Laporan Latihan Pengungsian Bangunan 2013
-
Upload
asniza-de-hawa -
Category
Documents
-
view
357 -
download
6
description
Transcript of Laporan Latihan Pengungsian Bangunan 2013
LAPORAN LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN 2013
ANJURAN UNIT KESELAMATAN
SK LAVENDER HEIGHTS
DENGAN KERJASAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
BALAI BOMBA SENAWANG
MASA : 9.00 PAGI
TARIKH : 25 APRIL 2013
TEMPAT : SK LAVENDER HEIGHTS
Pada 25 April 2013, Unit Keselamatan Sekolah Kebangsaan Lavender Heights
dengan kerjasama Balai Bomba Dan Penyelamat Senawang telah menjalankan latihan
pengungsian bangunan buat pertama kalinya pada tahun ini.
Loceng kecemasan dibunyikan sejurus selepas seorang murid mengesan
terdapatnya punca kebakaran diblok D berdekatan dengan makmal komputer sekolah.
Ketua keselamatan, Ustaz Haris Fazilah bertindak mengenalpasti punca berlakunya
kebakaran dan mengarahkan murid bergerak pantas dan teratur menuju ke tempat
berkumpul di padang.
Pn. Hamidah Idris, selaku ketua staf pentadbiran memastikan rekod kedatangan
murid untuk setiap kelas dibawa ke tempat berkumpul dengan selamat untuk tujuan
penyemakan bilangan anggota sekolah. Seterusnya guru kelas memeriksa kelas
masing-masing bagi memastikan bilangan murid cukup pada hari tersebut. Setelah
memastikan jumlah keseluruhannya, ketua keselamatan melaporkan jumlah anggota
sekolah kepada ketua operasi iaitu anggota bomba yang berada di tempat kejadian.
Setelah semuanya selesai, murid-murid dibenarkan untuk kembali ke kelas
semula. Manakala guru-guru diberikan taklimat ringkas oleh pegawai bomba yang
terlibat. Menurut beliau, latihan ini berjalan lancar dan menepati masa yang ditetapkan.
Murid bergerak dengan teratur dan pantas ke tempat berkumpul. Pergerakan pasukan
bomba dan penyelamat juga turut mencapai masa yang ditetapkan.
Dalam taklimat ringkas yang disampaikan, beliau mengingatkan agar pihak
sekolah memantau alat pemadam api untuk memastikan ianya berfungsi apabila
berlakunya kebakaran di sekolah. Beliau turut mengingatkan agar sistem penggera
kebakaran sedia ada di sekolah digunakan.
Akhir sekali, pegawai bomba menegaskan bahawa perlunya seorang yang mahir
dalam menggunakan setiap peralatan keselamatan disekolah terutamanya gelendong
atau gelung hos kebakaran supaya mudah jika berlaku kebakaran.
Selepas sesi taklimat, pasukan bomba dijamu dengan sedikit jamuan ringan. Kemudian
murid Prasekolah diberi peluang untuk melihat dan merasai pengalaman menaiki kereta
bomba.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan bomba dan
penyelamat Balai Bomba Senawang yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya
dalam menjayakan latihan pengungsian bangunan SK Lavender Heights, Taman
Bandar Senawang 2013.
GAMBAR SEKITAR LATIHAN
PENGUNGSIAN BANGUNAN