Laporan Kajian Tindakan Robo+ Cpr

download Laporan Kajian Tindakan Robo+ Cpr

of 22

Transcript of Laporan Kajian Tindakan Robo+ Cpr

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

:: KAEDAH RoBo+ CPR :: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMFAKTORAN UNGKAPAN ALGEBRA PELAJAR TINGKATAN 4PA2

DISEDIAKAN OLEH: PN. NURUL HUDA ABDUL WAHAB

SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

PENGHARGAANAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Ilahi kerana berkat kesabaran dan galakan daripada semua pihak, dengan izin dan limpah kurnia-NYA, akhirnya saya dapat menjalankan satu kajian tindakan di peringkat sekolah dengan jayanya sebagai usaha untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi subjek Matematik Tingkatan 4. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SMK Jalan Mengkibol khususnya kepada para pelajar tingkatan 4PA2 serta mereka yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan proses pelaksanaan kajian tindakan ini. Tidak lupa juga ingatan teristimewa untuk suami dan anak tercinta kerana banyak memberikan dorongan dan sokongan dalam menghasilkan yang terbaik buat kajian ini. Kerjasama anda semua amat saya hargai dan tidak mungkin dilupakan. Semoga kajian yang dijalankan ini boleh diguna pakai dan membuahkan kejayaan pada masa akan datang. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki setiap kekurangan yang ada. Guru Penjana Transformasi Negara Sekian, terima kasih.

2

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

HALAMAN KANDUNGAN

PENGHARGAAN ABSTRAK HALAMAN KANDUNGAN 1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang lalu 2.0 Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian 3. 1 Objektif Umum 3.2 Objektif Khusus 4.0 Kumpulan Sasaran 5.0 Perlaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan Yang dijalankan 5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian 5.5 Refleksi Kajian 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya RUJUKAN LAMPIRAN

1 3 4 4 5

5 5 6 6 10 12 13 14 15

3

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

:: KAEDAH RoBo+ CPR :: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMFAKTORAN UNGKAPAN ALGEBRA PELAJAR TINGKATAN 4PA2

OLEH: PN. NURUL HUDA ABDUL WAHAB SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG

ABSTRAKSKajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah melakukan pemfaktoran ungkapan algebra bagi pelajar tingkatan menengah atas iaitu tingkatan 4. Seramai 11 orang responden diambil daripada pelajar Tingkatan 4PA2 di SMK Jalan Mengkibol Kluang, Johor terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 3 orang pelajar Melayu, 5 orang pelajar Cina dan 3 orang pelajar India. Tinjauan awal telah dijalankan untuk mengenalpasti masalah melalui soal jawab dengan pelajar dan menganalisis penyemakan buku latihan serta buku kerja pelajar bagi tajuk ungkapan algebra. Ujian pra juga telah dilakukan bagi mengesan dan menganalisis kelemahan pelajar dalam melakukan pemfaktoran ungkapan algebra melalui kaedah darab silang. Berdasarkan analisis tersebut, tahap penguasaan pelajar didapati masih lemah dan tidak mencapai tahap kemahiran minima yang diperlukan. Sebagai kesinambungan dan lanjutan daripada kejayaan kajian Kaedah CPR yang sesuai digunakan untuk tingkatan menengah rendah iaitu tingkatan 3, Kaedah RoBo+ CPR (Result from Box + Constant, Product & Plus and Result) pula diperkenalkan. Kaedah RoBo+ CPR dianggap sebagai satu pendekatan dan pemudahcara dalam melakukan pemfaktoran ungkapan algebra untuk membantu pelajar tingkatan menengah atas iaitu tingkatan 4. Ujian pos menggunakan soalan yang sama seperti ujian pra dijalankan dan didapati terdapat anjakan peningkatan markah yang amat memberansangkan. Keberkesanan kaedah RoBo+ CPR terbukti dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam melakukan pemfaktoran ungkapan algebra sekaligus membuktikan objektif kajain berjaya dicapai dengan jayanya. Kaedah RoBo+ CPR juga didapati telah membantu meningkatkan minat pelajar melalui penglibatan mereka yang lebih menyeluruh semasa sesi pengajaran & pembelajaran seterusnya berlangsung.

