bersaiz A4

20 helai

5 7 April 2009 Aktiviti 5 – Membina grafik Rajah roda idea 20 helai

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 7: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

roda idea bersaiz A4

6 7 April 2009 Ujian Pos Lembaran

soalan bersaiz

A4

20 helai

Bahan lain yang digunakan ialah 5 botol gam cair dan gunting.

5.4 Pelaksanaan Tindakan , Pemerhatian dan Refleksi

5.4.1 Aktiviti 1 : Menyenaraikan kesemua nama komponen elektronik

Cara pelaksanaan :

i. Saya telah meminta murid-murid menyenaraikan kesemua komponen-

komponen elektronik dalam buku nota.

ii. Murid-murid diminta menyebut kesemua nama-nama komponen

tersebut dengan sebutan yang betul.

iii. Murid-murid merujuk buku teks untuk mendapatkan nama komponen

tersebut.

iv. Berikut adalah nama komponen yang perlu diketahui oleh murid-murid :

a) LED (Diod Pemancar Cahaya)

b) Perintang Tetap

c) Perintang Boleh Laras

d) Suis Togel

e) Suis Tekan

f) Kapasitor Berkutub

g) Kapasitor Tidak Berkutub

h) Transistor

i) Buzer

Pemerhatian :Murid-murid pada awalnya kurang memberi perhatian, tetapi setelah

ditegur barulah mereka mengikut arahan saya. Saya tidak memberitahu

mereka apa yang sebenar yang ingin saya lakukan. Jadi mereka agak

janggal sedikit. Sebahagian besar murid tidak dapat menyebut nama

komponen dengan betul.

Refleksi :Sepanjang aktiviti yang dijalankan, murid-murid kelihatan agak seronok

dan kelas agak bising sedikit. Tapi saya dapat mententeramkan mereka

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 8: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

dengan sesi perbincangan. Saya juga rasa terkilan kerana tidak

memberitahu pada mereka terlebih awal tentang aktiviti yang ingin

dijalankan pada sesi pertemuan sebelumnya.

5.4.2 Aktiviti 2 – Mengenal pasti semua rupa sebenar komponen

Cara pelaksanaan :

i. Saya telah menyediakan rajah sebenar komponen yang telah dipotong

dan yang berukuran lebih kurang 4x4 cm setiap satu komponen dan

diberikan kepada setiap murid.

ii. Guru dan murid sama-sama bersoal jawab menentukan nama komponen

bagi setiap rajah dan ditulis pada sebelah belakang rajah.

iii. Nama dan ejaan boleh dirujuk dalam aktiviti 1.

iv. Rajah sebenar komponen adalah seperti berikut :

Pemerhatian :Murid-murid sudah nampak sesuatu kelainan sesi P&P pada hari itu.

Mereka nampak seronok dan sudah dapat memberi tumpuan. Tapi kelas

agak bising ketika sesi bersoal jawab. Tapi beberapa orang murid yang

agak lemah sedikit dalam pelajaran dimana mereka adalah bekas murid-

murid peralihan kurang faham dengan arahan saya

Refleksi :Saya terpaksa memberi lebih sedikit perhatian kepada murid-murid yang

agak lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Ini kerana mereka adalah

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 9: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

murid-murid dari Peralihan sebelum ini. Semasa tingkatan 1, keputusan

mereka tidak memberansangkan. Mereka duduk dalam satu kumpulan.

Sepatutnya saya meletakkan salah seorang murid yang pandai dalam

kumpulan mereka ini. Namun nasib baik ada seorang murid baru yang

sederhana dalam kumpulan itu yang membantu rakan lain. Namun saya

berasa gembira kerana murid-murid sudah memberi kerjasama.

5.4.3 Aktiviti 3 – Mengenal pasti simbol komponen

Cara pelaksanaan :

i. Saya menyediakan rajah simbol setiap komponen yang telah dipotong

berukuran lebih kurang 4x4 cm dan diberikan kepada setiap orang murid.

ii. Guru dan murid sama-sama menentukan simbol komponen berdasarkan

rajah komponen dan disusun secara berpasangan.

iii. Murid kemudian diminta menulis nama komponen dibelakang simbol

yang diberi. Ini bertujuan supaya murid lebih kerap menyebut dan

menulis nama komponen-komponen elektronik tersebut.

iv. Berikut adalah simbol komponen mengikut senarai nama dalam aktiviti 1.

