LAPORAN KCJ
-
Upload
ariha-itazzi -
Category
Documents
-
view
496 -
download
44
description
Transcript of LAPORAN KCJ
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SK SUNGAI GELUGOR, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG.
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : MOHAMAD AMSYAR BIN ILYAS (K)
: SHAHIRAH IZZATI BINTI SHAIK OSMAN
PROGRAM : 8 PISMP PENGAJIAN AGAMA ISLAM
: 8 PISMP MATEMATIK
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GELUGOR
NAMA PROJEK / AKTIVITI : KEM CEMERLANG JAWI
TARIKH PELAKSANAAN : 3 OKTOBER 2015
TEMPOH PELAKSANAAN : 7:30 PAGI – 1:00 TENGAH HARI
OBJEKTIF
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:
1. Memberi manfaat dan pendedahan kepada murid-murid mengenai
kepentingan jawi dalam pelajaran Pendidikan Islam dan dalam kehidupan.
2. Menimbulkan minat yang lebih mendalam terhadap pembelajaran Pendidikan
Islam.
3. Membantu murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas jawi
sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bermula dari tahun 2
hingga tahun 6 agar cemerlang dalam jawi.
4. Membantu mencapai sasaran penguasaan 100% dalam pelajaran jawi
seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah
menengah.
5. Membantu murid-murid mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal
dan bersambung.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SK SUNGAI GELUGOR, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG.
6. Membantu murid-murid membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku
kata tertutup.
7. Membantu murid-murid membaca dan menulis ayat pendek.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Pada peringkat awal, saya dan rakan seperjuangan, Mohamad Amsyar bin
Ilyas mempunyai beberapa idea yang ingin diketengahkan untuk pelaksanaan
projek di sekolah seperti ingin membuat program ‘Team Building’ bagi murid
tahun 6, projek keceriaan sekolah iaitu mural, kursus sembelihan dan
program SIGAI. Memandangkan sekolah ini berada dalam pemantauan JPN
untuk dianugerahkan sekolah cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum,
maka pelbagai program telah dirancang dan sekolah ini begitu padat dengan
aktiviti dan program yang telah dirangka sehinggakan kami tidak berpeluang
untuk mencari tarikh yang sesuai untuk melaksanakan projek yang telah
dirancang. Oleh yang demikian, atas nasihat dan cadangan Guru Besar SK
Sungai Gelugor, kami digalakkan supaya melibatkan diri dan menganjurkan
program-program yang berada dalam prancangan pelaksanaannya dan kami
secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi ahli jawatankuasa tertinggi
bagi program-program seperti Kem Cemerlang Jawi, Majlis Khatam Al-Quran,
Keceriaan Papan Kenyataan Dengue Patrol, Hari Kokurikulm dan
Keusahawanan, Projek rintis pelapis nasyid dan Program Warisanton.
2. Seterusnya, kami telah menyertai beberapa mesyuarat berkaitan Kem
Cemerlang Jawi yang bakal dilaksanakan pada 3 Oktober 2015 itu. Pelbagai
isu atau perkara yang telah dibincangkan antaranya berkaitan perlantikan
jawatankuasa, tugas masing-masing dalam mengendali dan menguruskan
program tersebut, modul yang akan digunakan, kumpulan sasaran dan
sebagainya.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SK SUNGAI GELUGOR, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG.
3. Setelah membentuk Jawatankuasa Pelaksana diperingkat sekolah dan
mengenalpasti murid-murid yang belum melepasi tahap melalui ujian
diagnostik, kami menyediakan kertas cadangan pelaksanaan kem tersebut.
Program ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor pada 3
Oktober 2015 bersamaan hari Sabtu dan melibatkan semua murid tahun dua
hingga tahun enam yang tidak melepasi ujian diagnostik. (Murid Tahun Satu
tidak terlibat dengan Kem Cemerlang Jawi kerana masih dalam proses
mengenal asas jawi) iaitu murid yang mendapat markah 0 -59 di dalam ujian
diagnostik.
4. Saya merupakan salah seorang fasilitator murid Tahun 6, manakala Amsyar
menjadi fasilitator bagi murid Tahun 2. Kami dan dibantu oleh beberapa orang
ustaz dan ustazah. Kami juga turut mengambil gambar dan membantu guru-
guru dalam melaksanakan kem ini dengan merekodkan pencapaian murid
setiap kali aktiviti dilaksanakan dengan mengambil kira kekuatan dan
kelemahan murid berdasarkan penilaian kem yang dilaksanakan pada akhir
sesi pelaksanaan kem. Hal ini kerana, program susulan akan diadakan
kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.
REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Berdasarkan pemerhatian saya dan rakan, program ini mempunyai banyak
kelebihan atau kekuatannya yang tersendiri. Antaranya ialah dari segi penyediaan
modul yang terancang. Modul-modul ini diperoleh dan dimuat turun daripada
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul ini dibahagian
kepada dua bahagian iaitu modul bacaan dan modul tulisan. Modul bacaan pula
terkandung modul latih tubi dan modul syafawi.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SK SUNGAI GELUGOR, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG.