4

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung, hasil pembelajaran atau refleksi yang dapat dibuat daripada soal jawab yang telah dijalankan, didapati masih ramai pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas pemfaktoran ungkapan algebra yang telah dipelajari sewaktu tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Ditambah pula dengan hasil penyemakan buku latihan dan buku kerja, masih ramai pelajar yang menghadapi masalah untuk melakukan pemfaktoran terhadap ungkapan algebra. Hal ini jelas kelihatan apabila rata-rata pelajar tidak melengkapkan jalan kira atau jalan kerja hingga ke jawapan akhir. Masalah ini disebabkan oleh penguasaan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra para pelajar yang sangat lemah. Kaedah darab silang yang sinonim menjadi formula untuk menyelesaikan masalah pemfaktoran ungkapan algebra tidak dikuasai dengan baik oleh para pelajar. Hasil tinjauan yang dilakukan terhadap para pelajar, mereka menganggap kaedah darab silang agak sukar untuk dikuasai terutamanya bagi para pelajar yang lemah dalam subjek matematik. Mereka juga mudah keliru untuk melakukan kaedah darab silang secara cuba jaya. Apatah lagi apabila berdepan dengan soalan yang agak sukar, mereka tidak dapat menyelesaikannya kerana tidak menguasai kaedah darab silang yang telah diajarkan dengan baik. Masalah dirumitkan lagi dengan persepsi mereka bahawa matematik itu susah. Hal ini akan terus membuatkan mereka mudah berputus asa dan malas untuk meneruskan cubaan menjawab soalan sehingga berjaya mendapatkan jawapan akhir. Sebenarnya, apakah kekangan yang menyebabkan mereka tidak menguasai kaedah darab silang semasa di tingkatan 1 hingga tingkatan 3? Apakah yang menyukarkan mereka sehingga tidak boleh menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra? Adakah cara saya mengajar tidak dapat membantu mereka untuk menjawab soalan latihan yang diberikan di tingkatan 4? Perlukah saya mencari kaedah lain untuk memudahkan mereka memahami topik ini? Sekiranya masalah ini masih dan tetap berlarutan, besar kemungkinan soalan berkaitan pemfaktoran ungkapan algebra tidak akan dijawab oleh para pelajar semasa ujian mahupun peperiksaan dilakukan. Natijahnya, mereka akan kehilangan markah dan akhirnya tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Justeru itu, saya mahu membuat sedikit kesinambungan kajian sedia ada untuk mencari kaedah yang lebih mudah bagi melakukan pemfaktoran ungkapan algebra supaya secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik di dalam peperiksaan SPM yang akan mereka duduki.

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian tindakan ini berfokus kepada masalah melakukan pemfaktoran ungkapan algebra. Melalui tinjauan yang telah dilakukan dan pengalaman mengajar sedia ada, beberapa kelemahan telah dapat dikenal pasti. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah kesilapan memilih faktor sepunya, kecuaian dalam penggunaan tanda positif dan negatif serta kekeliruan terhadap kaedah sedia ada iaitu kaedah darab silang. Jika masalah melakukan pemfaktoran ungkapan algebra ini tidak ditangani, pelajar tidak akan memperoleh markah penuh apabila menjawab soalan peperiksaan dan akhirnya memberi kesan terhadap pencapaian markah dalam subjek Matematik. Dengan usaha yang dilakukan untuk 5

