Laporan Kemajuan JTCM 2016
Transcript of Laporan Kemajuan JTCM 2016
1
LAPORAN KEMAJUAN
JAWATANKUASA TEKNIKAL CLEARINGHOUSE MyGDI (JTCM)
TAHUN 2016
1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk melaporkan pencapaian program Clearinghouse MyGDI
bagi tempoh Januari 2016 hingga September 2016 yang meliputi tadbir urus,
pembangunan sumber manusia, pembangunan pengurusan perubahan,
pembangunan aplikasi, perkongsian data geospatial, pengurusan dan
pengoperasian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta pengurusan
keselamatan maklumat.
2. LATAR BELAKANG
a. Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCM) adalah satu (1) dari tiga
(3) jawatankuasa teknikal yang diwujudkan di bawah struktur tadbir urus
MyGDI. JTCM bertanggungjawab sepenuhnya kepada Jawatankuasa
Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) mengenai pengurusan dan operasi
Clearinghouse MyGDI.
b. Struktur tadbir urus JTCM adalah seperti Rajah 1 di bawah:
Rajah 1: Struktur Tadbir Urus JTCM
Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan
(JPMK)
Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Negeri (JPMN)
Jawatankuasa Teknikal MyGDI Negeri
(JTMN)
Jawatankuasa Teknikal
Clearinghouse MyGDI (JTCM)
Jawatankuasa Teknikal
Standard MyGDI (JTSM)
Jawatankuasa Teknikal
Framework MyGDI (JTFM)
2
c. Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCM) adalah
bertanggungjawab kepada JPMK untuk :
i. Menggubal polisi dan garis panduan berkaitan operasi Clearinghouse
MyGDI.
ii. Menentukan keperluan sumber bagi pembangunan dan operasi
Clearinghouse MyGDI.
iii. Memastikan penerbitan metadata dan data geospatial lengkap dan terkini.
iv. Menyelaras dan memantau aktiviti penggunaan dan operasi Clearinghouse
MyGDI.
3. PEMBANGUNAN KEPAKARAN DAN PEMBUDAYAAN PROGRAM MyGDI
a. MaCGDI telah melaksanakan beberapa program bagi pembangunan
kemahiran dan kepakaran geospatial yang melibatkan kepakaran dalaman
dan pegawai pelaksana di Clearinghouse yang berkaitan konsep MyGDI,
teknologi GIS dan pembangunan aplikasi serta penggunaan perkhidmatan
atas talian. Pelaksanaan program pembangunan kemahiran dan kepakaran
MyGDI adalah bagi memperkukuhkan keupayaan kapasiti dalaman bagi
melahirkan tenaga pakar geospatial dan memperkukuhkan keupayaan
perkongsian maklumat geospatial bersama jabatan / agensi
b. Bagi tempoh Januari hingga 20 Oktober 2016 sebanyak 64 program
pembangunan dan pembudayaan MyGDI yang melibatkan 16 program
generik dan 48 program fungsian iaitu kursus /bengkel MyGDI dan Metadata
telah dilaksana bagi membangunkan modal insan yang mahir dan
berkemahiran.
BIL. NAMA KURSUS TARIKH
1 Latihan Pembangunan & Pengemaskinian Data Aplikasi 1 Perlis Map MyGDI Perlis Fasa 1
31/12/2015 hingga
1/01/2016
2 Bengkel Keperluan Pengguna Bagi Platform Perkongsian Maklumat Melalui Program MyGDI
19/01/2016 hingga
20/01/2016
3 Latihan Pembangunan & Pengemaskinian Data Aplikasi 1 Perlis Map MyGDI Perlis Fasa 2
27/01/2016 hingga
28/01/2016
3
4 Kursus MyGeotranslator Bersama Pegawai SUK Negeri Melaka
25/2/2016
5 Latihan Pembangunan Story Meps & Web Appbuilders Kepada Perbadanan Putrajaya
29/02/2016
hingga 01/03/2016
6 Bengkel Semakan Draf Dokumen Gazetir Negeri
16/03/2016 hingga
17/03/2016
7
Latihan Pengenalan & Penggunaan MyGOS Bagi Pengguna Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), Jabatan Kesihatan Negeri Johor
21/03/2016 hingga
22/03/2016
8 Program 'Spatially Enable NRE' 2016 31/3/2016
9 Bengkel MyGDI Wilayah Persekutuan Labuan
05/04/2016
hingga 07/04/2016
10 Bengkel Projek Geospatial Data Tanah Wakaf Antara JAWHAR Dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri
7/4/2016
11 Latihan Aplikasi MyGOS Bagi Pegawai Dari Negeri Pahang
25/04/2016
hingga 27/04/2016
12 Bengkel Pengisian Data Dan Penerbitan Metadata Bil.1/2016
10/05/2016
hingga 11/05/2016
13 Latihan Penggunaan MyGOS Kepada ICT APMM
19/5/2016
hingga 20/5/2016
Jadual 1: Senarai Aktiviti Pembangunan Dan Pembudayaan Program
MyGDI
4. AKTIVITI-AKTIVITI CLEARINGHOUSE MyGDI
Aktiviti-aktiviti clearinghouse dalam bidang geospatial tertumpu kepada perkara-
perkara berikut:
a. Pembangunan dan Pelaksanaan Aplikasi MyGDI
b. Infrastruktur ICT MyGDI
4
4.1 PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN APLIKASI MyGDI
4.1.1 Pelaksanaan Aplikasi Utama Yang Menyokong Program MyGDI
Terdapat enam (6) aplikasi utama yang telah dibangunkan bagi menyokong
mencapai objektif pelaksanaan program MyGDI iaitu:
i. MyGeoportal
ii. Katalog Maklumat Geospatial (MyGDI Explorer)
iii. Aplikasi 1Malaysia Map
iv. Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS)
v. MyGDI Data Service
4.1.1.1 MyGeoportal
Malaysia Geoportal (MyGeoportal) merupakan portal rasmi bagi Program
MyGDI dan ianya merupakan sumber rujukan kepada maklumat serta aktiviti
geospatial dan juga seluruh negara. Melalui portal ini pengguna dapat
mengetahui status terkini pelaksanaan MyGDI serta lain-lain aktiviti dan inisiatif
berkaitan geospatial di Malaysia dan juga antarabangsa. Bagi tahun 2016,
MyGeoportal telah dimasukkan di dalam persijilan dan pengiktirafan Sistem
Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MaCGDI ISO/IEC 27001:2013 di
bawah skop “Perkongsian Data Geospatial MaCGDI, Putrajaya” bagi
“Pengurusan Kandungan MyGeoportal” selaras dengan fungsi MaCGDI
sebagai Pusat Penyebaran Maklumat Geospatial Negara. Berikut adalah
laporan pengemaskinian dan penambahan kandungan MyGeoportal bermula
Januari 2016 sehingga September 2016:
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept
Penambahan
Kandungan 10 13 12 12 13 4 7 18 4
Pindaan
Kandungan 3 4 17 16 11 2 2 9 3
Hapus/Unpublish
Kandungan 1 1 3 3 3 4 1 1 6
Jadual 2: Pengurusan Kandungan MyGeoportal
5
Rajah 2: Aplikasi MyGeoportal
4.1.1.2 Katalog Maklumat Geospatial (MyGDI Explorer)
Aplikasi ini dibangunkan selaras dengan objektif utama kepada pelaksanaan
Program MyGDI. Ianya menyediakan perkhidmatan pencarian katalog
metadata geospatial secara atas talian melalui Portal MyGeodata.
Perkhidmatan ini memudahkan capaian kepada maklumat geospatial,
menambah baik perkongsian maklumat dan seterusnya mengelakkan
pertindihan maklumat di kalangan pembekal dan pengguna maklumat
geospatial di Malaysia. Ianya merupakan aplikasi utama bagi membolehkan
carian maklumat geospatial dilakukan dengan pantas dan mudah. Aplikasi ini
memerlukan setiap pihak yang mempunyai maklumat geospatial memaklumkan
mengenai ketersediaan maklumat tersebut dalam bentuk penerbitan metadata.
Sehingga 30 September 2016 sebanyak 4993 metadata telah diterbitkan di
mana ini merupakan peningkatan sebanyak 13% daripada jumlah metadata
yang telah diterbitkan pada tahun 2015 (4326 metadata).
4.1.1.3 Aplikasi 1Malaysia Map
Menyedari inklusiviti dan penglibatan di kalangan pengguna awam adalah salah
satu fokus utama kepada faktor kejayaan Program MyGDI, maka aplikasi
1Malaysia Map seperti di Rajah 3 di bawah telah dibangunkan khusus kepada
kumpulan sasaran ini. Maklumat yang disediakan dipertingkatkan dari segi
kuantiti, liputan dan berciri mesra pengguna. Bagi tahun 2016, beberapa lapisan
maklumat telah ditambah iaitu Car Dealers, Halal Park, Ladang Unggas, Lokasi
UTC dan Senarai Premis Berlesen.
