LAPORAN LAWATAN CSR AKRAB JABATAN · PDF fileBergambar bersama Rakan AKRAB dan En. ... LAPORAN...

6
[LAPORAN CSR KEBAKARAN KUATERS 3/2015] 1 LAPORAN LAWATAN CSR AKRAB JABATAN PERTANIAN 2015 KANDUNGAN MUKASURAT 1. Pengenalan 2 2. Objektif Program CSR 2 3. Laporan Lawatan 3 4. Gambar Aktiviti 4-6 Bergambar bersama Rakan AKRAB dan En. Sha’ary Bin Jabal di hadapan kuaters kediaman beliau yang terbakar.

Transcript of LAPORAN LAWATAN CSR AKRAB JABATAN · PDF fileBergambar bersama Rakan AKRAB dan En. ... LAPORAN...

Page 1: LAPORAN LAWATAN CSR AKRAB JABATAN · PDF fileBergambar bersama Rakan AKRAB dan En. ... LAPORAN LAWATAN Belum reda dengan berita panas tentang banjir di tanahair, kita dikejutkan pula

[LAPORAN CSR KEBAKARAN KUATERS 3/2015]

1

LAPORAN LAWATAN CSR AKRAB

JABATAN PERTANIAN 2015

KANDUNGAN MUKASURAT

1. Pengenalan 2

2. Objektif Program CSR 2

3. Laporan Lawatan 3

4. Gambar Aktiviti 4-6

Bergambar bersama Rakan AKRAB dan En. Sha’ary Bin Jabal

di hadapan kuaters kediaman beliau yang terbakar.

Page 2: LAPORAN LAWATAN CSR AKRAB JABATAN · PDF fileBergambar bersama Rakan AKRAB dan En. ... LAPORAN LAWATAN Belum reda dengan berita panas tentang banjir di tanahair, kita dikejutkan pula

[LAPORAN CSR KEBAKARAN KUATERS 3/2015]

2

PENGENALAN

Aktiviti :Program Corporate Social Responsibility (CSR) AKRAB

Tarikh : 15 Januari 2015 (Khamis)

Masa :3.30– 4.30petang

Tempat : Rumah En. Sha’ary Bin Jabal

Kuaters Jabatan Pertanian Serdang,

43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Kelolaan : AKRAB, Jabatan Pertanian Malaysia

RAKAN AKRAByang menyertai Program CSR :

Nama Bahagian

1. Pn. Hjh. Fatimah Binti Mohd. Nasir 2. En. Mohd Nazri Bin Abu Seman

3. En. Ngadiran Bin Nasir

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia

4. Pn. Normaizah Binti Ismail @ Manaf 5. Pn. Shabariah Binti Ismail

Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur

6. En. Rosli Bin Yaacob

Institut Latihan Pengembangan Pertanian, (ILPP) Serdang, Selangor

Objektif Program CSR :

Program CSR ini diadakan adalah bertujuan merapatkan lagi hubungan persaudaraan di antaraRakan AKRAB dan pada masa yang sama menziarahikakitangan di Jabatan Pertanian yang ditimpa musibah kebakaran di kediamannya.

Menyemai sikap belas ihsan, empati dan memupuk sikap cakna di kalangan ahli AKRAB terhadap mangsa kebakaran yang merupakan kakitangan di Institut Pertanian Serdang, Selangorkhasnya dan masyarakat pada umumnya.

Memberi pendedahan kepada Rakan AKRAB dalam aplikasi kemahiran berkomunikasi untuk mendekati diri dengan rakan yang kurang bernasib baik.

Page 3: LAPORAN LAWATAN CSR AKRAB JABATAN · PDF fileBergambar bersama Rakan AKRAB dan En. ... LAPORAN LAWATAN Belum reda dengan berita panas tentang banjir di tanahair, kita dikejutkan pula

[LAPORAN CSR KEBAKARAN KUATERS 3/2015]

3

LAPORAN LAWATAN

Belum reda dengan berita panas tentang banjir di tanahair, kita dikejutkan pula dengan berita

kebakaran yang melanda kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia yang bertugas di Institut

Pertanian Serdang iaitu En. Sha’ary Bin Jabal yang tinggal di kuaters Jabatan Pertanian yang

terletak di Serdang, Selangor.

Lawatan CSR AKRAB Jabatan Pertanian, Putrajaya ini diadakan di Kuaters Jabatan Pertanian

Serdang, Selangor. Kami bertolak dari Putrajaya pada jam 3.30 petang pada 15 Januari 2015

yang terdiri daripada seramai 6 orang Rakan AKRAB, Putrajaya dan Serdang dan disertai Pn.

Aeshah Binti Ismail. Di sana, kami disambut oleh En. Sha’ary Bin Jabal serta anak-anak dan

menantunya dan kami diberi penerangan ringkas mengenai kejadian kebakaran yang berlaku di

rumah beliau. Sewaktu lawatan CSR diadakan, rumah beliau dilihat sudah tidak boleh diduduki.