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

meningkatkan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra, saya yakin pelajar dapat meminimakan dan mengelakkan semua kesilapan yang sering dilakukan dalam melakukan pemfaktoran ungkapan algebra, membina keyakinan pelajar dalam menjawab soalan berkaitan dan membantu mencapai kecemerlangan markah bagi subjek Matematik dalam peperiksaan SPM. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum Menyatakan langkah-langkah pemfaktoran ungkapan algebra mengikut kaedah RoBo+ CPR. Memudahkan pemahaman pelajar melakukan pemfaktoran ungkapan algebra. Meningkatkan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra pelajar. ii. Objektif Khusus Melakukan pemfaktoran ungkapan algebra menggunakan kaedah RoBo+ CPR. Menyelesaikan masalah berkaitan soalan pemfaktoran ungkapan algebra. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seramai 11 orang responden pelajar Tingkatan 4PA2 terdiri daripada 3 orang pelajar Melayu, 5 orang pelajar Cina dan 3 orang pelajar India. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Kajian tindakan ini dilaksanakan berasaskan pendekatan model kajian tindakan iaitu bermula dengan membuat tinjauan masalah, menganalisis data dari tinjauan masalah, merancang strategi perlaksanaan, melaksanakan strategi dan membuat pemerhatian, dan akhirnya membuat refleksi daripada kajian yang telah dibuat. 5.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah yang timbul. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data melalui: 5.1.1 Soal jawab dengan pelajar Soal jawab dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian Penyemakan buku latihan dan buku kerja pelajar bagi tajuk pemfaktoran ungkapan algebra. Ujian pra Dilakukan untuk mengesan dan menganalisis kelemahan pelajar dalam melakukan pemfaktoran ungkapan algebra dengan menggunakan kaedah darab silang yang sedia ada. Ujian pra mempunyai 10 soalan berkaitan subtopik ungkapan algebra. Hasil keputusan ujian pra ini telah digunakan sebagai dokumen kawalan dalam melihat keberkesanan kaedah yang diperkenalkan. 6

5.1.2

5.1.3

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan pemerhatian terhadap penyemakan latihan pelajar dalam buku latihan dan buku kerja, masalah timbul apabila para pelajar tidak dapat menguasai kaedah sedia ada yang diajarkan di dalam kelas iaitu kaedah darab silang. Masalah berlarutan apabila para pelajar sering keliru dengan penggunaan tanda negatif dan positif serta penggunaan tanda silang yang dipakai. Didapati hanya segelintir pelajar yang mampu menguasai kaedah darab silang dengan baik. Masih ramai lagi pelajar tidak menjawab soalan latihan yang diberikan dan sesetengahnya pula hanya menyelesaikan latihan sehingga separuh jalan sahaja. Berikut pula adalah analisis tinjauan berdasarkan hasil keputusan ujian pra yang dilaksanakan bagi menyokong hasil dapatan pemerhatian yang telah dijalankan: Bi Pelajar l 1. A 2. B 3. C 4. D 5. E 6. F 7. G 8. H 9. I 10 J . 11 K . 12 L . 13 M . 14 N . 15 O . Markah Ujian Pra 2 10 0 10 4 9 0 6 0 3 3 0 0 0 0

7

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Jadual 1:Keputusan Ujian Pra Berdasarkan dapatan ujian pra tersebut, saya dapat merumuskan bahawa kemahiran melakukan pemfaktoran ungkapan algebra pelajar adalah sangat lemah apabila 7 orang responden mencapai markah sifar, manakala 4 orang responden tidak mencapai markah minima yang diperlukan iaitu 5 markah. Maka, seramai 11 orang responden tersebut akan diambil bagi tujuan penyelidikan keberkesanan kaedah RoBo+ CPR . 5.3 Tindakan Yang Dijalankan 5.3.1 Ulangkaji subtopik pemfaktoran ungkapan algebra Bagi memantapkan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra pelajar, ulangkaji terhadap subtopik tersebut telah dilakukan. Guru menjalankan Ujian Pra.

