Laporan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke

3
Laporan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-3 Rumah Sukan Puma Pada 3-5 Mac 2015 yang lepas telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-3 di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Secara keseluruhannya, Pasukan Puma iaitu pasukan rumah biru telah menggondol tempat ketiga daripada empat buah rumah pasukan yang bertanding. Pada Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini, terdapat beberapa kekuatan Pasukan Puma tidak kira sama ada sebelum, semasa mahupun selepas selesai kejohanan tersebut. Antara kekuatan atau kelebihan pasukan kami ialah sikap kerjasama seperti aur dengan tebing yang ditonjolkan dan semangat yang jitu untuk menang dalam setiap acara yang dipertandingkan. Natijahnya, usaha kami telah membuahkan hasil. Lebih- lebih lagi dalam acara kawad kaki yang telah merangkul tempat pertama di mana kemenangan ini merupakan yang julung kalinya setelah beberapa tahun dimenangi oleh Pasukan Cheetah. Kami berasa bangga dan bersyukur atas kejayaan ini. Walaupun tidak mendapat tempat dalam beberapa acara, kami tetap bersemangat untuk menyokong Pasukan Puma. Di samping itu, kelebihan yang diperoleh sepanjang Kejohanan Olahraga Tahunan ini berlangsung juga ialah disiplin diri yang ditunjukkan oleh setiap ahli Pasukan Puma. Misalnya, sifat menepati masa pada tiap-tiap kali latihan dijalankan dan menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan. Sesungguhnya, kehadiran setiap ahli pasukan adalah sangat memuaskan. Secara tidak langsung, hubungan antara satu sama lain dapat dieratkan lebih-lebih lagi apabila melibatkan pendidik siswa dari pelbagai semester. Di samping itu, kelebihan yang diperoleh juga adalah dapat memanifestasikan tubuh badan yang sihat dan cergas kerana penglibatan yang aktif dalam acara sukan yang dipertandingkan.

description

k

Transcript of Laporan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke

Laporan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-3 Rumah Sukan Puma

Pada 3-5 Mac 2015 yang lepas telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-3 di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Secara keseluruhannya, Pasukan Puma iaitu pasukan rumah biru telah menggondol tempat ketiga daripada empat buah rumah pasukan yang bertanding.

Pada Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini, terdapat beberapa kekuatan Pasukan Puma tidak kira sama ada sebelum, semasa mahupun selepas selesai kejohanan tersebut. Antara kekuatan atau kelebihan pasukan kami ialah sikap kerjasama seperti aur dengan tebing yang ditonjolkan dan semangat yang jitu untuk menang dalam setiap acara yang dipertandingkan. Natijahnya, usaha kami telah membuahkan hasil. Lebih-lebih lagi dalam acara kawad kaki yang telah merangkul tempat pertama di mana kemenangan ini merupakan yang julung kalinya setelah beberapa tahun dimenangi oleh Pasukan Cheetah. Kami berasa bangga dan bersyukur atas kejayaan ini. Walaupun tidak mendapat tempat dalam beberapa acara, kami tetap bersemangat untuk menyokong Pasukan Puma. Di samping itu, kelebihan yang diperoleh sepanjang Kejohanan Olahraga Tahunan ini berlangsung juga ialah disiplin diri yang ditunjukkan oleh setiap ahli Pasukan Puma. Misalnya, sifat menepati masa pada tiap-tiap kali latihan dijalankan dan menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan. Sesungguhnya, kehadiran setiap ahli pasukan adalah sangat memuaskan. Secara tidak langsung, hubungan antara satu sama lain dapat dieratkan lebih-lebih lagi apabila melibatkan pendidik siswa dari pelbagai semester. Di samping itu, kelebihan yang diperoleh juga adalah dapat memanifestasikan tubuh badan yang sihat dan cergas kerana penglibatan yang aktif dalam acara sukan yang dipertandingkan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan daripada pasukan kami bagi melicinkan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-3 ini. Antaranya adalah seperti kekangan masa dan kekurangan peserta bagi menyertai acara yang dipertandingkan dan menjalani latihan. Sebagai contoh, bagi acara senaman tarian iaitu fitness dance dan kawad kaki yang dijalankan latihan pada masa yang sama telah menyebabkan percanggahan kerana peserta yang menyertai fitness dance turut menyertai acara kawad kaki. Hal ini telah menyebabkan kekurangan peserta yang menjalani latihan justeru menyukarkan proses latihan. Namun begitu, kekangan ini dapat diatasi dengan mengawalkan latihan fitness dance kemudian dituruti latihan kawad kaki pada masa yang berlainan. Seterusnya, terdapat beberapa acara yang melibatkan pertukaran peserta di mana menyebabkan pengurusan dan pendaftaran peserta tidak begitu teratur. Nombor-nombor bip peserta yang tidak mencukupi juga menyebabkan proses pendaftaran peserta tidak begitu licin. Walaupun begitu, permasalahan dan kekurangan ini telah dapat diatasi dengan tenang dan jayanya. Sepanjang Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-3 ini juga pasukan kami iaitu Pasukan Puma telah memperoleh peluang yang baharu yang tidak dapat kami lupakan. Antaranya adalah kami dapat mempelajari cara untuk menguruskan pasukan dan membentuk semangat kekitaan untuk berganding bahu antara satu sama lain demi mencapai matlamat yang sama. Sebagai tamsilan, komandan dalam pertandingan kawad kaki mendapat peluang dan pengalaman yang baharu di mana dapat melahirkan dan mengasah sifat kepimpinan dalam diri bagi menguruskan ahli pasukan. Selain itu, setiap ahli Pasukan Puma juga berpeluang untuk memikirkan dan melontarkan idea masing-masing dalam melaksanakan strategi untuk mencapai kemenangan dalam acara yang dipertandingkan. Contohnya, apabila ahli pasukan memberikan idea untuk formasi tarian fitness dance dan pakaian untuk maskot acara kawad kaki. Hal ini secara tidak langsung membolehkan pendidik siswa untuk mengembangkan pemikiran mereka lantas kemahiran berfikir aras tinggi juga dapat dilahirkan. Ahli Pasukan Puma juga berpeluang untuk mengasah bakat masing-masing dalam acara sukan yang dipertandingkan seperti acara balapan dan acara padang. Secara tidak langsung, kemahiran dan kelebihan yang terpendam dapat ditonjolkan dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Seterusnya, terdapat juga cabaran yang dihadapi oleh Pasukan Puma sepanjang berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-3 ini. Antara cabaran yang dihadapi adalah seperti kepenatan ahli-ahli rumah sukan untuk melaksanakan latihan kerana lewat habis kuliah. Selain itu, cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat dan panas terik menyebabkan latihan tidak dapat dijalankan contohnya latihan kawad kaki dan acara balapan. Akan tetapi, cabaran yang paling besar adalah persaingan yang hebat dan sengit antara rumah sukan yang lain dengan Pasukan Puma. Jarak jumlah mata yang agak jauh antara Pasukan Puma dan pasukan lain telah mengurangkan motivasi ahli-ahli Pasukan Puma. Namun begitu, sokongan yang padu dan jitu serta ingin memperoleh kemenangan ahli- ahli Pasukan Puma telah membangkitkan lagi semangat atlet-atlet Pasukan Puma. Akhirnya, beberapa pingat emas telah berjaya diperoleh manakala gelaran olahragawan juga telah digondol oleh atleti pasukan Puma iaitu Desmond Kelly Malish Anak Assan. Konklusinya, banyak pengetahuan dan pengalaman yang baharu telah diperoleh oleh setiap ahli Pasukan Puma sepanjang menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-3 ini. Sesungguhnya, pengalaman ini merupakan pengalaman yang manis dan tidak dapat dilupakan. Walaupun tidak menjulang kedudukan pertama keseluruhan pada tahun ini, namun Pasukan Puma akan bangkit dan melaksanakan anjakan paradigma pada tahun yang akan datang. Be The Best, Beat The Rest!