laporan KAJIAN tindakan mt

7
KEPUTUSAN KAJIAN PENGENALAN Kajian Tindakan diadakan bertujuan untuk membantu meningkatkan atau mengurangkan masalah penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:- a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah. b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri. d. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan- pendekatan pengajaran yang difikirkan perlu dan sesuai dengan murid masing- masing. PROFIL KAJIAN Lokasi kajian Sekolah Kebangsaan Bukit Rawang Jaya Bilangan murid 6 orang murid 6 Aquamarine

description

matematik tahun 6

Transcript of laporan KAJIAN tindakan mt

KEPUTUSAN KAJIAN

PENGENALAN

Kajian Tindakan diadakan bertujuan untuk membantu meningkatkan atau mengurangkan masalah penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran dalam mata pelajaran tertentu.

Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:-  

a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.   b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.   c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.   d. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan- pendekatan pengajaran yang difikirkan perlu dan sesuai dengan murid masing- masing.

PROFIL KAJIAN

Lokasi kajian Sekolah Kebangsaan Bukit Rawang Jaya

Bilangan murid 6 orang murid 6 Aquamarine

Bilangan murid lelaki 3 orang

Bilangan murid perempuan 3 orang

Seramai 6 orang murid kelas 6 Aquamarine telah dikenalpasti untuk terlibat dalam kajian ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang bulan Januari .

TINDAKAN YANG TELAH DIJALANKAN

Sebanyak tiga set aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan murid dalam kemahiran membahagi nombor ( dengan 1 digit dan 2 digit ).

Aktiviti 1- Bijak Sifir

Dalam aktiviti ini murid telah didedahkan dengan penggunaan jadual sifir. Murid telah diajar untuk membina petak-petak sifir ( jadual sifir ) dan penggunaannya dalam pembelajaran Matematik. Murid telah diminta melakukan atau mengisi jadual sifir ini berkali-kali iaitu pada setiap permulaan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan murid seterusnya murid akan secara tidak langsung akan dapat menghafal sifir.

Daripada penialaian yang telah dilakukan didapati 90% murid yang terlibat menunjukkan peningkatan dalam menghafal sifir. Walaubagaimanapun keberkesanan aktiviti ini akan lebih ketara dalam masa yang lebih lama serta kekerapan melakukan aktiviti ini.

Namun begitu, untuk melaksanakan kajian tindakan mengatasi masalah bahagi nombor dengan satu dan dua digit ini, murid digalakkan untuk menulis sifir di sebelah soalan setiap kali sebelum menjawab soalan yang diberikan. Ini adalah kerana murid akan lebih jelas dan mengetahui nilai / sifir yang akan digunakan dalam melakukan operasi bahagi.

Secara kesimpulannya aktiviti ini akan diteruskan memandangkan perubahan dan keberkesanannya telahpun didapati. Murid-murid jelas menunjukkan minat dan mula menghafal sifir. Murid juga perlulah selalu diuji dengan sifir supaya mereka sentiasa bersedia.

Contoh jadual sifir yang perlu dilengkapkan oleh murid.

MULTIPLICATION TABLE

1 2 3 4 5 6 7 8 92 4 6 8 10 12 14 16 183 6 9 12 15 18 21 24 274 8 12 16 20 24 28 32 365 10 15 20 25 30 35 40 456 12 18 24 30 36 42 48 547 14 21 28 35 42 49 56 638 16 24 32 40 48 56 64 729 18 27 36 45 54 63 72 81

Aktiviti 2 – Kaedah Lattice

Dalam aktiviti ini, murid telah diajar menggunakan jadual berpetak untuk menyelesaikan soalan pendaraban nombor bulat 2-digit dengan 2-digit dan nombor 2-digit dengan nombor yang lebih besar.

Pada mulanya murid didedahkan dengan cara membina petak/jadual dan mengisi nombor soalan dalam petak-petak tersebut. Seterusnya murid dilatih mengisi jawapan dalam petak-petak lattice menggunakan sifir yang telah dihafal.

Walaupun kaedah ini telah didedahkan dalam tahun 5, tetapi penggunaannya tidak dilakukan secara aktif. Maka murid didapati lemah dalam menguasai pendaraban.Oleh itu, setelah aktiviti ini dijalankan, murid-murid didapati lebih memahami dan dapat menyelesaikan soalan yang diberi dengan cepat, mudah dan betul. Ini terbukti dalam ujian pos ( ujian menguji pencapaian murid ) yang telah dijalankan. Murid telah dapat menjawab soalan pendaraban yang diberikan dengan menggunakan “kaedah Lattice”.

Contoh jadual yang digunakan untuk “ Kaedah Lattice “

MULTIPLICATIONS

LATTICE

Example : 345 x 13

3 4 5

1

3

0 3

0 9

1 2

0 1 4

0 5

1 5

4 8 5

0

4= 4 485

Aktiviti 3 – Lembaran Kerja

Dalam aktiviti yang ketiga, pemahaman murid dalam aktiviti 1 dan aktiviti 2 digunakan untuk menjawab soalan yang diberikan dalam lembaran kerja yang disediakan. Murid hanya perlu mengisi dahulu jawapan dalam petak-petak kosong yang disediakan. Setelah mahir barulah soalan akan diberikan dan murid akan membina petak “ Lattice “ dengan sendiri.

Setelah selesai membuat aktiviti ini murid didapati dapat menjawab soalan-soalan pendaraban yang melibatkan nombor 2-digit dengan 2-digit atau lebih dengan baik dan betul.

PENILAIAN DAN KEPUTUSAN UJIAN

Terdapat dua jenis ujian dilakukan iaitu ujian pra,iaitu ujian untuk menguji penguasaan murid terhadap kemahiran mendarab serta mengesan murid yang akan

terlibat dalam aktiviti dan ujian pos iaitu ujian yang dijalankan selepas aktiviti-aktiviti yang dirancang dilaksanakan. Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menguji keberkesanan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan samaada ianya sesuai untuk membantu murid yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran mendarab.

Setelah menjalankan aktiviti yang dirancang, didapati semua murid telah dapat menguasai kemahiran mendarab nombor 2-digit dengan nombor 2-digit atau lebih. Murid-murid ini telah dapat menjawab dan menyelesaikan soalan pendaraban yang diberikan dengan menggunakan kaedah Lattice.

Secara keseluruhannya,aktiviti-aktiviti tersebut adalah sesuai digunakan untuk membantu murid bagi menguasai kemahiran sifir dan mendarab nombor dan seterusnya dapat meningkatkan peratus pencapaian Matematik.

KESIMPULAN

Kajian tindakan ini perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan kelemahan murid seterusnya membantu murid menguasai sesuatu kemahiran disamping meningkatkan penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran.

Kesimpulannya,keberkesanan aktiviti atau pendekatan yang dirancang adalah bergantung kepada tahap kebolehan seseorang murid untuk menerima dan menjana idea mereka bagi mengatasi kelemahan masing-masing.

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAWANG JAYATAMAN BUKIT RAWANG JAYA, 48000 RAWANG

SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN

KAJIAN TINDAKAN

DISEDIAKAN OLEH :ROSNI BINTI CHE ANI

TAJUK KAJIAN :MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM KEMAHIRAN

MENDARAB NOMBOR BULAT DENGAN NOMBOR 2-DIGIT.( MATEMATIK TAHUN 6 )