Gambar 1 : Sampel pelajar menduduki Ujian Pra 5.3.2 Kaedah RoBo+ CPR Gabungan daripada perkataan Result From Box + Constant, Product & Plus and Result Merupakan kesinambungan dan lanjutan kajian kaedah CPR. Kaedah CPR : (a =1 ) Langkah 1: Memilih pemalar (Constant) Contoh soalan : x2 6x + 9 Pemalar adalah nombor tanpa ungkapan algebra (berada di bahagian akhir soalan). Dalam soalan ini, pemalar = 9. Langkah 2: Mencari hasil darab dan hasil tambah pemalar (Product & Plus) 8

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Menyenaraikan seberapa mungkin hasil darab dua nombor yang mendapat jawapan yang sama dengan pemalar. Dalam contoh soalan ini, hasil darab dua nombor yang mendapat jawapan 9 perlu dicari dan diletak secara menegak dengan penggunaan kadar masa yang minimum. (3x3, -3x-3, 1x9 dan -1x-9) Kemudian tambah dua nombor yang telah ditulis secara menegak itu tadi. (3+3 =6, -3+(-3)=(-6), 1+9=10 dan -1+(-9)= (-10)) 3 + 3 6 -3 -3 -6 1 9 10 -1 -9 -10

Langkah 3: Memilih keputusan (Result) Daripada hasil tambah yang telah dilakukan, pelajar harus memilih keputusan yang sama dengan pekali bahagian tengah soalan iaitu -6. Melalui langkah 2, pasangan nombor yang perlu dipilih adalah -3 dan -3 kerana telah mendapat jawapan -6. Jawapan akhir dibuat dengan menyediakan dua kurungan. ( )( ) Masukkan algebra di sebelah depan kurungan. Dalam contoh soalan ini, algebra yang digunakan adalah x. (x ) (x ) Kemudian, masukan pasangan nombor yang telah dipilih tadi. ( x-3 ) ( x-3 ) Itulah jawapan yang dicari bagi menyelesaikan contoh soalan ini. Guru mengajar pelajar untuk memahami kaedah RoBo+ CPR melalui langkah demi langkah. Terdapat 5 langkah yang perlu diikuti mengikut turutan. Kaedah RoBo+ CPR : ( a > 1 ) Langkah 1: Memilih pemalar (Constant) Contoh soalan : 6r2 - r - 2 Pemalar tunggal adalah nombor tanpa ungkapan algebra (biasanya berada di bahagian akhir soalan).Dalam contoh soalan ini,pemalar tunggal= -2. Kemudian pemalar tunggal tersebut didarab dengan pekali yang berada bersama ungkapan algebra yang mempunyai kuasa tertinggi (biasanya berada di bahagian hadapan soalan). Dalam contoh soalan ini, pemalar = (-2) x 6 = (-12) 9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Langkah 2: Mencari hasil darab dan hasil tambah pemalar (Product & Plus) Menyenaraikan seberapa mungkin hasil darab dua nombor yang mendapat jawapan yang sama dengan pemalar iaitu -12. Dalam contoh soalan ini, hasil darab dua nombor yang mendapat jawapan -12 perlu dicari dengan penggunaan masa yang minimum dan diletak secara menegak. Dalam contoh soalan ini, 4x-3, -4x3 dan -12x1. Kemudian tambahkan dua nombor yang telah ditulis secara menegak itu tadi. Dalam contoh soalan ini, 4+(-3) = 1, (-4)+3=(-1), (-12)+1= (-11)) 4 + -3 1 -4 3 -1 -12 1 -11

Rajah 1 : Contoh Bahan Bantu Mengajar bagi Langkah 1 dan Langkah 2 Langkah 3: Masukkan ke dalam kotak (Box) Daripada hasil tambah yang telah dilakukan, pelajar harus memilih keputusan yang sama dengan pekali di bahagian tengah soalan iaitu 1 di mana -r = -1r. Melalui langkah 2, pasangan nombor yang perlu dipilih adalah -4 dan 3. Kemudian masukkan pasangan nombor tadi ke dalam kotak seperti dibawah.

Contoh soalan : 6r2 - r - 2 Pasangan nombor yang telah dipilih tadi : -4 dan 3 Cara-cara menggunakan kotak: i) Masukkan pasangan nombor secara menyerong: -4 10

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

3 ii) Kemudian masukkan algebra yang terdapat di dalam soalan bersamasama dengan pasangan nombor tadi. (Dalam contoh soalan ini, algebra = r) -4r 3r Seterusnya, masukkan dua algebra yang mempunyai pekali di dalam soalan secara menyerong pada kotak yang kosong. (Dalam contoh soalan ini, algebra yang mempunyai pekali adalah 6r2 dan -r) 6r2 -4r 3r -r

Rajah 2 : Contoh Bahan Bantu Mengajar bagi Langkah 3 Langkah 4: Mencari Faktor Sepunya Tertinggi (Box - HCF) i) Mencari Faktor Sepunya Tertinggi secara melintang. 6r2 3r 2r 1 -4r -2

ii)

Mencari Faktor Sepunya Tertinggi secara menegak. 6r2 3r 3r 2r -4r -2 -2

1

Langkah 5: Mendapatkan Keputusan (Result) 11

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Mendapatkan jawapan di luar kotak setelah mencari faktor sepunya terbesar secara menegak dan melintang tadi. Hasilnya, keputusan jawapan = (2r + 1) (3r -2)

Rajah 2 : Contoh Bahan Bantu Mengajar bagi Langkah 4 dan Langkah 5 5.3.3 Ujian Pos Ujian pos dilakukan dengan menggunakan set soalan yang sama dengan soalan ujian pra tapi memerlukan pelajar menggunakan kaedah RoBo+ CPR yang telah dipelajari.

Gambar 2 : Responden mengambil Ujian Pos Kemudian, daripada dapatan markah daripada ujian pos, guru menganalisis dan membanding beza dengan dapatan markah dalam ujian pra. 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian 5.4.1 Aktiviti 1 (Ujian Pra) Seramai 15 orang pelajar menduduki ujian pra untuk guru mengenalpasti tahap kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra mereka. Pemerhatian Aktiviti 1 Berdasarkan ujian pra yang mengandungi 10 soalan pemfaktoran ungkapan algebra, majoriti pelajar mendapat markah kurang daripada 5 markah daripada 10 markah penuh. Analisis yang dilakukan menunjukkan hanya 4 orang yang mencapai markah minima iaitu 5 markah ke atas manakala seramai 11 orang tidak mencapainya. 12

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Refleksi Aktiviti 1 Berdasarkan analisis dapatan markah ujian pra, para pelajar sebenarnya masih tidak mencapai tahap kemahiran minima ungkapan algebra yang telah diajarkan semasa di tingkatan menengah rendah. Jika masalah ini berlarutan, sudah pasti soalan pemfaktoran ungkapan algebra tidak dapat dijawab dengan baik apabila berada di tingkatan menengah atas. 5.4.2 Aktiviti 2 (Memperkenalkan kaedah RoBo+ CPR) Para pelajar diperkenalkan dengan kaedah RoBo+ CPR sebagai kaedah alternatif untuk menggantikan kaedah darab silang yang sedia ada. Para pelajar diajarkan langkah demi langkah dibimbing oleh guru melalui 5 soalan berpandu dan 3 soalan latihan. Pemerhatian Aktiviti 2 Berdasarkan penyemakan 3 soalan latihan yang diberikan di dalam kelas, majoriti pelajar dapat menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra menggunakan kaedah RoBo+ CPR dengan betul menggunakan masa yang singkat.

Refleksi Aktiviti 2 Setelah menggunakan kaedah RoBo+ CPR, maklum balas yang diterima daripada pelajar mendapati kaedah ini lebih senang dan kurang mengelirukan. Objektif untuk meningkatkan tahap kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra pelajar telah tercapai. 5.4.3 Aktiviti 3 (Ujian Pos) Dengan menggunakan soalan yang sama dengan pra, seramai 11 responden dipilih untuk menjawab soalan ujian pos dengan menggunakan kaedah RoBo+ CPR yang telah dipelajari. Pemerhatian Aktiviti 3 Bi l 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 . 11 . Pelaja r A C E G I J K L M N O Markah Ujian Pos 5 8 7 2 2 7 5 7 8 5 9

13

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Jadual 2: Keputusan Ujian PosBil Pelajar Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos Analisis

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

A C E G I J K L M N O

2 0 4 0 0 3 3 0 0 0 0

5 8 7 2 2 7 5 7 8 5 9

+3 +8 +3 +2 +2 +4 +2 +7 +8 +5 +9

Jadual 3: Perbandingan Keputusan Ujian Pra & Ujian Pos

Jadual 4: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Refleksi Aktiviti 3 Melalui perbandingan markah ujian pra dan ujian pos, didapati terdapat peningkatan markah bagi semua responden. Perkembangan yang sangat positif ini sudah cukup membuktikan bahawa kaedah RoBo+ CPR adalah bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam melakukan pemfaktoran ungkapan algebra. 5.5 Refleksi pengajaran dan pembelajaran Berdasarkan analisis keputusan ujian pra dan ujian pos yang telah dilaksanakan, saya mendapati kaedah RoBo+CPR yang diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 4PA2 amat bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra. 14

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Malah, semasa saya mengawasi peperiksaan pertengahan tahun bagi subjek matematik kertas 2 di kelas 4PA2, saya amat terkejut dan berbesar hati apabila hampir semua pelajar yang menjadi responden saya menggunakan kaedah RoBo+ CPR untuk menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra. Saya amat terharu apabila mereka menggaplikasikan kaeda RoBo+ CPR sebagai jalan kerja untuk mendapatkan jawapan akhir dan saya dapati soalan yang mereka jawab kebanyakannya mendapat markah penuh! Syabas buat mereka semua. Hal ini jelas menunjukkan kajian tindakan ini telah menunjukkan perkembangan positif yang diharapkan dan hasilnya amat memberangsangkan untuk para pelajar yang pada awalnya mereka tidak dapat menguasai kaedah darab silang yang sedia ada dengan baik. Namun, mereka telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pos berbanding ujian pra.

Sesungguhnya dapatan kajian tindakan yang telah dijalankan membuatkan saya begitu teruja untuk terus menjalankan lebih banyak lagi kajian pada masa akan datang bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga amat berpuas hati dengan pencapaian dan perkembangan positif yang telah mereka tunjukkan. Usaha mereka untuk menguasai kaedah RoBo+ CPR akhirnya membantu mereka untuk menjawab soalan peperiksaan. Ini terbukti apabila mereka mengaplikasikannya untuk menjawab soalan peperiksaan! Alhamdulillah, keberkesanan kaedah RoBo+ CPR tidak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun, pelaksanaan kajian ini masih boleh ditingkatkan untuk menambahbaik kaedah sedia ada. 6.0. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Berdasarkan dapatan kajian tindakan yang telah dilaksanakan, kaedah RoBo+ CPR yang saya perkenalkan terbukti mampu menjadi satu alternatif bagi menyelesaikan masalah pemfaktoran ungkapan algebra dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, saya percaya kaedah RoBo+ CPR masih boleh dimurnikan sesuai dengan tahap pelajar memandangkan setiap pelajar mempunyai kecerdasan intelektual yang berlainan. Justeru, cadangan kajian yang seterusnya adalah penyelesaian pemfaktoran persamaan kuadratik yang juga merupakan kesinambungan topik pemfaktoran ungkapan algebra. Lebih banyak kajian bagi mencari kaedah alternatif yang dipermudah daripada kaedah sedia ada boleh dilakukan. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai guru yang kreatif dan inovatif. Pendek kata, benarlah setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Bak kata pepatah, Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Guru-guru sebagai pendidik sememangnya harus memainkan peranan dengan menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Semoga kajian tindakan yang dijalankan ini dapat memberi banyak manfaat kepada semua lapisan khususnya para guru dalam usaha untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga untuk 15

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

digunapakai oleh para pelajar amnya bagi meningkatkan tahap kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra.

BIBLIOGRAFI1. Zaini Musa. 2007. Koleksi Kertas peperiksaan Sebenar SPM (KBSM) : Matematik. Cerdik Publications. 2. Yong Ping Kiang & Khor Ah Tuck. 2005. Penilaian Topik Tingkatan 4 dan 5. Penerbitan Sasbadi. 3. Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Cetak Ratu Sdn. Bhd.

16

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

LAMPIRAN1. Kertas cadangan kajian tindakan. (Lampiran A) 2. Kertas soalan Ujian Pra (Pilot Study). (Lampiran B) 3. Set soalan berpandu dan latihan. (Lampiran C) 4. Kertas soalan Ujian Pos (Research). (Lampiran D) 5. Salinan helaian buku kerja pelajar bagi tajuk ungkapan algebra. (Lampiran E) 6. Salinan helaian kertas soalan peperiksaan setengah tahun pelajar. (Lampiran F)

17

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Apa komen RESPONDEN? Saya suka cara ini kerana senang daripada cara darab silang

Saya lebih mudah faham method ini

Sebelum ini saya tidak faham untuk buat, selepas cikgu ajar cara baru, sekarang saya sudah boleh buat

18

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Saya sudah faham facrorize dengan menggunakan RoBo+ CPR

Responden I

Saya lebih suka matematik, ingin lebih faham dan pandai

Responden E

Responden L Senang. Tapi banyak step nak kena buat

Responden G

Responden M

Responden N RoBo+ CPR lagi senang. Daripada tak tahu sekarang dah tahu

Responden J

Saya akan menggunakan kaedah ini apabila menduduki peperiksaan kerana kaedah ini lebih senang berbanding kaedah sebelum ini

Responden A

Responden C

Responden O

Dua-dua cara saya suka.kerana boleh cari jawapan yang terang

Lampiran A

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG JOHOR SESI 2011

19

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Tajuk Kajian: Nama Pengkaji: Nama Sekolah:

Kaedah RoBo+ CPR: Meningkatkan Kemahiran Pemfaktoran Ungkapan Algebra Pelajar Tingkatan 4PA1. Pn. Nurul Huda Abdul Wahab dan En. Muhamad Hairul Kadir SMK Jalan Mengkibol, KM 4 Jalan Mengkibol, 86000 Kluang, Johor Darul Takzim

1. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung, hasil pembelajaran atau refleksi yang dapat dibuat daripada soal jawab yang telah dijalankan, didapati masih ramai pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas pemfaktoran ungkapan algebra yang telah dipelajari sewaktu tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Ditambah pula dengan hasil penyemakan buku latihan dan buku kerja, masih ramai pelajar yang menghadapi masalah untuk melakukan pemfaktoran terhadap ungkapan algebra. Hal ini jelas kelihatan apabila rata-rata pelajar tidak melengkapkan jalan kira atau jalan kerja hingga ke jawapan akhir. Masalah ini disebabkan oleh penguasaan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra para pelajar yang sangat lemah. Kaedah darab silang yang sinonim menjadi formula untuk menyelesaikan masalah pemfaktoran ungkapan algebra tidak dikuasai dengan baik oleh para pelajar. Hasil tinjauan yang dilakukan terhadap para pelajar, mereka menganggap kaedah darab silang agak sukar untuk dikuasai terutamanya bagi para pelajar yang lemah dalam subjek matematik. Mereka juga mudah keliru untuk melakukan kaedah darab silang melalui cuba jaya. Apatah lagi apabila berdepan dengan soalan yang agak sukar, mereka tidak dapat menyelesaikannya kerana tidak menguasai kaedah darab silang yang telah diajarkan dengan baik. Masalah dirumitkan lagi dengan persepsi mereka bahawa matematik itu susah. Hal ini akan terus membuatkan mereka mudah berputus asa dan malas untuk meneruskan cubaan menjawab soalan sehingga berjaya mendapatkan jawapan akhir. Sebenarnya, apakah kekangan yang menyebabkan mereka tidak menguasai kaedah darab silang semasa di tingkatan 1 hingga tingkatan 3? Apakah yang menyukarkan mereka sehingga tidak boleh menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra? Adakah cara saya mengajar tidak dapat membantu mereka untuk menjawab soalan latihan yang diberikan di tingkatan 4? Perlukah saya mencari kaedah lain untuk memudahkan mereka memahami topik ini? Sekiranya masalah ini masih dan tetap berlarutan, besar kemungkinan soalan berkaitan pemfaktoran ungkapan algebra tidak akan dijawab oleh para pelajar semasa ujian mahupun peperiksaan dilakukan. Natijahnya, mereka akan kehilangan markah dan akhirnya tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Justeru itu, saya mahu membuat sedikit kesinambungan kajian sedia ada untuk mencari kaedah yang lebih mudah bagi melakukan pemfaktoran ungkapan algebra supaya secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik di dalam peperiksaan SPM yang akan mereka duduki. 2. Fokus Kajian Fokus kajian ini lebih menjurus kepada kaedah untuk mempermudahkan para pelajar melakukan pemfaktoran ungkapan algebra. Melalui tinjauan dan pemerhatian yang telah dilakukan seiring dengan pengalaman mengajar sedia ada, beberapa kelemahan telah dapat dikenal pasti. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh para pelajar adalah: Kesilapan memilih faktor sepunya. 20

