Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015

6
LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN KALI KE-22 Kejohanan olahraga tahunan (KOT) merupakan sukan yang diperkenalkan kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia. Biasanya sukan ini dianjurkan dalam setiap tahun. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran, dan pensyarah membimbing dan menilai sejauh mana kerjasama dan keberkesanan pengurusan para bakal guru ini. Seperti Institut Pendidikan Guru yang lain, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat juga telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke- 22 bagi tahun 2015. Kejohanan Olahraga Tahunan ini telah dikelolakan oleh semua guru-guru pelatih semester 5 yang terdiri daripada 8 opsyen iaitu, RBT(SK), RBT (SJKC), RBT(SJKT), TESL(SK). TESL(SJKC). PP(SJKC),PP(SJKT), dan BC(SK) yang seramai 158 orang guru pelatih dengan kerjasama pensyarah-pensyarah Gerko dan Pendidikan Jasmani. Pengelolaan kejohanan olahraga tahunan ini merupakan satu subjek yang wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih sem 5. Kejohanan Olahraga Tahunan telah berlangsung di padang ipgktho serta Kejohanan ini diadakan bagi semua guru pelatih serta para pensyarah ipgktho. Kejohanan ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu 2 hingga 4 mac 2015. Kejohanan telah diadakan dalam tiga bentuk acara, iaitu acara merentas desa, acara padang dan balapan berserta dengan perasmian kejohanan olahraga tahunan. Tema bagi kejohanan olahraga tahunan yang ke-22 ialah ‘GEGAK GEMPITA’. Nama rumah sukan bagi setiap rumah sukan pada tahun ini adalah Slytherin (Hijau), Ravenclow (Biru), Hufflepuff (Kuning) Dan Gryffinder (Merah). Nama-nama tersebut diambil daripada cerita ‘HARRY POTTER’. Saya telah menjalankan tugasan saya sebagai hakim lontar peluru, hakim merentas desa dan pengurusan mini olahraga bagi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini.

description

LAPORAN

Transcript of Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015

Page 1: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN KALI KE-22

Kejohanan olahraga tahunan (KOT) merupakan sukan yang diperkenalkan kepada

semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia. Biasanya sukan ini dianjurkan dalam setiap

tahun. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir

dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran, dan

pensyarah membimbing dan menilai sejauh mana kerjasama dan keberkesanan pengurusan

para bakal guru ini.

Seperti Institut Pendidikan Guru yang lain, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun

Hussein Onn, Batu Pahat juga telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke- 22

bagi tahun 2015. Kejohanan Olahraga Tahunan ini telah dikelolakan oleh semua guru-guru

pelatih semester 5 yang terdiri daripada 8 opsyen iaitu, RBT(SK), RBT (SJKC), RBT(SJKT),

TESL(SK). TESL(SJKC). PP(SJKC),PP(SJKT), dan BC(SK) yang seramai 158 orang guru

pelatih dengan kerjasama pensyarah-pensyarah Gerko dan Pendidikan Jasmani.

Pengelolaan kejohanan olahraga tahunan ini merupakan satu subjek yang wajib

dilaksanakan oleh semua guru pelatih sem 5. Kejohanan Olahraga Tahunan telah

berlangsung di padang ipgktho serta Kejohanan ini diadakan bagi semua guru pelatih serta

para pensyarah ipgktho. Kejohanan ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu 2 hingga 4 mac

2015. Kejohanan telah diadakan dalam tiga bentuk acara, iaitu acara merentas desa, acara

padang dan balapan berserta dengan perasmian kejohanan olahraga tahunan. Tema bagi

kejohanan olahraga tahunan yang ke-22 ialah ‘GEGAK GEMPITA’. Nama rumah sukan bagi

setiap rumah sukan pada tahun ini adalah Slytherin (Hijau), Ravenclow (Biru), Hufflepuff

(Kuning) Dan Gryffinder (Merah). Nama-nama tersebut diambil daripada cerita ‘HARRY

POTTER’. Saya telah menjalankan tugasan saya sebagai hakim lontar peluru, hakim

merentas desa dan pengurusan mini olahraga bagi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini.

