Laporan Kajian Tindakan SAINS

27
JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH KAJIAN TINDAKAN PROJEK MODEL PENSIANGAN SALINATAN TAJUK KAJIAN MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) BAHAGIAN B DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 SK SUNGAI TAKA OLEH : NOOR HANA BINTI CHE HASAN SK SUNGAI TAKA 09800 SERDANG KEDAH DARUL AMAN SEPTEMBER 2008

Transcript of Laporan Kajian Tindakan SAINS

Page 1: Laporan Kajian Tindakan SAINS

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH

KAJIAN TINDAKAN

PROJEK MODEL PENSIANGAN SALINATAN

TAJUK KAJIAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN

KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) BAHAGIAN B

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6

SK SUNGAI TAKA

OLEH :

NOOR HANA BINTI CHE HASAN

SK SUNGAI TAKA

09800 SERDANG

KEDAH DARUL AMAN

SEPTEMBER 2008

ABSTRAK

Page 2: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari

penyelesaian kepada masalah murid Tahun Enam yang kurang menguasai

cara menjawab soalan bahagian B kertas sains yang melibatkan kemahiran

proses sains (KPS). Seramai 25 orang murid Tahun Enam terlibat dalam

kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu

bual, soal selidik, membuat pemerhatian, dan berdasarkan ujian bulanan.

Hasil daripada tinjauan, saya mendapati mereka kurang mengetahui cara

bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan

ketika menjawab soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses

sains (KPS). Begitu juga dengan soalan latihan yang diberikan, segelintir

murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B, mereka hanya

menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun penerangan tentang

soalan telah diberikan. Untuk mengatasi masalah ini, saya menjalankan

kajian dengan melakukan beberapa aktiviti seperti memberi penerangan

tentang teknik menjawab soalan sains bahagian B. Melalui aktiviti ini, saya

menerangkan kepada murid tentang kaedah mendapatkan maklumat

daripada soalan. Untuk memantapkan penguasaan murid terhadap kosa

kata sains dalam bahasa Inggeris saya membimbing mereka cara

menggunakan buku glosari sains dan ’wordlist’ dengan betul. Seterusnya

murid diberi modul latihan menjawab soalan KPS dan latih tubi soalan. Saya

juga mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat topik-

topik yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah

ini saya meminta mereka membina peta minda. Saya percaya jika murid

dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul, mereka boleh mendapatkan

markah yang lebih baik lagi pada bahagian ini. Perbandingan keputusan

Ujian Pra (Ujian Bulan April) sebelum aktiviti dijalankan dengan Ujian Pasca

( Peperiksaan Percubaan Negeri) selepas aktiviti dijalankan menunjukkan

peningkatan walaupun tidak seperti yang diharapkan.

ISI KANDUNGAN

Page 3: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Muka surat

Abstrak ii

Isi Kandungan iii

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

2. Fokus Kajian

3. Objektif Kajian

4. Kumpulan Sasaran

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Merancang Tindakan

5.4 Melaksanakan Tindakan

a) Aktiviti 1- Teknik Menjawab Soalanb) Aktiviti 2- Glossari dan ’Wordlist’c) Aktiviti 3- Latihan Menjawab Soaland) Aktiviti 4- Peta Minda

5.5 Refleksi Kajian

6. Cadangan Lanjutan

Lampiran

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 4: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Murid Tahun 6 dalam kelas saya terdiri daripada murid yang sederhana dan

murid yang lemah pencapaiannya. Daripada pemerhatian yang dijalankan

melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab

soalan yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memang

dapat dikenal pasti mereka menghadapi masalah semasa mempelajari mata

pelajaran Sains.

Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana

untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab

soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS).

Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian

B, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun

penerangan tentang soalan telah diberikan. Selain daripada itu, melalui soal

jawab saya dengan murid, saya mendapati ada di antara mereka tidak

memahami kehendak soalan, tidak memahami istilah sains, dan perkataan

Sains dalam Bahasa Inggeris serta tidak memahami sebahagian tajuk yang

telah diajar.

Kegagalan murid mendapat markah pada bahagian B semasa peperiksaan

amat merugikan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan

dengan teknik menjawab soalan bahagian B dengan betul, saya merasakan

masalah ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi

tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah

kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang

mereka hadapi.

2. FOKUS KAJIAN

Page 5: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Berdasarkan keputusan ujian bulanan Kedua (April) yang dijalankan, hampir

keseluruhan murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan-soalan di

bahagian B iaitu mendapat markah melebihi 16/20 markah. Hanya seorang

sahaja yang mendapat markah melebihi 16/20 markah, seramai empat

orang mendapat markah antara 10-15, manakala bilangan murid mendapat

markah bawah daripada 10 adalah seramai 25 orang. Memandangkan hasil

ujian yang tidak memuaskan dan amat membimbangkan, maka saya terfikir

untuk membuat kajian bagaimana untuk meningkatkan kemahiran murid

menjawab soalan pada bahagian B ini. Antara kelemahan murid-murid ini

mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti berikut :

tidak menguasai kemahiran proses sains.

tidak memahami kaedah guru mengajar

tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul

tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari.

tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah

tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS) dan

perkataan sains dalam Bahasa Inggeris.

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid tidak

dapat menjawab soalan di bahagian ini, saya hanya memfokuskan kajian

ini kepada kaedah atau teknik menjawab soalan Kemahiran Proses Sains

Bahagian B.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Page 6: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Objektif Umum

Meningkatkan prestasi murid dengan menjawab soalan Sains Bahagian B

dengan betul.

Objektif Khusus

i Meningkatkan pengetahuan murid terhadap maklumat yang terdapat di

dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B.

ii Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di

dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B

iii Membantu murid mengingat kaedah atau teknik menjawab soalan sains

dengan betul.

iv Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk glosari

sains atau kamus.

v Meningkatkan peratus lulus murid bagi mata pelajaran Sains.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang murid Tahun 6 SK Sungai Taka yang terdiri

daripada 17 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

Page 7: Laporan Kajian Tindakan SAINS

5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan

untuk memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian

terhadap masalah tersebut dilihat daripada aspek berikut :

a) Pengetahuan sedia ada murid memahami maklumat yang terdapat di

dalam soalan melalui temu bual dan soal selidik.

b) Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang

dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan Sains Bahagian B.

c) Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid selepas

mempelajari sesuatu topik dalam subjek Sains.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

a) Hasil Temubual Dengan Murid

Hasil temu bual dengan murid saya mendapati sebahagian 10/25

orang murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan tajuk yang

dipelajari, 15/25 tidak menguasai teknik menjawab soalan, tidak

membaca soalan dengan teliti dan ada juga yang tidak berminat untuk

menjawab soalan.

b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja

Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B juga

ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian

murid tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberikan.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid seperti berikut :

Page 8: Laporan Kajian Tindakan SAINS

i) Tidak memahami kehendak soalan.

ii) Murid belum menguasai istilah penting dalam KPS seperti

membuat inferens, hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan

mentafsir data.

iii) Kurang menggunakan maklumat yang diberi didalam soalan

sama ada maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta palang,

gambar rajah dan pernyataan ayat.

c) Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian

Topikal yang diadakan setelah selesai sesuatu topic.

Jadual 1 : Hasil tinjauan Penguasaan Murid Menjawab Soalan KPS

Berdasarkan Ujian Topikal.

( contoh soalan - Rujuk Lampiran 1)

Perkara yang ditinjau Bilangan murid

Murid tidak dapat menjawab

Soalan (a)

Soalan (d)

16

18

Murid tidak dapat menjawab soalan

mengawal pemboleh ubah (b)

15

Murid tidak dapat menjawab soalan

mentafsir data (c)

16

5.3 Merancang Tindakan

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah

menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan.

a) Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini iaitu:

Page 9: Laporan Kajian Tindakan SAINS

i. Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B

ii. Penggunaan Glosari Sains atau kamus

iii.Latihan menjawab soalan Sains Bahagian B

iv.Membina mengikut topik yang dipelajari

6. Melaksanakan Tindakan

a) Aktiviti 1 :

Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B

Saya mengambil masa selama dua jam untuk menerangkan kepada murid

tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B menggunakan aplikasi

komputer ’power point’ dengan memaparkannya di skrin. Panduan (rujuk

Lampiran 2) untuk mendapatkan jawapan bagi soalan Sains Bahagian B

dan istilah-istilah penting KPS diedarkan kepada murid. Untuk menarik

minat murid dalam slot ini, saya menyediakan soalan (rujuk Lampiran 3)

untuk dijawab oleh murid. Saya fokuskan soalan yang mudah

mendapatkan markah berpandukan maklumat yang terdapat pada

perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

Contoh Soalan:

Maklumat yang boleh didapati dari perenggan, gambar rajah dan

pernyataan ayat.

A group of people are asked to construct three tower models of

equal height using manila cards. The three models constructed

by the group are shown in table below.

Perenggan

Page 10: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Pemerhatian :

Walaupun sebelum ini, saya telah menerangkan teknik menjawab soalan

kepada murid, masih lagi ada murid yang kurang faham dan keliru untuk

menjawab soalan bahagian B ini.

Dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati sebahagian

murid-murid menunjukkan reaksi positif manakala sebahagian lagi masih

kurang jelas terhadap penerangan yang diberikan. Setelah ’hand out’

panduan menjawab soalan diedarkan dan saya menerangkan cara

merujuknya barulah murid yang keliru tadi dapat memahami cara

menjawab soalan. Namun masih ada murid yang kategori lemah tidak

Gambar rajah

Pernyataan ayat

Page 11: Laporan Kajian Tindakan SAINS

faham langsung walaupun dibimbing oleh saya.

Refleksi :

Lebih kurang 72 % orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan

manakala sebahagian lagi dibimbing oleh saya.

Aktiviti 2 :

Penggunaan Glosari Sains, ’Wordlist’ dan kamus

Saya menggalakkan murid merujuk pada buku glosari sains yang

dibekalkan oleh kementerian, dan ‘wordlist’ (rujuk lampiran) yang

disediakan oleh saya untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami

secara berterusan dan menambah penguasaan istilah dan

perbendaharaan kata sains dalam bahasa Inggeris. Setiap murid

diberikan ‘Wordlist’ atau senarai perkataan sains dalam Bahasa Inggeris.

Diakhir setiap pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengadakan kuiz

teka kata secara spontan untuk dijawab oleh murid berdasarkan topik

yang dipelajari.

Contoh soalan Kuiz :

Questions Answer

Species of plant or animal that are almost extinct Endangered

An interaction in which two or more organisms

living in the same habitat, trying to gain control Competition

Page 12: Laporan Kajian Tindakan SAINS

of the same resources

Pemerhatian :

Dari pemerhatian yang dibuat, seramai 18 orang murid telah mencatat

perkataan-perkataan yang mereka tidak faham di dalam buku ‘vocabulary’

mereka. Murid juga berminat dengan aktiviti kuiz yang dijalankan.

Refleksi :

Murid-murid sememangnya boleh menguasai kosa kata sains dalam

B.Inggeris sekiranya mereka sentiasa membaca, merujuk dengan

menggunakan buku glosari sains senarai perkataan sains dan berbincang

sesama mereka. Perbendaharan kata murid akan lebih meningkat lagi.

Aktiviti 3 :

Latihan Menjawab Soalan Bahagian B.

Guru memberi modul soalan KPS yang dibekalkan oleh JPN

kepada murid. Sebelum menjawab soalan latihan daripada modul,

murid diminta supaya mengingat kembali teknik-teknik menjawab

soalan seperti memahami maklumat yang terdapat dalam

perenggan / penyataan ayat / gambarajah / carta palang / jadual

dan mencari kata kunci soalan dengan menggaris di bawahnya.

(Rujuk lampiran)

Guru mengedarkan kad soalan (rujuk lampiran) kepada murid

secara berkumpulan, murid dikehendaki mencari maklumat penting

dan menggariskan kata kunci yang terdapat pada soalan.

Page 13: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Setiap minggu murid akan diberikan sekurang-kurangnya 2 soalan

latihan bahagian B (rujuk lampiran) samada berbentuk gambarajah,

jadual dan carta palang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari

melibatkan tujuan penyiasatan/eksperimen, pembolehubah-

pembolehubah yang terlibat, membuat inferens, membuat

hipotesis, mentafsir data dan membuat ramalan.

Pemerhatian

Masih terdapat murid yang tidak ingat teknik-teknik menjawab

soalan. Sebahagian murid tidak dapat mencari maklumat yang

terdapat dalam soalan seperti dalam perenggan / ayat /

gambarajah / carta palang / jadual dan mencari kata kunci dengan

menggaris di bawahnya. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah

membimbing murid-murid yang di kenalpasti kelemahan mereka

menjawab soalan. Saya membimbing mereka secara kumpulan

semasa waktu rehat dan selepas waktu persekolahan selama lebih

kurang 10 hingga15 minit.

Aktiviti menjawab kad soalan secara berkumpulan ini telah

menunjukkan peningkatan. Murid-murid dapat berbincang dalam

kumpulan dengan mengenalpasti maklumat-maklumat penting

yang terdapat dalam soalan. Murid-murid yang lemah juga

dibimbing oleh rakan sebaya.

Soalan latihan mingguan ini dapat membantu murid meningkatkan

penguasaan mereka dalam menjawab soalan sains bahagian B ini.

Refleksi

Page 14: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Melalui aktiviti ini, lebih ramai murid menunjukkan peningkatan dalam

menjawab soalan setelah diberi bimbingan oleh guru dan rakan

sebaya.

Aktiviti 4 : Membina Peta Minda Mengikut Topik Yang Dipelajari.

Saya juga mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat topik-

topik yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini

saya meminta mereka membina peta minda (rujuk lampiran) berdasarkan topik

yang telah dipelajari.Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru. Berdasarkan

peta minda yang dibina, murid diminta memahami konsep atau fakta yang

terkandung di dalam peta minda tersebut.

Pemerhatian

Melalui pemerhatian semasa P&P dijalankan, kebanyakan murid dapat membina

peta minda berdasarkan topik yang dipelajari. Ini menunjukkan aktiviti membina

peta minda dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka terhadap

topik yang dipelajari. Namun masih terdapat murid yang lemah membina peta

minda terutamanya murid yang masih lemah dalam bacaan dan tidak boleh

membaca. Untuk mengatasi masalah ini guru membimbing murid dengan

membaca nota dan memberi panduan kepada murid yang lemah.

Refleksi

Aktiviti membina Peta minda dalam P&P dapat menarik minat murid dalam

pembelajaran. Selain itu, peta minda juga dapat membantu meningkatkan daya

ingatan murid terhadap topik- topik yang telah dipelajari.

Page 15: Laporan Kajian Tindakan SAINS

7. REFLEKSI KAJIAN

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang prestasi murid

menjawab soalan diukur daripada pemeriksaan buku latihan, lembaran kerja,

markah penilaian ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Berdasarkan

Peperiksaan Percubaan Negeri didapati markah paling minima yang diperolehi

oleh murid selepas kajian ini ialah 2 markah. Tidak ada lagi murid yang

mendapat 0 markah. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh saya semasa

menjalankan aktiviti yang dirancang seperti murid tidak serius dan bersungguh-

sungguh menjawab soalan. Kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu

meningkatkan pencapaian murid menjawab soalan Sains bahagian B walaupun

tidak sepenuhnya.

Jadual 2 : Analisis Markah Sains Bahagian B dalam Ujian

dan Peperiksaan Percubaan Negeri.

Berdasarkan analisis markah ini terdapat peningkatan pencapaian murid dalam

peperiksaan percubaan.

Markah Bilangan Murid

Ujian Bulanan

(April)

Pep.Percubaan

UPSR

Negeri

16 - 20 0 4

10 – 15 0 11

0 - 9 25 10

Page 16: Laporan Kajian Tindakan SAINS

8. CADANGAN LANJUTAN

Memandangkan bilangan murid yang mendapat markah bahagian B Sains

bawah 10 markah masih ramai maka saya akan meneruskan kajian ini dengan

membuat penambahbaikan seperti mengadakan program Mentor Mentee yang

melibatkan dua orang guru sains. Murid akan di bahagikan kepada dua

kumpulan supaya murid dapat dibimbing dengan lebih berkesan untuk mencapai

sasaran markah bahagian B iaitu mendapat markah lebih daripada 10 markah.

Page 17: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Contoh Soalan

A small ball was pushed with the same force along different surfaces. Table 2 shows the time taken by the ball to move a distance of 2 metres on different surfaces.

Surface Time taken (s)

Glass 2Plank 4

Cement floor 7Sand paper 12

Table 2

(a) Give your inference on the differences in time taken by the ball to move the same distance.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………[ 1 mark ]

(b) State the thing that is

1. changed : …………………………………………………

2. observed : ………………………………………………..[ 2 marks ]

(c)What is the relationship between the frictional force produced and type of surface?

……………………………………………………………………….......................................

…...………………………………………………………………………………………………[1 mark ]

(d) Ani has two pair of shoes. One pair has a smooth sole while the other has a patterned sole. Which pair of shoes is safer to wear? Give reason for your answer.

........................................................................................................................................

…………………………………………………………………………………………………..[1 mark ]

Lampiran 1

Page 18: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Panduan mendapatkan jawapan bagi Sains Bahagian B:

Kemahiran Proses Sains - KPS ( Science Process Skills – SPS) yang diuji

dalam Kertas Soalan Sains UPSR Bahagian B.

1. Inferens ( Inference)

2. Hipotesis (Hyphothesis)

3. Mengawal Pemboleh ubah (Variables / Things)

4. Mentafsir data (Interpreting data )

5. Meramal (Prediction)

6. Application (Aplikasi)

Panduan mendapatkan jawapan bagi Sains Bahagian B:

Fahamkan maklumat yang diberi pada

- perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang /

Jadual

-

Fahamkan soalan

- cari kata kunci ( keyword) dan gariskan seperti

- ‘ change, observe, keep the same, two information, aim/ purpose,

hyphothesis, relationship, conclusion, inference, reason, trend,

pattern’.

Cari jawapan dari :

i) perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang /

Jadual

ii) Topik yang dipelajari atau

iii) Kemahiran berfikir logic atau

iv) Pengalaman hidup seharian

Lampiran 2

Page 19: Laporan Kajian Tindakan SAINS

Lampiran 3