Laporan Kajian Tindakan Kimia

8
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Nama pengkaji : Nur Syazana Binti Mohd Sanusi Sekolah : SMK Kempas Tajuk kajian : Mengenalpasti proses pengoksidaan dan penurunan. . MEREFLEK Saya mengajar di kelas tingkatan 5 Sains 2 bagi mata pelajaran kimia. Pada 5 Julai 2010, saya telah mengajar tajuk TINDAK BALAS REDOKS ( redox reaction ), subtopiknya adalah menganalisis tindak balas redoks dari segi nombor pengoksidaan.Masalah utama bagi murid saya ialah mereka tidak dapat mengenalpasti proses pengoksidaan dan penurunan apabila satu persamaan kimia diberikan dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat menyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan. Para pelajar menjadi keliru untuk menentukan proses dan agen ini kerana mereka tidak mempunyai satu formula yang mudah untuk mengingati proses ini. Pada hari pembelajaran dan pengajaran berlansung semua pelajar memang memberikan sepenuh perhatian terhadap penerangan yang diberikan tetapi apabila kerja rumah diberi, pulangannya tidak memuaskan hati saya. Jawapan yang diberikan oleh pelajar kebanyakannya songsang daripada penerangan yang saya berikan. Statistik hasil daripada penyemakan buku menunjukkan 80% pelajar tidak dapat menentukan proses dan agen dalam tindak balas redoks. Ini menyebabkan pelajar menganggap tajuk ini susah dan mereka semakin hilang minat serta hampir berputus asa untuk menguasai tajuk ini. Contoh jawapan pelajar adalah seperti di bawah:

Transcript of Laporan Kajian Tindakan Kimia

Page 1: Laporan Kajian Tindakan Kimia

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Nama pengkaji : Nur Syazana Binti Mohd SanusiSekolah : SMK KempasTajuk kajian : Mengenalpasti proses pengoksidaan dan penurunan.

.MEREFLEK

Saya mengajar di kelas tingkatan 5 Sains 2 bagi mata pelajaran kimia.

Pada 5 Julai 2010, saya telah mengajar tajuk TINDAK BALAS REDOKS ( redox

reaction ), subtopiknya adalah menganalisis tindak balas redoks dari segi

nombor pengoksidaan.Masalah utama bagi murid saya ialah mereka tidak

dapat mengenalpasti proses pengoksidaan dan penurunan apabila satu

persamaan kimia diberikan dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat

menyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan. Para pelajar menjadi

keliru untuk menentukan proses dan agen ini kerana mereka tidak mempunyai

satu formula yang mudah untuk mengingati proses ini. Pada hari pembelajaran

dan pengajaran berlansung semua pelajar memang memberikan sepenuh

perhatian terhadap penerangan yang diberikan tetapi apabila kerja rumah diberi,

pulangannya tidak memuaskan hati saya. Jawapan yang diberikan oleh pelajar

kebanyakannya songsang daripada penerangan yang saya berikan. Statistik

hasil daripada penyemakan buku menunjukkan 80% pelajar tidak dapat

menentukan proses dan agen dalam tindak balas redoks. Ini menyebabkan

pelajar menganggap tajuk ini susah dan mereka semakin hilang minat serta

hampir berputus asa untuk menguasai tajuk ini.

Contoh jawapan pelajar adalah seperti di bawah:

Page 2: Laporan Kajian Tindakan Kimia

Jawapan yang sepatutnya diperolehi:

Mg + CuSO4 MgSO4 + Cu

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan dan

menguasai topik tindakbalas redoks ini. Jika hal ini tidak saya tangani dengan

segera akan menyebabkan pelajar kehilangan markah terutamanya ketika

menjawab soalan kertas dua bahagian struktur. Mengikut analisis soalan kimia

SPM, tajuk tindakbalas redoks adalah soalan kegemaran kerana saban tahun

soalan daripada tajuk ini akan keluar.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah memikirkan satu langkah kerja

yang mudah tetapi memerlukan pelajar melakar graf bernombor yang melibatkan

nombor pengoksidaan dalam persamaan yang diberikan. Pada pendapat saya,

kebanyakan jenis pemikiran pelajar dalam kelas 5 Sains 2 lebih kepada suka

kepada gambarajah lantaran mereka juga mengambil jurusan kejuruteraan. Jadi

dengan lakaran graf bernombor ini, saya percaya pelajar-pelajar dapat

menentukan jenis proses pengoksidaan atau penurunan dan seterusnya

menyatakan agen pengoksidaan atau penurunan.

Tujuan kajian ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar menentukan jenis

proses tindakbalas redoks dan menyatakan jenis agennya.

Kajian ini melibatkan tiga puluh lima orang pelajar dari kelas 5 Sains 2.

oxidation

reduction

Page 3: Laporan Kajian Tindakan Kimia

MERANCANG

Kaedah ini saya gunakan selepas mengambil kira kelemahan pelajar

dalam membezakan integer positif dan negatif. Kaedah ini dinamakan graf

bernombor. Kaedah penyelesaiannya adalah seperti berikut:

Soalan :

Indicate in the chemical reaction below, the oxidation and reduction takes

place. State the oxidation and reduction agent.

2Mg + CO2 2MgO + C

Penyelesaian:

Langkah 1: Tentukan nombor pengoksidaan bagi setiap unsur yang terlibat

2Mg + CO2 2MgO + C

: Penentuan nombor pengoksidaan ini telah pun dikuasai oleh pelajar

lantaran mereka telah menghafal nombor ion yang telah dipelajari

dari tingkatan empat lagi.

0

+4

0

+2

Page 4: Laporan Kajian Tindakan Kimia

Langkah 2: Lukis graf bernombor yang melibatkan nombor pengoksidaan di atas.

Langkah 3: Bagi unsur Mg, lukiskan garis lurus bermula dari nombor 0 +2

: Apabila graf menunjukkan garis menegak ke atas, maka ini adalah

proses pengoksidaan.

0

+2

+4

Page 5: Laporan Kajian Tindakan Kimia

Langkah 4: bagi unsur C, lukiskan garis lurus dari +4 ke 0

: Apabila graf menunjukkan graf menegak ke bawah, maka ini adalah

proses penurunan

Page 6: Laporan Kajian Tindakan Kimia

BERTINDAK

Kaedah : Graf bernombor

Langkah : rujuk pada bahagian merancang di atas.

Pemerhatian :

Pada mulanya, sesetengah pelajar agak malas untuk melukis graf

bernombor ini, tetapi memandangkan setiap kali perbincangan dalam kelas

dijalankan saya akan menerapan kaedah ini maka mereka telah terbiasa untuk

melukisnya. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang tidak dapat menguasai

kaedah ini kerana masalah ketidakhadiran ke sekolah dan beberapa masalah

disiplin yang lain.

Refleksi :

80% daripada jumlah pelajar dapat menguaai subtopik nombor

pengoksidaan manakala 20% lagi masih dibantu sepenuhnya sehingga

sekarang.

Contoh jawapan pelajar yang betul:

MEMERHATI

Page 7: Laporan Kajian Tindakan Kimia

Berdasarkan kepada latihan yang diberikan, didapati kaedah ini dapat

membantu pelajar dalam menguasai subtopik ini memandangkan subtopik ini

merupakan asas kepada subtopik yang seterusnya. Tajuk tindak balas redoks

susah untuk pelajar-pelajar 5 Sains 2 menguasai dan memahaminya. Jadi jika

mereka dapat menguasai kaedah ini sekurang-kurangnya ia dapat membantu

pelajar mendapat markah bagi soalan yang beraras rendah dan beraras

sederhana dalam peperiksaan SPM nanti.

Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak kekurangan dalam proses

pembelajaran dan pengajaran kimia terutamanya bagi mengajar tajuk-tajuk yang

susah seperti kadar tindak balas dan sebatian karbon yang memerlukan pelajar

menghafal faktanya dan memahami konsepnya.