Page 2: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015

Hari pertama : Acara Merentas Desa

Tarikh: 2 Mac 2015 (Isnin)

Pada 2 Mac 2015, kami telah menjalankan acara merentas desa. Saya telah diberi

tugasan sebagai hakim merentas desa. Pada hari tersebut, kami semua telah berkumpul di

astaka pada pukul 7.15 pagi. Setelah berkumpul, pendaftaran peserta telah pun dijalankan

oleh ajk pendaftaran. Pada masa yang sama, kami telah diberi taklimat daripada ketua

pengadil. Selepas taklimat diberi, kami semua telah berkumpul di padang untuk menyertai

dalam aktiviti senamrobik. Pada masa yang sama, Tuan Pengarah, Dr.Hamzan bin Ihsan

telah turut bersama dengan kami. Aktiviti senamrobik telah pun bermula.

Aktiviti senamrobik telah dikelolakan oleh guru pelatih semester 5. Setelah

senamrobik selesai, Tuan Pengarah telah pun memberi ucapan perasmian bagi acara

merentas desa. Setelah ucapan beliau tamat, acara merentas desa telah bermula. Para ahli

jawatankuasa yang bertugas telah mengambil tempat tugas masing-masing. Saya dengan

kawan-kawan yang bertugas telah ke kawasan bertugas kami iaitu garis penamat merentas

desa untuk menjalankan tugas kami. Acara merentas desa bagi wanita diadakan dahulu dan

diikuti dengan acara merentas desa bagi lelaki. Pengarah telah memulakan acara merentas

desa tersebut. Seterusnya, kami telah menunggu untuk kehadiran peserta. Selepas 10 minit,

peserta pertama telah menuju ke kawasan penamat. Saya dan kawan saya telah memberi

kad nombor kepada peserta-peserta yang telah sampai dan melepasi kawasan penamat.

Kami telah memberi kad nombor kepada peserta pertama hingga peserta yang ke-50.

Setelah diberi, kami telah ke khemah pengadil untuk membantu mengisi nama dan rumah

peserta yang mendapat nombor pertama hingga ke dua puluh. Borang tersebut telah pun

dihantar ke bilik rekod dan statistik untuk merekod markah bagi empat rumah sukan. Setelah

menghantar keputusan, kami telah membersihkan kawasan yang telah kami bertugas.

Setelah dibersihkan, kami semua telah berkumpul di padang untuk penyampaian hadiah

bagi acara merentas desa.

Tuan Pengarah telah menghadrikan diri ke upacara penyampaian hadiah bagi para

pemenang dalam acara merentas desa. Pengacara majlis telah menjemput tuan pengarah

untuk menyampaiakn hadiah kepada peserta dengan iringan pengerusi acara merentas

desa, iaitu Mohamad Aqil. Pengarah telah menyampaikan hadiah iaitu medal kepada peserta

lelaki dan wanita yang telah berjaya memenangi tempat pertama hingga tempat ke-20.

Selepas itu, raptai KOT telah diadakan. En.Raof bin Ibrahim dan En. Zahidi bin Khamis yang

merupakan pensyarah protokol bagi KOT ini telah memberi arahan agar Majlis Perasmian

KOT dapat dianjurkan dengan sempurna.

Page 3: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015

Hari Kedua: Acara padang dan balapan

Tarikh: 3 Mac 2015 (selasa )

Tempat : Padang IPGKTHO

Pada 3 Mac, kami semua telah berkumpul di padang IPGKTHO pada pukul 7.15

pagi. Setelah berkumpul di padang, ajk bertugas telah mengambil kehadiran para guru

pelatih. Setelah mengambil kehadiran pelajar, para pegawai yang bertugas telah bergerak ke

kawasan masing-masing untuk memulakan tugas mereka. Para pegawai telah dibawa oleh

marsyal yang bertugas. Tepat pada pukul 8.00 pagi, acara padang dan balapan telah

bermula. Semua acara padang dan balapan telah dijalankan mengikut undang-undang dan

peraturan KOM. Saya telah bertugas sebagai hakim lontar peluru bersama dengan lima

rakan saya. Saya telah bertugas sebagai pencatat yang mencatat nama peserta yang akan

melontor peluru dan markah lontoran mereka.