Kami dibenarkan masuk ke dalam rumah beliau setelah kerja-kerja siasatan dijalankan.

Menurut beliau pada malam lebih kurang jam 10.15 malam tanggal 14 Januari 2015. Beliau

dikejutkan dari tidur dengan pekikan pelajar Institut Pertanian, ”Rumah Terbakar!!!”. Tidak lama

kemudian, kedengaran alunan azan dilaungkan. Beliau bingkas bangun dan mendapati api

sudah marak menjilat seantero bahagian rumahnya. Tanpa membuang masa beliau meluru

keluar menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan apa-apa barang peribadi pun,

termasuklah telefon bimbit beliau. Menurut beliau lagi, mujurkan anak-anak dan cucu-cucunya

tidak berada di dalam rumah tersebut seperti sediakala dan hanya beliau seorang sahaja

berada di rumah. Lebih kurang setengah jam kemudian, bomba datang membantu

memadamkan api yang sedang marak.

Pada keesokan harinya, pihak forensik hadir bagi menyiasat punca kebakaran yang berlaku.

Beliau dimaklumkan bahawa kebakaran berpunca dari dalam stor dan api merebak ke bahagian

ruang tamu dan bilik serta sebahagian dapur. Wang simpanan yang berjumlah lebih kurang

RM3,000 tidak dapat diselamatkan, begitu juga dengan motosikal kesayangan anaknya kini

tinggal rangka sahaja. Dokumen-dokumen penting dan bahan bacaan anak dan menantunya

yang belajar di Jordan juga tidak dapat diselamatkan. Namun begitu, mesin basuh dan lain-lain

barangan dari bahagian dapur sebelah belakang yang terselamat dari dijilat api dikeluarkan

setelah siasatan dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Cebisan daripada naskah-naskah bahan rujukan dilihat bertaburan di bahagian tengah rumah

beliau. Di bahagian ruang tamu pula, kipas didapati melenggung ke bawah bagi menunjukkan

betapa panasnya api yang membakar pada ketika itu. Alhamdulillah, syukur tidak melibatkan

nyawa dalam kejadian kebakaran tempoh hari. Beliau dimaklumkan akan tinggal di kuaters

Jabatan Pertanian Serdang yang dahulunya dihuni oleh En. Zubir Bin Bidin yang telah

berpencen pada tahun lepas. Kedudukan kuaters yang dihuni En. Zubir tidak jauh dari tempat

kediamannya yang terbakar itu. Rentetan daripada itu, sebahagian daripada barangan dan

sumbangan untuk mangsa banjir akan disalurkan kepada beliau. Justeru itu, kehadiran kami

dalam usaha membantu rakan Jabatan Pertanian Malaysia yang dianggap seperti adik-beradik

ini ibarat ”Cubit peha kanan, terasa peha kiri” sakitnya.

Page 4: LAPORAN LAWATAN CSR AKRAB JABATAN · PDF fileBergambar bersama Rakan AKRAB dan En. ... LAPORAN LAWATAN Belum reda dengan berita panas tentang banjir di tanahair, kita dikejutkan pula

[LAPORAN CSR KEBAKARAN KUATERS 3/2015]

4

GAMBARAKTIVITI

Kami disambut oleh En. Sha’ary Bin Jabal dan beberapa orang anak dan menantunya.

Pn. Hjh. Fatimah Binti Mohd. Nasir selaku Pengerusi AKRAB turut hadir menziarahi En. Sha’ary Bin Jabal dan anak-anak serta menantu yang berada di rumahnya itu.

Page 5: LAPORAN LAWATAN CSR AKRAB JABATAN · PDF fileBergambar bersama Rakan AKRAB dan En. ... LAPORAN LAWATAN Belum reda dengan berita panas tentang banjir di tanahair, kita dikejutkan pula

[LAPORAN CSR KEBAKARAN KUATERS 3/2015]

5

Kami diberi penerangan tentang kejadian kebakaran yang berlaku

oleh En. Sha’ary Bin Jabal.

Keadaan bahagian stor rumah En. Sha’ary Bin Jabal yang terlibat dalam kebakaran

di Kuaters Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Page 6: LAPORAN LAWATAN CSR AKRAB JABATAN · PDF fileBergambar bersama Rakan AKRAB dan En. ... LAPORAN LAWATAN Belum reda dengan berita panas tentang banjir di tanahair, kita dikejutkan pula

[LAPORAN CSR KEBAKARAN KUATERS 3/2015]

6

Keadaan bahagian dalam rumah En. Sha’ary Bin Jabal yang terbakar.

Sumbangan dihulurkan sebagai tanda simpati kami Rakan AKRAB dan sedikit sebanyak dapat merigankan beban En. Sha’ary Bin Jabal dan keluarganya.