Pemerhatian :Seperti dalam aktiviti sebelumnya, murid-murid agak bising sedikit ketika

aktiviti ini dijalankan. Saya nampak murid-murid menghadapi sedikit

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 10: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

kesukaran untuk mencari pasangan rupa dan simbolnya. Ini adalah antara

objektif yang perlu dicapai agar murid dapat mengenal sepenuhnya di

antara rupa sebenar dengan simbolnya.

Refleksi :Saya telah menyediakan rupa dan simbol ini supaya memudahkan aktiviti

ini. Sebenarnya saya boleh menyuruh mereka melukis sendiri rupa simbol

tersebut, namun dikhuatiri mereka salah melukisnya. Saya dapat lihat

dalam nota-nota yang mereka tulis. Mereka tidak melukis dengan betul

simbol komponen elektronik tersebut. Jadi saya berikan mereka seorang

satu agar mereka dapat melihat dengan jelas dan betul rupa simbol

komponen elektronik dan saya merasa puashati.

5.4.4 Aktiviti 4 – Menyatakan fungsi komponen

Cara pelaksanaan :

i. Saya telah menyediakan fungsi-fungsi kesemua komponen yang telah

ditaip ringkas dalam satu kertas A4.

ii. Saya mengedarkannya dan murid-murid dan guru bersama-sama

menentukan nama komponen berdasarkan fungsi yang diberi.

iii. Saya meminta murid menulis nama komponen diatas kotak setiap fungsi.

Contoh : Fungsi Komponen Elektronik (LED)

Pemerhatian :

Semasa aktiviti ini dijalankan, suasana agak kurang memberansangkan.

Nampaknya murid-murid sudah kurang memberi tumpuan. Untuk

mengelakkan suasana menjadi kelam kabut, saya meminta seorang demi

seorang membacakan fungsi dan menyoal pada murid-murid tentang

nama komponen yang betul. Murid-murid merujuk buku teks dan juga

nama-nama yang disenarai dalam aktiviti 1.

Refleksi :

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Tukar arus elektrik kepada cahaya Sebagai penghias barangan elektrik

Page 11: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

Sudah menjadi kebiasaan murid-murid disekolah ini, kurang memberi

penumpuan dalam pelajaran. Saya berasa amat terkilan dan kecewa.

Sebab inilah kebanyakan guru sukar untuk membuat aktiviti sama ada

dalam berkumpulan atau aktiviti yang lain dari kebiasaan P&P harian.

Murid-murid kurang memberi tindakbalas atau kerjasama sebaiknya

dengan guru. Jadi pada kebiasaannya saya akan bertindak agak tegas

sedikit.

5.4.5 Aktiviti 5 – Membina grafik ‘Roda Idea’

Cara pelaksanaan :

i. Saya menyediakan satu grafik ‘roda idea’ berukuran A4 dan diberikan

kepada setiap murid. Setiap murid akan mendapat 9 helai grafik roda

idea. Setiap helai bagi satu komponen. (Rujuk Lampiran 2 – Borang Roda

Idea)

ii. Murid-murid menulis nama komponen pada sukuan pertama pada setiap

helai. Nama-nama komponen dirujuk pada aktiviti pertama.

iii. Murid-murid menampal rupa sebenar komponen pada sukuan kedua

pada setiap helai.

iv. Kemudian murid-murid menampal fungsi pada sukuan ketiga. Murid

dikehendaki memotong kotak-kotak yang tertulis fungsi setiap komponen

didalamya seperti yang diberi dalam aktiviti 4.

v. Kemudian murid-murid dikehendaki menampal simbol komponen pada

sukuan ke-4.

vi. Saya mengedarkan setiap kumpulan murid sebotol gam.

vii. Setiap murid mempunyai 9 helai roda idea komponen elektronik. Murid

akan menggunakan ‘roda idea’ sebagai nota. (Rujuk Lampiran 3 –

Contoh Roda Idea).

viii. Saya telah meminta murid untuk mengingat kesemua perkara dalam 9

helai roda idea itu di rumah. Saya memaklumkan kepada mereka supaya

membawa roda idea pada kelas yang akan datang.

Pemerhatian :

Murid-murid sibuk menampal bahan-bahan yang telah diberikan pada

borang roda idea. Suasana agak bising sedikit kerana murid-murid

berebut sebotol gam bagi setiap kumpulan. Saya mendekati kumpulan

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 12: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

murid yang lemah dan bersoal jawab dengan mereka tentang nama

komponen berdasarkan rupa, simbol dan fungsi. Bagi murid yang agak

lemah penguasaan Bahasa Melayu, mereka memberikan jawapan yang

salah sedangkan mereka sedang menampal rupa dan simbol pada

borang tersebut.