Acara padang telah diadakan di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. Antara

acara padang yang telah dijalankan adalah lompat tinggi, lompat jauh , lontar peluru, lempar

cakera, lembing dan lompat kijang telah berlangsung dengan bimbingan pensyarah Gerko

dan Pendidikan Jasmani. Setelah acara balapan tamat, majlis penyampaian hadiah telah

diadakan bagi pemenang-pemenang bagi acara balapan tersebut. Pensyarah yang telah

dijemput menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara tertentu. Setelah

majlis penyampaian hadiah kepada pemenang acara padang dan balapan tamat, ajk

pendaftaran telah mengambil kehadiran para guru pelatih semula untuk memastikan jumlah

guru pelatih mencukupi. Setelah mengambil kehadiran, pengerusi kot iaitu Muhammad Iffat

Faishal bin Mohd Nasir telah memberi arahan kepada pegawai KOT tentang tugasan yang

perlu dijalankan selepas selesai acara padang dan balapan. Selepas itu, para pelajar telah

ke bilik masing-masing untuk berehat.

Pada pukul 2.15 petang, semua guru pelatih telah berkumpul di padang. Setelah

semua gutu pelatih berkumpul, kehadiran telah diambil seperti biasa. Setelah kehadiran

diambil, pegawai-pegawai yang bertugas ke kawasan bertugas masing-masing. Acara

padang dan balapan telah diteruskan. Setelah kedua-dua acara tamat, majlis penyampaian

hadiah telah diadakan bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang tersebut.

Pada pukul 4 petang, raptai KOT kali kedua telah diadakan. Raptai KOT telah

diadakan di bawah bimbingan pensyarah En. Raof dengan En.Zahidi serta pensyarah-

pensyarah yang bertugas. Raptai KOT telah tamat pada pukul 5.30 petang. Setelah tamat

raptai, semua guru pelatih telah pulang ke bilik masing-masing.

Page 4: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015

Hari Ketiga : Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan

Tarikh: 4 Mac 2015 (rabu )

Tempat : Padang IPGKTHO

Pada 4 Mac 2015, hari terakhir kami semua telah berkumpul di padang pada pukul

7.15 pagi. Setelah berkumpul di padang, ajk bertugas telah mengambil kehadiran para

pelajar. Setelah mengambil kehadiran pelajar, pegawai-pegawai yang bertugas telah ke

kawasan masing-masing untuk memulakan tugas mereka. Pada 8.00 pagi, acara balapan

dan padang telah bermula. Setelah acara balapan tamat, acara mini olahragaa prasekolah

telah diadakan pada pukul 9 pagi. Mini olahraga prasekolah telah dianjurkan di bawah

tugasan saudara Daniel dari tesl 2 dan saya bertugas dibawahnya. Begitu meriahnya acara

mini olahraga prasekolah kerana penglibatan kanak-kanak dan ibu bapanya dalam acara

tersebut amat seronok. Setelah mini olahraga prasekolah tamat, acara balapan iaitu 400m

bagi wanita dan lelaki akhir telah diadakan. Setelah selesai acara balapan tersebut,

diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang tersebut.

Selepas itu, para guru pelatih telah ke bilik masing-masing untuk berehat. Selepas

itu, para pelajar dan semua pensyarah telah berkumpul di padang untuk majlis perasmian.