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Kecuaian dalam penggunaan tanda positif dan negatif. Kekeliruan terhadap kaedah darab silang. Dengan mencari kaedah yang lebih mudah untuk difahami, saya yakin dapat membantu pelajar melakukan pemfaktoran ungakapan algebra. 3. Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut: iii. Objektif Umum Menyatakan langkah-langkah pemfaktoran ungakapan algebra mengikut kaedah RoBo+ CPR. Memudahkan pemahaman pelajar terhadap topik ungkapan algebra. Meningkatkan kemahiran pemfaktoran pelajar dalam topik ungkapan algebra. iv. Objektif Khusus Melakukan pemfaktoran ungkapan algebra menggunakan kaedah RoBo+ CPR. Menyelesaikan masalah berkaitan soalan pemfaktoran ungkapan algebra. 4. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan sampel seramai 15 orang pelajar Tingkatan 4PA1 yang terdiri daripada 4 orang pelajar Melayu, 7 orang pelajar Cina, 3 orang pelajar India dan 1 orang pelajar lain-lain bangsa. 5. Tindakan Yang Dicadangkan i. Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil bagi menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang telah dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah yang timbul. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data seperti: Soal jawab semasa proses pengajaran dan pembelajaran Penyemakan buku latihan dan buku kerja pelajar bagi tajuk ungkapan algebra. Ujian pra untuk mengesan dan menganalisis kelemahan pelajar dalam melakukan pemfaktoran menggunakan kaedah darab silang. (Aktiviti 1) ii. Kaedah RoBo+ CPR Guru mengajar kaedah RoBo+ CPR di dalam kelas. (Aktiviti 2) Guru meminta pelajar cuba memahami kaedah RoBo+ CPR dan mengaplikasinya dalam menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra. Guru membuat ujian pos untuk melihat peningkatan tahap penguasaan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra pelajar. (Aktiviti 3) Guru menganalisis dan membanding beza markah antara ujian pra dan ujian pos.

6. Jadual Pelaksanaan Kajian Bi l Aktiviti Tempoh Pelaksanaan 21

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan Melaksanakan tindakan (Aktiviti 1) Melaksanakan tindakan (Aktiviti 2) Melaksanakan tindakan (Aktiviti 3) Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian 7. Kos Kajian

20 Januari 2011 16 Februari 2011 3 Mac 2011 8 April 2011 11 April 2011 13 April 2011 30 April 2011 15 Mei 2011 23 Julai 2011

Bi Jenis Bahan l 1. Fotostat bahan kajian 2. Pen Marker JUMLAH

Kuantiti x Harga Seunit 15 x RM 0.40 2 x RM 1.80

Jumlah Kos RM 6.00 RM 3.60 RM 9.60

22