Secara langsung, modul-modul ini membantu guru-guru untuk memulihkan murid-
murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran asas jawi.
Selain itu, tenaga pengajar atau fasilitator yang disediakan adalah lengkap
malah terdapat tenaga pengajar pakar iaitu guru cemerlang yang terdiri daripada
guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor. Guru-guru dilihat bersemangat
mengajar murid-murid agar dapat menguasai kemahiran asas jawi. Pelbagai strategi
mengajar digunakan termasuklah mengajar secara berkumpulan, secara individu
mahupun secara kelas. Malah, terdapat juga fasilitator yang terdiri daripada murid-
murid tahun 6 yang mahir dan telah menguasai kemahiran jawi. Mereka ditugaskan
membantu guru-guru untuk mengajar murid-murid yang benar-benar memerlukan
bantuan.
Kemudahan prasarana yang lengkap dan bahan bantu mengajar yang
pelbagai turut membantu keberkesanan program ini. Antara bahan bantu mengajar
yang disediakan ialah banting huruf jawi tunggal, kad huruf jawi, kad jadual huruf,
dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung membantu murid-murid untuk lebih
memahami perkara yang diajar.
Tambahan lagi, peruntukan kewangan bagi program ini dibekalkan oleh pihak
sekolah seperti penyediaan makan pagi dan tengah hari bagi murid-murid serta
guru.
Program ini turut dapat mengeratkan hubungan sillaturahim antara guru-guru
dan murid. Guru dapat berkomunikasi dengan lancar dan baik serta murid-murid
menjadi pendengar dan pelajar yang aktif di dalam kelas.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SK SUNGAI GELUGOR, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dilihat sepanjang melaksanakan
program Kem Cemerlang Jawi ini. Setiap kelemahan dan kekurangan projek ini tidak
dapat dielakkan dan bukan datang dari kemahuan kita sendiri. Tiap kelemahan yang
ada sebenarnya adalah untuk dijadikan pengajaran pada masa akan datang dan
dengan kelemahan itu kita belajar untuk menangani masalah dan situasi tegang.
Antara kelemahan projek ini ialah kekangan waktu. Untuk memastikan murid-
murid dapat menguasai kemahiran asas jawi sepenuhnya, waktu yang lama
diperlukan. Program selama setengah hari ini sahaja sebenarnya tidak memadai
untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran asas jawi.
Seterusnya, kelemahan lain ialah dari aspek kehadiran murid. Kehadiran
murid yang terpilih untuk mengikuti kem ini adalah kurang memuaskan. Jumlah
keseluruhan murid yang terlibat dengan program ini ialah 240 orang
keseluruhannya. Namun jumlah yang hadir adalah setengah daripada jumlah yang
sepatutnya.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan
pada masa akan datang.
Bagi saya, masa yang diperuntukkan setengah hari perlu ditingkatkan kepada
beberapa jam lagi ataupun beberapa hari agar murid-murid dapat sepenuhnya
menguasai kemahiran asas jawi yang diajar. Hal ini kerana, saya dapat melihat
terdapat beberapa orang murid yang mengalami kesukaran untuk menulis huruf jawi
yang bersambung, malah terdapat murid yang menghadapi kesukaran dalam
membaca huruf jawi. Saya ingin sekali fokus kepada setiap orang murid agar
mereka betul-betul dapat menguasai kemahiran asas jawi.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SK SUNGAI GELUGOR, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG.
Selain itu, bagi masalah kehadiran murid yang kurang memuaskan, pihak
sekolah yang bertanggungjawab boleh memberi peneguhan positif seperti hadiah
atau merit kepada murid-murid yang hadir dan mengambil tindakan terhadap murid-
murid yang ponteng dan tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.
KESIMPULAN:
Saya mendapati bahawa murid-murid seronok belajar menggunakan bahan
bantu mengajar yang pelbagai seperti kad jadual huruf dan buku modul jawi. Mereka
akan lebih mengingati dan memahami apa yang dipelajari sekiranya mereka berasa
seronok dan gembira melakukannya.
Saya berharap dengan melibatkan diri dalam program ini, murid-murid akan
lebih memahami dan menguasai kemahiran asas jawi dan dapat membantu guru-
guru sekolah ini untuk mengurangkan jumlah murid-murid yang menghadapi
masalah dalam kemahiran jawi.
Disediakan Oleh,
___________________________________
(SHAHIRAH IZZATI BINTI SHAIK OSMAN)Setiausaha,Kem Cemerlang Jawi,Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SK SUNGAI GELUGOR, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG.
LAMPIRAN (FOTO - FOTO)
Murid-murid beratur untuk mengambil kedatangan
Murid-murid mendengar amanat daripada Guru Besar sebelum memulakan program
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SK SUNGAI GELUGOR, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG.
Murid-murid berada di dalam kelas untuk sesi LDK 1, LDK 2 dan LDK 3
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SK SUNGAI GELUGOR, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG.
Sesi penutupan Kem Kecemerlangan Jawi 2015 SKSG