Semua peserta perbarisan dan kontinjen badan beruniform telah berkumpul di padang untuk

majlis perasmian dengan berpakaian lengkap. Selepas beberapa minit, AJK jemputan dan

sambutan serta pengerusi KOT telah pergi ke rumah pengarah untuk menjemput pengarah

ke majlis perasmian. Beliau telah dijemput dengan persembahan kompang. Selepas

ketibaan pengarah, majlis perasmian telah bermula. Majlis perasmian telah bermula dengan

perbarisan kontijen iaitu kontinjen badan beruniform terdiri daripada Pengakap, Pandu

Puteri, PBSM, Kadet Remaja, Puteri Islam serta kontinjen rumah sukan juga turut berserta

dengan pelbagai kreativiti mereka dalam perbarisan tersebut. Setelah semua peserta

perbarisan sampai, lagu negaraku dan lagu IPG telah dimainkan. Pada masa yang sama,

bendera KOT telah dinaikkan. Setelah menyanyi kedua-dua lagu tersebut, majlis telah

menjemput saudara Mohamad Iffat Faishal bin Mohd Nasir untuk memberi ucapan. Setelah

ucapannya tamat, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian yang telah diberikan Yang

Berbahagia Tuan Pengarah IPGKHTO, Dr.Hamzan Bin Ihsan. Beliau telah memberi ucapan

serta telah merasmikan Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22.

Setelah merasmikan majlis tersebut, tuan pengarah dan pengerusi KOT telah

mengikuti kontinjen badan beruniform untuk memeriksa setiap perbarisan. Setelah beliau

pemeriksaan perbarisan, ikrar KOT telah dilafazkan oleh saudara Mohd Aqil bin Mahrop

Page 5: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015

dengan diikuti oleh peserta perbarisan. Setelah ikrar selesai dilafaz, lagu KOT telah

dimainkan dan dinyanyi oleh tiga guru pelatih. Setelah lagu dinyanyikan, majlis telah

diteruskan dengan persembahan tarian yang bertema ‘HARRY POTTER’. Jurulatih bagi

persembahan tarian ialah saudara Anderson Anak Nopis. Selesai tarian tersebut,

persembahan silat telah diteruskan. setelah persembahan silat tamat, semua peserta

perbarisan telah keluar baris.

Setelah merasmikan majlis tersebut, acara balapan telah berlangsung, iaitu peserta

jemputan dari luar iaitu dari sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan IPG

lain turut berserta dengan KOT kita pada kali ini. Setelah acara peserta jemputan luar tamat,

tuan pengarah telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang acara peserta

jemputan luar dan acara balapan. Setelah acara balapan tamat, semua pegawai telah

membersihkan dan mengosongkan kawasan-kawasan yang telah bertugas. Para guru

pelatih turut berserta dengan para pegawai telah berkumpul di padang bagi Majlis

Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke -22. Seterusnya, pengacara majlis telah

mengumumkan johan bagi perbarisan, hiasan khemah, mascot, olahragawan dan

olahragawati. Akhir sekali, pengacara majlis telah mengumumkan johan rumah sukan bagi

KOT 2015 kali ke 22 ialah rumah Ravenclaw iaitu rumah biru. Tuan Pengarah telah

menyampaikan piala pusingan kepada ketua rumah biru. Seterusnya, semua telah bernyanyi

lagu iptho dan lagu bangsa johor. Setelah menyanyi, bendera KOT telah diturunkan dan

diserahkan kepada Ketua Unit Gerko iaitu En. Mohd Nahar bin Mohd Wazir. Selepas itu,

Kejohanan Olahraga Tahunan telah tamat dengan meriah dan juga pegawai-pegawai KOT

berserta denganguru pelatih yang lain telah membersihkan kawasan astaka dan padang.

Setelah selesai membersihkan kawasan padang dan astaka, Maka berakhirlah Kejohanan

Olahraga Tahunan 2015 Kali Ke-22 dengan jayanya.

DISEDIAKAN OLEH

SUGANTHI DIANA

(SUGANTHI DIANA A/P ASIRAVATHAM)

Page 6: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015