Refleksi :

Keadaan ini yang merisaukan saya. Mereka yang lemah penguasaan

Bahasa Melayu sebenarnya perlu diberi perhatian yang lebih. Walaupun

saya sedar bahawa sebenarnya sikap malas dalam diri sendiri yang

menyebabkan mereka tidak maju. Akibat kekangan masa juga yang

menyebabkan saya sukar untuk memberi penumpuan kepada mereka

sebaiknya. Tapi kekangan itu mesti ada jalan penyelesaiannya. Jadi saya

mesti memikirkan kaedah yang terbaik supaya tahap penguasaan bahasa

murid meningkat dan seterusnya mencapai objektif pelajaran KHB.

5.4.6 Ujian Pos

Cara pelaksanaan :

i. Untuk menguji tahap penguasaan murid dan keberkesanan kaeadah,

saya telah menjalankan Ujian Pos.

ii. Setiap murid diberikan kertas soalan bertulis dan menjawab soalan dalam

masa 20 minit. Bentuk soalan sama dengan ujian Pra, tetapi dibuat

sedikit perubahan terhadap susunan soalan. (Rujuk Lampiran 4 – Ujian

Pos).

iii. Setelah disemak, berikut adalah analisis keputusan Ujian Pos.

Pemerhatian :

Setelah selesai menjalankan aktiviti 5, murid-murid membawa pulang

kesemua roda idea yang telah dibina. Saya berpesan kepada mereka

supaya membawanya semula pada hari ini. Saya tidak memaklumkan

kepada mereka yang saya akan membuat Ujian Pos ini. Ini untuk melihat

adakah mereka mengulangkaji pelajaran. Murid-murid dengan tekun

menjawab semua soalan-soalan tersebut. Ada yang menjawab soalan

sama dengan ujian pra yang dijalankan sebelum ini. Saya mengatakan

sama tapi tidak serupa. Murid-murid dapat menjawab dalam masa yang

ditetapkan.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 13: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

Refleksi :

Saya rasa agak berpuashati melihat ada sebilangan murid-murid dapat

menjawab dengan baik. Saya dapat melihat murid-murid Melayu dan

Cina menjawab dengan bersungguh-sungguh. Perubahan murid

nampaknya agak ketara ketika menjawab soalan yang diberi.

5.5 Refleksi Kajian

5.5.1 Refleksi Kajian Terhadap Pelajar

Berikut adalah analisis keputusan Ujian Pos yang dijalankan. Kemudian

saya bandingkan dengan pencapaian Ujian Pra yang dijalankan sebelum

aktiviti.

Graf 2 : Peratus lulus bagi setiap murid dalam Ujian Pos

Dapatan dari Ujian Pos yang dijalankan menunjukkan :

i. 13 orang murid mendapat gred A

ii. 2 orang murid mendapat gred B

iii. 3 orang murid mendapat gred C

iv. 2 orang murid mendapat gred D

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 14: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

Graf 3 : Peratus mengikut Gred Bagi Ujian Pos

GREDUjian Pra

%Ujian Pos

%

A 6 30.00% 13 65.00%

B 7 35.00% 2 10.00%

C 2 10.00% 3 15.00%

D 1 5.00% 2 10.00%

E 4 20.00% 0 0.00%

Jadual 1 : Perbandingan Bilangan Gred antara Ujian Pra dengan Ujian Pos

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 15: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

Graf 4 : Perbandingan Bilangan Gred antara Ujian Pra dengan Ujian Pos

Dapatan daripada analisis diatas jelas menunjukkan bahawa murid-murid

telah berjaya menguasai kemahiran mengingat daripada kaedah yang

telah dijalankan. Berikut adalah perbandingan untuk melihat dengan jelas

peningkatan pencapaian. Murid-murid mendapat markah penuh juga

telah diperolehi berbanding ujian pra dimana tiada seorang pun

mendapat markah penuh. Ini kerana Ujian Pra dijalankan ketika murid-

murid belum mendapat pendedahan tentang kaedah ini. Ujian Pos telah

menujukkan peningkatan mereka setelah kaedah ini diaplikasikan.