6
Rajah 3: Aplikasi 1Malaysia Map
Selain itu, MaCGDI juga sedang melaksanakan projek peningkatan Aplikasi
1Malaysia Map yang mana projek ini mengambil tempoh masa selama setahun
bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 1 September 2017. Skop
projek ini meliputi perkara-perkara seperti di Rajah 4 berikut:
Rajah 4: Skop Peningkatan Aplikasi 1Malaysia Map
7
4.1.1.4 Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS)
Aplikasi ini merupakan satu platform bagi perkongsian data secara atas talian
yang membolehkan perkongsian maklumat dilakukan tanpa perpindahan data
secara fizikal. Pada tahun 2016, MyGOS telah diletakkan di dalam server Pusat
Data Sektor Awam (PDSA) di bawah MAMPU. Sehingga kini, seramai seratus
enam puluh satu (161) pengguna telah didaftar dalam MyGOS, empat puluh
lima (45) kumpulan telah dijana, satu ribu satu ratus tujuh puluh lapan (1178)
web map, tiga ratus lima puluh tujuh (357) Image Layers dan satu ribu tujuh
puluh enam (1076) web app telah diterbitkan serta sebanyak satu ratus
sembilan puluh enam (196) dokumen telah dikongsi. MyGOS telah
ditambahbaik kepada versi yang lebih terkini menggunakan Portal for ArcGIS
versi 10.4. Antara fungsi baru di dalam MyGOS adalah menerbitkan map servis
terus ke MyGOS dan fungsi untuk memuat naik gambar terus melalui Storymap
: Map Tour. Paparan aplikasi MyGOS baru adalah seperti Rajah 5 di bawah:
Rajah 5: Paparan Utama Aplikasi MyGOS
8
4.1.1.5 MyGDI Data Service
Aplikasi ini menyediakan mekanisme perkongsian maklumat di antara agensi-
agensi kerajaan bagi fitur data asas utama (fundamental datasets) geospatial
terutamanya data daripada projek National Geospatial Data Center (NGDC).
Aplikasi ini lebih menekankan konsep perkongsian ke atas map service yang
dijana oleh MaCGDI atau yang dijana oleh sesebuah agensi. Penggunaan
setiap map service yang diterbitkan adalah selaras dengan dasar perkongsian
yang telah ditetapkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Framework
(JTFM).
Melalui konsep perkongsian ini, agensi kerajaan boleh menggunakan map
service untuk digunapakai di peringkat agensi bagi tujuan yang telah
dipersetujui. Walau bagaimanapun, capaian kepada kemudahan ini hanya
terhad kepada pengguna berdaftar sahaja bagi melindungi keselamatan
maklumat dari elemen penyalahgunaan maklumat negara. Pengguna perlu
mendaftar dalam MyGDI Explorer untuk mencapai map service yang telah
diterbitkan.
Aplikasi ini mengandungi data asas (fundamental) geospatial terutamanya data
daripada projek National Geospatial Data Center (NGDC). Data asas ini
terbahagi kepada 12 kategori data iaitu Aeronautical, Built Environment,
Demarcation, Geology, Hydrography, Hypsography, Soil, Transportation, Utility,
Vegetation, Special Use dan General. Dataset fundamental merupakan elemen-
elemen penting yang boleh digunakan sebagai asas kepada pembangunan
data geospatial lain. Sehingga kini terdapat 98 lapisan data bagi 11 kategori
data iaitu Aeronautical, Built Environment, Demarcation, Geology, Hydrography,
Soil, Transportation, Utility, Vegetation, General dan Special Use. Paparan map
service bagi data asas yang telah diterbitkan oleh MaCGDI dalam MyGDI Data
Services adalah seperti di Rajah 6.
9
Rajah 6: MyGDI Data Services
4.1.2 Khidmat Nasihat
Bagi aktiviti khidmat nasihat, beberapa agensi telah dikenalpasti berminat untuk
membangunkan projek GIS di agensi masing-masing namun tidak mempunyai
kepakaran dan infrastruktur yang diperlukan. Bagi tujuan ini MaCGDI telah
memberikan khidmat nasihat dalam pelbagai bentuk seperti membantu
membangunkan aplikasi, memberi kemudahan menggunakan infrastruktur yang
telah tersedia, menyediakan perkhidmatan perkongsian data dan penggunaan
aplikasi serta perkhidmatan Transfer of Technolgy (TOT). Melalui map servis yang
telah diterbitkan itu, MaCGDI telah menggunakan konsep collect once use by
many dengan membangunkan aplikasi yang membolehkan maklumat geospatial
berkongsi data secara maya serta pengemaskinian data boleh dibuat secara atas
talian.
Senarai agensi dan projek-projek yang terlibat di bawah khidmat nasihat bagi
tahun 2016 adalah seperti Jadual 3 di bawah:
BIL AGENSI PROJEK/AKTIVITI
1. Jabatan Wakaf, Haji dan
Zakat (JAWHAR)
Pembangunan Aplikasi bagi
Pelaksanaan Geospatial Tanah
Wakaf (JAWHAR) dan Majlis Agama
Negeri.
10
2. Perbadanan Putrajaya Perkhidmatan TOT Pembangunan
Story Map Bagi Kemudahan Dan
Tempat Pelancongan Putrajaya.
3. Jabatan Kesihatan Negeri
Johor (JKNJ)
Pembangunan Sistem Pengurusan
Penyakit Berjangkit (SPPB).
4. Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah (KKLW)
Projek Maklumat Geospatial
Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah.
5. Kementerian Kerja Raya
MyRoad-Pedia (Pemetaan
Jalan/Lebuh Raya, Stesen Banci dan
Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan).
6. Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA)
Projek Maklumat Geospatial Loji
Rawatan Air dan Empangan .
7. Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia
Projek Maklumat Geospatial APMM.
8. Jabatan Perangkaan
Malaysia
Projek GIS Jabatan Perangkaan.
Jadual 3: Khidmat Nasihat MaCGDI Kepada Agensi
4.1.3 Pembangunan Aplikasi, Penyediaan Peta Analisis Dan Penerbitan Peta
Secara Maya
Dalam usaha MaCGDI menggalakkan penggunaan dan perkongsian maklumat
geospatial, penggunaan dan perkongsian maklumat geospatial melalui
pembangunan aplikasi, penyediaan peta analisis dan penerbitan peta secara
maya telah dilaksanakan. MaCGDI bersama agensi-agensi dikenal pasti telah
banyak membantu dalam menangani isu-isu yang memberi impak kepada negara
yang melibatkan pelbagai agensi dengan cepat dan efektif. Antara projek-projek
yang terlibat adalah seperti berikut:
i. Cameron Highlands Dreams
ii. Tanah Rezab Melayu
4.1.3.1 Cameron Highlands Dreams
Bagi projek Cameron Highlands Dreams (CHD), MaCGDI telah menyediakan
satu antaramuka bagi memaparkan pelbagai lapisan data dari pelbagai agensi
bagi daerah Cameron Highlands, Pahang untuk membuat analisis secara atas
talian dengan menggunakan platform MyGOS. Pasukan kerja MaCGDI telah
11
pun menghasilkan Map Service lapisan data Imej Satelit Cameron Highlands
Dreams dengan menggunakan sumber data dari Global Basemap. Di samping
itu lapisan Data Intriguard yang diperolehi dari Institut Penyelidikan Hidraulik
Kebangsaan (NAHRIM) juga turut dihasilkan dan semua lapisan data tersebut
telah diterbitkan dan dipaparkan melalui MyGOS CHD.
4.1.3.2 Tanah Rezab Melayu
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dengan kerjasama
MaCGDI, PTG Negeri dan JUPEM telah bekerjasama dalam menghasilkan peta
geospatial Tanah Rezab Melayu (TRM) mengikut negeri. Sehingga kini pasukan
kerja telah menyiapkan peta Tanah Rezab Melayu bagi Negeri Kelantan, Perlis
dan Terengganu. Bagi Negeri Kelantan, Pihak Berkuasa Negeri telah membuat
pengesahan sempadan TRM Negeri Kelantan adalah berdasarkan sempadan
daerah. Manakala pengesahan memuktamadkan sempadan TRM bagi Negeri
Perlis dan Terengganu masih di dalam tindakan Pihak Berkuasa Negeri.
4.1.3.3 Penerbitan dan Perkongsian Map Servis
Konsep perkongsian map servis yang telah diperkenalkan, boleh
diklasifikasikan sebagai strategi lautan biru (NBOS) kerana semua agensi
terlibat bersama-sama menyediakan maklumat geospatial dan dikongsi secara
maya. Secara jangka panjang kaedah ini akan dapat menjimat kos penyediaan
data geospatial oleh agensi pengguna. Kos dapat dikurangkan terutamanya
proses pencerapan dan pengemaskinian data. Map servis diterbitkan sekali
sahaja tetapi boleh digunakan oleh berbagai agensi yang diberikan kebenaran
dan setiap pengemaskinian data dapat dilihat secara real time tanpa perlu
memohon semula ke MaCGDI data yang telah dikemaskini.
Rajah 7 menunjukkan statistik jumlah map servis yang telah diterbitkan bermula
dari Januari sehingga Oktober 2016.
12
Rajah 7: Jumlah Map Servis Yang Diterbitkan
4.2 INFRASTRUKTUR ICT MyGDI
Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan komponen utama yang turut
diberikan perhatian dalam program Clearinghouse MyGDI. MaCGDI sentiasa
berusaha untuk memastikan perkhidmatan ICT tersebut sentiasa menepati
keperluan penyediaan dan perkongsian maklumat geospatial yang cekap, berkesan
dan selamat.
MaCGDI kini mengadaptasikan trend teknologi ICT semasa dalam memanfaatkan
sumber-sumber ICT sedia ada di perkhidmatan awam. Dengan perkembangan
teknologi hari ini, MaCGDI turut menggunakan perkhidmatan pengkomputeran
awan (cloud computing) yang disediakan oleh MAMPU. Perkhidmatan tersebut
adalah perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) dan juga perkhidmatan
rangkaian luas kerajaan 1Gov*Net.
Pada masa ini, MaCGDI telah menggunakan PDSA sebagai sumber perkhidmatan
ICT bagi portal, aplikasi MyGDI dan lain-lain merangkumi penyediaan server,
sistem pengoperasian, storan, keselamatan maklumat, kemudahan high availibility,
utiliti dan juga perkhidmatan pusat pemulihan bencana. Sehingga kini, bilangan
aplikasi MyGDI yang ditempatkan di PDSA MAMPU bertambah dari masa ke
13
semasa. Antara aplikasi MyGDI yang telah ditempatkan di PDSA adalah 1Malaysia
Map, MyGeotranslator, Map Services, Centralized Database, MyGOS, dan
Secondary LDAP
Selaras dengan jaminan tahap perkhidmatan (SLG) yang diberikan oleh PDSA
kepada MaCGDI iaitu pada tahap 99.7%, prestasi perkhidmatan MyGDI secara atas
talian disediakan melalui kemudahan capaian dan penggunaan aplikasi, storan dan
infrastruktur ICT.
Infrastruktur ICT MyGDI tertumpu kepada perkhidmatan berikut:
i. Perkhidmatan Rangkaian Luas MaCGDI
ii. Perkhidmatan Keselamatan Maklumat
iii. Perkhidmatan Pusat Data MaCGDI
iv. Perkhidmatan Perkongsian Data Geospatial Melalui MyGDI
4.2.1 Perkhidmatan Rangkaian Luas MaCGDI
Ketersediaan prasarana rangkaian luas di antara MaCGDI dan Clearinghouse
Negeri amat penting bagi memenuhi keperluan perkongsian maklumat yang
cekap, terjamin dan selamat. MaCGDI sebagai penyedia prasarana tersebut
sentiasa memastikan perkembangan pesat perkhidmatan rangkaian luas sektor
awam diambilkira bagi menyalurkan perkhidmatan yang cekap dan efisyen.
Pada masa ini, MaCGDI sedang menuju ke arah rangkaian luas pengkomputeran
awam atau dikenali sebagai Cloud Computing sejajar dengan perkembangan
perkhidmatan rangkaian luas kerajaan 1Gov*Net. Pelaksanaan Cloud Computing
dan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) dapat memastikan perkhidmatan capaian
yang lebih berkesan dan terjamin. Bagi peringkat awal pelaksanan Cloud
Computing, tujuh (7) Clearinghouse Negeri telah ditawarkan pelaksanaannya iaitu
negeri Selangor, Negeri Sembilan, WP Labuan, Melaka, Kedah, Kelantan dan
Pulau Pinang.
14
4.2.2 Perkhidmatan Keselamatan Maklumat
MaCGDI sebagai prasarana perkhidmatan keselamatan ICT telah menggunakan
pendekatan strategik dalam menyediakan perlindungan keselamatan maklumat
yang dikendalikan melalui perkhidmatan atas talian MyGDI.
Perkhidmatan MyGDI merupakan perkhidmatan berteraskan maklumat geospatial
negara yang kritikal dan mempunyai nilai dan amat signifikan kepada kedaulatan,
keselamatan dan kemakmuran negara. Kepentingan maklumat tersebut
memerlukan MaCGDI menyediakan tahap jaminan keselamatan maklumat yang
tinggi dan terjamin.
Kini MaCGDI telah mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui Pensijilan
ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat atau ringkasnya
ISMS (Information System Management System) mulai tahun 2014 bagi skop
Pengoperasian Pusat Data MaCGDI. Usaha meningkatkan perlindungan
keselamatan melalui sistem pengurusan keselamatan maklumat berlandaskan
standard ISO/IEC ISMS ini diteruskan hingga Pensijilan Semula Tahun Kedua
pada tahun ini dengan skop Perkongsian Data Geospatial MaCGDI.
Pencapaian 100% bahawa tiada insiden keselamatan maklumat berlaku di
persekitaran ICT MaCGDI sepanjang tahun 2016 dengan melaksanakan amalan
terbaik menerusi standard ISO/IEC ISMS di MaCGDI merupakan satu indikator
bahawa perkhidmatan dalam talian MyGDI adalah terjamin selamat. Rajah 8 di
bawah adalah rumusan mengenai pencapaian perlindungan keselamatan MyGDI
di MaCGDI.
Rajah 8: Prestasi Keselamatan Maklumat MyGDI
15
4.2.3 Perkhidmatan Pusat Data MaCGDI
Penempatan perkakasan, perisian dan peralatan rangkaian MaCGDI adalah
secara berpusat di Pusat Data MaCGDI seperti Rajah 9. Namun, kepesatan dan
perubahan berkaitan teknologi pemprosesan, storan, prasarana utiliti di samping
kemajuan dalam perisian pembangunan aplikasi memerlukan MaCGDI mengambil
tindakan penyesuaian secara strategik bagi menangani isu dan cabaran tersebut.
MaCGDI kini memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan pengkomputeran awan
(cloud computing) yang terdapat di Pusat Data Sektor Awam (PDSA) MAMPU.
Hampir 70% perkhidmatan server MaCGDI sebagai hos kepada aplikasi
perkhidmatan dalam talian MyGDI menggunakan kemudahan PDSA.
Selaras dengan kecekapan dan kualiti perkhidmatan PDSA MAMPU,
perkhidmatan utama MyGDI secara atas talian turut mencapai tahap ketersediaan
operasi pada tahap 99.5% iaitu selaras dengan SLG yang dinyatakan oleh PDSA
MAMPU.
Melalui perkhidmatan PDSA MAMPU tersebut, MaCGDI kini hanya memberikan
tumpuan kepada menambah baik perkhidmatan dalam talian bagi memenuhi
keperluan pengguna di samping menyediakan perkhidmatan utama MyGDI yang
relevan kepada perkembangan teknologi ICT masa kini.
Pada masa ini, terdapat enam map services clearinghouse MyGDI yang telah
dipindahkan dan beroperasi sepenuhnya di Pusat Data Sektor Awam (PDSA).
Clearinghouse MyGDI yang terlibat adalah seperti Negeri Sembilan, Johor,
Kelantan, Melaka, Selangor dan Terengganu. Map services yang diterbitkan pula
adalah terdiri daripada Area of Interest (AOI) dan State Geospatial Data Centre
(SGDC).
Terdapat juga beberapa agensi yang menggunakan perkhidmatan Platform as a
Service (PaaS) di cloud MyGDI di mana agensi dapat menyimpan data geospatial
secara berpusat dan dalam persekitaran yang selamat. Antara agensi yang telah
menggunakan perkhidmatan PaaS adalah Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan
Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
16
Rajah 9: Perkhidmatan Pusat Data MaCGDI
4.2.4 Perkhidmatan Perkongsian Data Geospatial Melalui MyGDI
Melalui mekanisma perkongsian data geospatial, MaCGDI sentiasa memantau
dan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan dalam membantu agensi
kerajaan membuat perancangan dan pembangunan. Tiga (3) parameter
pemantauan perkongsian data yang digunakan adalah permohonan data GIS,
perkongsian data dan penjimatan kos hasil tidak dikutip
17
4.2.4.1 Permohonan Data GIS
Promosi berkenaan perkhidmatan ini melalui MyGeoportal memberi kesan
peningkatan capaian pengguna kepada MyGeoportal. Senarai permohonan yang
diterima pada tahun ini adalah seperti Jadual 4 di bawah.
Bil. Agensi Data Dipohon
1 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
Data LiDAR Kawasan Subang Jaya Digital Terrain Model (DTM) Digital Surface Model (DSM) Intensity Image Jalanraya Sempadan Kuala Lumpur POI(Industry, Office, Shop, Facility Health, education, recreation Infrastructure Tourism, water supply, electricity)
2 NAHRIM
Data Sarawak: Sungai Jalanraya Sempadan Bahagian/Negeri Nama Pekan Bandar Kampung
3 Malaysia Airport Holdings Berhad
Data Seluruh Malaysia: Sempadan Negeri, Daerah, Mukim Rangkaian Jalan Sungai
4 Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG)
Sempadan Negeri, Daerah, Mukim Nama Kampung, Pekan, Bandar Lot Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Cameron Highlands
5 Universiti Putra Malaysia
DEM, DSM, Land Use kawasan Puchong Jalanraya Kuala Lumpur Jalanraya Selangor
6 Jabatan Meterologi Malaysia
Data Semenanjung Malaysia: Gunatanah Zoning RTD Rangkaian Jalan dan Lebuhraya Rangkaian Rel Terminal Pengangkutan Awam Darat Terminal Pengangkutan Udara
7 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Built Environment Topographic Hydrography Transportation Vegetation
18
Lot Kadaster, Gunatanah, Jalanraya Semenanjung Sempadan Daerah dan Mukim, Lokasi Kampung dan Taman Perumahan bagi Negeri Johor dan WPKL Orthofoto kawasan politeknik Port Dickson Jalanraya kawasan Port Dickson Kontur Kawasan Port Dickson DSM Kawasan Port Dickson
8 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Rangkaian Jalan Semenanjung Malaysia
9 Kementerian Dalam Negeri
Sempadan Negeri, Daerah, Mukim Seluruh Malaysia Sempadan Precint Sempadan Pentadbiran PBT Semenanjung Balai Polis Semenanjung Bandar, Pekan dan Kampung Semenanjung
10 Universiti Sains Malaysia
Power Line Power Station Gunatanah Semasa Negeri Perlis
11 Universiti Utara Malaysia Sintok
Data Negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Sempadan Negeri,Daerah, Mukim Label of Settlement (Bandar, Pekan, Kampung) Jalan Tahun 2005, 2008, 2011, 2012, 2013, 2014, 2016 Stesen dan Rel Kereta Api Incinerator Tahun 2010 Pusat Tong Kitar Semula 2010 Tapak Pelupusan Tahun 2010 Sekolah, Hospital 2014 Banci Penduduk Tahun 2000, 2010
12 Kementerian Kerja Raya
POI (Bangunan Komersial, Hypermarket & Supermarket, Pejabat Pos, Bank, Hotel, Restoran, Bangunan Pendidikan,Bangunan Keagamaan, Stadium, Zoo, Stesen Minyak, Kompleks Kediaman) Sempadan Negara, Negeri, Daerah, Mukim
19
Label of Settlement (Bandar, Pekan, Kampung), Sempadan Pentadbiran Bandar Lot Kadaster Semenanjung 2015 Gunatanah Semasa dan Zoning Tasik, Takungan, Sungai, Pulau
13 Jabatan Perancangan Bandar & Desa (JPBD)
Data TrueOrtho Kuantan
14 Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Data Imej Perlis dan Terengganu POI (Balai Polis,Hospital, Klinik, Bangunan Keagamaan, Institusi Pendidikan,Stesen Minyak,Hypermarket, Supermarket, Bank) Sempadan Negeri, Daerah / Jajahan, Sempadan Mukim, Lot Kadaster Semenanjung 2015, Gunatanah Pertanian Sungai,Tasik, Jalanraya Landasan Keretapi Banci Penduduk 2010
15 JUPEM Pahang Data lidar Kuantan POI Kuantan
16 Pusat PEGIS SUK Pulau Pinang
Lot Kadaster Pulau Pinang 2015
17 Jabatan Kerja Raya Geologi Lembah Klang Digital Terrain Model Lembah Klang Imej Satelit (LiDAR Gunatanah Zoning RT Daerah Selangor Lot Kadaster Semenanjung 2015 Aerodrome
18 Lembaga Lebuhraya Malaysia
Rizab hidupan liar, Talian kuasa Tapak perkuburan Kawasan pemetaan geologi Gunatanah Semasa RSN dan RTD
19 Lembaga Getah Malaysia
Data Lot Kadaster Tahun 2015 Semenanjung Malaysia
20 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Lot Kadaster WP Kuala Lumpur 2015
20
21 JPBD Negeri Perak Rangkaian Jalan 2015 Building Footprint Pulau
21 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Sekolah Hospital Klinik Banci Penduduk Balai Bomba
23 Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Imej Global Based Map Sempadan Kampung bagi Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Selangor, Johor dan Kelantan
24 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Sempadan Negeri, daerah, Mukim Demografi Penduduk Gunatanah Semasa
25 Jabatan Mineral dan Geosains
Map Services: Sempadan Negeri, daerah, Mukim Sempadan Pilihanraya (DUN/Parlimen) Sungai Jalan Gunatanah Pertanian dan Perancangan Lot Kadastral Label of Settlement (Pekan Bandar Kampung) Imej Global Basemap Kawasan Sesar Aktif Dan Gempa Bumi (Tasik Kenyir, Bukit Tinggi, Ranau, Lahad Datu, Niah)
26 Majlis Perbandaran Nilai
Sempadan JKKK , Jalan Kampung, Sempadan DUN, Parlimen bagi Daerah Seremban
27 Majlis Perbandaran Batu Pahat
Data Daerah Batu Pahat POI (Hotel, Hypermarket Supermarket, Industrial Building, Institutional Building,Educational Building, Building of Worship, Stadium, Playground, Park, Bus Terminal) Sempadan Daerah/Jajahan, Mukim Lot Kadaster 2015 Gunatanah Semasa Label of Settlement (Pekan, Bandar, Kampung) Sungai Jalanraya
Jadual 4: Senarai Permohonan Yang Diterima Melalui MyGDI
21
Bil
Data
Agensi Pembekal Data
1 Data Lot Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
2 Data Sempadan Pentadbiran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
3 Data Gunatanah Semasa Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
Semenanjung
4 Data Jaringan Jalanraya Jabatan Kerja Raya
5 Data Jaringan Sungai Jabatan Pengairan dan Saliran
6 Data Point of Interest Pelbagai Agensi Pembekal Data
7 Data Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
8 Data Utiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual 5: Data Yang Kerap Dimohon Melalui MyGDI
4.2.4.2 Perkongsian Data
Data asas yang telah dipersetujui untuk perkongsian melalui beberapa siri
mesyuarat dan bengkel penetepan yang melibatkan agensi pembekal data
dan telah mencapai persetujui untuk dikongsi melalui MyGDI. Oleh itu
sebanyak 433 dataset yang meliputi data asas yang berada dalam simpanan
MaCGDI telah disenarai di dalam laman web MyGeoportal seperti Rajah 10
untuk perkongsian.
Rajah 10: Dataset Yang Dikongsi Melalui MyGDI
22
4.2.4.3 Penjimatan Kos Hasil Tidak Dikutip
Perkongsian data geospatial melalui MyGDI adalah terhad di kalangan agensi kerajaan sahaja (Government-to-Government-G2G). Sehingga September 2016, sebanyak RM7,895,688.70 juta telah berjaya dijimatkan hasil daripada perkongsian ini. Rajah 11 memaparkan pecahan penjimatan sepanjang tahun 2016 mengikut bulan permohonan.
Rajah 11: Anggaran Penjimatan Kos Hasil Perkongsian Melalui MyGDI
1,946,349.44
12,630.00 8,467.58
843,497.06
1,435,796.28
339,537.56
884,783.53
217,832.40
2,206,794.84
-
500,000.00
1,000,000.00
1,500,000.00
2,000,000.00
2,500,000.00
Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sep
Ko
s P
enjim
atan
(R
M)
Anggaran Penjimatan Kos Hasil Perkongsian Melalui MyGDI
Januari hingga September 2016 (RM)
23
5. TAHUN 2017: CABARAN DAN TINDAKAN
Mengadakan promosi bagi menggalakkan perkongsian data dan maklumat
geospatial antara agensi dalam masa yang sama dapat mengelakkan pertindihan
pengutipan data yang sama antara agensi. Mengemaskini data dan maklumat
geospatial yang ada dalam simpanan agar data yang ada untuk perkongsian
merupakan data yang terkini serta memainkan peranan penting dalam
menggalakkan agensi pembekal data supaya lebih terbuka untuk berkongsi data
dengan rakyat bagi membentuk komuniti geospatial selaras dengan matlamat dan
inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan persekitaran data terbuka yang
mana setiap penduduk boleh mencapai data yang di kehendaki di hujung jari.
Program MyGDI juga memberikan penekanan utama kepada penyediaan dan
perkongsian melalui infrastruktur data yang cekap, berkesan dan sofistikated,
MaCGDI akan melaksanakan strategi dan pelan tindakannya bagi meningkatkan
perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur ICT sedia ada. MaCGDI akan
meningkatkan penglibatan lebih banyak agensi dalam mengenalpasti peluang dan
ruang penyediaan dan perkongsian maklumat geospatial.
6. PENUTUP
Kemajuan dan kejayaan pelaksanaa program MyGDI banyak bergantung kepada
kerjasama dan komitmen daripada agensi pembekal dan pengguna dan
seterusnya menjadi satu komuniti geospatial yang seimbang di Malaysia.
Pembangunan aplikasi dan infrastruktur ICT MyGDI penting dalam menyokong
program MyGDI untuk beroperasi dengan berkesan, realistik dan praktikal agar
dapat meningkatkan sistem pencapaian kerajaan elektronik yang lebih efisyen dan
efektif ke arah menuju inisiatif data terbuka.
Disediakan oleh :
Urusetia Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCM)
Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar