Laporan Kembara Visual

download Laporan Kembara Visual

of 1

description

psv

Transcript of Laporan Kembara Visual

Laporan Kembara Seni Visual Ke Cameron Highlands 2012Kembara Seni Visual ke Cameron Highlands yang telah dianjurkan oleh 8 PISMP PSV/PJ/PM pada 13 sehingga 15 Julai 2012 ini adalah bertujuan untuk mendedahkan dengan pengurusan, pengelolaan, perancangan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Lawatan Ilmiah Kembara Seni Visual ini merupakan satu lawatan yang dijalankan untuk memenuhi sukatan pelajaran Seni dan Pengurusan untuk kursus PSV 3114 serta memberi pendedahan lebih mendalam kepada guru pelatih tentang mata pelajaran tersebut. Semua jawatankuasa yang ditubuhkan telah menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk menjayakan program kembara visual ini. Kami berkumpul di kantin IPG KTB pada pukul 2.30 petang dan bertolak menuju ke Cameron Highlands pada pukul 3.00 petang. Peralatan yang perlu untuk membuat lakaran telah kami bawa dan semua begitu bersemangat untuk membuat lakaran di tempat baru. Kami sampai di tempat penginapan pada pukul 8.00 malam dan kami dibenarkan berehat untuk memulakan program pada keesokan harinya.Pada hari kedua, tempat pertama yang kami lawati ialah MARDI untuk aktiviti sketching (melakar) menggunakan pelbagai jenis bahan media seperti media kering dan media basah. Kami diberi taklimat oleh En. Azman tentang cara untuk membuat sketching dan kami telah berpecah mencari tempat yang terbaik untuk membuat lakaran. Kami juga sempat membuat rakaman visual menggunakan kamera untuk dijadikan bahan rujukan kelak. Seteleh selesai aktiviti sketching di alam flora MARDI, kami terus bergerak menuju ke Ladang Teh untuk teroka ilmiah dan rakaman visual.Pada hari ketiga, kami sempat singgah di ladang strawberi untuk membuat rakaman visual photoshoot. Seterusnya kami terus bergerak pulang ke IPG KTB dan kami selamat tiba pada pukul 4.00 petang. Melalui aktiviti yang dirancang, diharapkan guru pelatih dapat menimba pengalaman secara terus dan melihat sendiricara pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi dilaksanakan. Lawatan ini, sekaligus menjadikan guru pelatih mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi apabila menjadi seorang guru sebenar kelak.Sekian laporan.Disediakan oleh, ____________________(Yuziana Alini Binti Yusoff)Setiausaha Kembara Visual Institut Pendidikan Guru MalaysiaKampus Tuanku Bainun