5.5.2 Refleksi Kajian Terhadap Guru

Adalah tidak disangka kaedah ini sekurang-kurangnya dapat merubah

sikap murid-murid terhadap P&P guru . Sekiranya dijalankan berulang

kali, pasti semua murid akan menguasai sepenuhnya tajuk ini. Adalah

satu kegembiraan bagi seorang guru apabila melihat murid-murid

gembira menjalankan aktiviti-aktiviti diatas dan seterusnya belajar

sesuatu daripada aktiviti yang dilaksanakan. Walaupun pada awalnya

murid kurang memberi kerjasama, namun perubahan sikap kelihatan

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 16: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

pada aktiviti-aktiviti seterusnya. Cuma agak terkilan, bagi segelintir kecil

murid yang tidak mengusai Bahasa Melayu, mereka agak lambat untuk

memahami kaedah baru ini. Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada

mereka.

5.5.3 Refleksi Tentang Proses P&P

Pada keseluruhannya proses P&P dijalankan dapat dilakukan dengan

baik. Walaupun peruntukkan masa 35 minit bagi setiap waktu P&P agak

terhad, namun setiap aktiviti telah dilaksanakan dengan berhati-hati

dengan mengawal P&P agar tidak melebihi masa yang diperuntukkan.

Semua aktiviti di atas dilaksanakan di Bengkel Kemahiran Hidup, kerana

setiap kali waktu KHB murid tersebut akan dipecahkan kepada kumpulan

murid perempuan dan lelaki. Justeru, halangan kecil yang dihadapi

adalah murid lewat hadir ke bengkel. Ini menyebabkan kelewatan masa

untuk memulakan P&P. Namun semua itu dihadapi dan kajian tindakan

dapat dilaksanakan dengan jayanya.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Penggunaan kaedah ini akan diteruskan pada masa akan datang. Malahan,

penggunaanya akan diperluaskan untuk kelas-kelas lain di Tingkatan 2. Cadangan kajian

seterusnya yang bakal dilakukan adalah berkaitan dengan proses mengingat alatan dan

pelbagai kegunaannya dalam topik-topik Kemahiran Hidup Tingkatan 1. Semoga hasil kajian ini

dapat dimanfaatkan. Saya akan meneruskan kajian-kajian tindakan seterusnya untuk

memperbaiki amalan P&P guru. Hal ini kerana saya yakin bahawa ‘Guru yang kreatif dan

inovatif bakal melahirkan murid yang sukses dan berdedikasi’.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur. PTSProfesional Publishing Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006).Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 17: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

Hishamuddin Samad dan Nor Aslina Mamat. (2006). Masteri Memori Melalui Peta Minda Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras) PMR. PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

Website: www.EnchantedLearning.com (2003-2008). Graphic Organizer Worksheets.

Website : North Central Regional Educational Laboratory (1998). Graphic Organizers.htm.Learning Point AssociatesTM.

LAMPIRANKajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 18: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

SENARAI LAMPIRAN

1.LAMPIRAN 1 – Ujian Pra

2.LAMPIRAN 2 – Borang Roda Idea

3.LAMPIRAN 3 – Contoh Roda Idea (hasil kerja

murid)

4.LAMPIRAN 4 – Ujian Pos

Biodata Penulis

SHAMSUDDIN BIN HARON

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Page 19: Laporan-Kajian-Tindakan-KH TING 2.doc

Dilahirkan di Benut, Pontian, Johor pada tahun 1964. Mendapat pendidikan di SK Seri Jaya, Benut dan SM Sains Johor, Kluang. Memperolehi B.SC in Civil Engineering dari University of Alabama, USA (1987), Diploma Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur(1988) dan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada tahun 2003. Pernah berkhidmat di SMK Adela, Kota Tinggi, SMK Tanjung Datuk, Pengerang, SMK Bandar T6, Kluang, SMK Belitong, Kluang, SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang dan Jabatan Pelajaran Johor. Kini berkhidmatan sebagai pengetua di SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya, Johor.

MOHD RIDZUAN BIN ISMAIL

Dilahirkan di Chemur, Perak, pada tahun 1976. Mendapat pendidikan di SK Besout 3 dan SMK (F) Besout, Sungkai, Perak. Memperolehi Diploma Kejuruteraan Mekatronik dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada tahun 1997, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mekatronik) dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2002 dan Diploma Pendidikan dari Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada tahun 2006. Kini berkhidmat sebagai guru Kemahiran Hidup dan Guru Data di SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya, Johor.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik