laporan KEM KEPIMPINAN PSS

7
LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SMKTM 2 TAHUN 2015 TARIKH 26-28 Februari 2015 TEMPAT Kem Tebu View, Lata Belatan

description

LAPORAN

Transcript of laporan KEM KEPIMPINAN PSS

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SMKTM 2

1. PENDAHULUAN

Cabaran dalam sesebuah organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi. Kebolehan memimpin dapat membantu pihak pengurusan sesebuah organisasi meningkatkan mutu disiplin dan keterampilan warga organisasi. Pemimpin merupakan unsur terpenting di sesebuah organisasi dalam mewujudkan iklim disiplin yang baik. Oleh yang demikian, pemimpin seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan peranan dan tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak. Untuk menyambut cabaran ini dan menepati citarasa wawasan negara, diharapkan kursus ini dapat melahirkan pemimpin sebagai wadah pemangkin mengikut kehendak visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu program kepimpinan ini patut diterapkan kepada PARA PELAJAR yang bakal mewarisi kepimpinan yang akan datang.

2. RASIONALKursus kepimpinan ini merupakan aktiviti tahunan yang dirancang khusus oleh pihak sekolah bagi melahirkan golongan pemimpin pelajar yang mempunyai keterampilan kepimpinan yang mantap dan berakhlak mulia. Setiap pemimpin perlu diterapkan dengan nilai disiplin yang mantap sebagai asas terpenting untuk mencapai kemajuan dalam bidang yang diceburi.

3. MATLAMAT/OBJEKTIF

a. Membentuk jati diri pemimpin pelajar yang tinggi dan padu kepada peserta.

b. Memupuk semangat patriotisme dalam diri peserta.

c. Menyemai nilai-nilai perpaduan 1Malaysia kepada peserta.

4. SASARAN

a. 40 orang pengawas Pusat Sumber, SMK Tengku Mahmud 2

5. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Puan Che Zainun Binti Che Salleh Pengetua SMKTM2 Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Nazlan Bin Abdullah Guru Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 1 : Tuan Haji Mohd Rozemi Bin Hasbullah Guru Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 2 : YM Raja Nordin Bin Raja Ibrahim Guru Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha : Puan Wan Shahida Binti Wan Abdullah Guru Perpustakaan dan Media Naib Setiausaha : Puan Wan Faridah Akmal Binti Wan Bakar Bendahari : Puan Sharifah Binti Mohamed

Jawatankuasa Kecil Penyelaras Program : Puan Wan Shahida Binti Wan Abdullah

Urusetia/ Pendaftaran : Puan Sharifah Binti Mohamed Puan Wan Faridah Akmal Binti Wan Bakar Dokumentasi : Cik Low Xin Ying Kebajikan/ Keselamatan : Puan Mek Kephat A/P Endu Aktiviti / Riadah: Encik Pravindharan A/L Balakrishnan

6. PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Bil Perkara KuantitiJumlah (RM)

1Makanan dan minumanRM20.00 x 3 hari x 46 org2760.00

2DobiRM6.00 x 46 org276.00

3PenceramahJurulatihFasilitatorRM300.00 x 2 sesiRM100.00 x 3 hari x 2 orgRM100.00 x 5 slot x 4 org

3200.00

4Peralatan50.00

5Hadiah 1. Tempat pertama : Hamper RM602. Tempat kedua : Hamper RM503. Tempat ketiga : Hamper RM404. Saguhati : 5 hamper x RM20

250.00

JUMLAH (RM)6536.00

7. PROGRAM

Aktiviti yang dijalankan akan merangkumi kemahiran yang akan didedahkan iaitu:

Membina Kendiri Pengucapan Awam Semangat Patriotisme

8. TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 26 Februari 2015 (Khamis) sehingga 28 Februari 2015 (Sabtu)

Tempat:Kem Tebu View, Lata Belatan1

9. JADUAL PELAKSANAAN

Masa/Hari5.30-6.507.00-8.008.30-10.3010.30-10.5011.00-1.001.00-2.252.30-4.304.30-5.155.20-6.206.20-6.507.10-8.559.00-11.0011.20-11.3512.00-5.30

5 Feb 2015KhamisSolat Zohor/ Makan Tengah hariPendaftaran/ Taklimat KursusMinum PetangRiadahMakan MalamSolat Maghrib dan IsyaCeramah Malaysia Tanah AirkuRehatRehat

6 Feb 2015JumaatSolat Subuh/ Tazkirah/ MoralPerbarisan/ Sarapan PagiLDK 1Ice Breaking/ Pembentukan KumpulanMinum pagi/ RehatLDK 2Membina KendiriLDK 3Pengucapan AwamCeramahKeyakinan Diri

7 Feb 2015SabtuLDK 4Group BindingPenutup dan Rumusan

10. GAMBAR AKTIVITI

11. PENUTUP

Program Kepimpinan Pelajar ini telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang hasil kerjasama yang padu daripada semua pihak yang terlibat. Program ini juga diharapkan dapat menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan 1Malaysia dalam kalangan Pengawas Pusat Sumber SMK Tengku Mahmud 2 dan seterusnya menyediakan individu yang berketerampilan, luas pengetahuan dan berdaya saing dalam dunia tanpa sempadan ini.

Disediakan oleh;

.............................WAN SHAHIDA BINTI WAN ABDULLAH Guru Perpustakaan dan Media SMK Tengku Mahmud 2