Laporan khidmat masyarakat f1

6
LAPORAN BULAN KEMERDEKAAN DAN MINGGU ANTI DADAH TAHUN 2014 SMK BATU 4, GERIK, PERAK Disediakan Oleh, (PN. NURUL ATIQAH BINTI TAHIR)

Transcript of Laporan khidmat masyarakat f1

Page 1: Laporan khidmat masyarakat f1

LAPORAN BULAN KEMERDEKAAN DAN MINGGU ANTI DADAH

TAHUN 2014 

SMK BATU 4, GERIK, PERAK

Disediakan Oleh,

(PN. NURUL ATIQAH BINTI TAHIR)

Page 2: Laporan khidmat masyarakat f1

PENGENALAN :

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Persatuan Sejarah

dan Persatuan Rukun Negara telah mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim

SMK Batu 4 tahun 2014. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang

melibatkan semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan

manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan

mesra dan kerjasama dalam kalangan pelajar dan guru-guru SMK Batu 4.

  Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi

memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam

pelajar-pelajar secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar

yang mampu mengharumkan nama baik SMK Batu 4 di peringkat yang lebih tinggi seperti

pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

OBJEKTIF :

Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas

nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini.

Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk

mengekalkannya.

Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih

kepadanya.

Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema

kemerdekaan sepenuhnya.

Page 3: Laporan khidmat masyarakat f1

 

TENTATIF PROGRAM

Bil

Aktiviti Tarikh

1 Perasmian 11 Ogos 2014 (Isnin)

2 Pertandingan Permainan Tradisional 12 Ogos 2014 (Selasa)

3 Pertandingan mencipta Sajak 18 Ogos 2014 (Isnin)

4 Pertandingan Mencipta Lirik Subjek Sejarah 20 Ogos 2014 (Rabu)

5 Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan dan Minggu Anti Dadah dan Pertandingan Kain Rentang

25 Ogos 2014 (Isnin)

6 Pertandingan Mencipta Bendera dari Bahan-Bahan Terbuang 27 Ogos 2014 (Rabu)

7 Pertandingan Menghias Kelas Kemerdekaan 11 Ogos – 29 Ogos 2014

8 Majlis Penutup 1 September 2014 (Isnin)

CATATAN

Tepat jam 7.30 am, Ketua Panitia memberi sediki taklimat ringkas mengenai perjalanan program. Guru-guru PSK Tingkatan 1 membahagikan pelajar mengikut kumpulan. Setiap kumpulan akan membersihkan kawasan gotong royong seperti di Lampiran B. Kelengkapan untuk membersihkan kawasan yang telah ditetapkan disediakan menerusi peruntukan wang panitia.

Menerusi program ini, kebanyakan pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan

kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga

Page 4: Laporan khidmat masyarakat f1

dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang

bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga

kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Semua pelajar melibatkan diri

dalam aktiviti ini. Program ini mendapat kerjasama yang sangat menggalakkan dari pelajar dan

juga guru-guru PSK.

Aktiviti gotong-royong selesai pada jam 11.20 am. Semua pelajar diberi makan tengahari

sebelum pulang ke rumah.

Lampiran A

Peruntukan Wang Panitia RM 3.20 x 130 = RM 416.00

JUMLAH = RM 416.00

Lampiran B

KELAS TEMPAT GOTONG-ROYONG1BD (L) Blok A1BJ (L) Blok B1BS (L) Blok C1BT (L) Blok Bengkel-Bengkel1BD, 1BJ (P) Kawasan Letak Kereta dan Tandas1BS, 1BT (P) Kawasan Kantin Dan Teratak Ilmu

LAMPIRAN GAMBAR

Page 5: Laporan khidmat masyarakat f1