Laporan Kbs Thn 1,2,3 (Fasa 1)

12
LAPORAN KEM BESTARI SOLAT FASA 1 SK TAMAN TUN AMINAH 1, SKUDAI 1. Nama Program : KEM BESTARI SOLAT 2. Tarikh : 25 Februari 2015 3. Hari / Masa : SABTU 12.00 tengahari HINGGA 3 petang 4. Tempat : Dewan Bestari SK Taman Tun Aminah 5. Objektif : 5.1 murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk. 5.2 Murid dapat berwuduk dengan sempurna. 5.3 Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan. 5.4 Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat. 5.5 Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

description

kbs

Transcript of Laporan Kbs Thn 1,2,3 (Fasa 1)

LAPORANKEM BESTARI SOLAT FASA 1SK TAMAN TUN AMINAH 1, SKUDAI

1.Nama Program:KEM BESTARI SOLAT

2.Tarikh:25 Februari 2015

3.Hari / Masa :SABTU 12.00 tengahari HINGGA 3 petang

4.Tempat:Dewan Bestari SK Taman Tun Aminah

5. Objektif:5.1 murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.5.2 Murid dapat berwuduk dengan sempurna.5.3 Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.5.4 Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.5.5 Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

6.Sasaran: Semua murid tahun 1, 2 dan 3

7.Butiran aktiviti:Tahun 1

LDK 1 - anggota, niat dan cara berwuduk LDK 2 - amali wuduk LDK 3 - niat solat LDK 4 - bacaan pendek dalam solatLDK 5 - perlakuan solat LDK 6 - amali solat(ujian perlakuan dan bacaan dalam solat)

Tahun 2

LDK 1 anggota wuduk dan doa wudukLDK 2 doa iftitah dan surah al fatihahLDK 3 duduk antara dua sujud dan tahiyat awalLDK 4 bacaan surah pendekLDK 5 amali wudukLDK 6 amali solat(ujian perlakuan dan bacaan dalam solat)

Tahun 3

LDK 1 lafaz dan niat solat berjemaah serta cara perlaksanaannyaLDK 2 bacaan tahiyat awal dan akhirLDK 3 bacaan surah al masad al nasr al kafirun al kautharLDK 4 bacaan dalam solat doa qunut bacaan semasa rukuk iktidal sujud duduk antara dua sujudLDK 5 perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan amali wudukLDK 6 perkara-perkara membatalkan solat dan amali solat(ujian perlakuan dan bacaan dalam solat)

8.Penilaian Program:

8.1 Kekuatan Program:Program ini dapat dilaksanakan dengan baik kerana mendapat kerjasama dari semua guru Pendidikan Islam yang hadir. Murid-murid tahun Satu dan Dua dapat mengetahui cara mengambil wuduk dengan betul dan dapat membuat amali wuduk seorang demi seorang dengan betul. Mereka juga dapat menyebut niat solat lima waktu dengan betul tetapi masih ramai yang belum menghafalnya. Kem Bestari Solat Fasa 1 ini hanya dapat memberi pendedahan awal mengenai solat. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang sudah mengetahui bacaan dan perlakuan solat dengan betul semasa bersekolah di sekolah tadika terdahulu. Murid-murid tahun satu memberi respon yang baik selepas Kem Bestari Solat yang dilaksanakan. Mereka merasa seronok dan tak sabar untuk menghadiri kem-kem akan datang.

8.2 Kelemahan Program:Masa tidak mencukupi kerana perlu menghabiskan semua LDK yang ditetapkan. Perlu dilaksanakan lagi dari semasa ke semasa untuk menghabiskan sukatan LDK yang ditetapkan.

8.3 Cadangan Penambahbaikan

Murid-murid memerlukan kaedah pengulangan yang berterusan. Guru-guru boleh membuat pengulangan secara ringkas iaitu dalam tempoh 5 minit hingga 10 minit tentang tatacara berwuduk dan bacaan dalam solat semasa proses P & P dijalankan di dalam kelas.9.Dokumentasi Bergambar:

Seperti dilampiran.

Disediakan :Disemak :Disahkan :

...

Gambar Kem Bestari Solat Fasa 1 tahun 1,2 dan 3 (25 FEBRUARI 2015)

3